Macam mana nak start ajar anak membaca?

Lepas saya buat video Haikal's Three Years Milestones hari tu,
ramai yang email tanya,
Macam mana saya mula ajar Haikal membaca, mengira dan mengaji.
Nak start ajar ABC ke 123 ke alif ba ta dulu.
Nak start ajar english dulu ke bahasa melayu dulu.
Ajar guna buku ke flash card ke ipad ke apa.

So basically semua soalan pun pasal
HOW DO I START.

Ok.
"macam mana mula" itu sebenarnya terpulang kepada masing-masing.
Kenapa terpulang?

Sebab anak masing-masing, ada interest masing-masing.
Ada budak suka ABC dulu. 123 alif ba ta tak suka.
Ada budak suka alif ba ta dulu, ABC 123 tak suka.
Ada budak asyik nak mengira 123 je kerjanya, ABC alif ba ta tak minat.

Ada jugak parents yang cakap macam ni,
"Anak saya langsung tak suka belajar ABC 123 atau alif ba ta. 
Bila saya bagi flash card atau buku, di akan baling jauh-jauh."

Ok kalau macam tu, tak payah bagi buku la.
Tak payah bagi langsung.

Tengok dia suka apa.
Dan cuba curi-curi ajar masa dia tengah buat sesuatu yang dia suka.
Contoh dia suka menconteng. Try pergi join menconteng sama.
Tapi kita conteng ABC 123 alif ba ta.
Perlahan-lahan attract dia belajar dengan aktiviti yang dia minat.

Contoh lain, kalau anak suka main lego. Ajar la guna lego.
Bolehhh apa pulak tak bolehhhh.
Susun-susun jadi bentuk A ke apa.
;D

Macam Haikal,
seawal umur 6 bulan saya dah dedahkan dia dengan segala ABC, 123, alif ba ta, shapes, colours, lego blocks etc. 
This is basically to identify minat dia ke arah mana.
So nanti nak homeschool dia, senang dan tahu nak mulakan dengan apa.

Masa Haikal umur setahun camtu, saya dah nampak dia lebih cenderung dengan alphabets.
Dan dia akan excited bila saya beli any toys yang ada alphabets.
Apa sahaja benda yang ada alphabets, dia suka.
Tak kira lah buku ke, flashcards ke, blocks ke. Asalkan ada alphabets di situ dia akan suka.

So bila dah nampak kecenderungan dia ke situ, maka saya mulakan dengan ABC.
Sebab hari tu ada parents yang tetiba membabi buta cakap,

"Jiji, kenapa tak ajar Haikal baca Qur'an dulu. Itu kan paling utama. Qur'an itu kan cahaya. 
Nanti bila dia dah pandai baca Qur'an, automatik yang lain pun pandai."

Ewah ewah senangnya cakap.
Ingat mendidik anak ni macam buat lempeng?
-________-

Ye saya tak nafikan,
Qur'an tu Nur. Qur'an itu Syifa' (penyembuh).
Tapi nak menanam minat baca Qur'an ke dalam jiwa anak-anak ni, kena ada cara.
Kalau guna paksaan atau kegarangan, ingat budak tu boleh tetiba minat baca Qur'an ke?
Memang tak la. Makin benci ada la kot. Kan?

So lantakkan apa orang nak kata, saya lebih suka mulakan dengan natural interest anak tersebut.
Dan ternyata, it works!
Hasilnya, yang macam korang tengok dalam video Haikal's Three Years Milestones tu lah.
Alhamdulillah untuk itu. :)


So the key is, follow their interest FIRST.
Dan dari situ, diorang akan develop interest-interest yang lain.
Trust me.

Hari ni saya nak share another video, untuk menjawab soalan,
 macam mana saya start ajar Haikal membaca.
Jemput lah tengok. Tak lama pun, 2 minit je.
Semoga boleh jadi guidance untuk korang yang tak tahu how to start.



Honestly, saya sendiri pun jarang guna buku untuk ajar Haikal.
Sebab dia bukannya budak 18 tahun yang nak buka buku segala.
Baru 3 tahun. Masih diperingkat bermain-main.
That is why, untuk budak bawah 5 tahun,
 "play-based education" adalah lebih efektif berbanding "strict education".
Sebab memang fitrah mereka bermain.

Satu lagi soalan yang saya selalu terima,

macam mana nak keep the kids to stay focus dan duduk diam.

Ok korang tengok video atas tadi. Haikal pun tak duduk diam. -___-
Kejap terkangkang, kejap menonggeng, kejap terbaring.
That is totally normal.

Dan pasal fokus, Haikal pun paling lama dia boleh fokus untuk satu-satu lesson,
ialah 5-10 minit sahaja.
Dan kengkadang 4 minit setengah je. ;D
Tapi takpe. Otak budak-budak ni macam sponge.
Walaupon nampak diorang macam tak serius, main-main,
tapi their brain is actually absorbing.
Percayalah.


Sabar juga is the key.

Budak-budak memang cepat give up kalau tak dapat buat sesuatu.
Macam kes akak kat atas ni, mungkin akak boleh pura-pura tolong dia masukkan blocks tu dan bersorak gembira seolah-olah dia dah berjaya masukkan.
Try buat dan bersorak beberapa kali.
Benda ni akan develop his self-esteem.
So next time, bila dia buat sendiri, he won't easily give up.
Because he remembers, dia pernah buat sehingga berjaya tempoh hari.
So he will tell himself, i can do this, like I did last time!

Camtu.

Saya harap entry hari ni membantu parents di luar sana.
Tak banyak, sikit pun jadi.
Or at least dapat meniup semangat untuk terus "berkhidmat" untuk anak masing-masing.
Allah dah janji, setiap perit pedih yang kita lalui untuk melandaskan anak kita ke jalan-Nya,
akan ada ganjaran insyaAllah.
Tengok wajah anak dengan penuh kasih sayang pun dah dapat pahala,
inikan pulak mendidik anak dengan penuh kasih sayang.
Kan?

 Macam yang saya selalu ulang-ulang,
mencontohi anak orang lain tak salah, tapi jangan membanding-bandingkan.
Ibu bapa kena raikan anak sendiri DULU.
Your child also has something to show. Just wait and see.
Because every child is born genius. Every child is born special.
EVERY CHILD. Including yours.

:)

14 comments:

yoorinmelacolea said...

thank u!! boleh ajar my baby pulak macam ni.. hahahadooii.. tapi dia pulak jenis cepat boring.. geram betul nak ajar..hihihihi

MOMMYLIN said...

pandainya haikal... good job sis... tq share.

Unknown said...

Salam cs bole x advice..my bb 8months bru nak tumbuh gigi semua pun masuk mulut..toys mcmne suitable for her..? Flashcard n alphabeths nnt masuk mulut jer..
Cmne nk aja?

Alia Farhan said...

Hi jiji...i liokke ur parenting tips...suka sgt...keep on writin n tellin us more okeyyyy

natura said...

Nice sharing..
Sangat betul dan agree, jangan sesekali membandingkan dan mencontohi anak orang lain dengan anak sendiri..
Secara tak langsung merendah self confident dia.

ida ahmad said...

Yeah anak saya genius!

Cik Iman said...

nursery rhymes pun best gak :D budak-budak suka betul dengar musik

Unknown said...

tumpang blogwalking...
sy suka baca entri2 puan..seronok baca esp tang cerita pasal anak2 :)
TQ for the info. sangat informative. :)
jemput ke blog sy jugak..

ainniah.com

HazeL said...

good info.. Boleh praktik untuk ank2... jenga pun best main bersame ank2..

linda der weise said...

yup "sabar "
sblm ni pon my daughter pon cepat bosan .. n nk bg semangat sy tolong masuk n tepuk2 tanda berjaya .

Unknown said...

assalamualaikum jiji.. akak baru joint blog jiji since last week. seronok baca info2 dan tips2 yang jiji berikan. mungkin boleh dipraktikkan utk anak2 di rumah. terima kasih yer dik! semoga Allah merahmati jiji and family.

Azzahairi Sulaiman said...

Tips yang membantu untuk mendapatkan Anak Pintar dan Cerdas

Sesungguhnya Al-Quran itu penyembuh bagi segala penyakit.

CEO Mak said...

thank you for the sharing. saya perlu sabar lagi ni.. ye anak sy kurang interested pada alphabets 123 or aliff ba ta.. more pada benda2 transportation..maybe kena usaha kan sesuatu untuk dia minat belajar..

Jemput singgah blog saya ye :) KENAPA BERAT BADAN BAYI KURANG

Unknown said...

he is so adorable.tq kak for sharing..banyak ilmu dapat!

mampukah mami auni buat begini?
Insya Allah