Rakshee at Kota Damansara.

Hari ni kita keluar sikit dari rutin biasa.
Asyik cakap pasal parenting je pun bohsang jugakk. -..-

So hari ni saya nak memperkenalkan kat korang dengan satu kedai bakso paling terbaik,
paling rare, paling awesome, paling lain dari yang lain!
Haa dah menggelupur kan. ;D

 Photo credit: Eat Drink KL

Ni dia.

Terletak di Encorp Strand, Kota Damansara.
Opposite Sunsuria & Tune Hotel building. Sebelah Butik Ariani dan Ahmad & Co.

Senang gila nak cari sebab dia memang facing jalan besar.
Dari jalan besar je dah boleh terbau-bau dah Rakshee ni. 
So ikut je kemana hidungmu membawa mu. ;D

Rakshee ni baru je beroperasi since mid march lepas.
Baru sangat sangat sangat lah.
Tapi dia punya ramai dan well-known dah macam dah buka sejak zaman parameswara. 
-____-

So saya sendiri pun memang tak sabar-sabar nak try makan kat sini.
Hari-hari jilat screen phone bila tengok Instagram @rakshee.
T____T


And finally last week, kitorang berkesempatan jugak menjejakkan kaki ke Rakshee yeayy!!


Saya paling suka ambience dia.
Sangat fresh, simple dan minimalis.
Music yang diorang pasang pun very relaxing.
Sesuai sangat la untuk orang-orang dah berumur macam acik ni. ;D
Very relaxing and refreshing!

Ditambah pulak dengan staf-staf Rakshee yang lahai friendly nya semua. 

 
 Tengok. Siap the head chef keluar dari kitchen untuk bermesra dengan kitorang.


Siap datang duduk semeja! Biar betul, bermesra tahap apakah ni?
;D

Kat Rakshee ni, semua menu dia berasaskan meatball bakso.
Bakso soup ada. Pasta bakso ada. Bakso burger pun ada.
Semua pun sedap, semua pun raksheeyhhhh!!

Memang ngam betul dengan tagline diorang,
"Experience the new way of eating Bakso!" 


Kitorang order Signature Dish dia, Bakso Soup 6 mangkuk.
Percaya la 6 mangkuk tu sebenarnya tak cukup.
Dah la semangkuk RM1.90 jeeee. Cis. -___-

Lepas tu kitorang order pasta jugak.
Baked Pasta Marinara (Haikal suka gila yang niii!) 
dan Spicy Thai Linguine (sesuai untuk orang bertekak kampung macam kitorang yeayyy!).

Dan semua harga diorang sangat budget-concious!
Semua dish lain selain Bakso Soup tu hanya RM9.90 je per plate hamagaaa.
Kat teluk intan pun pasta RM15 kottt. 
Camane korang boleh jual benda sedap camni dalam kesibukan ibu kota dengan harga tak sampai seploh hengget! 
No wayyyyy.
Tapi dalam hati, YESSS WAYYY omnomnomnom!
;D


 Since kitchen dia ialah see-through glass,
so kitorang dapat tengok how they cook and prepare their unique bakso meals.
Woahh tak takut saya copy-paste dan buka kedai sebelah kedai awak ke? 
Bahah.

 Amboi kau kan.
Posing, posing jugak. Pasta saya tu jangan hangus. Cubit kang.


 

And these are Rakshee's signature drinks!
Teh botolll!!
Ada teh original, teh buah (Fruit Tea), dan teh soda (TEBS Tea Cooler).
Ahhhh rasa macam kat Jakarta betul makan kat sini. 
Memang raksheeyhhh!
:D



Ni the head chef tengah demonstrate cara yang betul to eat bakso soup.
Taruk cili hijau and kicap. Fuh terangkat bak hang!
Pedes pedes tapi mahuu.
Mulut dah huss huss tapi tarik lagi semangkuk.
;D
Kitorang terkejut betul bila Haikal suka Baked Pasta Marinara ni.
Sebab Haikal selalunya akan tolak benda ber-cheese.
Tapi kat sini boleh pulak dia tarah separuh pinggan. 
Raksheeyyh sangat la tu. -___-


Our first visit to Rakshee.
Burpppp!
Alhamdulillah!


Dear Rakshee,
you will definitely see these faces more often from now on.
And kindly expect huge order form us.
Bakso Soup nambelas mangkuk belum tentu kitorang akan balik. Hahaha.

Sorry chef. We just have to give you more work.
Padan muka. Siapa suruh masak sedap-sedap. Siapa suruhhhh!
:D

And dear the Head Chef, 
I love you and i will always support u in a heartbeat!

Unfortunately muka kita sama, so tak payah bagitahu pun orang dah boleh agak kau tu adik aku. -..-
So masak elok-elok.
Jangan sesekali mencalit arang ke muka kakngah. 
Gicu.

Adik, I've known you for soooooo long and I know how passionate you are about cooking and cullinary.
I admit u can cook very very well and your air tangan is soo sedap I can't even describe.
I admit masakan kakngah pun tak sehebat yours but lantakkan asalkan laki aku boleh telan bahah.
How I wish I too have that magical hands yang main campak-campak je tapi hasilnya delicious nak mamp.
 You're a gifted chef sejak azali, dik. 

Walaupun sekarang kakngah dah kena bayar untuk menikmati air tangan adik sendiri,
memang agak sadis.. but kakngah is so proud.
Rasa nak nangis knowing that your magical hands are now feeding others and making them happy.
So so sooo proud of you!
Banyak pahala tau buat orang kenyang dan gembira.
:')


For the whole Rakshee Team,
thank you sebab buat something special for us dan peminat-peminat bakso di Malaysia!
Kitorang sokong betul bisnes anak-anak muda tempatan berjiwa besar macam ni.
Bukan sebab mereka adalah adik saya dan kawan-kawannya,
tapi sebab makanan diorang memang sedap, unik, ada kelas tersendiri,
dan memang patut disokong!

So sesiapa saje yang membaca blogpost ni,
GO!
Go to Rakshee now!

Confirm puas semacam je sejurus korang melangkah keluar sambil burpp bau bakso.
Tapi jangan salahkan aku pulak kalau korang ketagih bakso ke apa lepas tu.
;D
Sekali lagi lokasi Rakshee:

Kat Encorp Strand, Kota Damansara.
Opposite Sunsuria & Tune Hotel building. Sebelah Butik Ariani dan Ahmad & Co.

Buka dari Selasa sampai Ahad.
11am to 10pm.
(Jumaat buka 3pm)

Boleh follow Instagram Rakshee untuk eye-gasm harian anda. ;)


Weekend ni pun kitorang macam nak pergi lagi.
Sebab semalam ada kawan aku ni cakap Sweedish Beefballs Rakshee lagi sedap dari meatball IKEA.
Ciss kongasam! Kena pergi lagi la camnih!
Raksheeyyh betul la!
;D

Apa maksud rakshee, you ask?
Kena pergi Rakshee la dulu baru tahu.
Ngehehehehe.

Happy weekend, readers!



4 comments:

Ayumieka said...

haha zaman parameswara...

ok skang saya mengaku saya pun macam nak jilat skrin dah... haihhh nakk jugakkk

sayaidaydotcom said...

Laaaaaa adik Adlil ke, Wahhhhhh adik beradik semua hebat2 ni. Iday banyak kali nak pergi tapi tak pergi. esok nak singgah :)

Kebahagiaan Itu Ada Di Rumah said...

salam,jiji, bakso tu rakshee buat sendiri ke beli siap, maaf cuma nak tahu kehalalan dia je. kalau buat sndiri lebih yakin nak pegi mkn. maaf nak tahu je.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)