5 Marriage Lessons Sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang Kelima.

Sempena wedding anniversary kitorang 2 minggu lepaih,
saya nak share 5 lessons yang saya belajar sepanjang 5 tahun berkahwin ni.
Sebenarnya 5 je memang tak cukup la kan.
Tapi kang kalau senaraikan 500 kang orang cakap apa pulak.
Baru 5 tahun kawen, dah panjang senarainya.
Orang yang dah 50 tahun pun bagi dua tips je.
;D

Saya sedar usia 5 tahun perkahwinan itu masih terlalu mentah.
Nak-nak pulak orang macam saya yang kawen awal (22 tahun), masih terlalu jauh perjalanan.
Ramai lagi pasangan di luar sana yang lebih lama berkahwin dan bahagia.
Macam mak ayah kita lah. Kan?
I always admire my parents' marriage.
Sampai sekarang pun diorang still ber-i-love-you dan bergurau manja depan anak-anak.
Halahai cubit kang.
:')

So tips yang saya nak kongsikan hari ni mungkin tak seberapa, sekadar berkongsi pengalaman yang mungkin boleh jadi rujukan untuk kawan-kawan yang baru berkawen,
atau yang bakal berkawen tak lama lagi.
Amboi-amboi seronok korang ye!
;D

Saya dan suami sama macam pasangan lain, terlalu banyak pasang surut yang kitorang hadapi sepanjang tempoh berumahtangga.
Tapi at the end of the day, kami masih mahu kekal bersama.
Kami cuba untuk saling memaafkan.
Dan insyaAllah akan menggenggam erat tangan kami dalam apa jua keadaan.
:)


Ok berikut adalah beberapa perkara yang saya pelajari sepanjang 5 tahun perkongsian hidup mengharungi bahtera rumahtangga yang penuh badai onak dan duri asmara.
Ewah ayat novel sangat dah mengapa engko.


 1) "Saya nak suami yang handsome, kaya, romantik, etc."
Marriage is MORE than that, sister. 

Dulu sebelum kawen, saya pun macam ni.
Siap list down ciri-ciri lelaki idaman.
Nak yang handsome, suka sport, badan tough macam David Beckam.
Nak yang kaya supaya boleh duduk rumah besar pastu boleh upah maid 3-4 orang.
Nak yang romentik, yang setiap malam tabur kelopak bunga atas katil, dalam bath tub, dalam jamban, semua.
Fairytale sangat perangai camni.
 Puih.

Be realistic, girls.
You are not Cinderella.
Pergi tengok cermin sikit. 
Muka dah macam etnik-etnik jangan mimpi la nak laki ala-ala prince charming.
;D 


Be the right person.
Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik, insyaAllah.
Bak kata sorang ustaz ni, jodoh kita nanti adalah ibarat imej kita dalam cermin.
Baik kita, baiklah dia.
Patuh kita, patuhlah dia.

Handsome, kaya, romentik, itu semua ilusi dan terlalu subjektif.
Anda akan menilai "handsome, kaya, romentik" itu dari sudut yang lebih matang selepas berkahwin nanti.

So relax and be realistic.
Jangan terlalu meletakkan syarat. 
Sebab?
Satu, takut tak jumpa langsung ciri-ciri sempurna lelaki idaman mu itu.
Dua, jodoh tu dah ditetapkan ketika kita berusia 120 hari dalam kandungan mak kita, kan?
So macam mana pun dia nanti, ITULAH YANG TERBAIK.
Tiga, ikut apa yang islam ajarkan.
Cukup sekadar bakal suami kita itu ada agama, dari keluarga yang baik-baik, kewangan yang baik dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri serta keluarganya.

Sebelum saya kawen dulu, Mama saya pernah pesan.
"Nak tahu macam mana bakal suami kita tu layan kita bila tua nanti,
tengok cara dia melayan ibunya. 
Bukan tengok cara dia layan kita masa bercinta. Itu semua sementara."

Make sense, kan?
Kalau mak sendiri pun dia layan tak layan.
Bagaimana pula kita yang entah siapa-siapa ni?

So pegang apa yang Rasulullah sebut dalam hadis Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim,
"Apabila datang kepadamu  seseorang yang kamu sukai agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah (anak perempuanmu) dengannya. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlakulah fitnah dan kerosakan yang teruk di dunia ini”

Dua je Rasulullah sebut, agama dan akhlak.
Maka itu sahaja lah yang membawa kepada kebahagiaan abadi.
Handsome, sado, harta berkoyan, romentik, itu semua sementara dan hanya indah di mata manusia.

Ni haa ciri-ciri lelaki idaman yang sepatutnya.
Haa bukan main senarainya.
Heheh.

Yang penting, ada agama dan akhlak yang boleh memimpin tangan isteri dan anak-anak ke syurga Allah.
Memang itu pun impian kita yang paling ultimate kan?
Till jannah. 
Kan?
:)



2) Appreciate the small-small things. 
Jangan terlalu mengharap bulan jatuh ke riba.

Kita dan pasangan kita, dua-dua manusia.
Bukan malaikat.
Kita masing-masing ada cacat cela.
Terima dia macam mana dia terima kita.

Bak kata Ustaz Badli Shah dalam seminar K-Fiqh tempoh hari,
"Isteri jangan mengada sangat. Suami tak bagi bunga, nak minta cerai. Suami lupa tarikh anniversary, pun nak minta cerai. Terlalu mengharap bintang-bintang di langit. Macam lah itu yang membawa ke syurga."

Uhuhu.
Pedaih pedaih.

Saya teringat pernah sekali kitorang mengalami kegawatan ekonomi selepas saya melahirkan anak.
Ye la kan. Beranak pun dah RM2300, barang confinement lagi, barang baby lagi.
Habis gaji setahun. ;D

So memang kitorang kena ikat perut la sekejap.
Masa tu hampir semua benda yang saya minta mesti tak dapat.
Tapi memang nafsu semata-mata la apa yang saya minta tu kahkah.
Nak makan mewah sikit, tak dapat.
Nak tengok wayang, tak dapat.
Nak beli kasut baru, tak dapat.
Nak berjimak je dapat.  -______-

So saya jadi down. Rasa tak romentiknya lahai suami aku nih.
Dah la aku dah beranakkan anak dia! Nak makan mahal sikit pun tak dapat!
Apatah lagi nak minta gelang emas 10 kilo!
Cis kedekuit!
Hahah.

Tapi bila saya cuba lupakan sekejap keinginan-keinginan saya yang merepek tu,
saya mula nampak perkara-perkara yang patut saya syukuri.
Saya nampak suami saya yang rajin basuh berak anak.
Saya nampak suami saya yang rajin tolong basuh baju sidai baju sampai jiran-jiran semua puji.
Suami saya yang rajin kemas rumah sebelum pergi kerja.
Suami saya yang akan cium dahi saya setiap kali saya letih menyusukan anak dia.
Suami saya yang turut sama berjaga malam bila saya tak boleh tidur jaga anak, sedangkan siangnya dia bekerja.
Suami saya yang tak pernah suruh saya buat kerja rumah, walaupun rumah dah macam tongkang.
Suami saya yang tak pernah merungut walaupun tiada makanan terhidang atas meja makan.
Suami saya yang masih sayangkan saya walaupun dia terpaksa gosok baju kerja sendiri.

Allahuakbar.
Benda-benda kecik macam tu, kalau kita tengok dengan mata hati sebenarnya jauhhhhh lebih bernilai dari apa jua harta di atas muka bumi ni.
Kan?

So since then, saya mula belajar menghargai benda-benda kecil dan sentiasa bersyukur.
And i became much more happier since then, dan tak pandang dah bunga ros ke gelang emas ke candle light dinner ke kasut baru apa jadah semua tu.
  :D

Dan sejak tu, saya sentiasa doakan supaya jodoh kami panjang.
Sebab saya mula sedar, saya perlukan lelaki ini dalam hidup saya.
Dan tak dapat bayangkan jika dia tidak lagi bersama saya. :(


 Ini gambar masa baru lepas nikah. Suami minta untuk pakaikan saya inai untuk majlis resepsi. 
Ini antara perkara romentik yang dia pernah buat untuk saya.
Walaupun mungkin tidak bagi orang lain.
Sebab tu setiap kali anniversary pun saya akan pakai inai untuk reminisce this moment.
Awww sangat. 
Geli kerongkong.
Terima kasih, bang! Hihih
Nasib lukis tema floral. Kalau lukis tema manchester united dah lama kena luku. ;D



3) Suami dan isteri adalah dua individu berbeza.

Kita dan pasangan adalah dua orang yang berbeza.
Jantina berbeza.
Personaliti berbeza.
Datang dari keluarga dan latar belakang yang berbeza.
Cara berfikir berbeza.
Cara hidup berbeza.
Cara urus kewangan berbeza.

Terlalu banyak perbezaan.
Dan makin lama kita kawen, makin banyak beza yang kita nampak.
Kan?
Jangan sesekali menidakkan perbezaan itu atau cuba memaksa pasangan jadi seperti kita.
Sebaliknya, terima perbezaan dan BERTOLERANSI. 

Macam sabda Rasulullah dalam hadis Riwayat Muslim,
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlaknya yang lain."

Dari Dr Margaret Rutherford,
"Marriage is not boring. Two lives woven together can be quite exciting! There's just something about watching someone very different from you, living their life in an extremely different way. Up close and personal. You learn from that."

Betul.

Dan bagi saya, marriage adalah satu fasa hidup di mana kita perlu keluar dari comfort zone.
Kerana kita bukan sahaja kawen dengan suami kita, tapi dengan seluruh ahli keluarganya.
Kita perlu masuk dalam sebuah keluarga yang asing, belajar cara hidup mereka dan terima mereka sebagai keluarga kita.
It might be challenging sometimes.
Tapi jika kita buka minda, tidak terlalu judge orang lain, dan boleh nampak kelebihan mereka,
kita akan happy.

Amalkan golden rule ini,
"Treat your spouse and his/her family how you would like to be treated."

Macam saya dengan keluarga mertua,
Mula-mula dulu memang awkward. Susah betul rasanya nak berkomunikasi.
Rasa macam takde keserasian.
Tersekat-sekat je bila bercakap huhu.
Tapi sekarang dah boleh bergurau tahap kasar jugak lah.
Mak mertua saya pun amboi amboi sangat dia sekarang kahkah.
Alhamdulillah saya semakin bahagia dengan mereka.
Tak rasa macam keluarga asing lagi dah dan saya harap mereka pun gembira terima saya.

Bila kita berjaya keluar dari comfort zone, dan menyesuaikan diri dalam zone yang baru,
ia sebenarnya mematangkan kita.
Dan increase our level of tolerance.
Dan membuatkan kita lebih mengagungkan kekuasaan Allah secara tak langsung.


4) Konflik itu BIASA.

First two years of marriage mungkin la honeymoon lagi.
Manis-manis je semua.
Masuk tahun ketiga dan seterusnya, haa mula la manis bertukar jadi masin-masin sikit.
;D

Well, pasangan mana yang tak bergaduh.
Kan?
Kadang-kadang bila misplace kunci kereta pun boleh gaduh besar.
Terus mengata pasangan macam-macam.
Padahal ada je kunci tu terselit mana-mana.
Cuma malas nak cari.
Kalau kunci tu boleh dengar, mesti dia dah gelak terbahak-bahak.
"Pasal aku pun nak bergaduh dua manusia ni. Hoi aku ada kat celah sofa ni hoi. Anak kau yang sorokkan."

-______-
 
Ustazah Ainun Mardhiah pernah cakap,
"Bergaduh dalam rumahtangga ni bagus, ia mengeratkan lagi hubungan suami-isteri."

Haa cemana tuh? 

Sebab dengan bergaduh la, akan wujud berterus terang dalam komunikasi.
Dengan bergaduh la, kita akan lebih memahami kehendak pasangan.
Dengan bergaduh la, kita akan lebih kenal pasangan dan belajar menerimanya seadanya.
Dengan bergaduh la, finally suami kita akan cakap,
"Laaa awat hang tak habaq awai-awai! Tiga hari duk masam muka mana aku paham hang duk pikiaq apa!"

;D

Betul kan?
Kadang-kadang kita para isteri ni suka pendam dan expect suami tahu apa yang kita nak.
Padahal kita dah sedia maklum yang lelaki takde 6th sense yang boleh baca naluri apa jadah semua ni.
Lelaki kan straight forward. 
Diorang tak reti nak layan bahasa tubuh, bahasa kias, mahupun bahasa pujangga.
Itu semua dalam hindustan je.

So grow up, ladies.

Saya dan suami kalau bergaduh, kitorang pegang 3 tips ni dari Dr Fadhilah Kamsah.
1) Bila suami marah, isteri diam dan dengar. Bila isteri marah, suami diam dan dengar.
Bila nak bercakap? Bila marahnya reda.
2) Gaduh macam mana pun, jangan dibawa keluar dari rumah. 
Jangan bawa ke tempat kerja, jangan bawa ke rumah keluarga, jangan bawa ke rumah saudara mara.
3) Gaduh macam mana pun, jangan tidur berasingan.

Haa simpan dalam kepala 3 benda ni.
Bermanja biar rahsia kita berdua, bergaduh pun biarlah rahsia kita berdua je.
Gicu.


Tapi kalau dah bergaduh tahap bertumbuk bertinju segala,
itu sila bawa ke balai polis lah ye.
:D



5) The couple that prays together, stays together.

Ramai dah ustaz pesan benda ni.
Especially ustaz-ustaz yang kerja kat bahagian cerai-rujuk jabatan agama,
mesti akan cakap benda yang sama.
Ramai pasangan bercerai yang tak pernah atau jarang solat bersama.
Sedangkan kunci kebahagiaan ada pada solat berjemaah.
Tak dapat setiap waktu, sekadar maghrib dan isyak pun ok.
Asalkan ada solat berjemaah berdua.
Sebab fadhilatnya sangat besar.

In fact, ada pendapat yang mengatakan lelaki yang suka berjemaah di masjid, 
boleh mengasingkan hari-hari tertentu untuk berjemaah bersama isteri di rumah.
Solat ni ibarat talian hayat kita dengan Allah, dan solat jemaah pula adalah pelengkapnya.
Maksudnya, solat berjemaah akan membawa keberkatan dalam ibadah dan juga kehidupan kita.

Macam dalil dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda,
"Pulanglah kepada keluarga kalian, dirikanlah solat bersama mereka, ajarlah dan perintahkan mereka (untuk solat). Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat. Jika telah masuk waktu solat, hendaklah salah seorang kalian melaungkan azan dan yang paling tua menjadi imam."

Dalam perkahwinan, belandaslah kepada Islam.
Rasulullah dah bagi tips lengkap dah haa.
Nak ikut dengan taknak ikut je.

Saya personally amat bersetuju dengan quote "the couple that prays together, stay together" ni.
Kenapa?
Sebab bila kita amal, kita memang akan dapat rasa fadhilat yang Allah janjikan.
 Gaduh la macam mana pun, bila solat berjemaah berdua dengan suami, mesti rasa menyesal gaduh.
Ia seolah-olah buat kita step back sekejap dan ingat balik tujuan asal kita berumahtangga.
Dia macam reminder.
Buat kita taknak gaduh lama-lama. 

 Saya teringat ada sekali tu kitorang bergaduh.
Dasyat gak aa sampai berkerut dahi, bertikam lidah apa semua.
Tapi lepas solat berjemaah, ketika saya cium tangan suami, 
tiba-tiba suami saya cakap,
"Cantik lah isteri papa ni."

Hey perempuan mana yang tak cair bila orang puji dia cantik?
 Tengah membuak-buak kemarahan, tetiba terus macam lahai lahai saya maafkan setiap salahmu wahai suami lahai lahai.
Hahaha.

Padahal ayat puji macam tu kalau suami cakap dalam keadaan biasa, takde rasa apa pun.
Sebab lelaki ni bila puji macam tu, tak lain tak bukan sebab nakkan sesuatu di malam hari hahahaha.
Tapi masa tu kitorang tengah tegang, dan suddenly solat jemaah itu sendiri dapat hadirkan satu kesedaran.
Sampaikan pujian sesimple itu pun jadi sangat istimewa sehingga tertusuk dalam jiwa.
Terus cium tangan suami sambil menangis teresak-esak.
:D




Ok cukup la kot 5 perkara yang saya pelajari dari perkahwinan saya sebagai perkongsian hari ni.
Harap boleh bagi bayangan sikit-sikit untuk pasangan yang baru berkawen, akan berkawen, mahupun belum berkawen.
Hihihi.

Akhir kata, untuk suami tercinta,
terima kasih untuk 5 tahun ini.
Semoga kita ada 500 juta tahun lagi untuk bergaduh dan bermasam muka. Hahahaha.
I love you, suami!


Last but not least,
saya ada jumpa sebuah doa sempena ulangtahun perkahwinan yang cukup indah maksudnya.
Boleh sama-sama amalkan. :)

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.


Aminn..

14 comments:

nurul_luq_luq said...

amin...semoga berkekalan dan mendapat rahmat dr ya Allah....happy anibersary

Unknown said...

Part appreciate small things, tu sgt2 betul. Sekarang ni, hubby tak bagi hadiah ms anniversary pun rasa tak marah sgt dah. Of course, kalau bagi tu lagi afdhal laa kan, kihkihkih! Tapi entah macam mana, bila hubby cuci berak anak tu nampak lagi indah dari segala material yang ada, ewah!

Unknown said...

happy anniversary jiji and fify...semoga bertambah kuat ikatan kasih syg..

Nadt said...

Betullah.. nadt suka gaduh ngan husband sbb bila bergadoh je barulah dia nak peluk2 pujuk. Kalau x bergadoh memang jgn harap la dia nak saje2 peluk. Ambik gambo berdua pun tegak je mcm patung cendana bukannya reti nak paut pinggang bini ke. Bini yg paut pinggang laki..bahahhaa.. aiihh..laki..laki..

Nadt said...

Betullah.. nadt suka gaduh ngan husband sbb bila bergadoh je barulah dia nak peluk2 pujuk. Kalau x bergadoh memang jgn harap la dia nak saje2 peluk. Ambik gambo berdua pun tegak je mcm patung cendana bukannya reti nak paut pinggang bini ke. Bini yg paut pinggang laki..bahahhaa.. aiihh..laki..laki..

sayaidaydotcom said...

Iday baru nak masuk setahun ni. hehehehe terima kasih sebab kongsi. iday suka part yang solat berjemaah tu. :)

Unknown said...

rajiah..
perkongsian yang sgt berguna..suka duka asam garam kehidupan..thanx a lot & hepi 5th anniversary both of u..

Unknown said...

Moga bahgia hingga ke syurga :)

rajaroszaini said...

mudah2an..hbgn kalian hgga ke jannah.. :) kitrg pun br 5 thn gak..ape yg diperkatakan tu btl2..setuju yg bab no 2 tu

rajaroszaini said...

mudah2an..hbgn kalian hgga ke jannah.. :) kitrg pun br 5 thn gak..ape yg diperkatakan tu btl2..setuju yg bab no 2 tu

Unknown said...

romantik sungguh pasangan ini! ^__^

ida ahmad said...

Nice one! Bila gaduh mmg pendamkan dengan harapan suami dpt sense.. Apakah?? Last2 kena luah juga bila harapan tinggal harapan 😁.

Bagus ek jemaah. Alhamdulillah. Semoga solat jemaah kami ni buat selama lamanya

farhana roslee said...

Rasa mcm terkena renjetan letrik kejap

farhana roslee said...

Rasa mcm terkena renjetan letrik kejap