Stop Questioning.

Kadang-kadang dalam hidup ni,
to find an inner peace,
to live a happy life,
we just have to stop questioning.
Stop questioning too much about everything.

Aku lagi cantik dari si Bedah tu. Tapi kenapa si Bedah tu kawen dulu?
Dia dah la gemok, hitam, bulu kaki lebat, bibir terjuih.
Tapi kenapa si Abu pilih dia, bukan aku?
Padahal aku ni cantik, kurus, putih, siap ada lesung pipit sedalam jurang mariana.
Tapi kenapa pilih Bedah, bukan aku?

Kinah hujung kampung tu baru dua bulan kawen dah bunting.
Padahal badan kurus kering takde isi, selalu sakit.
Yang aku ni dah lama kawen, sihat walafiat, tak jugak mengandung. 
Kenapaaaaaa.

Kenapa orang kaya, banyak duit, rumah besar, orang gaji ramai, tapi anak sorang dua je?
Aku yang rumah kecik, duit gaji selalu sangkut, kereta kecik,
tapi anak kemain ramai sampai tak boleh berenti reproduce pulak.
Macam tak adil je.

Kenapa jiran sebelah rumah ni kerja biasa-biasa je, tapi tiap-tiap tahun boleh pergi melancong. 
Bawak anak-bini pergi mekah la.
Beli kereta baru la.
Handphone asyik bertukar la.
Aku yang kerja profesional pangkat tinggi ni asyik tak cukup je duit nak pergi melancong.
Bayar duit kereta bulan-bulan pun sangkut.

Anak-anak Mak Wan tu semua selebet je, malas belajar, sekolah asyik ponteng,
tapi kenapa bila SPM straight A pulak.
Anak aku yang sekolah elite, hari-hari tuisyen, beli buku mahal-mahal,
 tapi tak dapat straight A pun.

Kenapa si Bedah tu makan banyak tapi badan tak gemok.
Aku yang ikat perut, makan nasi seminggu sekali ni tapi tak turun-turun pun berat badan.

Kenapa aku sedekah hari-hari, tapi tak kaya-kaya jugak?
Tak murah rezeki jugak?
Sama je rasa.

Kenapa anak aku tak pandai?
Kenapa suami aku tak romentik?
Kenapa bini aku tak pandai masak?
Kenapa aku tak cantik?
Kenapa aku miskin?
 Kenapa aku takde anak?
Kenapa aku tak kawen lagi?
Kenapa takde orang nak kat aku?
Kenapa hidung aku kemek?
Kenapa aku hitam?
Kenapa kenapa kenapa?

KENAPA.

Itulah sebenarnya yang buat kita resah gelisah sepanjang masa.
Kadang-kadang bila terlalu banyak kenapa akan buat kita semakin terbeban.
Semakin tak gembira.
Semakin jauh dari tuhan.
Kan?

Ada perkara yang kita sebenarnya tak perlu ambil tahu pun.
Tak perlu fikir pun.
Some things are better left unsaid. Better left unknown.
Better to just accept the way it is.
Better to just leave it to Allah.
Dan gembira sahaja dengan keadaannya yang begitu.

Kalau semua benda mesti perlu ada jawapan pada lojik akal manusia,
payah.
Dan kalau semua benda mesti perlu memuaskan hati manusia,
tak mungkin.

Sebab ini belum syurga.
Ini baru dunia.
Perkara baik dan buruk masih bercampur.
Di syurga neraka nanti, barulah diasingkan.
 Yang sedap-sedap semua di syurga.
Yang pahit-pahit semua di neraka.
Kan?

Sesetengah perkara itu rahsia Allah.
Yang takkan dikhabarkan kepada kita.
Maka diam. Dan ikut saje.

Yakin semua yang berlaku bukan saje-saje.
Tetapi bersebab.
Sebab yang cuma Allah tahu kenapa.

Kalau semua nak ikut lojik kita,
boleh jadi gila.

Contoh.
Air mani bukan najis. Dan pakaian yang terkena air mani boleh buat solat.
Tapi kenapa perlu mandi wajib untuk menyucikan diri?
Berak pula ialah najis. Pakaian yang terkena berak tak boleh buat solat.
Tapi kenapa cukup sekadar berwuduk untuk menyucikan diri?

Di mana lojiknya?

Tak tahu.
Dan tak perlu tahu.
Diam. Dan turut saje.

Allah tahu apa yang dirancangnya.
Dia tahu apa yang diperintahnya.
Macam yang kita selalu sebut-sebut,
hanya Allah tahu yang terbaik.

Maka itu lah dia.

Dari sebesar-besar perkara, sampai lah serumit-rumit perkara,
yakin saje.
Allah ada jawapannya.
Kita tak perlu tahu semua.
Kalau diizin, nanti-nanti kita tahu juga.

Bila musibah datang pun sama. Payahnya kita nak redha.
Asyik bertanya kenapa kenapa dan kenapa.
Rileks.
Allah tahu kenapa.
Dan Allah tak pernah aniaya sesiapa.

Kadang-kadang Allah buat kita jatuh terduduk,
supaya kita boleh merenung dan ingat balik siapa kita disisi Nya.

Tengok diri kita hari ini.
Terlalu banyak benda yang perlu disyukuri.
Biarpun ia sekadar bernafas.
Atau meneguk segelas air kosong.
Atau menyuap sekeping roti.
Dalam payah-payah pun, Allah masih bagi nikmat.
Yang mungkin Dia tak bagi pada sesetengah orang.

So stop questioning.
Smile.
Be happy.
And you'll find your inner peace.


Salam Jumaat, sekalian manusia!



p/s: Sorry dah lama gila tak update blog. Lepas seminar hari tu banyak pulak komitmen datang bertubi-tubi. Deadline demi deadline yang perlu dikejar. Lecak jugak la ketiak nak kejar semua serentak. Tapi takpe. Alhamdulillah saje. Acik Jiji will be back soon with more updates insyaAllah! :D

8 comments:

nuRuL said...

jiji, terima kasih untuk entri ini...terase tertampar kat diri sendiri pulak.pheuw!

natura said...

Betul tue.
Terima diri sendiri seadanya je.
Nak compare dengan orang memang tak akan habis pun.

mirasz said...

million of likes! =)

Shizukaz Sue said...

meaningful dan bagus sesekali dapat suapan rohani mcm ni :)

HW said...

Beautiful words.

Thank you for sharing!

Aimi Muhamad said...

betul tu..kadang2 tu dalam hati mai jugak persoalan kenapa.kenapa.kenapa. tapi 10 saat je, lepas tu laju2 positifkan minda semula.senyum balik.i do better in future.terus lapang je hati.

Unknown said...

Betul..'kenapa' ni kekadang buat kita rasa tak bersyukur..muhasabah diri balik. Hitung kesyukuran dan bukannya kesukaran

Unknown said...

alhamdulillah,,,tq jiji sebab post entry ni,,,kdg2 kita jauh dengan Tuhan sebab byk sgt komplen,,xnampak rezeki dpn mata,,tp duk idamkan rezki org lain dpt,,astagfirullahalazim