Sejak blog ni viral dengan parenting tips masa awal tahun dulu,
ramai yang email saya dengan masalah anak masing-masing.
ramai yang email saya dengan masalah anak masing-masing.
To be honest, saya bukan sesiapa untuk menyelesaikan masalah korang.
Setakat nak bagi pendapat cikai-cikai tu boleh la.
-_____-
Dan maafkan jugak kalau ada email yang saya tak reply langsung.
Bukan taknak reply, tapi tak tahu nak reply apa sebenarnya. -..-
Dan email ni saya rasa nak jawab hari ni, kat sini.
Sebabnya boleh dikatakan 60% yang email, soalannya lebih kurang macam email ni.
So elok lah rasanya jawab kat sini, supaya sekali harung ramai-ramai boleh dapat manfaat.
Tapi sekali lagi nak bagitahu, saya bukan sesiapa untuk selesaikan permasalahan anak korang.
Saya sendiri baru 3 tahun jadi ibu. BARU.
Tapi.
Tentang soalan Kak Norul itu, saya macam ada satu pendapat.
Pendapat yang berdasarkan pemerhatian dan pengalaman dengan anak-anak orang lain dan anak sendiri.
Kot lah boleh dijadikan "guide" atau "reference" untuk situasi yang korang alami.
Saya kata, "KOT".
Which means, TAK SEMESTINYA.
So some of you might agree dengan pendapat itu nanti,
dan some of you might not.
So baca dengan hati yang terbuka.
Tapi sebelum tu, nak bagitahu jugak ni,
yang SAYA JUGA mengalami masalah anak tak dengar cakap.
Nak kata Haikal seratus persen menurut telunjuk saya, tipulah.
Dia pun ada keinginannya sendiri.
Dia pun selalu nak cuba benda-benda mengarut.
Dia pun selalu buat aku marah.
Dia pun kadang-kadang tak paham bahasa.
T___T
Tapi bagi saya, benda ni adalah tipikal. Benda biasa.
Setiap ibu bapa pun mengalami masalah ni.
Terutama dengan anak yang BELUM MUMAYYIZ.
Dah nama pun belum mumayyiz.
Belum mumayyiz maksudnya belum tahu mana baik mana buruk.
So budak tu belum tahu mana selamat mana bahaya,
mana wangi mana busuk,
mana sedap mana tak sedap,
mana tajam mana tumpul,
mana butterfly mana lipas,
mana kucing mana anjing.
Mereka BELUM TAHU mana yang patut dipilih.
So tak hairan lah kalau dia pilih yang bahaya, yang busuk, yang tajam, yang lipas itu.
Cuma.
Macam mana cara kita ibu bapa ni, nak approach anak.
Nak bagitahu anak bahawa,
"Sayang, benda tu bahaya. Tak boleh pegang. Kang luka."
"Yang, ni tak boleh panjat. Kang jatuh."
Supaya anak itu FAHAM dan INGAT sampai bila-bila,
tentang apa yang kita nak sampaikan demi kebaikan dia tadi.
Soalnya, BAGAIMANA?
Ada parents yang saya tengok (dan kadang-kadang saya sendiri pun),
suka cakap camni,
"Alahhh biar la dia explore. Biar dia jatuh. Biar dia luka. Biar dia nangis. Biar dia lebam. Biar dia rasa.
Baru dia tahu mana kaca mana permata. Orang dah cakap tak paham bahasa. "
;D
To be frank, saya juga ibu yang garang, keras, jantan, ganaih dan sebagainya.
Which, kalau anak jatuh saya buat tak tahu je.
Padanlah muka dia, siapa suruh panjat situ tergolek sana.
-______-
Ye, kadang-kadang saya setuju dengan method "Biar anak belajar dari pengalaman."
Dah jatuh dah luka kang, reti lah dia.
Sometimes, betul.
Tapi.
In some cases, contohnya,
bila kita pergi makan luar dengan family,
bila kita pergi beraya rumah orang,
bila kita naik public transport dengan anak,
bila kita anak beranak pergi solat terawih di masjid,
bila kita tinggalkan anak kita di bawah jagaan orang lain sekejap,
OF COURSE KITA NAK ANAK KITA BEHAVE.
Kan?
So.
Takkan kita nak tunggu pasu bunga orang pecah dulu,
takkan kita nak tunggu pinggan restoran pecah dulu,
takkan kita nak tunggu anak jatuh lebam dahi dalam bas ekspress dulu,
baru kita nak 'belasah' dia supaya reti behave?
Takkan kot kan.
Behave tak behave ni sebenarnya benda yang boleh ditanam perlahan-lahan dari rumah.
Benda yang boleh DIDIDIK sejak kecik, sejak anak masih di peringkat manja-manja.
Mungkin ada sesetangah orang rasa tak boleh.
Tapi sebenarnya BOLEH. Serious BOLEH.
Saya ada discover satu method yang saya memang guna kat Haikal.

Dan ia BERKESAN.
Macam ni.
Setiap hari, akan ada satu masa,
di mana Haikal akan datang dekat saya for manja-manja time.
Atau ada orang panggil cuddle time.
Di mana anak cuma mahukan kita sentuh dia, peluk dia, belai dia, bercerita dengan dia.
Setiap hari, pasti akan ada moment itu. Kan?
Dan saya akan ambil beberapa minit dalam moment itu,
untuk saya bercakap dengan dia tentang "The DO's and DONT's".
Contohnya,
"Haikal, kalau mama tengah solat. Haikal kena duduk tepi, duduk diam-diam. Tak boleh kacau mama. Kena hormat orang tengah solat. Kalau Haikal ada apa-apa nak bagitahu mama, tunggu sampai mama habis solat, baru boleh bagitahu. Ok?"
Ataupun,
"Haikal, kalau Haikal nak melukis atau nak menulis, minta buku atau kertas dari mama. Jangan conteng dinding, conteng cadar. Tak baik. Nanti rumah kita kotor, tak cantik. Haikal mesti suka rumah kita bersih dan cantik kan?"
Contoh lain,
"Haikal, kalau Haikal ternampak banyak mainan kat Giant atau kat kedai, Haikal tak boleh ambil. Itu bukan Haikal punya. Haikal punya yang kat rumah je. Mainan kat rumah lagiiii best dari yang kat Giant."
Itu contoh.
Cakap cuma satu atau dua nilai sahaja dalam satu-satu masa.
Banyak-banyak kang lupa pulak budak tu.
Buat berulang-ulang, setiap hari.
Dan pastikan ketika itu, adalah masa yang anak itu sendiri nakkan kita.
Nak cuddle time.
Nak manja time.
Menurut pakar psikologi kanak-kanak,
anak-anak akan absorb lebih baik dalam keadaan tenang dan rileks.
Terutama bila moment ibu dan anak itu dirasakan terlalu erat,
otak anak lebih bersedia menerima apa saje input yang diberi.
=)
Berbanding kalau kita nasihat anak sambil marah-marah.
Contohnya, kalau tetiba anak terpecahkan pinggan,
kita pukul dia, marah dia, tempik dia,
"Siapaaaaa suruh main kat dapurr!!!!!"
Paaapppp!!! *setepek penampar kat peha*
Maka anak tu akan jadi takut dan menangis.
Bila keadaan dah macam tu, nasihat la camane pun, anak itu takkan absorb.
So, the next day, another pinggan will be broken.
Bila another pinggan broken, another pukul.
Another pinggan broken, another pukul.
-___-
Percayalah, you're doing it wrong.
You're just producing another bad-tempered human being.
Esok lusa kau jugak yang susah kang.
One good reminder everytime kita rasa nak marah pukul anak ialah,
INGAT, KITA TUA ESOK DIORANG AKAN LAYAN KITA MACAM MANA KITA LAYAN DIA HARI INI.
Haa.. Nervous tak?
;D
So jom cuba method yang saya bagi tadi.
Hari ni cuba.
Tunggu satu masa yang anak datang sendiri kat kita.
Nak minta peluk, nak minta hug, nak minta sayang.
Kalau Haikal, dia cakap, "Mama, Haikal nak mama."
Maksudnya nak manja time lah tu.
Kalau ibu bekerja, mungkin boleh have some cuddle time just right before anak-anak tidur.
Atau carilah mana-mana masa yang dirasakan tenang, intim, dan rileks dengan anak-anak.
Dalam satu hari, mesti ada waktu itu.
3-5 minit pun dah memadai.
Cakaplah dengan nada yang penuh kasih sayang.
Terapkan 1-2 nilai yang kita nak dia tahu.
Jangan panjat tangga, nanti jatuh.
Kat masjid tak boleh lari-lari.
Kat supermarket tak boleh minta macam-macam. Tak boleh grab mainan sesuka hati.
Ipad tu mama punya, phone tu papa punya, tak boleh main sesuka hati.
Kat rumah orang, tak boleh lasak-lasak. Tak boleh menjerit, etc.
Itu contoh.
Tapi ayat tu biarlah positif sikit.
Asyik 'jangan jangan jangan ini tak boleh itu tak boleh', muak jugak anak kau dengar. -..-
Try make it positif dan sedap didengar.
Yang penting, bahasa yang anak mudah faham.
Yang penting, bahasa yang anak mudah faham.
Buat hari-hari.
Dengan izin Allah, korang akan nampak kesannya.
Dari tak dengar cakap, kepada LEBIH dengar cakap.
Jangan tunggu sampai anak 100% dengar cakap, sebab itu takkan terjadi.
Haha!
Manusia ni macam magnet. Ada yang kita attract (tarik), ada yang kita repel (tolak).
So anak kita pun sama lah.
Lagi panjang akal dia kang, lagi banyak dia repel. Haha!
Oh lagi satu terlupa.
Tak payah tanya, seawal umur berapa boleh apply method ni.
Penerimaan setiap anak itu berbeza. Ibu bapa itu sendiri patut lebih tahu.
Apa yang pasti, dalam soal mendidik anak ni, tiada istilah "sudah terlambat".
Kita yang kubur dah memaggil ni pun masih boleh berubah menjadi lebih baik,
inikan pula anak-anak yang masih boleh dilentur-lentur.
.
Dan tak perlu berputus asa kalau cuba dua tiga kali tapi tak berhasil.
Sebabnya dah cakap tadi, penerimaan setiap anak itu berbeza.
Mungkin lepas patratus kali cuba, baru berhasil. Tengoklah camane, it depends.
So.
Kepada ibu bapa yang Allah sayang sekalian,
janganlah dimaki atau dikesalkan anak yang tak dengar cakap.
Kita yang bijak pandai berpangkat berkedudukan bergaji besar ni pun kengkadang susahhhh nak dengar cakap mak ayah.
Kan?
Inikan pulak budak yang belum mumayyiz tu nak dikesalkan.
Bak kata pepatah,
"We (parents) were actually born and grew up with our kids. They wake up each day different, learning and experiencing life to be a better human-being everyday. And so are we."
=)
11 comments:
didikan dari awal perlu
jgn salahkan anak bila dia degil
lihat dulu kita sebagai ibu/ayah perangai mcm mana..
kadang2 anak yg dianugerahkan mempunyai sudut pandangan yg berbeza.
jika anak kita 5 orang, kita tidak boleh paksa semuanya menjadi doktor.
ada yg bila paksa dia ok
ada yg bila paksa dia memberontak
bukan kerna dia degil/hati keras tapi dia akan betul2 faham apa yg kita maksudkan dengan cara yg lain.
sabarlah mendidik anak
gunakan pendekatan softskill kerna pendekatan yg keras lambat laun akan makan diri
bukan dari pengalamn sendiri tapi pengalam dari sekelilng :)
Penuh berinfomasi. Thanks for sharing dear.. :)
erm, contoh yang diberi sangat kena dgn keadaan saya... inshaa allah, akan dipraktikkan...
Rase macam touching pulak bila baca. Tang mana touching tu tak tau lah.. haha..
Anyway,, thanks a lot for the tips.
sy pn penah jugak buat mcm ni..amik masa jugak kn nk bg ank dgr ckp tu..anak pn bru 16bulan.. Harapnya mampu lah mengajar dia dgn cara btl hehe
Assalamualaikum wbt, ummu haikal :D
ada lecturer saya penah cita, psychologically, manusia mmg susah sangat nak terima -ve commands. Except WITH justification.
kak jiji buat ayat sungguh ber-justification, subhanallah ;)
ulama' kita pun ajar masa nak mula 'suruh' diri sendiri buat sesuatu perkara, for example, NIAT:
kita niat "Sahaja aku berpuasa,"
bukan "Sahaja aku tak makan, minum bla2..."
kan? So mmg okay sesangat kalau make +ve commands!
you're naturally gifted mommy, tabarakallah.. <3
moga Haikal jadi anak soleh & musleh, Ameen!
Allahurabbi..terkesan ngan ayat ko JiJie.."kita pon susah nak dengar cakap mak ayah.."
"Kita yang kubur memanggil pon boleh berubah jadi baik.."
Tq JiJie..mmg sedang dipraktikkan..anyway good info...Cara penyampaian yg sgt best..cepat sket jd motivator..blh dpt datok..hihihi
Alhamdulillah.... very good info. mmg sy tengah mencari method yg sesuai utk anak2 yg agak susah nak behave especially in public. tq dear...
Assalamualaikum wbt, ummu haikal :D
Jazakillah ummu haikal dgn contoh2 teknik dan nasihat yg diberi...in shaa Allah akan di praktikkan...
moga Haikal jadi anak soleh & musleh, Ameen!
Rasa nak menangis pulak akak baca entri awak ni jiji. Huhu. Rasa nak sangat jadi ibu yg baik pada anak2. =)
Salam Hi Jiji..
sy belom habis katam baca blog awak.. insyallah dalam terdekat akan habis bc.. hehehe..
tkasih sbb sudi kongsi bgi tips didikan pd anak2 dgn bahasa yg mudah difahami.. kelakar tahap 'P.ramlee'. suke sgt.. kkdg baca tergelak smpi kuar air mata.. bukan sedih.. tpi sbb tahan ketawa.. hehehe..
mulai skrg sy plak.. rs nak taman azam utk jadi ibu yg terhebat utk anak sy..
Post a Comment