Hai! Assalamualaikum..
Kembali bersiaran dengan topik yang serius. Heheh.
Ada orang cakap, blog Jiji sekarang dah makin boring, topik seriusss je manjang.
Dah takde lawak antarabangsa mahupun lawak superspontan seperti 2-3 tahun lepas.
Hmm.
Semua ni berlaku sejak korang bagi gelaran "parenting blogger" kat saya.
-_____-
Parenting weh. PARENTING.
Celah mana yang nak melawak nya?
Sesungguhnya tiada sekelumit lawak pun di dalam bab parenting ini ye tuan puan.
Kalau tak, takkan kita semua telah mendapat sebuah bag berjenama eyebag sejurus selepas bergelar parents.
Kalau parenting itu kelakar, kita takkan dapat bag itu ye tuan puan.
-____-
-____-
Jadi mari lah redha bersama.
Together we face it. *sambil bergandingan bahu eyebag*
So lepas ni beringatlah, protection tu penting.
Sebelum hidupmu berubah. *eh tetiba*
Sebelum hidupmu berubah. *eh tetiba*
;D
Ok kembali ke tajuk asal.
Semalam, saya sempat berborak panjang dengan berbelas-belas anak-anak jiran yang datang "buat bising" kat rumah saya on daily basis.
;D
;D
Saya tanya setiap sorang daripada mereka,
apa yang diorang mahukan daripada ibu bapa masing-masing, yang selalunya tak dipenuhi.
Dan emotional drive macam mana yang mereka selalu harapkan untuk sentiasa rasa happy dan dihargai sebagai seorang anak.
Sebelum tu, tahukah anda "emotional drive" tu adalah sejenis animal apa sebenarnya?
Ia bukan sejenis reptilia mahupun dua alam ye.
Ia adalah sejenis kekuatan emosi.
Emotional
drive adalah kekuatan emosi yang diperlukan oleh
seseorang (termasuk anak-anak) untuk sentiasa berasa bahagia, sentiasa
berada dalam emotional state yang baik, untuk menjalani kehidupan yang baik, seterusnya mengecapi kejayaan demi kejayaan dalam hidup.
Haa kalau tak faham, baca la sekali lagi.
Kan dah cakap tadi, dalam parenting memang begitu.
*kenyit eyebag*
;D
Dan tanpa saya sangka, anak-anak ni kalau bercakap soal emosi dan perasaan,
boleh tahan jugak jujur dan jawapan yang diorang bagi tu memang terus terpanah ke dalam jiwa. Hahah.
Rupanya setiap anak yang wujud di muka bumi ni, mempunyai emotional drive yang tersendiri,
yang kalau kita tahu dan ambil peduli, anak tersebut akan jadi orang yang sangat berjaya dalam semua segi insyaAllah.
Sebab EMOSI mempengaruhi 95% daripada seluruh aspek kehidupan manusia.
So dalam segala hal, tackle emosi dulu.
Kalau emosi baik, yang lain semua akan okay.
Kalau emosi baik, yang lain semua akan okay.
So macam mana cara paling mudah untuk tackle emosi anak-anak?
Dengan mengenalpasti EMOTIONAL DRIVE mereka.
Macam mana nak tahu emotional drive mereka?
Kena selalu perhatikan, kenal, dan berbual dengan mereka.
Berbual kat sini means BERBUAL ye.
Bukan tanya dah makan belum, dah buat homework belum, dah gosok gigi belum,
itu bukan berbual.
Itu berbuih.
-___-
Kalau ibu bapa asyik tanya tanya tanya dan arahan arahan arahan, maaf cakap la,
kalau saya jadi anak pun saya akan lari dari rumah.
;D
So from time to time,
kita juga patut dengar KEPERLUAN EMOSI anak-anak.
Terutamanya bila mereka semakin membesar, atau bila kita mula kesan tanda-tanda awal behaviour problems pada anak-anak.
Sebab behaviour adalah SANGAT bersangkut paut dengan keperluan emosi atau emotional drive ni sebenarnya.
So approach yang sama saya gunakan untuk dalami emotional drive anak-anak jiran saya tadi.
Untuk pengetahuan, range umur mereka adalah antara 6 hingga 13 tahun.
Dan mereka datang dari keluarga yang berbeza-beza.
Cara saya bertanya dan approach setiap daripada mereka juga of course berbeza-beza.
Dan jawapan yang diterima juga of course berbeza.
Tapi yang pasti,
setiap yang terluah dari mulut anak-anak ni memang sangat membuka minda saya seluas-luasnya.
Itu yang terus rajin buat entry hari ni.
Sebab saya rasa macam nak share sesuatu yang sangat powerful yang saya belajar dari budak-budak tu.
:D
setiap yang terluah dari mulut anak-anak ni memang sangat membuka minda saya seluas-luasnya.
Itu yang terus rajin buat entry hari ni.
Sebab saya rasa macam nak share sesuatu yang sangat powerful yang saya belajar dari budak-budak tu.
:D
Kat sini saya nak share 10 jawapan atau 10 kisah luahan perasaan yang saya terima daripada mereka,
tentang keperluan emosi yang diorang harapkan daripada ibu bapa masing-masing,
supaya kita ibu bapa yang cemerlang gemilang terbilang ni boleh sama-sama renungkan dan boleh relate kepada hubungan kita dengan anak masing-masing.
Okay?
Okay?
Luahan perasaan anak-anak yang saya kongsikan ni mungkin agak enteng dan remeh temeh bagi sesetengah ibu bapa.
Tapi sebenarnya keperluan emosi anak-anak yang "remeh temeh" ni la yang kita selalu terlepas pandang,
dan tanpa sedar ia menjadi punca behaviour problems pada anak-anak.
dan tanpa sedar ia menjadi punca behaviour problems pada anak-anak.
So sila baca luahan perasaan mereka, DENGAN HATI.
:)
1) "Bukan salah saya. Saya cuma nak dipuji."
Ini luahan salah sorang anak perempuan jiran saya.
Dia cerita, pernah sekali dia senyap-senyap masuk bilik ibunya dan main set make up ibunya.
Dia cerita, pernah sekali dia senyap-senyap masuk bilik ibunya dan main set make up ibunya.
Lepas dah siap conteng muka, dengan bangganya dia pergi tunjuk kat mak dia,
dengan harapan mak dia akan puji "kepandaian" dia ber-make up.
dengan harapan mak dia akan puji "kepandaian" dia ber-make up.
Tapi sebaliknya berlaku.
Bukan kena puji, tapi kena marah.
Bukan kena puji, tapi kena marah.
Siap kena rotan lagi.
Dan mak dia suruh cuci muka immediately.
Dan mak dia suruh cuci muka immediately.
So this kid bagitahu saya, dia sangat sedih dengan reaksi ibunya.
Sebab niat asal dia hanya lah mahukan perhatian dan pujian dari seorang ibu.
And according to her, dia sentiasa rasa kagum bila tengok mak dia make up setiap pagi sebelum pergi kerja.
So pada hari tersebut, dia cuma nak buat mak dia rasa kagum dengan dia,
sebagaimana dia kagum dengan mak dia setiap hari.
Itu je.
Tapi sebab mak dia tak faham emotional drive anak dia pada hari tersebut,
maka rotan singgah di badannya.
-____-
Imagine if you are in her shoes.
Sedih kott.
And according to her, dia sentiasa rasa kagum bila tengok mak dia make up setiap pagi sebelum pergi kerja.
So pada hari tersebut, dia cuma nak buat mak dia rasa kagum dengan dia,
sebagaimana dia kagum dengan mak dia setiap hari.
Itu je.
Tapi sebab mak dia tak faham emotional drive anak dia pada hari tersebut,
maka rotan singgah di badannya.
-____-
Imagine if you are in her shoes.
Sedih kott.
2) "Saya nak sentiasa jadi nombor satu dalam hati ibu bapa."
Ini luahan perasaan paling banyak yang saya terima dari anak-anak yang saya tanya.
Most of them kata, mereka benci bila dinombor-dua atau dinombor-tiga-kan oleh ibu bapa mereka sendiri.
Most of them kata, mereka benci bila dinombor-dua atau dinombor-tiga-kan oleh ibu bapa mereka sendiri.
Nombor satu siapa?
Anak-anak jiran, sepupu-sepupu dan anak-anak kawan sepejabat mak ayah.
Contoh paling tipikal,
"Tengok anak kawan mama tu. Juara tilawah al-qur'an, johan pertandingan silat, dapat anugerah pelajar cemerlang. Seronok mama tengok dia. Tapi anak mama? Hmm.."
Contoh paling tipikal,
"Tengok anak kawan mama tu. Juara tilawah al-qur'an, johan pertandingan silat, dapat anugerah pelajar cemerlang. Seronok mama tengok dia. Tapi anak mama? Hmm.."
Anak sendiri dipandang rendah, anak orang lain dipandang tinggi.
Macam..
familiar dalam masyarakat kita kan?
3) "Saya anggap Papa seperti superhero saya. Tapi.."
One of these budak, jawapan dia paling membuka minda saya.
He is a boy, yang sangat memandang tinggi kepada bapanya.
Reason dia adalah, sebab bapak dia pergi kerja pakai baju uniform tentera (tentera apa, terpaksa dirahsiakan).
Pada pandangan mata anak ni, bapak dia lah yang paling segak, paling kacak, paling berkuasa, dan jauh lebih power dari captain america katanya.
In fact, dia bercita-cita nak jadi seperti ayahnya satu hari nanti.
Tapi, as time goes by,
dia semakin tak selesa bila dia mula faham banyak perkara negatif pada ayahnya.
Merokok, pukul mak dia, dan panas baran.
So secara tak langsung emotional drive dia jadi tak stabil dan keliru.
Sayang, kan?
So secara tak langsung emotional drive dia jadi tak stabil dan keliru.
Sayang, kan?
Nampak kan, betapa setiap dari kita ni ibarat superhero di mata anak-anak?
Dah elok-elok anak admire kita, tapi kita cemarkan imej sendiri dengan perangai negatif.
Sepatutnya kita sentiasa be that superhero. Be that idol di mata anak-anak.
Dah elok-elok anak admire kita, tapi kita cemarkan imej sendiri dengan perangai negatif.
Sepatutnya kita sentiasa be that superhero. Be that idol di mata anak-anak.
Sebab ada anak-anak yang emotional drive mereka adalah emosi ibu bapa mereka.
Especially younger kids.
Especially younger kids.
Jangan matikan emotional drive mereka dengan perangai-perangai negatif kita.
Kepimpinan melalui teladan, remember?
Nak anak yang baik, kita dulu kena bagi contoh yang baik.
4) "Izinkan saya explore dan beri saya peluang."
Ini luahan perasaan yang paling common.
Most of their rintihan adalah, mak bapak jarang bagi peluang dan pendedahan.
Anak nak tolong potong sayur, tak bagi.
Anak nak tolong kelim karipap, tak bagi.
Anak nak tolong basuh kereta, tak bagi.
Anak nak tolong lipat baju, tak bagi.
Alasannya tetap sama,
nanti lambat siap, nanti tak jadi, nanti menyusahkan mak bapak nak kena re-do kerja.
Oh kamon.
Siapa guru terbaik kalau bukan pengalaman?
Dan kat mana bermula pengalaman kalau bukan di rumah, dan daripada ibu bapa?
Tepuk dada,
hantuk kepala kat dinding.
-______-
5) "Saya cuma nak dengar mama cakap terima kasih kat saya."
Pernah tak anak korang tetiba datang bawah handphone kat korang, pastu cakap,
"Nah mama, handphone mama."
Pastu kita jawab,
"Laa kenapa bawa ke sini? Kan mama tengah charge tadi! Pergi letak balik!"
Sebenarnya,
dia cuma nak dengar kita cakap "terima kasih".
Itu je, SEBENARNYA.
Atau contoh lain,
tetiba anak datang dan tanya kita,
tetiba anak datang dan tanya kita,
"Mama nak air?"
Pastu laju je kita jawab, "Taknak."
Sebab taknak diganggu atau malas nak layan.
Tanpa kita mengetahui,
anak tu sebenarnya bertanya sebab dia nak tolong ambikkan air untuk kita,
anak tu sebenarnya bertanya sebab dia nak tolong ambikkan air untuk kita,
dengan harapan kita akan cakap terima kasih pada dia.
Alahaiii benda kecik, kan?
Tapi tu lah dia,
Tapi tu lah dia,
ucapan terima kasih dan rasa DIHARGAI oleh mak ayah sendiri tu tak kecik bagi mereka.
Mungkin lebih berharga dari 10 juta ketul kereta HotWheels.
Mungkin lebih berharga dari 10 juta ketul kereta HotWheels.
So can we try to appreciate them more lepas ni?
Alert dengan setiap usaha mereka dan cakap terima kasih.
:')
:')
6) "Dengar lah cerita saya."
Ini pun common.
Ramai anak-anak jiran yang saya tanya, akan cakap,
parents jarang dengar cerita mereka.
Pura-pura dengar selalu lah, tapi betul-betul LISTEN jarang sekali.
Sebab kita selalu anggap cerita budak-budak ni remeh-temeh, buang masa dan tak lojik.
Kan?
Saya nak share satu perkara.
Rumah saya kat Perak ni takde TV.
Dan jiran-jiran selalu rasa pelik dan anggap rumah kitorang ni sunyi dan boring sebab takde TV.
Tapi almost everyday,
anak-anak diorang akan berkumpul kat rumah saya.
Nak-nak kalau cuti sekolah.
Memang dari pagi sampai ke maghrib tu diorang melekat kat rumah saya je.
Nak-nak kalau cuti sekolah.
Memang dari pagi sampai ke maghrib tu diorang melekat kat rumah saya je.
WALAUPUN TAKDE TV.
Walaupun mak abah diorang kata rumah saya boring.
Sukahati mak abah dia je. ;D
Walaupun mak abah diorang kata rumah saya boring.
Sukahati mak abah dia je. ;D
Nak bagitahu kat sini,
anak-anak ni, all they need is somebody to LISTEN to them.
anak-anak ni, all they need is somebody to LISTEN to them.
Bukan nak apa sangat pun.
Cuma nak didengari dan diberi perhatian. Itu saje.
Bagi saya,
rumah yang ada TV 80 inci, 800 juta channel,
rumah yang ada TV 80 inci, 800 juta channel,
adalah jauhhh lebih sunyi daripada rumah yang takde TV langsung,
tapi mempunyai sepasang telinga yang sentiasa mendengar.
FIKIRKAN.
7) "Saya selalu berusaha untuk buat mak bangga. Tapi mak kata saya gagal."
Ini especially bila exam week.
Most parents tengok result exam, berbanding effort anak untuk menghadapi exam tu.
Kan?
Sebab kita selalu percaya, result represents effort.
Which is, SALAH YANG TERAMAT SALAH.
Apa masalahnya kalau anak kita score hanya dalam subjek yang dia minati?
Apa salahnya bangga dengan pencapaian anak yang dia mampu capai, walaupun tak seberapa?
Selebihnya bagi dorongan instead of menghukum, sebab anak tak mampu capai target yang kita tentukan?
TARGET YANG KITA TENTUKAN?
Bukan ke target sepatutnya mengikut potensi anak?
TARGET YANG KITA TENTUKAN?
Bukan ke target sepatutnya mengikut potensi anak?
Dapat 4A 1B pun dah kena bebel, kena paksa pergi tuisyen nambelas kali seminggu.
Padahal baru darjah 1.
Hmm.
Kalau mentaliti macam ni, memang anak-anak kita akan jadi robot la nanti.
Bukan jadi manusia.
Ada beza ye robot dan manusia.
Terpulang lah nak anak jadi yang mana.
Robot takde emotional drive la tapi.
Terpulang lah nak anak jadi yang mana.
Robot takde emotional drive la tapi.
-____-
8) "Saya nak mak dan ayah percayakan saya."
Especially bila anak nak ikut rombongan sekolah atau nak pergi camping kat mana-mana.
Ada segelintir ibu bapa yang tak sanggup "lepaskan anak" untuk sementara waktu.
Ada segelintir ibu bapa yang tak sanggup "lepaskan anak" untuk sementara waktu.
Padahal camping kat padang sekolah je pun.
Sekolah pun dalam 2-3 kilometer je dari rumah.
-______-
Nak tergelak juga la bila dengar budak-budak ni mengomel pasal benda ni.
Sebab ada anak-anak yang emotional drive mereka terletak pada challenges, adventures dan pengalaman baru.
Dan mereka ni perlukan ibu bapa yang ada sedikit kepercayaan terhadap anak-anak.
Kalau mak bapak pulak jenis yang "ini tak boleh itu tak boleh, ini bahaya itu bahaya",
memang somehow boleh mematikan emotional drive anak-anak.
Sometimes, kita kena cuba juga tanam sedikit trust kepada anak-anak.
Which lama-kelamaan benda ni juga yang akan increase their respect terhadap kita, build their self-esteem, dan avoid anak-anak untuk bertindak secara senyap-senyap di luar pengetahuan kita kelak.
Alahaiii tak kurus lah anak kau kena gigit nyamuk kat dalam khemah tuh nanti.
Cuba la bagi chan kena gigit nyamuk sekali sekala.
Budak-budak dulu kena sengat tebuan pun rilek je aduinyapun.
Budak-budak dulu kena sengat tebuan pun rilek je aduinyapun.
9) "Saya tanya sebab saya nak tahu. Tapi kenapa mereka tak jawab?"
Haa yang ni pun common.
Saya pun sentap bila dengar anak-anak jiran saya cakap pasal ni.
Pernah tak bila korang nak halang anak buat sesuatu,
pastu diorang akan tanya "kenapa tak boleh?",
pastu diorang akan tanya "kenapa tak boleh?",
pastu korang diam je sebab malas nak explain.
Contoh,
"Haikal, jangan berlari kang jatuh!"
"Kenapa tak boleh berlari pulak? Orang lain lari tak jatuh pun!"
*diam, malas nak layan*
"Kenapa tak boleh mama? Boleh la mama boleh la please."
"Hey! Mama cakap tak boleh, tak boleh lah!"
"Kenapa tak boleh?"
"Ok pergi la lari! Pergi! Kang jatuh berdarah hidung, lutut koyak, gigi patah, mama taknak tolong!"
*sebab geram, terus bagi jawapan paling sadis pedis supaya anak takut lalu terdiam*
;D
Siapa pernah?
High five!
Hahaha.
Udah-udah la ye. Mari bertaubat.
Lepas ni bila anak tanya "kenapa", explain lah dalam bahasa yang mereka mudah faham.
Explanation kita akan buat emotional drive anak-anak lebih stabil.
They just want to know WHY.
Asalkan terjawab.
Explanation kita akan buat emotional drive anak-anak lebih stabil.
They just want to know WHY.
Asalkan terjawab.
Itu je.
10) "Saya nak sokongan, bukan hentaman."
One of anak-anak jiran saya, bagitahu yang dia selalu dibuli kat sekolah.
Dan setiap kali dia dibuli, dia akan melawan dan kadang-kadang di balas balik, atau buli orang tu balik.
Dah banyak dia cuba nak ceritakan kat cikgu-cikgu,
tapi respon yang diterima tetap sama--
"PILIH KAWAN. Jangan jadi samseng kat sekolah."
Bila dia mengadu kat mak ayah pulak,
kena marah.
Dituduh pulak dia yang mulakan pergaduhan dan suka cari gaduh.
So sekarang ni, apa yang emosi dia tak dapat adalah sokongan dan perlindungan daripada orang yang lebih dewasa,
especially mak ayah dia.
especially mak ayah dia.
I almost cried listening to his story.
Sebab bagi saya, dia sangat baik.
Dia suka tolong saya buat kerja, sangat menghormati rules yang saya tetapkan di rumah, dan sangat sopan santun bila bercakap.
And he told me,
kalau boleh dia nak jumpa saya setiap hari, sebab dia rasa selamat.
So nampak tak dari segi emosi, dia sebenarnya nak apa?
Cuma nak perlindungan dan sokongan je.
Itu pun susah mak ayah nak bagi.
Itu pun susah mak ayah nak bagi.
-____-
Sekian 10 stories atau 10 luahan emosi daripada anak-anak jiran yang selalu datang ke rumah saya,
untuk renungan kita bersama.
Well you know, anak-anak jiran yang selalu datang rumah saya bukan dalam 2-3 orang je ye.
Dah macam pasaraya dah kadang-kadang.
Masa diorang datang peti ais penuh, bila diorang balik peti ais kosong.
Maksudnya?
Masa diorang datang peti ais penuh, bila diorang balik peti ais kosong.
Maksudnya?
;D
Tapi saya happy sebab saya banyak belajar dari diorang.
Sebagai orang yang takde background in early childhood, ada bagus jugak saya import je budak-budak ni ke rumah saya untuk ajar saya. Hahah.
Bergetar eyebag kan baca kisah emotional drive diorang?
Rasa macam boleh relate dengan perangai kita sebagai ibu bapa juga kan?
Macam sentap-sentap pedih-pedih je rasa dia kan?
;D
Korang bayangkanlah saya yang dengar sendiri dari mulut anak-anak ni?
Sebak woi!
Sebab macam baru tahu apa yang terpendam di lubuk hati diorang selama ni.
Sebab macam baru tahu apa yang terpendam di lubuk hati diorang selama ni.
Saya juga belum jadi ibu yang terbaik dan selalu jugak neglect emosi anak sendiri.
Parenting blogger walaupun kannnn. Banyak je cacat celanya.
*tetiba sedar diri*
-_____-
So lepas ni kena lebih perihatin dengan emotional drive anak-anak okay?
Dan macam yang saya sebut sebelum ni,
behaviour problems di kalangan anak-anak selalunya sangat berkait rapat dengan emosi anak-anak.
behaviour problems di kalangan anak-anak selalunya sangat berkait rapat dengan emosi anak-anak.
So cara paling mujarab untuk menangani dan menguruskan behaviour anak-anak,
adalah dengan mendalami emosi dan psikologi mereka.
Dan berita baiknya adalah, Dr Putri Afzan Maria (Pakar Perkembangan Kanak-Kanak)
akan buat satu talk pada Ahad ni 15 November 2015,
dan topiknya memang fokus tentang MANAGING CHILDREN'S BEHAVIOUR!
Wah! Ni namanya ibarat mengantuk disorongkan bantal,
ibarat lapar disuap nasi lemak ayam berempah.
;D
Kat sini korang akan belajar A-Z macam mana nak handle behaviour anak-anak,
dengan cara yang paling memelihara emosi dan perkembangan minda mereka.
Handle anak secara rilek-rilek je. Tak payah stress-stress.
Sebab bila korang tengok muka Dr Putri Afzan je pun dah boleh hilang stress.
Tu belum dengar suara lagi.
Bila dengar suara je terus tertidur.
;D
Tak tak. Gurau.
Sepanjang pengalaman saya join talk Dr Afzan, mana pernah mengantuk.
Mengantuk masa beratur tunggu giliran nak ambik gambar dengan dia ada la.
-_____-
Nah details untuk talk tu:
Children's behavior--
such a mystery, such a hot topic.
If only your children were born with an instruction manual!
Come and join us for some tips and tricks in
managing children's behaviour.
Visit this link for e-ticket purchase:
Also, this will be BYA's last talk before we take a break to prepare for
2016!
Email: bloomingyearsacademy@gmail.com for any enquiry!
Dan!
Ini juga merupakan kolaborasi terakhir antara Haikal's Outdoor Playgroup bersama Blooming Years, untuk tahun 2015.
Dah la last session,
pastu topik paling menggetarkan eyebag pulak tu kan.
Siapa tak rebut pelung ni memang tak tahu la patut dikasihankan ke tak.
Cuma nak bagitahu lah, seats adalah sangat limited.
Baik register cepat.
Kang dapat seat paling ceruk, belakang tiang, sebelah tong sampah, berhadapan dengan pintu tandas.
Hah nasib lah!
Kang dapat seat paling ceruk, belakang tiang, sebelah tong sampah, berhadapan dengan pintu tandas.
Hah nasib lah!
Kata orang, malang tak berbau. Tapi tandas berbau ye.
Dah pergi register sana.
Dah pergi register sana.
;D
Jangan lupa dalami emotional drive anak masing-masing!
Semoga bermanfaat.