GameBooks 3.0 : This is your LAST CHANCE!

Ingat lagi entry DIY Game Books yang saya share beberapa bulan lepas?
Yang tujuannya supaya anak-anak tak terlalu kerap leka dengan games dalam gajet.

Siapa yang tak tahu-menahu lagi pasal DIY Game Books ni, boleh klik SINI.
Dalam entry tu, saya ada bagi step by step guide untuk DIY sendiri Gamebooks untuk anak-anak,
dan bagi ibu-bapa bekerja, yang takde banyak masa untuk DIY sendiri,
 saya ada offer untuk TOLONG buatkan.

Dan mashaAllah, ramai juga yang minta saya tolong buatkan. 
Dan sampai ke hari ni tak berenti-renti pulak orang meminta pertolongan tersebut.
Tak tahu la nak rasa terharu ke terpilu. 😅

Nak-nak pulak saya ni memang jenis yang cepat rasa bersalah,
tak reti pulak nak cakap "tidak" bila orang minta tolong.
Maka saya pun redhoooo.
Redho punya redho, dah lebih 2000 unit Game Books jugak lah yang dah menggunakan tenaga incredible hulk ku ini.

So maka sebab itu lah terhasilnya entry pada hari ni, yang bertajuk,
"Game Books FINAL BATCH"
atau maksud tersiratnya,
"Ni last aku tolong buatkan. Lepas ni kau pergi bertukang sendiri."

Wah acah-acah garang.

Siapa yang follow Instagram saya @rajiahnasir, akan tahu la kisah perkembangan DIY Game Books ni.
Dari memula saya buat semua sendiri, printing, laminating, tebuk lubang apa semua sendiri.
Memang tak tidur woi. -___-

Mana yang memahami tu, ada jugak paksa-paksa saya supaya ambil kos upah.
Tapi mana boleh, cik kak.
Semua games dan aktiviti dalam buku tu bukan hak milik saya.
Macam yang saya bagitahu dalam entry lepas,
activities dalam gamebooks ni semua saya search dari internet, dan kumpul sikit-sikit selama 3 tahun,
dan pomm! terhasil lah idea nak Gamebooks untuk anak kesayangan.

Untuk first batch dulu, saya hanya mampu ambik 200 tempahan je.
Itu pun macam nak meninggal nak siapkan 200 buku tu. Pfft!

Dan alhamdulillah atas desakan bertubi-tubi dari korang semua supaya saya terus buka tempahan Game Books ni,
saya telah dipertemukan dengan sorang hamba Allah iaitu Amir from Mayda Solution yang ada kilang printing kat Ipoh.
Dia yang beriya nak bantu saya memenuhi permintaan korang, untuk teruskan penghasilan Game Books ni, pada HARGA KOS!
Haa kau.
Memang jarang la jumpa orang camni. Tapi alhamdulillah saya jumpa.
Memang aturan Allah la semua ni kan.
Saya tak pasti Allah sayang korang ke sayang saya, ke sayang dua-dua.
Siap bagi kilang pulak untuk saya tolong buatkan game books untuk korang kan.
Amboi amboii. 😁

Maka dengan itu, terhasil la Gamebooks second batch yang much better berbanding first batch yang saya buat sendiri tu.
Sebab kilang guna kertas keras dan teknik cold lamination.
Which kualitinya jauhhhhhh lebih best.



 Ini rumah saya ye. Bukan kilang.
Tapi rupa memang tak jauh beza. -___-



 Ini bila dah susun mengikut order, maka terbentuklah menara condong teluk intan. 😂


 Ini bukan longgokan sampah ye.
Ini parcel gamebooks korang.
Kalau tadi rumah saya seperti kilang buku, kini sudah kelihatan seperti tapak pelupusan sampah. -..-


 So untuk yang third batch ni, kitorang dah bersepakat bahawa this is THE FINAL BATCH.
Third batch is the final batch ye tuan puan.
Sebabnya, saya dah tiada khudrat.

Untuk final batch ni, kitorang akan bagi MAXIMUM QUALITY.
Lebih banyak yang kitorang upgrade dari segi kualiti.
 Dan masih menggunakan kertas keras, dan every page is laminated.

Kenapa laminate?
Supaya anak-anak boleh guna washable markers, buat aktiviti dan padam berulang kali.
Sampai diorang addicted terhadap buku, dan bukan gajet.
So satu buku tu memang boleh pakai bertahun, selagi tak ranap.
Dan aktiviti dalam setiap buku, kitorang dah upgrade design dia,
dan susun ikut tahap umur dan difficulty levels.



 Dan kalau dulu ada 7 buku, tapi untuk yang third batch ni, ada 5 buku je.
Sebab kitorang dah ammend balik, dan merge 7 buku tu jadi 5 buku je.
So satu buku memang akan jadi lebih tebal berbanding yang sebelum ni.
Details untuk setiap buku ada kat bawah nanti.


 
Ni haa gambar close up.
Camni la rupa cold lamination tu ye. Dan SETIAP PAGE adalah laminated ye.
Saya ulang, SETIAP PAGE.

Dan kenapa kitorang guna ring dua ketul camtu je dan bukan binding ke apa?
Sebabnya, supaya senang nak buka untuk ceraikan page boleh kongsi beramai-ramai.
Sebab kos satu buku adalah agak mahal, so kalau anak lima takkan nak beli 5 buku kan?
Lain la kalau mak mertua korang bernama rosmah, memang borong 5 kontena pun ok je. -..-
So tujuan saya pasang ring camtu, supaya boleh ceraikan page dan semua 5 beradik boleh share satu buku.
 Jimat dan ada unsur sharing is caring di situ. 

Saya pernah explain pasal cara penggunaan Gamebooks ni dalam ENTRY INI.
Dan tentang markers, boleh cari kat Mr.Diy atau Daiso atau ToysRUs.
Pilih je mana-mana colourful whiteboard markers.
Asalkan bukan permanent marker, boleh pakai.
Dan untuk padam, boleh pakai eraser whiteboard tu atau pakai tisu je pun boleh. 

By the way, saya nak ambil kesempatana ni untuk clarify tentang harga sebab ada segelintir yang kata GameBooks ni mahal.

Ok camni.

Satu, apa kata anda buat sendiri, dan rasakan sendiri kosnya. Heheh. 
Sebab ramai juga yang dah buat sendiri Gamebooks untuk anak-anak mereka, dan mereka bagitahu saya bahawa buat sendiri adalah lebih costly, atau lebih mahal.
Tak percaya, cuba anda buat. :)

Dua, untuk anda yang tak biasa dengar apa itu cold lamination, 
ia adalah satu teknik laminate yang kualitinya lebih bagus berbanding laminate biasa.
Untuk pengetahuan, kos cold lamination adalah RM5 per page.
Abih kalau satu buku ada 60 muka surat, kan ke dah RM300 harga seketul buku tu?
Dan Gamebooks saya jumlah mukasuratnya adalah 100 ke atas ye.
Dan kitorang tolong buatkan untuk korang, dengan harga RM70-100 je. 
Korang tak rasa macam eeiiii...!!
-___-

Tu pun kitorang dah habis tahan napas dah tu nak control kos.
In fact, banyak juga hidden cost yang kami tanggung sendiri sebenarnya.

Jadi, maafkan kami sebab tak mampu untuk turunkan harga.
Kalau turunkan harga jugak memang kitorang makan pasir je la kang. 😂
Cuma kitorang boleh tolong dengan bagi korang pilihan, sama ada nak bayar full atau deposit 50% untuk secure order. Itu saje.
Bila dah siap, bayar lagi 50% yang selebihnya. Camtu.

Yang ketiga, please don't compare gamebooks ni dengan buku yang berharga RM15 kat bookshop.
Seperti yang saya katakan tadi, setiap page Gamebooks ni adalah LAMINATED.
So anak-anak boleh conteng-padam berulang-ulang kali selama bertahun.
Plus, games yang kitorang pilih memang FUN GAMES yang memang akan buat anak-anak seronok.
Bukan akademik punya aktiviti ye.
So bagi saya, ini jauh lebih berbaloi berbanding buku RM15 yang pakai sekali dan buang.
Kan?

Saya harap clear, dan takkan ada lagi yang persoalkan tentang harga.
Kerana ia amat menyentap jiwa sanubari. -..-


Oh dan untuk pengetahuan jugak, untuk last batch ni, kitorang akan buka untuk 500 orang SAHAJA.
Sebab itu je kot yang kitorang mampu contribute.
So cukup je 500 orang, kitorang akan close order.
Masa buka untuk second batch hari tu, lepas 3 hari je dah 700 orang.
Terkapai-kapai jugak la nak handle. -____-
So kali ni, kita set limit siap-siap.

So tanpa membuang masa, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,
here is the details of our Gamebooks 3.0.
Again, this will be the last batch of our Gamebooks.


Book 1 (SOLD OUT)

Activities in Book 1:
Pre-writing, Pre-drawing, Tracing, Symmetry, Missing Parts, Drawing & Colouring.

Jumlah mukasurat: 140
Umur yang sesuai: 3-8
Harga kos: RM102





Book 2 (SOLD OUT)


Activities in Book 2:
Spot The Difference, Maze, Hidden Things, Dot to Dot.

Jumlah mukasurat: 130
Umur yang sesuai: 3-8
Harga kos: RM97
 

 

Book 3 (SOLD OUT)

Activities in Book 3:
Alphabets, Arabic Alphabets, Alphabets Maze, Word Search, Phonics, Antonyms & Simple Read.

Jumlah mukasurat: 170
Umur yang sesuai: 4-8
Harga kos: RM115
 



 Book 4 (SOLD OUT)

Activities in Book 4:
Colors, Shapes, Logical Thinking, Shadow Matching, Classifying, Recognizing Patterns

Jumlah mukasurat: 130
Umur yang sesuai: 3-8
Harga kos: RM92



 
Book 5 (SOLD OUT)

Activities in Book 5:
Numbers, Counting, Comparing, Simple Maths, Time

Jumlah mukasurat: 90
Umur yang sesuai: 4-8
Harga kos: RM70
 



Postage or COD?

Please note that, postage is NOT free ye.

Please jangan tanya, "Jiji, kalau saya order semua, dapat free postage tak?"
Memang tak.
Sebab korang bayar buku tu pun memang dah pada HARGA KOS,
takkan saya nak belanja kos postage pulak tetiba.
Common sense kot kan.
Saya tolong korang, korang pun tolong saya k.
Tolong faham je. 💁‍♀

Dan maaf, saya tak buat COD.
Sebab saya bukan posmen. -___-



 Macam mana nak order??

Please whatsapp or sms:
016 217 3349
www.wasap.my/60162173349

Mesej anda mestilah dalam format berikut SAHAJA:
Nombor buku yang nak ditempah: (Contoh: Book 1 & 2)
Postage ke: (Contoh: Shah Alam)

Tolong jangan mesej panjang berjela.
Sebab kalau dah 1000 mesej masuk, semua berjela-jela,
memang arwah lah saya.

And please, DO NOT CALL.
I dont entertain calls, sebab saya bukan customer service. -..-

Dan untuk makluman, I only check sms and whatsapp pukul 10 malam ke atas sahaja.
So maaf kalau terpaksa tunggu terlalu lama untuk saya balas.
Tapi CONFIRM saya akan balas, cuma makan masa sikit. Boleh?
So please jangan mesej selang sejam,
"Jiji dapat tak mesej saya? Jiji dapat tak mesej saya? Jiji dapat tak mesej saya?"
-___________-


Please note that, this Gamebooks are not ready stocks. Ia adalah pre-order.
Korang buat payment (at least deposit 50%) baru kitorang proceed buat.
Kalau tak, memang tak buat.
Dan macam yang saya cakap tadi, tempahan kali ni kita limitkan untuk 500 orang yang paling cepat buat payment sahaja.
Dan saya encourage korang ambik semua buku, sebab lepas ni takde dah batch baru.
Ni last batch.
Sorry naik lorry. Huhu!

Sebelum mengakhiri entry ni, nah saya share beberapa feedbacks dari mereka yang dah dapat GameBooks.
Terima kasih sebab doakan yang baik-baik untuk saya!
Semoga bermanfaat ya. :)

 


Latest update on 29 Jan 2018:
Entry ini ditulis pada tahun 2015. 
Sekarang dah 2018, and masih ramai yang minta untuk saya komersilkan Game Books ni. 
So i'm reproducing this Game Books, dengan layout yang saya design sendiri.
So wait for its comeback very soon!

Do follow this links, and be the first to know about the launch.
Facebook: https://www.facebook.com/haikalsgamebook/
Instagram: https://www.instagram.com/haikalsgamebook/


Atau, kalau takut terlepas dan nak secure order terus,
silakan whatsapp 016 217 3349.
www.wasap.my/60162173349


Majoriti Ibu Bapa Tak Pernah Tahu Tentang Emotional Drive Anak-Anak!

Hai! Assalamualaikum..
Kembali bersiaran dengan topik yang serius. Heheh.

Ada orang cakap, blog Jiji sekarang dah makin boring, topik seriusss je manjang.
Dah takde lawak antarabangsa mahupun lawak superspontan seperti 2-3 tahun lepas.

Hmm.

Semua ni berlaku sejak korang bagi gelaran "parenting blogger" kat saya. 
-_____-

Parenting weh. PARENTING.
Celah mana yang nak melawak nya? 
Sesungguhnya tiada sekelumit lawak pun di dalam bab parenting ini ye tuan puan.
Kalau tak, takkan kita semua telah mendapat sebuah bag berjenama eyebag sejurus selepas bergelar parents.
Kalau parenting itu kelakar, kita takkan dapat bag itu ye tuan puan.
-____-
Jadi mari lah redha bersama.
Together we face it. *sambil bergandingan bahu eyebag*

So lepas ni beringatlah, protection tu penting.
Sebelum hidupmu berubah. *eh tetiba*
;D

Ok kembali ke tajuk asal.

Semalam, saya sempat berborak panjang dengan berbelas-belas anak-anak jiran yang datang "buat bising" kat rumah saya on daily basis.
;D

Saya tanya setiap sorang daripada mereka,
apa yang diorang mahukan daripada ibu bapa masing-masing, yang selalunya tak dipenuhi.
Dan emotional drive macam mana yang mereka selalu harapkan untuk sentiasa rasa happy dan dihargai sebagai seorang anak.

Sebelum tu, tahukah anda "emotional drive" tu adalah sejenis animal apa sebenarnya?
Ia bukan sejenis reptilia mahupun dua alam ye.
Ia adalah sejenis kekuatan emosi. 

Emotional drive adalah kekuatan emosi yang diperlukan oleh seseorang (termasuk anak-anak) untuk sentiasa berasa bahagia, sentiasa berada dalam emotional state yang baik, untuk menjalani kehidupan yang baik, seterusnya mengecapi kejayaan demi kejayaan dalam hidup.

Haa kalau tak faham, baca la sekali lagi.
Kan dah cakap tadi, dalam parenting memang begitu.
*kenyit eyebag* 
;D

Dan tanpa saya sangka, anak-anak ni kalau bercakap soal emosi dan perasaan,
boleh tahan jugak jujur dan jawapan yang diorang bagi tu memang terus terpanah ke dalam jiwa. Hahah.
Rupanya setiap anak yang wujud di muka bumi ni, mempunyai emotional drive yang tersendiri,
yang kalau kita tahu dan ambil peduli, anak tersebut akan jadi orang yang sangat berjaya dalam semua segi insyaAllah.
Sebab EMOSI mempengaruhi 95% daripada seluruh aspek kehidupan manusia.
So dalam segala hal, tackle emosi dulu.
Kalau emosi baik, yang lain semua akan okay.

So macam mana cara paling mudah untuk tackle emosi anak-anak? 
Dengan mengenalpasti EMOTIONAL DRIVE mereka.

Macam mana nak tahu emotional drive mereka?
Kena selalu perhatikan, kenal, dan berbual dengan mereka.
Berbual kat sini means BERBUAL ye.
Bukan tanya dah makan belum, dah buat homework belum, dah gosok gigi belum,
itu bukan berbual. 
Itu berbuih. 
-___-

Kalau ibu bapa asyik tanya tanya tanya dan arahan arahan arahan, maaf cakap la,
kalau saya jadi anak pun saya akan lari dari rumah.
;D

So from time to time, 
kita juga patut dengar KEPERLUAN EMOSI anak-anak.
Terutamanya bila mereka semakin membesar, atau bila kita mula kesan tanda-tanda awal behaviour problems pada anak-anak.
Sebab behaviour adalah SANGAT bersangkut paut dengan keperluan emosi atau emotional drive ni sebenarnya.

So approach yang sama saya gunakan untuk dalami emotional drive anak-anak jiran saya tadi.
Untuk pengetahuan, range umur mereka adalah antara 6 hingga 13 tahun.
Dan mereka datang dari keluarga yang berbeza-beza.
Cara saya bertanya dan approach setiap daripada mereka juga of course berbeza-beza.
Dan jawapan yang diterima juga of course berbeza.
Tapi yang pasti,
setiap yang terluah dari mulut anak-anak ni memang sangat membuka minda saya seluas-luasnya.
Itu yang terus rajin buat entry hari ni.
Sebab saya rasa macam nak share sesuatu yang sangat powerful yang saya belajar dari budak-budak tu.
:D

Kat sini saya nak share 10 jawapan atau 10 kisah luahan perasaan yang saya terima daripada mereka,
tentang keperluan emosi yang diorang harapkan daripada ibu bapa masing-masing,
 supaya kita ibu bapa yang cemerlang gemilang terbilang ni boleh sama-sama renungkan dan boleh relate kepada hubungan kita dengan anak masing-masing.

Okay?

Luahan perasaan anak-anak yang saya kongsikan ni mungkin agak enteng dan remeh temeh bagi sesetengah ibu bapa.
Tapi sebenarnya keperluan emosi anak-anak yang "remeh temeh" ni la yang kita selalu terlepas pandang,
dan tanpa sedar ia menjadi punca behaviour problems pada anak-anak.

So sila baca luahan perasaan mereka, DENGAN HATI.
:)


1) "Bukan salah saya. Saya cuma nak dipuji."

Ini luahan salah sorang anak perempuan jiran saya.

 Dia cerita, pernah sekali dia senyap-senyap masuk bilik ibunya dan main set make up ibunya.
Lepas dah siap conteng muka, dengan bangganya dia pergi tunjuk kat mak dia,
dengan harapan mak dia akan puji "kepandaian" dia ber-make up.
Tapi sebaliknya berlaku.
Bukan kena puji, tapi kena marah.
Siap kena rotan lagi.
Dan mak dia suruh cuci muka immediately.

So this kid bagitahu saya, dia sangat sedih dengan reaksi ibunya.
Sebab niat asal dia hanya lah mahukan perhatian dan pujian dari seorang ibu.
And according to her, dia sentiasa rasa kagum bila tengok mak dia make up setiap pagi sebelum pergi kerja.
So pada hari tersebut, dia cuma nak buat mak dia rasa kagum dengan dia,
sebagaimana dia kagum dengan mak dia setiap hari.
Itu je.

Tapi sebab mak dia tak faham emotional drive anak dia pada hari tersebut,
maka rotan singgah di badannya.
-____-

Imagine if you are in her shoes.
Sedih kott.



2) "Saya nak sentiasa jadi nombor satu dalam hati ibu bapa."

Ini luahan perasaan paling banyak yang saya terima dari anak-anak yang saya tanya.
Most of them kata, mereka benci bila dinombor-dua atau dinombor-tiga-kan oleh ibu bapa mereka sendiri.

Nombor satu siapa?
Anak-anak jiran, sepupu-sepupu dan anak-anak kawan sepejabat mak ayah.

Contoh paling tipikal,
"Tengok anak kawan mama tu. Juara tilawah al-qur'an, johan pertandingan silat, dapat anugerah pelajar cemerlang. Seronok mama tengok dia. Tapi anak mama? Hmm.."

Anak sendiri dipandang rendah, anak orang lain dipandang tinggi.
Macam..
familiar dalam masyarakat kita kan?



3) "Saya anggap Papa seperti superhero saya. Tapi.."

One of these budak, jawapan dia paling membuka minda saya.
He is a boy, yang sangat memandang tinggi kepada bapanya.
Reason dia adalah, sebab bapak dia pergi kerja pakai baju uniform tentera (tentera apa, terpaksa dirahsiakan).
Pada pandangan mata anak ni, bapak dia lah yang paling segak, paling kacak, paling berkuasa, dan jauh lebih power dari captain america katanya. 
In fact, dia bercita-cita nak jadi seperti ayahnya satu hari nanti.

Tapi, as time goes by,
dia semakin tak selesa bila dia mula faham banyak perkara negatif pada ayahnya.
Merokok, pukul mak dia, dan panas baran.
So secara tak langsung emotional drive dia jadi tak stabil dan keliru.

Sayang, kan?
Nampak kan, betapa setiap dari kita ni ibarat superhero di mata anak-anak?

Dah elok-elok anak admire kita, tapi kita cemarkan imej sendiri dengan perangai negatif.
Sepatutnya kita sentiasa be that superhero. Be that idol di mata anak-anak.
Sebab ada anak-anak yang emotional drive mereka adalah emosi ibu bapa mereka.
Especially younger kids.
Jangan matikan emotional drive mereka dengan perangai-perangai negatif kita.

Kepimpinan melalui teladan, remember?
Nak anak yang baik, kita dulu kena bagi contoh yang baik.



4) "Izinkan saya explore dan beri saya peluang."

Ini luahan perasaan yang paling common.
Most of their rintihan adalah, mak bapak jarang bagi peluang dan pendedahan.

Anak nak tolong potong sayur, tak bagi.
Anak nak tolong kelim karipap, tak bagi.
Anak nak tolong basuh kereta, tak bagi.
Anak nak tolong lipat baju, tak bagi.

Alasannya tetap sama, 
nanti lambat siap, nanti tak jadi, nanti menyusahkan mak bapak nak kena re-do kerja.

Oh kamon.
Siapa guru terbaik kalau bukan pengalaman?
Dan kat mana bermula pengalaman kalau bukan di rumah, dan daripada ibu bapa?

Tepuk dada,
hantuk kepala kat dinding.
-______-



5) "Saya cuma nak dengar mama cakap terima kasih kat saya."

Pernah tak anak korang tetiba datang bawah handphone kat korang, pastu cakap,
"Nah mama, handphone mama." 

Pastu kita jawab,
"Laa kenapa bawa ke sini? Kan mama tengah charge tadi! Pergi letak balik!"

Sebenarnya, 
dia cuma nak dengar kita cakap "terima kasih".

Itu je, SEBENARNYA.

Atau contoh lain,
tetiba anak datang dan tanya kita,
"Mama nak air?"

Pastu laju je kita jawab, "Taknak."
Sebab taknak diganggu atau malas nak layan.

Tanpa kita mengetahui,
anak tu sebenarnya bertanya sebab dia nak tolong ambikkan air untuk kita, 
dengan harapan kita akan cakap terima kasih pada dia.

Alahaiii benda kecik, kan?
Tapi tu lah dia,
ucapan terima kasih dan rasa DIHARGAI oleh mak ayah sendiri tu tak kecik bagi mereka.
Mungkin lebih berharga dari 10 juta ketul kereta HotWheels.

So can we try to appreciate them more lepas ni? 
Alert dengan setiap usaha mereka dan cakap terima kasih.
:')



6) "Dengar lah cerita saya."

Ini pun common.

Ramai anak-anak jiran yang saya tanya, akan cakap,
parents jarang dengar cerita mereka.
Pura-pura dengar selalu lah, tapi betul-betul LISTEN jarang sekali.

Sebab kita selalu anggap cerita budak-budak ni remeh-temeh, buang masa dan tak lojik.
Kan?

Saya nak share satu perkara. 

Rumah saya kat Perak ni takde TV. 
Dan jiran-jiran selalu rasa pelik dan anggap rumah kitorang ni sunyi dan boring sebab takde TV.
Tapi almost everyday, 
anak-anak diorang akan berkumpul kat rumah saya.
Nak-nak kalau cuti sekolah.
Memang dari pagi sampai ke maghrib tu diorang melekat kat rumah saya je.
WALAUPUN TAKDE TV.
Walaupun mak abah diorang kata rumah saya boring.
Sukahati mak abah dia je. ;D

Nak bagitahu kat sini,
anak-anak ni, all they need is somebody to LISTEN to them.
Bukan nak apa sangat pun.
Cuma nak didengari dan diberi perhatian. Itu saje.

Bagi saya,
rumah yang ada TV 80 inci, 800 juta channel,
adalah jauhhh lebih sunyi daripada rumah yang takde TV langsung,
tapi mempunyai sepasang telinga yang sentiasa mendengar.

FIKIRKAN.



7) "Saya selalu berusaha untuk buat mak bangga. Tapi mak kata saya gagal."

Ini especially bila exam week.
Most parents tengok result exam, berbanding effort anak untuk menghadapi exam tu.
Kan? 

Sebab kita selalu percaya, result represents effort.
Which is, SALAH YANG TERAMAT SALAH.

Apa masalahnya kalau anak kita score hanya dalam subjek yang dia minati?
Apa salahnya bangga dengan pencapaian anak yang dia mampu capai, walaupun tak seberapa?
Selebihnya bagi dorongan instead of menghukum, sebab anak tak mampu capai target yang kita tentukan?
TARGET YANG KITA TENTUKAN?
Bukan ke target sepatutnya mengikut potensi anak?

Dapat 4A 1B pun dah kena bebel, kena paksa pergi tuisyen nambelas kali seminggu.
Padahal baru darjah 1. 

Hmm.
Kalau mentaliti macam ni, memang anak-anak kita akan jadi robot la nanti.
Bukan jadi manusia.

Ada beza ye robot dan manusia.
Terpulang lah nak anak jadi yang mana.
Robot takde emotional drive la tapi.
-____-



8) "Saya nak mak dan ayah percayakan saya." 

 Especially bila anak nak ikut rombongan sekolah atau nak pergi camping kat mana-mana.
Ada segelintir ibu bapa yang tak sanggup "lepaskan anak" untuk sementara waktu.
Padahal camping kat padang sekolah je pun.
Sekolah pun dalam 2-3 kilometer je dari rumah.
-______-

Nak tergelak juga la bila dengar budak-budak ni mengomel pasal benda ni.
Sebab ada anak-anak yang emotional drive mereka terletak pada challenges, adventures dan pengalaman baru.
Dan mereka ni perlukan ibu bapa yang ada sedikit kepercayaan terhadap anak-anak.

Kalau mak bapak pulak jenis yang "ini tak boleh itu tak boleh, ini bahaya itu bahaya",
memang somehow boleh mematikan emotional drive anak-anak.

Sometimes, kita kena cuba juga tanam sedikit trust kepada anak-anak.
Which lama-kelamaan benda ni juga yang akan increase their respect terhadap kita, build their self-esteem, dan avoid anak-anak untuk bertindak secara senyap-senyap di luar pengetahuan kita kelak.

Alahaiii tak kurus lah anak kau kena gigit nyamuk kat dalam khemah tuh nanti.
Cuba la bagi chan kena gigit nyamuk sekali sekala.
Budak-budak dulu kena sengat tebuan pun rilek je aduinyapun.



9) "Saya tanya sebab saya nak tahu. Tapi kenapa mereka tak jawab?"

Haa yang ni pun common.
Saya pun sentap bila dengar anak-anak jiran saya cakap pasal ni.

Pernah tak bila korang nak halang anak buat sesuatu,
pastu diorang akan tanya "kenapa tak boleh?",
pastu korang diam je sebab malas nak explain.

Contoh, 
"Haikal, jangan berlari kang jatuh!"

"Kenapa tak boleh berlari pulak? Orang lain lari tak jatuh pun!"

*diam, malas nak layan*

"Kenapa tak boleh mama? Boleh la mama boleh la please."

"Hey! Mama cakap tak boleh, tak boleh lah!"

"Kenapa tak boleh?"

"Ok pergi la lari! Pergi! Kang jatuh berdarah hidung, lutut koyak, gigi patah, mama taknak tolong!"

*sebab geram, terus bagi jawapan paling sadis pedis supaya anak takut lalu terdiam*

;D

Siapa pernah?
High five!
Hahaha.

Udah-udah la ye. Mari bertaubat.
Lepas ni bila anak tanya "kenapa", explain lah dalam bahasa yang mereka mudah faham.
Explanation kita akan buat emotional drive anak-anak lebih stabil.

They just want to know WHY.
Asalkan terjawab.
Itu je.



10) "Saya nak sokongan, bukan hentaman."

One of anak-anak jiran saya, bagitahu yang dia selalu dibuli kat sekolah.
Dan setiap kali dia dibuli, dia akan melawan dan kadang-kadang di balas balik, atau buli orang tu balik.

Dah banyak dia cuba nak ceritakan kat cikgu-cikgu,
tapi respon yang diterima tetap sama--
"PILIH KAWAN. Jangan jadi samseng kat sekolah."

Bila dia mengadu kat mak ayah pulak,
kena marah.
Dituduh pulak dia yang mulakan pergaduhan dan suka cari gaduh.

So sekarang ni, apa yang emosi dia tak dapat adalah sokongan dan perlindungan daripada orang yang lebih dewasa,
especially mak ayah dia.

I almost cried listening to his story.
Sebab bagi saya, dia sangat baik.
Dia suka tolong saya buat kerja, sangat menghormati rules yang saya tetapkan di rumah, dan sangat sopan santun bila bercakap.

And he told me,
kalau boleh dia nak jumpa saya setiap hari, sebab dia rasa selamat.

So nampak tak dari segi emosi, dia sebenarnya nak apa?
Cuma nak perlindungan dan sokongan je.
Itu pun susah mak ayah nak bagi.
 -____-



Sekian 10 stories atau 10 luahan emosi daripada anak-anak jiran yang selalu datang ke rumah saya,
untuk renungan kita bersama.
Well you know, anak-anak jiran yang selalu datang rumah saya bukan dalam 2-3 orang je ye.
Dah macam pasaraya dah kadang-kadang.
Masa diorang datang peti ais penuh, bila diorang balik peti ais kosong.
Maksudnya?
;D

Tapi saya happy sebab saya banyak belajar dari diorang.
Sebagai orang yang takde background in early childhood, ada bagus jugak saya import je budak-budak ni ke rumah saya untuk ajar saya. Hahah.

Bergetar eyebag kan baca kisah emotional drive diorang?
Rasa macam boleh relate dengan perangai kita sebagai ibu bapa juga kan?
Macam sentap-sentap pedih-pedih je rasa dia kan?
;D

Korang bayangkanlah saya yang dengar sendiri dari mulut anak-anak ni? 
Sebak woi!
Sebab macam baru tahu apa yang terpendam di lubuk hati diorang selama ni.

Saya juga belum jadi ibu yang terbaik dan selalu jugak neglect emosi anak sendiri.
Parenting blogger walaupun kannnn. Banyak je cacat celanya. 
*tetiba sedar diri*
-_____-

So lepas ni kena lebih perihatin dengan emotional drive anak-anak okay?

Dan macam yang saya sebut sebelum ni,
behaviour problems di kalangan anak-anak selalunya sangat berkait rapat dengan emosi anak-anak.
So cara paling mujarab untuk menangani dan menguruskan behaviour anak-anak,
adalah dengan mendalami emosi dan psikologi mereka.

Dan berita baiknya adalah, Dr Putri Afzan Maria (Pakar Perkembangan Kanak-Kanak)
akan buat satu talk pada Ahad ni 15 November 2015,
dan topiknya memang fokus tentang MANAGING CHILDREN'S BEHAVIOUR!

Wah! Ni namanya ibarat mengantuk disorongkan bantal,
ibarat lapar disuap nasi lemak ayam berempah.
;D


Kat sini korang akan belajar A-Z macam mana nak handle behaviour anak-anak,
dengan cara yang paling memelihara emosi dan perkembangan minda mereka.
Handle anak secara rilek-rilek je. Tak payah stress-stress.
Sebab bila korang tengok muka Dr Putri Afzan je pun dah boleh hilang stress.
Tu belum dengar suara lagi.
Bila dengar suara je terus tertidur. 
;D
Tak tak. Gurau. 
Sepanjang pengalaman saya join talk Dr Afzan, mana pernah mengantuk.
Mengantuk masa beratur tunggu giliran nak ambik gambar dengan dia ada la.
-_____-
Nah details untuk talk tu:

Children's behavior-- 
such a mystery, such a hot topic. 

If only your children were born with an instruction manual!
Come and join us for some tips and tricks in managing children's behaviour. 

Visit this link for e-ticket purchase:

Also, this will be BYA's last talk before we take a break to prepare for 2016!
Email: bloomingyearsacademy@gmail.com for any enquiry!
 


Dan! 
Ini juga merupakan kolaborasi terakhir antara Haikal's Outdoor Playgroup bersama Blooming Years, untuk tahun 2015.

Dah la last session, 
pastu topik paling menggetarkan eyebag pulak tu kan.
Siapa tak rebut pelung ni memang tak tahu la patut dikasihankan ke tak.
Cuma nak bagitahu lah, seats adalah sangat limited.
Baik register cepat.
Kang dapat seat paling ceruk, belakang tiang, sebelah tong sampah, berhadapan dengan pintu tandas.
Hah nasib lah!
Kata orang, malang tak berbau. Tapi tandas berbau ye.
Dah pergi register sana.
;D

Jangan lupa dalami emotional drive anak masing-masing! 
Semoga bermanfaat.

How to make DIY Game Books for kids, and make them forget ipad/phone games FOREVER!

Assalamualaikum, everyone!

 Pernah tak korang rasa situasi-situasi seperti berikut:

1) Bila pergi makan luar dengan family kat restoran, anak tak duduk diam, berlari sana sini dan buat bising sampai semua pelanggan kat kedai tu melemparkan pandangan sinis. 😑 Last-last, sebab kita dah malu, so kita bagi je smartphone kat anak, yang di dalamnya dah standby 50 juta jenis games. Supaya keadaan kembali tenang dalam sekelip mata.

2) Bila pergi kenduri kawen, baru nak suap nasi minyak, tetiba anak tantrums sebab orang terlalu ramai, rimas dan panas. Again, kita lebih percayakan "the power of ipad" untuk menyelesaikan semua masalah, untuk menenangkan anak dan keadaan. -..-

3) Bila pergi klinik, kena tunggu giliran kemain lama, dan keadaan semakin haru bila anak start cranky sebab bosan menunggu terlalu lama. Maka as usual, the best solution isssss...gadget! Silakan lah main, asalkan kau behave ye, anakku.

4) Bila pergi masjid nak dengar ceramah atau nak solat berjemaah atau nak solat terawih, konon-konon nak biasakan anak pergi masjid, tapi end up anak bosan, buat bising, berlari-lari, berguling-guling dan mengganggu jemaah lain. Last-last kita pun serik nak bawa anak pergi masjid lagi.

5) Bila travel long-haul flight, anak bosan dan tantrums dalam flight sampai semua passengers lain pandang dengan mata berapi-api. Flight entertainment yang disediakan masih tak mencukupi. Maka jadilah ia one of the most terrible journey in your life.
 Sama juga bila travel naik kereta, lepas berjam-jam dalam kereta, anak-anak mula buat perangai lalu mak bapak pun stress lalu terkandas di playground RNR sampai subuh esoknya. 😂

6) Bila pergi Tesco nak groceries shopping, tapi sorang anak ke sana, sorang lagi ke sini, dua-dua taknak duduk diam dalam troli, end up satu haprak pun tak dapat beli sebab sibuk mengejar anak, mujurlah sempat sambar sepaket nugget, cukuplah untuk juadah selama seminggu. -..-

7) Ajak anak-anak jiran datang rumah, tapi end up diorang bawa tab/smartphone masing-masing dan sibuk main game instead of bermain dan berinteraksi sesama mereka.


Haa antara 7 situasi di atas, yang mana korang pernah lalui?
Setiap manusia yang bergelar ibu bapa mesti boleh relate dengan beberapa situasi kan?
Kalau tak tiga situasi, mesti tujuh. 🤭

Dan bila berhadapan dengan situasi haru biru macam ni, mesti ada sekelumit perasaan bertandang di lubuk hati--
"Kenapa lah aku tak pakai kondom suatu ketika dahulu."
😂

Ok gurau.

Bukan nak menambahkan penyesalan di lubuk hati korang, tapi hari ni saya nak share satu penyelesaian yang mampu merawat kebosanan anak, meningkatkan kewarasan mereka terutama bila berada di tempat awam, dan seterusnya mengatasi masalah ketagihan gajet pada anak-anak kita!

Tadaaaaaaa!!!


Buku aktviti dalam bentuk game!
GAME BOOKS!
Sounds boring eh?

Not until you see a HUGE SMILE on your kids' face, right after you give them these books!
Diorang akan jatuh cinta dan minta lagi dan lagi dan lagi.
Sebab ini bukan ordinary activity books yang membosankan itu. 😏

Mengikut pengalaman saya dengan anak sendiri dan anak-anak jiran, bila saya start dedahkan Game Books ni, they actually start to love books more and learn faster!
Diorang sendiri yang akan minta nak buat aktiviti dalam game books ni, dan tidak endahkan gajet dah.
Macam saya cakap tadi, sesungguhnya ini bukan ordinary books yang tahap tengok cover je pun dah menguap. 

Some of you might say,
"Alamak, jiji. Tapi anak saya dah besar. Dah terlambat ke?"

Dont worry! 
Game books ni sesuai untuk anak-anak umur 3 tahun sampai 9 tahun.
Mengikut development dan multiple intelligences masing-masing la ye.
You know your kids better, kan?

And dont worry kalau anda taknak beli buku ni dari saya,
because I'm going to share with you the steps to DIY these game books!

Yes, buat sendiri. 
Lebih murah dan lebih berimpak tinggi, sebab air tangan ibu. 💁‍♀

Orang kata,
susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.
Tapi Jiji kata,
susah sekali je, senang banyak kali sebab gamebooks ni boleh diulangpakai berkali-kali. Yang penting, anak bebas ketagihan gajet dan perkembangannya tak terbantut. 😁

Ok so, berikut adalah langkah-langkahnya.



Step 1: Search, download and print.

Search "printable kids activities" kat Google, Pinterest, Facebook, atau kat mana-mana lah. 
Ada banyak kat dalam internet.
Yang free ada, yang berbayar pun ada.
Kalau korang can afford, boleh ambik yang berbayar.
Some of them tak mahal pun. Dalam RM10-15 dah boleh dapat beberapa activity.

But remember to search aktiviti yang mengikut kemampuan dan kebolehan anak. 
Baca balik entry Multiple Intelligences yang saya share dulu, untuk kenali potensi anak,
sebelum tentukan aktiviti macam mana yang sesuai untuk mereka, then baru kumpulkan dalam bentuk Game Books ni.

Bila dah download semua printable activities yang sesuai,
compile them dalam satu folder in your computer,
 because later u have to categorize atau break down the topics mengikut tema dan tahap difficulty.
Itu pun KALAU RAJIN lah ye.

Then, print them out.
Saya buat saiz A5. Sebab A4 terlalu besar, tak travel friendly. 
Kita nak buku ni kecik, ringan, muat dalam handbag, dan mudah diusung kemana-mana.

Kalau korang mampu buat sekecil tapak tangan, buatlah.
Tapi jangan lupa sertakan sekali kanta pembesar. 😂

Again,
pastikan pilih aktiviti mengikut potensi anak, bukan mengikut kehendak mak bapak.
(Baca ni 100 kali) 😑



Step 2: Laminate

Kenapa kena laminate?

Satu, supaya tahan lama.
Dua, supaya boleh guna erasable markers, boleh padam, boleh guna berulang kali, dan boleh share sesama adik beradik atau kawan-kawan. 
Empat, supaya kalis air, dan boleh wipe je guna tisu lembap bila terkena kotoran atau markers stain.


Laminator dan laminating films ni boleh beli kat kedai stationary.
Laminator dalam RM100 camtu dah boleh dapat. 
Kalau jenis mak yang suka buat buku aktiviti sendiri untuk anak-anak, 
laminator is a good investment.

Laminating films pulak, pilih yang 100 micron ke atas.
Agak mahal sikit, tapi lebih berkualiti. 
Korang nak guna game books ni bertahun-tahun, bukan sehari dua. 
So kualiti penting.



Step 3: Potong.

Lepas laminate, of course kena potong.
Potong ikut saiz.
Kalau korang print tadi saiz A5, maka potong lah saiz A5.
Kalau print tadi sekecil tapak tangan, maka nyiru saya tadahkan.
Ehh takde kena mengena pula.


Saya potong guna paper cutter.
Cepat sikit, sebab boleh potong sekali banyak helai.
Kalau nak guna gunting pun ok je, cuma perlu bertabah sikit la.

Paper cutter pun boleh beli kat kedai stationary.
Ada banyak jenis.
Yang jenis tahi hidung masin, boleh beli yang "paling canggih" macam saya punya ni.
Sekali potong, satu kampung boleh dengar. Dah macam potong manusia je bunyi dia. 😂



Step 4: Tumpulkan bucu.

Ini penting kalau anak korang jenis yang belum pandai berhati-hati.
Bucu laminating films adalah sangat tajam ye tuan puan.
Kalau tercucuk pipi memang boleh terkorek menjadi lesung pipit dalam sekelip mata.
Mungkin juga boleh terkorek sampai tembus ke pipi sebelah.

So please potong bucu dia.
Saya guna corner rounder.
Pun beli kat kedai stationary




Step 5: Punch dan letak ring.

I use heavy duty puncher.
Supaya boleh punch 10-15 helai dalam satu masa.
Laju la sikit.


Dan kenapa saya guna ring, dan bukan binding atau selotape?

Satu, supaya boleh pilih 1-2 page kegemaran, dan boleh ceraikan daripada buku.
Contoh nak pergi kenduri, takkan nak bawa buku setebal kamus dewan kat dalam beg, kan?
So pilih je beberapa page yang anak suka, ceraikan sekejap daripada buku, dan bawa pergi kenduri.
Balik dari kenduri, combine semula.

Dua, supaya satu buku tu boleh share dengan ramai orang.
Budak A boleh buat page 1-5, budak B boleh pilih page 10-15, budak C suka buat page 20-25,
dari buku yang sama.
So boleh ceraikan dan satu buku boleh share dengan ramai orang dalam satu masa.

Saya memang suka sharing.
Baru semalam share sebungkus kecil biskut Munchy's dengan 11 orang anak jiran yang datang ke rumah saya.
Sebab masa tu fridge kosong, takde benda nak hidang.
Seronok tengok diorang happy sharing benda yang sikit.
Sharing is wealth, kan? 😊



Step 6: Touch up mana yang patut, dan SIAP!

Kalau rajin, boleh tambah cover,
dan tambah sub-cover untuk categorize mengikut tema, difficulty level dan jenis game.


Sebab orang selalu panggil saya "rajiah-rajin" 😉 , so this is how i did it.
Ada cover dan susun ikut kategori.


Dan ada label timbul untuk setiap kategori macam ni.
Supaya senang nak cari game kegemaran anak-anak.
Sebab most of the time kita akan guna Game Books ni di saat-saat genting untuk mensenyapkan dan membusykan mereka serta-merta.
So kita perlukan Game Books yang praktikal pada setiap detik dan keadaan.



Step 7: Washable Markers dan Velvet Eraser.

Dua benda ni yang korang perlu ada untuk guna Game Books ni.



Kenapa washable markers?
Sebab murah, dan senang padam atas laminating films.

Kenapa kena guna velvet eraser dan bukan sponge eraser?
Sebab velvet eraser lagi senang padam marker stain berbanding sponge eraser.
Tapi kalau takde, guna tisu je pun ok.
Washable markers dan velvet eraser ni boleh cari kat kedai stationary.
Dalam RM10 camtu dah boleh dapat dua-dua.



Ok dah siap.
Let me share beberapa contoh printable games yang best, yang anak saya suka.
Yang penting, susun ikut kategori dan difficulty level.
 Dan tak perlu marah jika anak tak suka, tak minat atau tak reti buat sesuatu game.
Ikut minat anak dulu, because that is how they start to love and develop minat terhadap perkara-perkara lain yang lebih mencabar minda mereka.

No pressure in learning.
Itu yang penting. 


1) Maze




2) Pre-writing & Pre-drawing Practice

Untuk latih pincer grasp dan fine motor skills anak, aktiviti ni sangat bagus.



3) Learning & practicing alphabets.




4) Spot the Hidden Things



5) Logical Thinking


Shadow Matching



Front half - back half matching


6) Classify & Categorize



7) Simple counting, comparing and time




8) Joining Dots.




9) Simple colouring according to numbers.



10) Simple read and match


Ni untuk kids yang dah boleh baca.
Yang jenis word smart, memang sesuai.

Kalau yang belum boleh baca, mungkin boleh introduce SLOWLY. 
Guna teknik pengecaman dan phonics, and start with 2 or 3 letter words dulu.


11) Simple opposites




12) Word search



Haa amacam?
Itu baru 12 contoh games.
Saya ada 26 games dalam koleksi sebab anak saya memang tak pernah cukup kalau 12 je. 😪

Percayalah, your kids will love these Game Books.
Ingat balik macam mana kita seronok dan leka main game-game macam ni masa kecik-kecik dulu.
Seronok kan?

So cuba lah introduce kat anak-anak kita pulak.
Diorang pun deserve childhood yang enjoy macam kita dulu-dulu.
Dan saya gerenti diorang akan jatuh cinta dalam sekelip mata.
Ipad tak charge seminggu pun diorang dah tak hairan dah.


Saya selalu guna game books ni bila anak-anak jiran datang rumah.
Siapa follow Instagram saya tahu lah betapa rumah saya memang pusat anak-anak jiran berkumpul setiap hari. 😄

Tapi sometimes, bila saya taknak diorang sepahkan rumah, 
saya akan bagi je game books ni, so that diorang akan leka dan lupa nak sepahkan mainan.
Muahaha.

Tapi banyak kali juga diorang datang rumah, dan MINTA SENDIRI untuk buat Game Books ni.
I told you, budak-budak confirm akan jatuh cinta.


Kita pun seronok bila tengok budak-budak seronok belajar di atas keinginan sendiri,
dan bukan atas dasar paksaan. 😍



Macam yang saya cakap tadi, make it travel friendly.
Supaya boleh masuk handbag dan usung kehulu-kehilir.
Game books ni ibarat first-aid kit yang akan membantu anak dalam kesusahan.
Eh macam wonderpets pulak.


Trust me, anak-anak akan leka seleka lekanya dan kalau kat restoran,
kita siap boleh layan 3 dulang nasi arab dengan tenang tanpa henti.
Siap order lagi 13 set banana split sebagai pencuci mulut. 😁



Dan boleh jugak dibawa ke surau atau masjid.

 Selalunya parents akan bagi alasan susah nak ke masjid untuk ceramah/terawikh/berjemaah sebab ada anak kecik.
Takut anak bosan la, takut anak tantrums la, takut anak hilang la, takut anak ganggu jemaah lain la.

Tapi dengan adanya game books ni, korang boleh bermastautin terus kat masjid tu.
Hahah.



Look at him. :')

Alhamdulillah lepas saya start guna game books ni,
saya tak ingat dah bila last Haikal minta ipad dan bila last Haikal tantrums everytime kitorang pergi family outing.

Always bring something to keep them busy, that is the key.
Always.

Kebiasaannya kalau saya update pasal DIY kids activities camni,
mesti ada yang akan tanya,
"Boleh tak Jiji tolong buatkan untuk anak-anak saya sekali? Sebab saya dan suami bekerja. Tak banyak masa."

Ok sukacitanya dimaklumkan, kali ni saya berbesar hati untuk tolong buatkan.
Sebab saya sangat faham ibu bapa bekerja juga nak yang terbaik untuk anak-anak,
walaupun masa bersama anak sangat limited.
Kan?

Tapi of course la buat sendiri lebih baik, sebab air tangan ibu/bapa.
But i understand some of you yang betul-betul takde masa.
Sebab buat Game Books ni memang agak makan masa.
Nak search printables, download, categorize, print, laminate, potong, tumpulkan setiap bucu, etc.
Memang, it takes time.
So if you are ok with air tangan Acik Jiji (heheh),
i'm willing to help. 😊
 
Since saya memang dah ada printable activities dalam organized folder untuk Game Books ni,
dan dah ada all the tools needed,
plus saya memang dah biasa buat buku aktiviti untuk budak-budak ni,
so it won't take much effort untuk saya tolong korang memiliki game books yang sejibik sejibon macam saya punya.

Dont worry, i'm not doing this as business since printables tu semua bukan hak saya.
Because I downloaded it from the internet.
I know it is not legal for me to sell, and that's why saya taknak jual,
dan saya sarankan korang DIY sendiri.

Tapi dalam kes tolong-menolong ni, I'm not looking for any profit sebab you only have to pay me exactly the harga kos sahaja
(A4 paper, laminating films, rings, etc).
Kalau harga kos dia ialah RM93.67 (contoh), itu je lah yang korang perlu bayar.
I won't put any harga upah, harga air tangan jiji or what so ever.
Don't worry.
Ini memang dasar nak tolong semata.
Ok?

And please note that i don't have ready stocks haha.
Dah kata bukan nak buat bisnes kan.
So if you need my help, please give me some time to complete it.
Dalam seminggu dua camtu? Boleh?

Sila tengok senarai game books Batch 3.0 dan harga, di LINK INI,
dan jemput follow FB saya (Adlil Rajiah) for more DIY activities.



Latest update on March 2018:
Entry ini ditulis pada tahun 2015. 
Sekarang dah 2018, and masih ramai yang minta untuk saya komersilkan Game Books ni. 
So i'm reproducing this Game Books, dengan layout yang saya design sendiri.

Do follow this links, and be the first to know about the launch of our upcoming gamebooks series.
Facebook: https://www.facebook.com/haikalsgamebook/
Instagram: https://www.instagram.com/haikalsgamebook/


Or simply ORDER ONLINE here:
https://shopee.com.my/shop/54682529/


Kalau nak bayar ansuran (2 kali), boleh order through Whatsapp:
010 225 0494
www.wasap.my/60102250494