Okay masuk cerita sesi 3.
Sesi 3 ni ialah finale bagi permulaan #HaikalOPG sebenarnya.
Kenapa saya kata permulaan?
Sebab kitorang macam baru nak tengok boleh pergi ke tak boleh pergi playgroup nih,
sebelum betul-betul nak construct modul playgroup yang sebenar selepas ni.
InsyaAllah.
Tapi bukan lah bermaksud playgroup yang sebelum ni main-main ke apa.
TAK.
Yang tu pun serius jugak.
Malah terlebih serius dah aku rasa tuh. ;D
Tapi yang lepas-lepas ni kita mungkin akan buat satu modul,
supaya peserta boleh join lebih dari satu sesi.
Haaa camtu.
Tapi yang tu nanti dulu.
Sembang lebat tapi proposal belum siap pun tak guna. -___-
So sesi 3 ahad lepas kitorang semua crew semangat membara lain macam sikit.
Sebab finale kan. Kemahennnn semua berkobar-kobar.
Sesi 3 ni ialah finale bagi permulaan #HaikalOPG sebenarnya.
Kenapa saya kata permulaan?
Sebab kitorang macam baru nak tengok boleh pergi ke tak boleh pergi playgroup nih,
sebelum betul-betul nak construct modul playgroup yang sebenar selepas ni.
InsyaAllah.
Tapi bukan lah bermaksud playgroup yang sebelum ni main-main ke apa.
TAK.
Yang tu pun serius jugak.
Malah terlebih serius dah aku rasa tuh. ;D
Tapi yang lepas-lepas ni kita mungkin akan buat satu modul,
supaya peserta boleh join lebih dari satu sesi.
Haaa camtu.
Tapi yang tu nanti dulu.
Sembang lebat tapi proposal belum siap pun tak guna. -___-
So sesi 3 ahad lepas kitorang semua crew semangat membara lain macam sikit.
Sebab finale kan. Kemahennnn semua berkobar-kobar.
Ni meja menyambut tetamu.
Kau tengok goodies dia kemain banyak. Dan macam majlis bertandang ke apa ni.
-_____-
Ramai peserta yang bagi feedback camni,
"Terlalu puas hati dan tak setimpal dengan bayaran yang dikenakan. RM30 tapi dapat macam-macam!"
Kahkah.
Biasa la ni kan playgroup Acik Jiji.
Acik kalau bab-bab makan ni biar lebih jangan kurang.
Sebab bila lebih, habis event nanti acik boleh sambung makan. ;D
By the way, terima kasih kepada para penaja makanan dan goodies kita.
(Boleh refer senarai penaja kat bawah entry)
Sebab kemurahan hati mereka ni lah, kita semua kenyang.
Seperti biasa, Haikal peserta paling awal.
Dah nama pun #HaikalOPG.
Kalau Haikal lambat memang mama piat montot tu.
-______-
Dan sebab ini ialah #HaikalOPG, Haikal kena bagi ucapan pembukaan.
Mak dia jadi mic holder. ;D
Ini peserta dari Johor.
Bila saya tanya,
"Datang ke Shah Alam ni atas urusan apa?"
Dengan selamber abang tu jawab,
"Kitorang datang memang semata-mata untuk program ni."
T__________T
Acik rasa macam nak peluk abang tu.
Tapi sebab bukan mahram kan.
Acik hanya mampu menundukkan pandangan sambil menahan sebak.
;D
Tapi sumpah acik terharu betul dengan sokongan para peserta #HaikalOPG.
Masa sesi 2 dulu, ada yang datang dari Kuala Pilah.
Pun acik dah sebak gila.
Inikan pulak datang dari Johor.
Robek terus hati acik.
Thank you korang.
Tiada apa yang saya mampu balas melainkan doa yang baik-baik buat korang.
T____T
Sesi kali ni, lebih ramai kaum bapa yang melibatkan diri secara langsung.
Bukan setakat duduk kat tepi-tepi main henfon disebalik tiang. -___-
Acik respek bapa-bapa yang budiman macam ni.
Sebab anda tahu anda bapa, anda tahu anda ketua,
dan anda tahu anda patut mengetuai isteri dan anak-anak.
Tabik spring goyang-goyang acik bagi.
;D
Untuk sesi ketiga ni,
ada crew Safiyya TV9 datang buat liputan.
Thank you Nani the reporter yang gigih edit video acik yang memanjang gagap nih. -___-
Siap hantar bloopers kat whatsapp sebab saje nak bagi acik gelak tersembur halkum kahkah.
Thanks Nani.
Liang pori-pori acik jangan lupa blurkan ok.
;D
Macam yang acik cakap tadi, ini baru permulaan bagi #HaikalOPG.
Tapi kalau permulaan pun dah tiga media datang buat coverage,
memang acik pun tak mengerti hahaha.
Memang macam mimpi.
Alhamdulillah ini semua rezeki dari Allah,
dan berkat kesungguhan crew #HaikalOPG,
dan jugak sokongan dari peserta dan semuaaaaa orang yang berkongsi tentang #HaikalOPG.
Kuasa promosi orang ramai, hingga boleh sampai ke pengetahuan media.
Memang dahsyat ah korangggg.
This is mama being mama.
Sebelum orang interview anak dia, dia interview orang tu dulu. Haha!
Siapa saje yang berjaya diinterview mama, akan dapat percuma ceramah seumur hidup.
Ceramah beserta hadis dan petikan surah ok.
Haaa! ;D
Sebelum orang interview anak dia, dia interview orang tu dulu. Haha!
Siapa saje yang berjaya diinterview mama, akan dapat percuma ceramah seumur hidup.
Ceramah beserta hadis dan petikan surah ok.
Haaa! ;D
This is Teacher Namie.
Orang yang bertauliah dalam bab Early Childhood Development.
Dia jugak kawan yang sentiasa menegur acik dalam bab parenting sejak hari pertama acik dapat Haikal.
Di jugak orang pertama yang acik cari selepas tercetus idea nak buat playgroup ni.
Thanks Namie. Sayang dia. Meh peluk sikit meh.
Jiji, Nani, Nodie, Namie.
Sebenarnya kitorang dulu satu sekolah.
Tapi kat sekolah dulu langsung tak pernah cakap "Hai".
Tapi bila semua bergabung dalam #HaikalOPG ahad lepas, terus tangan bahu ke bahu.
Acik punnnnnnn tak faham.
Padahal si Nodie tu dulu masa jumpa acik for the first time, siap tanya
"Eh Jiji kau dulu Niners eh? Tak pernah nampak pun kau masa sekolah dulu?
Kau yang mana satu?"
-______________-
Biasa la. Dulu acik ni kurus je. Tak berapa visible.
Sekarang dah gemuk cemni haaa baru semua orang nampak. -..-
Lepas semuaaa peserta dah bersurai.
Acik cepat-cepat bersiap untuk sesi interview.
Acik nervous sikit kalau ada scene rakam-rakam ni.
Tu yang jadi siamang gagap tu.
Nasib baik Nani supportive. Tak la acik terkehencing kat situ. -____-
Dan seperti biasa..
Gambar crew yang tak pernah duduk diam.
Orang suruh gaya nasyid pun mesti ada sorang dua yang termereng sikit.
Kahkah.
Tapi mereng-mereng pun, acik sayangggg. ;D
Nanti acik buat satu entry khosss untuk support system #HaikalOPG ni.
Mungkin orang luar cuma nampak acik Jiji.
Tapi hakikatnya, diorang ni la TULANG BELAKANG acik selama ni.
Ok dah.
Acik tak tahu kenapa. Sejak kebelakangan ni acik cepat sebak.
Mungkin kurang makan kolagen kot.
Acik mohon berhenti di sini dulu.
:D
****************************************************************************************************
Para penaja #HaikalOPG.
Tajaan permainan untuk aktiviti playgroup:
2) Imaan Kids
4) BBB Istimewa
Tajaan makanan dan minuman:
2) Takoyaki (Zuera Radzi)
Tajaan hadiah dan saguhati:
1) Pin Tudung (By Sakinah)
2) Wooden Puzzle (Siti Sarah Samsuri)
3) Tudung (Shda Cda)
Tajaan T-shirt Crew:
4 comments:
tq kak.. tqah sponsor utk 1st batch je.. tp akak review sampai 3rd batch.. xsbr tunggu rayyan 2 taun nk ajak dia masuk playgroup ni..
next nt nk join!
Harap2 akan buat lagi nanti.. :)
Bestnya..bila jiji nak wat kt png plak?nak jgk join n tolong2....syoknyer
Post a Comment