Haikal's Outdoor Playgroup 2015 - Let's Have Fun with Us!!

Haikal's Outdoor Playgroup merupakan sebuah aktiviti yang memberi pededahan padu 
kepada kanak-kanak berusia 2-4 tahun tentang kaedah bermain secara berkesan,
 serta mampu memberi impak positif terhadap tumbesaran fizikal dan mental mereka.

Di samping itu, kami juga sedaya upaya ingin meningkatkan awareness di kalangan ibu bapa
tentang pentingnya "bermain" atau "the power of play" dalam menzahirkan potensi terbaik di dalam diri anak-anak mereka.


Ok again, it is open for kids aged 2 - 4 ONLY.
And the age is based on TARIKH LAHIR dan bukan ikut tahun.
Ok?

Untuk pengetahuan juga,
semua aktiviti yang bakal kita jalankan telah dirujuk dan disahkan oleh Child Psychiatrist (Pakar Mental Kanak-Kanak)
bahawa aktiviti-aktiviti tersebut memberi impak yang sepatutnya terhadap perkembangan
motor skills, cognitive, body coordination, self-esteem, social skills dan brain development secara keseluruhan 
bagi kanak-kanak berumur 2 - 4 tahun.

In fact, aktiviti-aktiviti kita adalah sama seperti yang seringkali digunapakai oleh Child Psychiatrist
dalam rawatan kanak-kanak istimewa seperti autistik.
So memang fokus utama dia ialah,
NERVES & BRAIN STIMULATION.
Iaitu benda pertama dan utama yang sepatutnya diransang pada setiap kanak-kanak.

#HaikalOPG ada dua sesi berbeza, iaitu dry and water session (rujuk poster di atas).
So boleh pilih nak join salah satu, atau kedua-duanya sekali.

Tarikh, tempat, dan masa adalah seperti berikut:


Masa: 10 pagi - 12 tengahari


Berikut adalah lokasi Surau Al-Munawwarah, Seksyen 13, Shah Alam:


Kalau search kat waze atau gps memang akan jumpa.


Banner ni akan digantung di setiap lokasi playgroup nanti.
Kalau tak nampak banner ni, either korang salah tempat atau salah tarikh. ;D


Event flow:
9.45 - 10.00am: Arrival of participants
10.00 - 10.30am: Ice breaking and warm up session.
10.30 - 11.30am: Dry / Water activity session
11.30am - 12.00pm: Makan, closing and pictorial session.


 Yuran:


Untuk pengetahuan,
kami ada mewujudkan satu Tabung Kebajikan #HaikalOPG,
di mana setiap sen dari tabung tersebut akan digunakan
untuk menganjurkan playgroup PERCUMA untuk anak-anak yang kurang bernasib baik,
seperti anak-anak terbuang atau penghidap HIV/AIDS.

So kira macam, keuntungan #HaikalOPG ni akan terus ke tabung tersebut.
Maka setiap peserta yang bayar untuk menyertai #HaikalOPG,
secara automatik adalah penyumbang yang beramal untuk kebajikan anak-anak malang tersebut.
Hence, pahala dan saham akhirat confirmed.
InsyaAllah.

Anak-anak itu selayaknya mendapat hak yang sama seperti anak-anak kita.
Kan?
=)


How to register?

Boleh PM atau email ke:

Facebook: Haikal's Outdoor Playgroup
Email: haikal_opg@yahoo.com

Dan sertakan butiran berikut:
  1. Nama penuh dan nama panggilan anak
  2. Tarikh lahir anak,
  3. Sesi atau tarikh yang nak didaftar, dan
  4. Nombor telefon.


Sponsorship Opportunity:

Ok saya buka ruang sponsorship ni adalah untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga online
yang ingin mempromosi produk mereka secara PERCUMA di blog ni.
Sesiapa pun boleh sponsor, tak kisah apa pun produk yang korang jual.


Berikut ialah pageviews blog ni pada 11 - 17 Dec 2014:



Setiap sponsor akan diberi:

1) Iklan di sidebar blog ni (selama SEBULAN),
2) Satu advertorial post di Instagram dan Facebook saya.


Cara dan bentuk tajaan:

Ok bagi memudahkan semua pihak,
kami menerima tajaan dalam bentuk wang ringgit.
Maksudnya, korang bagi dalam bentuk duit,
dan kami yang akan uruskan pembelian barangan tajaan nanti.
Cara camni lebih senang sebab korang tak payah bersusah payah pergi beli barang dan hantar ke tempat playgroup.

Dan untuk melayakkan korang dapat pengiklanan percuma,
jumlah tajaan minimum ialah RM50.
Tapi kalau nak taja lebih, itu terpulang. =)

Berikut adalah barangan yang akan dibeli dengan wang tajaan tersebut:


Kalau ada yang nak bagi tajaan dalam bentuk fizikal pun kami terima.
Kot la nak masak sendiri bihun goreng ke apa kan. ;D

Untuk join sponsorship opportunity kami, boleh email ke:
Email: haikal_opg@yahoo.com



FAQ:

1) Kalau dah join #HaikalOPG lepas, boleh join lagi tak OPG pada masa akan datang?
Boleh, no problem. Nak join setiap sesi pun boleh.

2) Saya dah register anak berusia 3 tahun. Tapi terpaksa bawa sekali kakak/ abang/ adik nya yang bukan di dalam lingkungan umur 2 - 4 tahun, kerana tak boleh ditinggalkan. So camane?
Sebenarnya kita tak galakkan untuk bawa anak yang di luar lingkungan usia 2 - 4.
Tapi kalau terpaksa bawa juga, bawa lah, dengan syarat
perlu ada orang dewasa yang mengawasi anak-anak tersebut.
Dan anak yang berusia 5 tahun dan ke atas,
TIDAK DIBENARKAN membuat aktiviti playgroup bersama adik-adik mereka yang berbayar.
Ini untuk bertindak adil kepada peserta-peserta yang lain. Mohon faham.

3) Orang non-muslim boleh join?
Boleh, takde masalah. Sesiapa pun boleh join.

5) Kod pakaian?
Pakaian yang sopan dan selesa untuk aktiviti riadah.

6) Macam mana saya akan dapat gambar-gambar anak saya dari event photographer nanti?
Kita ada satu closed group di FB, yang hanya untuk peserta dan alumni #HaikalOPG sahaja.
Semua gambar event kita akan share di sana.



Terms & conditions ni dibuat adalah untuk menjaga keselesaan, kebajikan dan hak selayaknya
bagi setiap peserta yang mendaftar.
Harap dipatuhi.

Ok untuk tengok video atau baca cerita-cerita #HaikalOPG yang lepas,
sila lihat di timeline FBpage rasmi kami:
 FB Haikal's Outdoor Playgroup.


Terima kasih.
Dan cepat ajak semua saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan,
JOIN #HaikalOPG 2015!
Let's spread the love, people!

Kita jumpa nanti ok!

4 comments:

Ain said...

Assalam.. seronoknya.. tapi takde ke untuk 8 tahun?? hehehee.. Ain pun minat nak join.

Sya said...

Oh.. Aniq blm blh join.. Baru 1y 7m..

yoorinmelacolea said...

seronoknye ada aktiviti macam ni..kalau ada kat kl kan bagus..tp anak tak cukup umur 2 tahun pulak..baru setahun.. huhuu

Pijal said...

salam,

saya tgk jadual hanya sampai bulan 3 sahaja.. dah takde dah ke aktiviti tu skrg? kalau ada kat mana nak tgk jadual baru?