Do you REALLY KNOW your kids? And why we SHOULD NOT compare our kids?

Hello I'm back!
Setelah berkurun lamanya berhibernasi di dalam gua dan meng-isolate-kan diri dari alam maya,
kini tempoh hibernasi sudah tamat,
dan masa untuk mencari sesuap nasi. 😂


Sepanjang tempoh hibernasi saya, selain berjaya mengumpul lebih banyak lemak di dalam badan,
saya juga terima banyakkkkkk email daripada readers.

Dan sorry sebab most of the emails saya tak sempat jawab.
Sebab ye lah.
Sedang berhibernasi kan heheh.

Tapi rata-rata email yang saya terima bertanyakan soalan yang hampir sama.
Contohnya,

"Jiji, anak saya dah 4 tahun tapi langsung tak kenal ABC. Dah ajar pun asyik lupa!"

"Jiji, anak saya ni jenis tak reti duduk diam. Terlampau lasak. Kalau tak bagi dia bergerak, dia akan mengamuk! Padahal dia perempuan. Jiji rasa dia autistic ke? Atau hyperactive?" 

"Jiji, anak saya ni agak pelik. Dia suka kumpul bunga. Mana-mana dia pergi mesti nak kutip bunga. Penuh beg sekolah dia dengan bunga. Padahal dia lelaki. Jiji rasa normal ke tu?"

"Jiji, anak saya suka sangat dengar muzik dan berjoget. Orang tua-tua kata jangan biasakan. Takut nanti lalai dengar muzik banyak sangat. Tapi saya tengok dia happy bila dengar muzik. Apa pendapat Jiji?"

"Jiji, anak saya suka sangat melukis. Tapi bila disuruh menulis, dia malas. Dia asyik nak lukisssssss je. Macam mana saya nak start ajar dia ABC?"


Haaa!
Semua soalan pun tentang anak saya.
Cuba la sekali sekala tanya soalan tentang nenek saya pulak ke. 😪

Kepada yang tanya soalan-soalan di atas tadi,
saya nak tanya anda balik,

"Have you heard about Multiple Intelligences? Atau Kepintaran Pelbagai?"


Adakah anda tahu,
bahawa ABC 123 itu cuma salah satu cabang intelligence yang kalau takde yang tu, 
anak anda mungkin ada 8 intelligences yang lain, 
yang juga boleh menjadikan anak anda unik, istimewa dan cemerlang berbanding yang lain?

Fikirkan.

Anak jiran dah pandai ABC, anak kita belum.
Tapi anak jiran itu tak hebat melukis seperti anak kita.
Anak jiran dah pandai ABC, anak kita belum.
Tapi anak jiran tu fizikalnya tak sekuat dan seaktif anak kita.
Anak jiran dah pandai ABC, anak kita belum.
Tapi anak jiran tak mempunyai social skills yang hebat seperti anak kita.

So now,
apa lah sangat ABC tu?

Anak anda lambat kenal ABC (hanya kurang 1 intelligence),
tapi anak anda cekap dalam 8 intelligences yang lain.
8 lawan 1,
8 lah menang. 😁

According to Theory of Multiple Intelligences by Howard Gardner,
setiap manusia mempunyai 9 (atau lebih) multiple intelligences.
Cuma yang membezakan kita adalah, intelligence yang mana lebih, dan yang mana kurang.
Itu saje.

Korang boleh read more tentang perkara ni kat Google Scholar.

Tapi sebelum tu, izinkan saya explain sikit kat sini tentang Multiple Intelligences dalam bahasa pasar tani supaya korang semua boleh faham the basic of multiple intelligences dan
kenapa kita TAK SEPATUTNYA membandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Sebaliknya KENALI potensi setiap anak dan raise them to be a good person dengan potensi yang Allah dah beri kepada dia.

Lain anak lain potensi dan intelligence mereka.
Even adik beradik pun lain-lain.
Even kembar pun lain-lain.
Suami isteri, lagi lah lain.

Macam suami saya, dia logical, intrapersonal, and visual-spatial smart. Jenis yang suka buat kira-kira, suka berbincang, suka melukis, suka benda-benda kompleks, pandai kawal emosi dan dia sangat matang bila berhadapan dengan sebarang situasi.
Sebab tu dia end up kerja buat highway dan kawen dengan orang yang paling badut dalam dunia,
iaitu SAYA.
-____-

Berbeza dengan suami, saya pula jenis money smart.
Wah tetiba money smart termasuk dalam carta kahkah.
Money smart bermaksud, hebat dalam bidang menghabiskan wang sendiri dan wang orang lain.
Ehh! 😂

Whatever it is, setiap manusia ini diciptakan unik.
Setiapnya berbeza dan tiada satu pun yang serupa.

Maka sebab itu lah terbentuknya Theory of Multiple Intelligences yang dikaji oleh Howard Gardner.
Tapi siapakah Howard Gardner ni?
Encik Gardner penjaga garden ke?
Mentang-mentang nama dia Gardner terus kata dia jaga garden. 🤭

Howard Gardner merupakan seorang psychologist yang banyak mengkaji tentang kognitif dan perkembangan manusia.
Haa suka hati je cakap dia jaga garden tadi kan.
Dia adalah researcher terkemuka ok!
Malah seluruh dunia mengimplimentasikan teori Encik Gardner ni.

Pada asalnya, Howard Gardner kata Multiple Intelligences (Kepintaran Pelbagai) ni ada enam je.
Tapi makin lama, makin banyak penemuan beliau,
so yang paling terkini ialah beliau mengatakan manusia mempunyai 9 multiple intelligences.
Dan beliau kata, tak mustahil lepas-lepas ni akan bertambah jadi 10 ke 11 ke 12 ke 88 ke.
Sebab manusia ni memang Allah jadikan terlalu unik, istimewa, kompleks dan terlalu banyak kelebihan berbanding ciptaan-ciptaanNya yang lain.

Berikut adalah carta Multiple Intelligences atau kepintaran pelbagai yang ada pada manusia yang telah dikaji oleh Howard Gardner.

Dalam chart ni ada 8 je, walaupun sebenarnya ada 9.
Dan yang kesembilan ni sebenarnya special untuk orang-orang yang beragama. :)

9 Multiple intelligences ini la yang sepatutnya membentuk personaliti, minat dan kepakaran seseorang,
supaya seseorang itu boleh mengoptimumkan potensi dalam dirinya.
Gitu.

Tapi kenapa Allah perlu jadikan setiap manusia mempunyai kepintaran yang berbeza-beza pada tahap yang berbeza-beza?
Sebab setiap dari kita mempunyai peranan yang berbeza di atas muka bumi ni. Kan?
Ada yang sesuai jadi imam masjid, ada yang tidak.
Ada yang sesuai jadi engineer, ada yang tidak.
Ada yang sesuai jadi perdana menteri, ada yang tidak. 😉

Betapa hebat dan adilnya Allah,
Dia tak jadikan kita semua serupa tapi masing-masing mempunyai kepintaran dan kehebatan masing-masing untuk menjadikan kita semua khalifah yang bermanfaat di muka bumi.
Dah kenapa tetiba rasa macam rancangan tanyalah ustazah pulak ni.
Ya allah ya ampun ya allah.

Ok jom kita tengok serba ringkas apakah 9 Multiple Intelligences dalam carta tadi,
dan saya akan explain dalam bahasa pasar tani supaya makcik jual pucuk paku pun boleh baca dan fahamkan.



1) Verbal / Linguistic Intelligence

 Anak-anak yang mempunyai intelligence ini lebih cepat bercakap dan mudah tangkap vocabs/ words baru. Mereka lebih minat perkara-perkara yang melibatkan perkataan, bahasa, komunikasi dan seumpamanya.
Dan kanak-kanak ini selalunya dikatakan petah dan matang dalam percakapan.

Tapi kalau tak dikawal, tak mustahil dia akan menjadi Joyah dengan mulut tidak terkawal pada masa akan datang. 😂

So kita ibu bapa sepatutnya kawal setiap percakapan kita sebab ada yang memerhati dan mencontohi kita.
Escpecially anak-anak linguistik macam ni.

Jaga jaga ada yang meghatii! -kiah propa-



2) Logical / Mathematical Intelligence

Haa yang ni paling rare.
Ingat tak masa kita belajar add maths dulu?
Dalam 40 pelajar dalam kelas, 38 orang failed, 2 orang je lulus.
Dan alhamdulillah saya tergolong dalam 38 orang tu. 😑

Ini bermaksud 2 orang yang lulus tu mempunyai kepintaran logikal/matematikal yang sangat luar biasa.
Manakala 38 orang lagi dianggap hampeh. -..-

Jadi untuk tidak membezakan anak-anak,
sila lah mansuhkan subjek add maths tu sekarang. Behehehehe.

Anak-anak yang mempunyai kepintaran logikal/matematikal ini mempunyai logical thinking skills yang sangat tinggi.
Mereka mudah faham pattern, scientific experiments/facts, mathematical calculations, dan perkara-perkara kompleks yang seumpamanya.

Dan mereka ni dikatakan lebih matang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Maka jika terjumpa mereka, kahwinilah mereka. 😁


3) Visual / Spatial Intelligence

Pernah tak kita tengok kawan kita ambik gambar pemandangan cantik sangat.
Tapi bila kita ambik gambar pemandangan yang sama, guna phone yang sama,
tak secantik yang dia ambik.

Haa sebab tu orang tua-tua selalu pesan, jadilah diri sendiri.
Tak perlu tiru orang lain.

Ini kerana, kawan kita tadi mempunyai kepakaran menggunakan ruang dan visual.
Mereka ni selalunya mempunyai tahap imaginasi yang sangat tinggi.
Kan kita pernah tengok orang-orang buta yang boleh melukis dengan sangat cantik.
Orang-orang istimewa yang boleh melukis portrait/ pemandangan yang sekali pandang nampak macam real.
Haa orang-orang ni lah.
 They are visual-spatial smart.

Sebab tu bila tengok anak suka melukis, suka tangkap gambar,
jangan halang.
GALAKKAN.
Tapi of course, kawal.
:)



4) Bodily / Kinesthetic Intelligence

Haa anak-anak yang bodily-kinesthetic smart ni la yang selalunya dikatakan
LASAK, HYPERACTIVE, TAK RETI DUDUK DIAM.

Pernah tak korang tengok anak-anak yang jatuh beribu kali pun tak nangis dan tak serik?
Pastu terus jauh di sudut hati korang rasa bangga,
 sebab korang rasa anak korang ada genetik incredible hulk. -____-

Anak-anak yang very physicial macam ni, memang mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi, body balance yang tinggi dan body-eye coordination yang tinggi.
Haa hebat ke hebat?

Anak macam ni memang perlu diberi ruang dan aktiviti fizikal untuk membantu perkembangan optimum mereka.
Kalau bagi skateboard ke apa, patah tangan dua kali, dah boleh jadi professional skateboarder yang tahap meluncur terbang-terbang tu.
 Kalau bagi raket squash, tak lama lepas tu mesti Nicole David bersara.
Sebab dah ada pengganti.
:D



5) Musical / Rythmic Intelligence

Anak-anak yang musical-rythmic intelligent pula adalah mereka yang mempunyai daya pendengaran yang tinggi.
Mereka boleh kenalpasti setiap note dan ritma bunyi dalam music yang didengari.
Dan mereka ni hebat mentafsir perhubungan antara bunyi dan perasaan.

Diorang ni bukanlah bila besar nanti kena jadi penyanyi ke apa.
Malah ada je penyanyi yang hanya tahu menyanyi tapi tak tahu mencipta music. Kan?
Kira anak-anak rythmic smart ni lebih hebat dari penyanyi!
Gittew..

Kan ada kajian baru-baru ni mengatakan bermain alat music seperti violine, piano, dan gitar boleh meningkatkan tahap kepintaran dan menyebabkan seseorang itu lebih pandai mengawal emosi.

Haa. So music tak semestinya haram ye.
Allah ciptakan manusia ni memang sukakan music dan bunyi-bunyi yang indah.
Tak salah pun nak hantar anak ke kelas music ke apa.
Yang penting, kawal dan put a limit.
Tak perlu sekat minat anak. :)



6) Intrapersonal Intelligence (self awareness)

Anak-anak yang mempunyai intrapersonal intelligence ni memang power.
Mereka ni sangat mudah mengenali diri sendiri, memahami pemikiran sendiri dan mengenali emosi dalam diri.
Diorang punya emotional control skills sangatlah hebat.
Budak-budak lain dah nangis-nangis, dia boleh rilekkk je menghayati pemandangan sambil korek hidung. 😂

Dan selalunya anak-anak intrapersonal smart ini mudah disenangi dan didekati orang lain.
Malah ada pakar mengatakan, orang-orang yang berjaya selalunya mempunyai intrapersonal intelligence yang bagus sehinggakan mereka tidak perlukan orang lain untuk memotivasikan diri sendiri setiap hari.
Ewah hebat benor awak ye. :D



7) Interpersonal Intelligence (between people)

Yang ni lebih kurang macam social skills la.
Orang-orang yang ada interpersonal intelligence ni mudah faham orang lain.
Dia tahu cara jaga perasaan orang, tahu cara nak tackle orang, tahu cara nak ambil hati orang, tahu cara nak berkomunikasi dengan baik, tahu cara nak baca behaviour orang, tahu cara kenal emosi orang, etc.

Biasanya orang-orang ni mempunyai ramai kawan dan mampu mengekalkan hubungan baik sesama manusia dalam jangka masa yang panjang.

Kat rumah yang kitorang baru duduk ni, ada sorang anak jiran ni.
Dia sangat sangat peramah.
Kalau nampak sesiapa mesti dia tegur,

"Makcik, nak ke mana tu? Ambik anak dari sekolah ke?"
Atau
"Makcik tak berniaga ke hari ni?"
Atau
"Cantiknya makcik. Nak jumpa orang tersayang ke?"

:D

And he is only 5 year old! Haa kau!
Kau mampu tegur semua orang camtu?
Jeling jiran sebelah pun tak berani.
😁



8) Naturalist Intelligence

Anak-anak yang naturalist ni pulak sukakan alam semula jadi.
Diorang suka kutip batu, kutip daun kering, kutip bunga, etc.
Dan diorang ni sebenarnya bukan kutip untuk buat pekasam ye.
They actually observe and learn the pattern of nature.
Diorang suka tengok pattern pada daun, pokok, batu, kayu, etc.

Dan anak-anak macam ni selalu interested dengan perubahan atau fenomena alam semula jadi di sekeliling mereka.
Contohnya, macammana terjadi hujan, kenapa matahari panas, kenapa lembu makan rumput, kenapa bunga ros ada duri, kenapa pokok semalu malu-malu, kenapa muka mama berjerawat, dan sebagainya.
Jerawat pun salah satu khazanah alam semula jadi dengan tidak semena-mena.
😂

So kalau korang ada anak yang naturalist camni,
bawak lah dia masuk hutan, pergi bercuti kat beach, etc.
Jangan reti bawa pergi pavillion je.
Kang alam semulajadi lain yang diperhatikkannya. Kehkeh.



9) Spiritual / Existentional Intelligence

Last but no least, spiritual intelligence.
Ini patut ada pada setiap manusia, tapi tak semua manusia mempunyai intelligence ini ketika kecil.
Ada anak yang cepat alert dan aware yang setiap benda bernyawa adalah ciptaan Allah.
Setiap langit biru, bulan bintang, laut sungai adalah ciptaan Allah.
Dan anak-anak ini cepat menyebut subhanallah/alhamdulillah dan tahu masa yang sesuai untuk menyebutnya dan memahami maksudnya.

Syukurlah kalau korang ada anak yang cepat kenal Allah.
Dan sememangnya Allah memberi kita zuriat supaya kita juga boleh belajar dari mereka dan memperbaiki diri.
Kan?
:)


So itulah dia serba sedikit tentang 9 Multiple Intelligences atau Kepintaran Pelbagai yang boleh ada pada kita manusia yang kita boleh gunakan untuk lebih mengenali anak-anak kita.
Seterusnya mencorakkan mereka sepertimana yang sepatutnya mereka jadi.
Bukan seperti yang kita mahu mereka jadi.
Gittew.

Kita taknak lagi persepsi dan tanggapan salah dalam minda kita ibu bapa terhadap anak-anak.
Semua parents nak yang terbaik, tapi tak semua parents tahu apa yang terbaik yang sepatutnya dilakukan untuk anak-anak mereka.
Cukuplah budaya dan pemikiran lama yang mengatakan hanya anak-anak straight As sahaja yang bijak dan berjaya.
Ah pedulikkan huruf A yang seketul itu.
Kita ada 25 lagi abjad lain. Dan Allah beri kita kelebihan yang sama rata.



p/s: Please share entry ni sampai viral ke seluruh galaksi bima sakti!
Because every child in the universe neeeeed knowledgeable parents!

10 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

Walaupun saya belum berkahwin tapi saya rasa parenting skill adalah sangat diperlukan bagi kedua ibu bapa. Setiap anak itu ada kelebihannya. Jangan sekali membanding. Dan saya sendiri berazam kalau satu hari nanti saya ada anak, Insya Allah saya akan terima mereka seadanya. Saya faham perasaan jika di banding beza. :)

beat said...

tq ats perkongsian...multiple intelligence ni dah lama ni

Unknown said...

Extend seminar ni di kuantan...pls...

Unknown said...

Extend seminar ni di kuantan...pls...

Anonymous said...

Seminar ni dalam bahasa apa..melayu? English?

ADLIL RAJIAH said...

Unknown,
Mostly in Malay. :)

Ayumieka said...

Salam... untuk Haikal OPG tu, anak baru setahun boleh ke. anak saya 4tahun(lelaki) 1 tahun (perempuan)

dorsett pink said...

Good sharing

Unknown said...

d perak blh adakan seminar tak

Unknown said...

Assalamualaikum Kak..Saya ada anak yang sangat sukakan ramal masa depan orang dengan kad tarot,normal ke???