6 things I realized after isolating myself from social media.

Assalamualaikum, semua.
Ye saya hidup lagi. -____-

Sorry dah berkurun lamanya tak update kat sini.
 Terlalu banyak benda yang berlaku sejak akhir-akhir ini,
menyebabkan saya tak terdaya nak online. 
Tapi taknak cerita banyak kat sini sebab macam eh berapa kali nak cerita kan.
Kat instagram nak cerita, kat facebook nak cerita, kat blog nak cerita,
eh kau ingat kau aiskrim pasu ke nak buat promosi besar-besaran? -..-

So kat instagram @rajiahnasir dah cerita, cukup lah sekali itu saje.

Ok kembali ke tajuk asal,
6 things I realized after isolating myself from social media.

Sebenarnya saje nak sembang dengan korang, pengalaman saya tak online selama 2 minggu.
Ye pengalaman tak online je padahal.
Gaya macam nak kongsi pengalaman naik kapal angkasa ke naik unta ke apa kan.
Rupanya pengalaman tak online je aduinyapuin.
;D

Well dunia sekarang kan "online" ni dah macam keperluan asasi hidup.
 Baru 10 minit tak online dah menggelupur semacam je kan.
News feed tu entah berapa kali nak refresh entah.
Lepas news feed facebook, news feed IG pulak.
Pastu news feed twidder pulak.
Pastu stalk news feed artis baru beranak la artis baru kawen la artis baru berhijab la.

Infact kat surau / masjid sekarang pun dah ada wifi.
Dah boleh skype dengan kawan sambil dengar khutbah jumaat sambil buat flying kiss.
Imam pun dah boleh selfie atas mimbar sebelum mulakan khutbah.
Pastu letak caption, "But first lemme take a selfie."
-_____-

Betapa social media sekarang ni dah macam darah daging.
Kat mana sahaja kena ada wifi, kena online.
Kalau boleh sukat, wifi tu mungkin dah kena sama banyak dengan oksigen dah.
Wifi slow sikit, terus frust semacam je rasa.
Rasa nak pergi baring kat track kereta api. Frust punya pasal sebab wifi slow.
-______-

 So recently, bila saya TERPAKSA merasai kehidupan tanpa social media,
saya mula menyedari sesuatu.

Yang sebenarnya hidup tanpa social media adalah BEST.
Dan sebenarnya membuatkan hidup kita LEBIH BERKUALITI.

Kenapa?
Baca.
 

1) Social media buatkan hidup seolah-olah pertandingan.

Sedar atau tak.
Setuju atau tak.
Boleh terima atau tak.

Ini hakikat.
Tanpa sedar, we slowly compare our lives to others.
Kan?

Tanpa sedar, kita tetiba cakap dengan laki kita,
"Bang, hujung minggu ni kita pergi bercuti tempat ni nak? Kawan-kawan i semua dah pergi."

Tanpa sedar, kita mula beli pakaian stylo-stylo untuk anak kita,
supaya "fit-in" dengan anak kawan-kawan dalam social media kita.

Tanpa sedar, kita mula menggelupur nak try aiskrim tempurung kelapa, aiskrim pasu, goreng pisang cheese, goreng pisang coklat, etc sebab benda dah viral so rasa loser like heyll kalau kita sorang je yang tak try lagi.
Padahal itu semua benda bodoh yang zaman atok nenek kita pun dah wujud cuma social media je belum wujud.

Tanpa sedar, kita mula addicted nak try macam-macam produk kurus tinggi langsing yang kononnya mengandungi kombinasi pelbagai herba dari dasar laut cina selatan dan kulit kayu dari hutan brazil whatevs.
Sebab kita tengok banyak testimoni viral yang orang share tanpa peduli benda tu entah sahih entah tidak.

Dan tanpa sedar,
 kita sebenarnya mula demand macam-macam dalam hidup, sebab kita syok tengok life orang lain yang "nampak semua best" dalam social media, tanpa menimbang kira kemampuan diri sendiri.

Kan?

Semuanya.
Tanpa kita sedari.
Our lives actually have been extremely influenced by social media.
T____T

So bila saya terpaksa isolate diri dengan social media baru-baru ni,
tiba-tiba hidup saya jadi lebih tenang dan free.
Sebab tak perlu bandingkan apa-apa dengan siapa-siapa.
Tak perlu teringin nak makan apa-apa atau kat mana-mana.
Tak perlu pedulikan apa-apa yang remeh. Siapa yang sambut anniversary kat maldives, siapa yang baru kawen,
siapa sambut baby baru, siapa pergi honeymoon oversea, siapa makan aiskrim pasu, siapa selfie dengan muka flawless.
Eh kenapa kita sibuk sangat nak ambil tahu tentang semua perkara remeh macam tu eh?
Entah.

And suddenly baru-baru ini I can live my very own life without a single distraction.
Buat keputusan hidup sendiri, dengan mengukur baju di badan sendiri, dengan mengira kemampuan diri sendiri,
 tanpa perlu terbayang-bayang "keindahan hidup orang lain" dalam social media.
Mata dan fikiran saya tiba-tiba tertumpu kepada dunia sendiri yang sebenarnya jauh lebih indah dari dunia social media.

And i realized, how i miss this kind of life.



2) Saya mula membaca REAL reading materials.

Books.
Newspapers.

Bila kali terakhir kita sentuh benda-benda macam ni?
Benda-benda yang worth reading.
Bahan bacaan yang betul-betul bahan bacaan.
Yang ADA BAHASA.
Yang ADA INPUT.
Yang ADA FAEDAH.

Bila?

Lagi-lagi Al-Qur'an.
Bila?

Oh mungkin la kita ada baca 2-3 potongan ayat Qur'an atau hadis beberapa minit lepas.
Yang orang duk share-share kat news feed tu. -___-

Tapi kamon la.
Sampai bila kan.
Sampai bila kita nak expect social media suap kita segala benda,
termasuk ayat Qur'an?

Kita benarkan social media ambil masa berjam-jam dalam hidup seharian kita.
Tapi untuk bahan bacaan yang betul-betul makanan roh dan batin kita,
5 minit sehari pun belum tentu. Kan?
Sedangkan kalau difikirkan, berapa peratus lah sangat hasil bacaan dari news feed social media tu, yang benar-benar mendatangkan faedah?
-____-
Unbelievable bila dalam masa 2 minggu tempoh isolation saya itu,
saya dapat habiskan baca 3 inspirational books dari Mitch Albom,
yang mampu membuka minda saya dan memberi pengajaran yang tinggi tentang hidup.

Saya juga ada banyak masa untuk baca dan fahamkan beberapa tafsir dan kisah di sebalik surah-surah lazim dalam Al-Qur'an.
Rupanya baca tafsir quran dalam keadaan tenang tanpa tergesa-gesa dan tanpa distracted oleh komitmen duniawi yang lain, akan buat kita lebih faham dan lebih feel tentang setiap kisahnya.

And suddenly tanpa saya sedari, saya sebenarnya dibelai dan terbuai oleh kisah Al-Qur'an itu sendiri.
Sungguh kan, Al-Qur'an itu mukjizat. 
Sungguh kan, Al-Qur'an itu syifa' (penawar).
Cuma kita yang takde masa untuk mendekatinya.
Chop! Takde masa atau memang taknak luangkan masa?

Tepuk dada.



3) Betapa kehidupan di sekeliling kita sebenarnya tak terhitung nikmatnya.

It's true, somehow social media membutakan mata kita tentnag perkara di sekeliling.
Kita lupa, kita ni hidup di luar social media, dan bukan di dalamnya.
Tapi we seem to care more on the life in social media, rather than the life that we are living in.
Kan?



4) I got to spend moreeee time with the people i love.

Rindu tak zaman berborak dengan family, tanpa distracted by smartphone?
Rindu tak zaman lepak-lepak kat kedai makan dengan kengkawan, tanpa distracted by smartphone?
Rindu tak zaman parents boleh join anak-anak buat aktiviti, tanpa distracted by smartphone?
Rindu tak zaman sebelum tidur kena pillow talk dengan suami sambil berpegangan tangan, tanpa distracted by smartphone?

Rindu, kan?
Rindu gila.

Nothing can beat that kind of feeling and intimacy,
bila kita dapat bercakap face to face, looking into each others eyes,
sambil touch real skin dan bukan touch phone screen,
dan dapat beri 100% commitment terhadap aktiviti yang sedang dilakukan,
TANPA SEKELUMIT GANGGUAN DARI SMARTPHONE.

Betul, bila some people say,
teknologi sebenarnya mendekatkan orang yang jauh,
dan menjauhkan orang yang dekat.

BETUL.


5) I have more than 24 hours that i never had before.

 This.
Is the biggest thing that I realized selepas menjauhkan diri dari social media.

Saya tiba-tiba mempunyai lebihhhhhh banyak masa.
Masa yang sebelum ni asyik tak cukup. Asyik terkejar-kejar.
Kerja asyik bertangguh.

Suddenly without social media, rutin harian saya jadi lebih teratur.
I got enough time to do everything, calmly, without feeling rushed.

Saya ada masa makan, masa tidur malam tanpa insomnia attack.
Saya ada masa bersama keluarga, masa main dengan anak.
Saya ada masa untuk diri sendiri, baca buku etc.
Saya ada masa pergi beli barang, masak, lepak-lepak dengan family etc.

Dan bila semua benda saya dapat buat dan lalui dengan tenang, fikiran pun automatically jadi tenang,
I realized I can easily smile and laugh, a lot.
Anak buat tumpah air pun rilekkk pergi ambik kain, lap, senyum.
It's ok. Masa banyak.

:)


6) Living the moment vs. capturing the moment.

Sometimes bila ada special ocassions, kita terlalu sibuk ambik gambar/video untuk upload ke social media,
sampai kita lupa untuk menikmati moment itu sepenuhnya.
 Betul tak?

Pastu mula la rasa cepatnya masa berlalu.
Tak puas enjoy la apa semua.
Padahal kita sendiri yang tak gunakan masa yang ada sebaiknya.
Nak pergi bercuti pun, sibuk nak check-in facebook, sibuk nak upload gambar kat pintu hotel,
sibuk update status "yeay dah sampai."

-____-

Ada ketika,
living every moment in life dengan rasa, mata, telinga dan jiwa,
jauh lebih memorable berbanding ambik gambar "untuk tatapan mata orang lain".

Kan?




So kesimpulannya,
saya amat bersyukur dengan qada qadar Allah yang memisahkan saya dengan dunia social media buat sementara waktu.
:D

Saya tak bermaksud yang the whole idea of social media itu tak bagus.
Ye betul, dengan keadaan dunia sekarang ni kamon laa, semua orang kena ada social media kott.
Kan?
In fact orang asli pun dah start pakai twidder dah sekarang.
So ofkos kita yang tak berapa nak asli ni, kena pakai lebih dari tu. -..-

Cuma satu.
Kalau pandai guna social media, kena pandai guna otak jugak.
Control yourself. 
Bahagi masa.
Always know your priorities.
Jangan sampai syaitonirrojim dah rantai tangan kat smartphone seumur hidup,
sampai kita lupa tanggungjawab dengan tuhan, tanggungjawab dengan keluarga, etc.

Na'uzubillahi min zalik.

Dan atas sebab-sebab yang saya senaraikan di atas tadi, 
saya nekad untuk minimizekan masa saya dengan social media selepas ini,
dan saya rasa semua orang pun patut begitu.
Ada dunia yang lebih luas, lebih nikmat dan lebih nyata di luar social media dan smartphone.
Sometimes u just have to leave your phone behind and enjoy each and every moment in life,
dengan kehadiran sepenuh hati dan rasa, melalui setiap deria yang tuhan beri.

Good time flies.
Kan?
:)

11 comments:

Linda said...

well said dear! sangat2 betul dan sangat2 setuju....“We refuse to turn off our computers, turn off our phone, log off Facebook, and just sit in silence, because in those moments we might actually have to face up to who we really are.”
—Jefferson Bethke

Qider said...

Betul..semua tu saya rasa bila saya cuba menyepi 5 hari dari FB dan Blog..memang totally off..gila rasa,wow,hidup bermakna tahap tak tau nak describe..

Blog pun dah bersawang,fb pun jarang2..Kadang buka just nak tenangkan kepala bila anak2 had the worst tantrum ever, tapi itu tak dapat lawan kebestan layan buku Malcolm Gladwell..

Old school,real life, always the best..Memang technology tetap diperlukan,tapi kalau dah mempengaruhi hidup,kacau wooo...

Cik Puan Tqah said...

Ya Allah worth reading ur entry.. everything u ckp dlm ni semua betul.. huhu.. i will try to reduce one by one.. how about whatsapp?

YakuzaNoriko said...

Totally agreed!

MOMMYLIN said...

deep true sis....

sayaidaydotcom said...

Tiba2 rasa macam kena batang hidung sendiri. Lagi2 blogger, mesti nak update semua. Huhuhu. Pernah jugak, rasa nak bukak kejap je, tiba2 5 jam gitu. bazir dah masa kat situ.. dengan kerja tak buat. Lepas ni kena slow2 kurangkan la. Terima kasih sebab kongsi dan bagi penyedaran setempek kat muka. Hahahaha

Razf said...

setuju sangat dgn yg no 1 tu.. hidup ini bukan perbandingan.. kadang2 yg ltak kt social media tu bukannya realiti.. kepura-puraan je.. bragging.. If we are really happy we don't need to show to the world kan..

Ein Farah said...

sgt2 setuju kak. smlm kat paper pon dah keluar issue pasal social network & smartphone yg lgsung da x boleh nk renggang. quality time dgn family dah x ada da. sy pon da slow lyan soc. ntwork. kdg rasa dah bosan. xada meaning of life kalau layan bnde tu. huhu

shidasanmil said...

true true true...actually sama jugak dgn technology ruin our true meaning of lives..gituuu~ ;)

linda der weise said...

sgt setuju pasal hal ni . kdng2 buang masa utk entah apa2. mean kn bagus kalau x itu ini , speed time ngan fmly .
rasa ralat bila seorg2 'dah tiada '.

Unknown said...

Salam DEAR..
Hati ini rs sgt terbuka membca pertikan ini.. ia sgt membuka minda sy.. yg sepatutnya sudah lama lakukan prk yg sama..
tkasih krn sudi kongsikan bersama pembaca.. akn sy ambil sbgi panduan.