Ayah Pesan

Masa darjah 6, saya tak confident untuk hadapi peperiksaan UPSR. 
Sebab result ujian bulanan teruk berbanding kawan-kawan yang lain. 
. 
Masa tu, hampir setiap hari Ayah pesan--
. 
"Kejayaan seseorang bukan terletak pada result exam, tapi pada KESUNGGUHAN dia. Result bagus atau tak, itu bukan kuasa kita. Apa yang pasti, Allah takkan menganaiya hambaNya yang bersungguh-sungguh nak capai kejayaan. Kalau gagal sekalipun, itu sebenarnya satu batu loncatan kepada kejayaan lain yang lebih besar."
. 
Setiap kali dengar ayat ni, saya lega. 
Terus dapat belajar dengan tenang dan usaha ikut kemampuan. 
. 
Dan alhamdulillah, 5A dalam tangan. 
Tapi ye lah. 
Apa lah sangat UPSR tuh. 😂
. 
Tapi apa yang lebih membanggakan saya adalah sikap Ayah (dan Mama) yang sangat memotivasi instead of mendesak. 
. 
Dan bagi saya, itu lah antara punca utama "kejayaan UPSR" tersebut. 
Bukannya rajin belajar sangat pun. 😂
. 
Until now, 
i still hold on to those words my father told me. 
Dan dia lah orang pertama yang saya cari bila hilang semangat, patah harapan dan putus cinta. 😑 
. 
Dan macam biasa, 
by just looking at him, I will feel motivated and rejuvenated. 
. 
Baru-baru ni, 
Ayah saya berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu. 
Mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang, 
tapi it's a big achievement untuk Ayah yang berusia 58 tahun. 
. 
At this age, he still have that extraordinary strong spirit and always be an inspiration to his family. 
.
Congratulations, Ayah! 
We are super proud of you. 
. 
Rajiah ingat lagi masa kita makan McD pada satu petang. 
I told you that I wanna be a Professor like you. 
Pastu kemain kita sama-sama berangan masa tu. 😂
. 
Dan tiba-tiba Ayah cakap--
. 
"Selagi belum mati, selagi tu kita bebas pasang angan-angan. InsyaAllah semua boleh capai. Yang tak boleh tu, dalam diri kita je." ❤
. 
Selamat malam, 
dan mimpi indah, semua! 
Saya doakan semua impian, angan-angan dan mimpi indah anda menjadi realiti. 
. 
InsyaAllah. 😊

0 comments: