"Kenapa Haikal Dah Tak Suka Peluk Papa?", my husband asked.

Ada satu hari tu, suami saya mengadu.
He said,
"Haikal sekarang macam dah tak sayang Papa la. Asyik tepis tangan Papa bila Papa nak peluk dia. Tapi bila dia yang nak peluk, tak pernah pulak Papa tepis. Papa peluk je. Tapi kenapa bila Papa nak peluk, dia tepis. Sedih betul la."

Saya cakap dalam hati,
"Hmm kesiannya orang tua ni. Tak cukup pelukan."
;D

Sambil menahan gelak, saya pujuk suami saya,
"Alahai anak kita tu kan dah besar. Dengan Mama pun dia dah jarang nak manja-manja. Tapi Mama okay je. Takde la rasa terpinggir ke apa (BAHAH). But I think ada dua sebab kenapa Haikal dah kurang suka peluk-peluk atau nak manja-manja ni."

So apakah dua sebab tersebut?
Ini pendapat saya.


Satu,
mungkin anak itu dah mula faham fungsi peluk tu sendiri. Dia hanya akan peluk bila dia rasa PERLU.
Contohnya, bila dia rasa dihargai, disayangi, atau dilindungi, then dia yang akan datang sendiri peluk mama atau papa dia.

Nak dibandingkan dengan anak ketika dia kecil,
dia masih anggap peluk itu sebagai perbuatan kosong semata-mata,
bila orang suruh peluk, dia peluk.
Dan bila dia peluk, orang tepuk tangan, dia happy. Itu je.
Tanpa dipengaruhi oleh sebarang sebab atau emosi tertentu.

Tapi as they grow bigger, they begin to understand, apa fungsi peluk.
Mereka mungkin jarang peluk kita, tapi setiap pelukan mereka itu lebih bermakna,
sebab setiap perbuatan mereka sudah melibatkan emosi dan perasaan.

Dua,
semakin besar, emosi anak semakin kompleks.
Macam kita, ada emosi-emosi tertentu yang kita rasa kurang selesa nak peluk-peluk.
Kan?
Contohnya, bila kita terlalu sibuk dengan sesuatu ke, atau kita tengah rasa tak sedap badan ke,
atau kita tengah kecewa dengan sesuatu ke,
mesti kita macam takde mood nak manja-manja.
Kalau orang sentuh sikit pun, rasa nak libas dengan penyapu lidi. ;D

Masa suami saya mengadu tu, memang ada dua sebab ni je lah yang saya rasa menyebabkan Haikal dah kurang suka peluk-peluk papanya,
lalu menyebabkan papa nya mengalami fasa kemurungan.
Kehkeh



Tapi suami saya macam tak berapa puas hati dengan jawapan tersebut.
He said,
"Habis tu, takkan setiap kali papa balik kerja, emosi dia tak okay. Sedih la camni."

Ok memang kehausan pelukan betul mamat ni.
;D

 So me being the best wifey in the whole universe (kehkeh),
mula menjalankan pemerhatian lanjut terhadap behaviour Haikal,
to find out apa keadaan-keadaan yang menyebabkan dia kurang suka bermanja dengan papanya.

Dengan harapan, saya dapat kawal keadaan-keadaan tersebut,
supaya Haikal dan papanya boleh bermesra dengan lebih kerap.
Justeru papanya takkan mengalami kemurungan lagi. ;D

As I go deeper into my observation on Haikal's behaviour,
rupanya ada keadaan-keadaan tertentu yang membuatkan Haikal jadi lebih memilih untuk tidak mahu dipeluk atau bermanja.
Dan selain daripada keadaan-keadaan tersebut,
Haikal sebenarnya adalah anak yang paling manja dalam dunia!

Sebenarnya dia suka je nak merengkok seperti udang di bawah ketiak papa nya,
kalau kena dengan emosi dan keadaan dia pada ketika itu. :)

Dannnnn lebih ah-may-zingg bila apa yang saya find out pada Haikal ni,
rupanya disokong dalam beberapa artikel Child Psychology yang ditulis oleh Susanne Ayers Denham,
a Child Developmental Psychologist.

 In case korang wonder, saya suka baca perihal psikologi di Google Scholar.
 Memang best!
Satu, sebab free tak payah bayar. -___-
Dua, sebab sahih dan research-based.
Tiga, ia banyak membantu saya untuk lebih memahami manusia (terutama anak) dan improve dalam perhubungan.

Ok so basically apa yang saya perhatikan, ada 5 keadaan kenapa anak-anak yang semakin membesar,
akan kurang suka bermanja atau nak feeling peluk-peluk.
Bukan mereka terus tak suka peluk ye, tapi KURANG SUKA pada waktu tertentu atau dalam keadaan tertentu.

Tapi kalau anak-anak korang memang totally taknak dipeluk, pada setiap waktu dan ketika,
you better check yourself.
Mungkin kau tu yang dah sebulan tak mandi.
Anak pun confused, ni bapak aku, atau sejenis stokin kaki?
;D


Berikut adalah 5 keadaan tersebut,
yang menyebabkan anak kadang-kadang menolak pelawaan untuk dipeluk atau taknak bermanja.


1) Bila anak baru lepas dimarahi, didenda atau dihukum.


Holloh holloh hollohh..
Orang baru lepas kena marah memang la taknak dipeluk, kan?
Datang dekat pun, mesti kena halau. ;D

Benda ni common sense.
Anak yang baru lepas dimarahi, of course perasaan mereka tercalar atau terluka.
Of course anak perlukan sedikit masa untuk merawat perasaan sendiri.
Beri mereka ruang.
Atau bahasa senang, beri mereka masa untuk MERAJUK.

But let them know, you are there if they need you.

Contohnya,
"Haikal taknak bercakap dengan Mama sebab Mama tak bagi Haikal lari-lari tadi ye? It's okay kalau Haikal belum ready nak kawan mama semula. Tapi kalau Haikal rasa nak peluk mama, Haikal datang kat mama k."
*senyum dan terus pergi*

Mereka layak dan perlu rasa kecewa tersebut untuk beberapa ketika, sebelum recover.
 It's normal.
Kita dulu pun kalau bergaduh dengan mak, mesti nak lari jauh-jauh kan.
Taknak bercakap pun.
Tapi lama-lama, mesti tetiba datang cari mak kat dapur,
pura-pura macam takde apa-apa berlaku,
sambil minta mak buat nasi goreng kampung.

Memang dasar muka tebal. ;D



2) Bila anak "kecewa" dengan ibu bapa mereka, 
tapi tak tahu macam mana nak cakap.

There are times, yang kita terlalu sibuk dengan kerja, sampai kita tak sedar kita abaikan masa bersama anak-anak.
Atau mungkin bila kita dapat baby baru, kita terlalu sibuk dengan baby baru,
dan "terlupa"anak yang satu lagi.
Atau mungkin bila kita jumpa kawan lama yang dah lamaaaa tak jumpa,
tetiba kawan tu ada baby debab pulak,
kita gomol-gomol baby tu, kita puji-puji baby tu,
sampai kita lupa anak kita kat sebelah sedang memerhati.

Korang pun pernah alami situasi macam ni kan?

Keadaan-keadaan macam ni, tanpa kita sedar,
akan hadirkan satu perasaan dalam diri anak-anak.
Yang mereka sendiri pun tak faham apa rasa tersebut, dan tak tahu macam mana nak react.
Mereka overwhelmed.
Mungkin sedikit terkejut, mungkin sedikit marah, mungkin kecewa, mungkin rindu, dan sebagainya.


Bila kita nampak perubahan pada wajah atau behaviour anak secara tiba-tiba,
terus bercakap dengan mereka,
"Haikal okay? Papa ada buat salah ke?" 

Dan jangan terkejut kalau tetiba dia respon sesuatu yang harsh atau menyakitkan hati,
contohnya;
"Papa jahat!"
"Taknak kawan papa!"
"Haikal tak sayang papa!"

Percayalah, mereka tidak bermaksud.
Sebab anak-anak sebenarnya tak faham apa yang mereka tengah rasa.
Perasaan mereka bercampur-baur.

Senyum je, dan katakan,
"Papa sayang Haikal. Bila kat tempat kerja, papa selalu rindu Haikal. Papa selalu tengok gambar Haikal. Papa minta maaf kalau papa tak banyak masa dengan Haikal, papa jarang bawa Haikal jalan-jalan. Tapi papa nak Haikal tahu, papa sentiasa sayang Haikal. Papa happy kalau papa dapat peluk Haikal sekarang."

They will hug you in no time. :)



3) Bila ada sesuatu berlaku yang buat emosi anak jadi kurang baik.

Ini normal.
Macam kita, bila ada benda yang buat kita down,
kita akan malas nak bermanja atau peluk sesiapa.
Kan?

Saya perasan, Haikal tak suka peluk atau bermanja dengan saya if he's had a bad day at school.
Bila dia berebut mainan dengan kawan ke,
atau bila ada kawan dia tertolak dia sampai kaki dia sakit ke,
atau bila dia panggil cikgu dia tapi cikgu dia tak layan ke.

Isu-isu ni mungkin remeh, tapi cukup untuk buat mereka kecewa dan takde mood untuk bermanja.
Bila berlaku macam ni,
saya selalunya akan tanya dulu,
"Kenapa Haikal macam sedih je mama tengok?" 




Dan kalau dia taknak jawab, saya akan biarkan.
Tapi saya akan mula cerita atau "buat cerita sedih" tentang hari saya.

Contohnya,
"Haikal tahu tak, tadi mama goreng telur. Lepas tu minyak tu terpercik kat tangan mama. Sakit sangat. Hmm." 
*sambil buat muka sedih*


Tak lama lepas tu, mesti Haikal pun mula buka mulut.
"Haikal pun sedih la hari ni. Kawan Haikal tak bagi Haikal pinjam mainan transformer dia."

Then, dari situ kita dah dapat tahu apa yang menyebabkan dia sedih,
dan tahu macam mana nak tackle dan kembalikan semula emosi yang baik pada dia.



4) Bila anak sedang dalam fasa independent.

Semakin anak-anak membesar, ada beberapa keadaan yang mereka tak perlukan kehadiran kita.
Bukan dah tak sayang kita, cuma mereka tak mahu diganggu atau dibantu.
Mereka seronok bila boleh berdikari.

Macam Haikal, kalau dia tengah build something dengan lego,
dia takkan benarkan sesiapapun datang dekat.
Sentuh dia pun tak boleh.
Apatah lagi nak pergi peluk-peluk dia. Memang kena sembur la. ;D

Atau dalam keadaan lain, bila Haikal dengan kawan-kawan dia.
Memang dia akan suruh saya balik dan jangan tunggu dia.
-______-

Kadang-kadang memang terhiris jugak la perasaan seorang ibu ni kan.
Tapi ini adalah normal bila anak semakin membesar.
Mereka perlukan ruang dan masa mereka sendiri,
untuk membina kematangan dan pendirian dalam diri.

Hormati keputusan mereka, dan percayalah,
anak-anak masih sayangkan kita.
Keep smiling, because you know you raised your children right,
sampai mereka mampu berdikari ke tahap ini.
:)




5) Dia tengah dalam fasa mommy-favouring atau daddy-favouring.

Perasan tak, ada masa anak-anak lebih clingy dengan mak,
dan ada masa mereka lebih clingy dengan bapak.

Ini pun common sense.
Manusia akan lebih suka kepada orang yang buat dia happy pada ketika itu.
Setuju?

Contohnya,
Haikal akan lebih clingy dengan saya, bila saya lebih banyak masa dengan dia berbanding suami.
Tapi bila saya tengah mood-swing dan asyik marah-marah, Haikal akan lebih rapat dengan papa nya.
Ataupun bila saya sibuk layan anak orang lain, ofkos Haikal akan cari papa dia. ;D



Dan untungnya dengan Haikal ni, dia masih satu-satunya anak kami.
So dia memang boleh pilih nak bermanja dengan mama atau papa, pada bila-bila masa.
Kitorang je yang asyik kemurungan bila Haikal pilih salah satu.
-______-



Sekian 5 keadaan yang buat anak kadang-kadang tak mahu dipeluk atau bermanja.
Mungkin perkongsian kali ni dapat merawat sedikit kemurungan di hati suami saya,
dan suami anda.
;D

Apa pun, bagi saya,
peluk adalah salah satu terapi dan satu bentuk ekspresi perasaan.
Peluk yang betul-betul berkualiti dan memberi impak,
adalah peluk yang diiringi dengan perasaan.

Saya lebih suka walaupun anak jarang peluk, tapi bila dia peluk, they really mean it.
Berbanding jika mereka terpaksa atau dipaksa peluk.

Sama macam ungkapan "I LOVE YOU".
Too much I love you, akan buat kita rasa semak jugak kengkadang.
Biar jarang-jarang diucapkan, tapi tepat terpanah ke dalam jiwa.
Macam tu lebih terkesan. Kan?


Sekian saje daripada saya,
Doktor Cinta Haktuih.
;D

Happy weekend, everyone!
Oi raya dah habis laaaa

18 comments:

Ayumieka said...

salam... semalam utk pertama kali saya ambil lambat anak kat sekolah (tadika).... bila sampai kat pintu pagar tu tengok muka dia macam pendam sesuatu... bila dalam kereta, saya tanya

"danial marah mama ke sebab lambat?

"hmmm MARAH"... (lambat dia jawab)

Pastu saya tanya lagi "kenapa danial marah mama?"

Sebab mama nakal.



ADLIL RAJIAH said...

+ayumieka
Hahahahaha comel gilaaa!! ;D

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

Фото индивидуалки sex Меняю три "завтрака туриста" на один завтрак интуриста.
Новый досуг это Проститутки заходите! 1. Вы видите все телефоны проституток Киева. Сексапильная индивидуалка. Люблю доставлять мужчинам истинное блаженство. 200 гр пол час.

raihanah said...

comelnya baby

Adam said...

Papa tu memang tak cukup pelukan.
Cukupkan lah.

Teacher Basariah said...

Entry yang bagus..tak penah pulak terfikir tentang ni..dapat ilmu baru ni..thanks adlil 😊

Unknown said...

Seronoklah baca entri ni, thanks😉

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1696] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.


SUE said...

Sangat complicated. Huhuuu..
Kalau anak tak nak peluk lagi la kita ni rasa nak menyendeng. Huhuuu..

suzaitini said...

Suka sangat baca info kak jiji.. byk lg kurang ilmu walau dh anak 4.. huhu

Unknown said...

Sy silent reader kt sini sejak belum ada anak sampai anak dua. Hihi. Puan, yg haikal panjat benda kuning tu kt mana ye? Trm ksh

zeera lily said...

mestilah saying..

mamapp said...

That's why kena peluk kaw2 puas2 masa dia kecik sebab dh besar sure pelukan Akan jadi kurang

cash loan said...


Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com

LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
******************************
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8) Fax Number:
9) Occupation:
10) Monthly Income:
11) Salary Date:
12) Purpose of loan:
13) Where did you get our loan advertisement:

cash loan said...

Do you need a Loan?
Are you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans atlow interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats app +919205646839
helpfiance@gmail.com

Please, do provide us with the Following information if interested.

1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………

Thanks and Best Regards.
helpfiance@gmail.com
Whats app +919205646839

myslot said...

Captain America 2 The Winter Soldier กัปตันอเมริกา มัจจุราชอหังการ (2014) หนังออนไลน์ฮิตตลอดกาล ดูหนังออนไลน์เรื่องนี้แบบฟรีๆ

https://www.doonung1234.com/

MOVIE2FREEZA said...

Are you interested in watching movies? Interested in coming to see the movie

ดูหนังออนไลน์