Haikal sekarang kan.
Haih...
Penat betul duduk serumah dengan dia.
Serumah dengan hubby pun tak penat camni. Walaupon asyik kena work out kahkah.
Tapi dengan Haikal, penat dia lain.
Penat layan mulut dia.
Ye mulut diaaaaaa.
-________-
Masa mengandungkan Haikal dulu,
aku selalu admire budak-budak yang pandai bercakap.
"Pandai bercakap" yang bijak bila berkata-kata.
Well, setakat bercakap semua orang boleh kan.
Tapi ada sesetengah budak, mereka terlalu bijak berkata-kata.
Sampai tak terjangkau dek akal kita tentang perkara yang mereka cakapkan itu.
Hamboih.
Korang pernah tengok cerita "Seriously Funny Kids" yang hosted by Heidi Klum tu?
Cute gila kannn???
Bukan Heidi Klum ye. Maksud aku bebudak yang invited dalam show tu. Cute gila kan!
Bila budak-budak tu menjawab soalan, rasa macam nak tumbuk diri sendiri.
Sumpah kelakar dan kengkadang cara mereka berfikir memang out of the box!
Dan most of them memang kita boleh nampak how brilliant they are.
Jadinya..masa pregnant dulu, itu la cerita kegemaran aku.
Menonton sambil tak sabar-sabar nak beranak.
Nak borak dengan anak.
So..
Selepas terlahirnya anak itu..
T____________T
Penat rupanya nak melayan.
Hahahahaha.
Bukan la aku nak cakap Haikal ni brilliant ke apa.
Tapi kalau ya, Alhamdulillah.
Cuma aku baru realize, betapa penatnya nak melayan budak-budak bercakap.
Ye. Memang ada seronoknya.
Tapi seronok 15 minit, 23jam 45minit selebihnya...
penat.
;D
Nak-nak kalau budak macam Haikal ni.
Mak uiiii dari dia bangun tidur, sampai dia tidur balik, mulut diaaaaa
popek popek popek popek popek.
"Mama, Haikal tahu kenapa mama suap Haikal nasi."
"Kenapa?"
"Sebab mama sayang Haikal."
"Ya. Mama sayang Haikal. Dah, makan cepat."
"Kejap. Bagi Haikal habis cakap dulu."
"Hmm k."
"Sebab mama sayang Haikal. Sebab mama sayang papa. Sebab mama sayang Aqil. Sebab mama sayang Baby Aqilah. Sebab mama sayang..."
"Ok dah dah. Habiskan nasi dulu."
*telan nasi*
"Mama."
"Iye."
*telan nasi*
"Mama."
"Iye."
"Haikal tahu kenapa mama suap Haikal."
Iye.. iye..
Berapa kali nak ulang.
-_______-
Itu baru satu contoh.
Yang mungkin mengambil masa selama 20 saat sahaja dalam hidup.
Banyak contoh-contoh lain yang memenuhi hidupku sebagai ibu. ;D
Ada sekali tu, aku terjatuhkan pinggan. Tak pecah pun.
Suddenly Haikal datang dengan muka panik.
Korang nak tahu tetiba dia cakap apa?
"Are you okay Mama??"
Seriously aku tak pernah ajar dia ayat tu.
Tercengang aku sekejap.
Anak aku ke anak jiran ni?
Tapi muka macam anak aku. ;D
"Mama ok sayang. Haikal risau ke?"
"Ha'ah Haikal risau. Are you okay Mama?"
"Okkkk. Kan Mama dah cakap tadi."
"Kalau pinggan jatuh, pastu pecah kena Mama sampai berdarah, macam mana?"
"Takde lah. Tak pecah pun."
"Iyeee. Pinggan tu boleh pecah. Nanti darah, doktor cucuk Mama. Pastu mama jerit adoiiii. Mama jerit macam monkey."
-________-
Ada lagi contoh yang paling latest, aku ada share kat FB hari tu.
;D
Dia punya kompiden nak tiru gaya aku marah dia tidur waktu maghrib kahkah.
Haikal.. Haikal..
Ada satu lagi ayat trademark dia yang aku tak boleh tahan.
Kalau dia nampak aku macam marah-marah kan, mesti tetiba dia cakap
"Mama jangan marah Haikal. Haikal sayang Mama. Haikal kan goodboy."
"Kalau goodboy, kenapa mainan bersepah-sepah?!!"
"Takpe. Nanti Haikal kemas."
"Nanti tu BILAAAAA??!!! Kemas sekarang!"
"Mama marah-marah macam ni, Haikal taknak kawan la. Cakap elok-elok dulu."
T________T
Huiiii yai... *urut dada*
Ni baru dua tahun lebih rajiah..
Kang dah 28 tahun esok camane la perangai. -..-
Sabar rajiah..
Penghapus dosa rajiah..
Sabar rajiah..
Hai nama saya Puan Sabarajiah.
;D
Sebab tu lately aku macam susah sikit nak update blog.
Otak penat.
Baru nak update blog,
kang datanggg lagi ostad kecik tu nak bagi ceramah. -..-
Kena layan.
Kalau tak layan nanti dia cakap,
"Mama, bila Haikal cakap mama kena dengar. Kalau tak, Allah marah."
Adoi setepek lagi.
Haih la anak Mama ni.
Besar kang jadi Padilah Kamsah je lah k.
Boleh kaji personaliti orang mengikut hari jadi. -..-
Dah tu banyakkkk sangat hujahnya bila bercakap.
Alhamdulillah.
Budak dah panjang akal bak kata orang tua-tua.
Mungkin pada peringkat ini, kita ibu bapa perlu banyakkan redhooooo dan sabar.
Jangan lupa tukar nama. Puan Sabarajiah. -___-
Oh lupa nak bagitahu.
Haikal ada tahi lalat di tepi bibir.
Orang kata, maksudnya "pandai berbicara dan tak mudah kalah".
Amboi itu sangat scary.
Saya dah mula ketakutan.
Oh ye. Kat mana nak borong ear plug murah?
;D
13 comments:
thaqif pon ade gk tahi lalat tepi bibir hahaha
Sama anak saya..Cuma klu dia xdak sat,kompom sunyi sepi rumah. MUla gelabah biawak pulak..(^_^) DEpa kan penyeri...
Umi pun penat kalu camni tapi itu mengeratkan hubungan ngan anak kan...bonding time gitu..
Salam perkenalan....rancangan yg awk ckp tu channel no brape d bila waktu siaranye??
comel jer
ala pandainya haikal..akak bg makan ape nih..hee
Tulah anak-anak.
Ada hingaq!
Takde, mak lak yang teriak.
mcm anak i. sebaya haikal. Tapi tu anak no 3 i. 3 3 macam tu. Genetik mulut kot. So bayangkan darab 3. Bayangkann. earplug dah tak lut. ha ha ha
Yes, i agreed with the anniversary that can provided in the post.
wholesale Jewelry
cute haikal, i ada taik lalat kat bibir.. pandai berbicara?? mm not sure.. but tak mudah kalah YESS.. hahaha
Allahu Allah..
Ada dua org anak yang bermulut ramah seperti haikal. Bila dua-dua nak cakap/tanya serentak dan masing-masing dok tarik ummi suruh pay attention to both, pening kepala nak attend to which one first. Layan abang, si adik dah jerit panggil. Layan adik, abang pulak naikkan volume siap tarik muka kita suruh hadap dia...Pengsannn.
Seronoknye anak petah bercakap. Anak i 2 tahun lebih gak tapi still pelat2 lagi so nak ajak borak tu dia xreti lagi. Berbuih mamanya cakap itu ini, dia sengih je. Tak pun dia balas dgn bahasa jerman dia dah mamanya plak xpaham. *facepalm
menarik jg celoteh sis ni ... apa2 pon tahniah jaga ank dgn sebaik mgkin :)
Post a Comment