4 tips mudah bantu anak memahami dan mengawal perasaan.

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah nampak ceria dan positif semuanya pada hari ni.

Ini Jiji atau..
Prof Muhaya?
:D

Sebenarnya setiap kali saya berkongsi tips di sini, saya rasa segan sangat.
Sebab saya tahu saya terlalu banyak kekurangan. Lebih-lebih lagi dalam bab parenting ni.
Oleh sebab itu,
saya perlu menyamar jadi Prof Muhaya.
-_______-

Tapi sebenarnya bagus bila kita rasa diri sendiri kurang ilmu, jahil dan dungu. ;D
Sebab kita takkan rasa jemu dan malu mencari ilmu demi mengejar masa depan yang lebih gemilang.
Seterusnya melahirkan generasi yang lebih berguna dan bermanfaat.
Nampak tak aku copy paste ayat muhaya?
;D

Ok so, tips kita hari ni ialah,
macam mana nak tolong atau bantu anak-anak kita KAWAL PERASAAN.

Anak-anak ni macam kita jugak.
Mudah mengamuk, mudah marah, mudah baran bila tak pandai kawal perasaan.
So apa yang boleh kita buat?
Kita tolong mereka.

Bukan tolong tengok mahupun tolong gelak ye. -..-
Tapi tolong dia "kenal" perasaan itu dan atasinya dengan bijak.

Caranya?
Senang.
Tapi ada satu syarat,
ibu bapa yang perlu bijak mengawal emosi dan perasaan terlebih dahulu.

Haa.

Nak anak behave, kita dulu kena behave.
Nak anak sabar, kita pun kena reti sabar.
Taknak anak kurang ajar, so kita??

Aku pernah baca dalam satu buku,
"The most important thing in parenthood is THE PARENTS' ATTITUDE."

Hamik.

Tapi masalah dengan mak bapak macam kita ni,
expectation terlalu tinggi terhadap anak-anak, sampai diri sendiri lupa nak cermin. -..-

Macam yang aku pernah tulis dalam FB satu ketika dulu,
tentang KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


 Tak boleh panjang lagi status FB kau. -_____-

Ok macam ni.
Sebenarnya kita semuaaaaaa ada masalah dalam mengawal emosi anak-anak. Kan? 
Nak-nak bila emosi anak dan emosi kita tak parallel.
Kita tengah letih, anak ajak main.
Kita tengah makan, anak nak berak.
Kita nak berak, anak nak makan. -..-

Memang konflik dalaman betul.

Macam semalam. Pukul 1 pagi.
Aku dah tidur tahap Niagara Fall di tepi bibir.
Tapi tetiba Haikal cakap dia lapar.
Aku pon bangun buatkan sekeping roti sapu peanut butter.
Dan dia gigit sekaliiii je, pastu

"Mama, Haikal taknak dah. Haikal nak main."

Tak ke kau rasa macam nak libas bolster 29inci kat muka dia?
T___T

Masa-masa macam ni la selalunya kesabaran kita diuji dan
kebijakan kita dalam mengawal perasaan akan terlihat.
"Attitude" macam mana yang akan kita pertontonkan kepada anak-anak. 



Bebaru ni aku baca buku ni, dan baru aku faham.
Sebenarnya yang Haikal minta roti tu, dia bukan lapar.
Tapi dia bosan.
Dia cuma nak attention.

Biasanya budak-budak bawah 7 tahun diorang ada satu kelemahan.
Diorang ni belum kenal dan belum faham perasaan mereka sendiri.
Selalu berperang dengan perasaan. Ewah macam lirik lagu pula -..-

Sebab tu dalam islam pun menggelarkan anak-anak bawah 7 tahun sebagai "belum mumayyiz".
Belum boleh bezakan baik buruk sesuatu perkara atau sesuatu keadaan.

So macam mana kita nak tolong?
Ada empat cara.



1. Dengar masalah anak dengan SEPENUH PERHATIAN.

"Sepenuh perhatian" kat sini ada tiga maksud,
Satu, pandang mereka dengan kedua-dua mata. Unless mata korang kero. -___-
Dua, dengar dengan kedua-dua telinga. Bukan sebelah dengar anak, sebelah lagi sumbat earfone dengar hotfm. Bukan.
Tiga, fahamkan setiap isi percakapan anak dan tunjuk ekspresi seperti anggukkan kepala tanda faham.

So bila korang notice anak korang macam ada benda nak cakap, sila buat tiga perkara tersebut.
PANDANG, DENGAR dan FAHAMKAN.

Ok aku bagi contoh,

Situasi 1:

Haikal: Mama, tadi kan. Haikal.. Emm..Haikal..
Mama: Nak cakap apa ni! Cepat sikit. Mama ada banyak kerja nak buat.
Haikal: Tadi kepala Haikal terhantuk. Sakit.
Mama: So?
Haikal: Sakitttt! *nangis*
Mama: Shhh! Diam atau mama pukul nanti!


Situasi 2:

Haikal: Mama, tadi kan. Haikal.. Emm..Haikal..
Mama: Ye apa dia? *pandang anak dan tunggu dia habiskan ayat*
Haikal: Tadi kepala Haikal terhantuk. Sakit.
Mama: Oh ye ke. Takpe. Lepas ni kena selalu beringat. Nak main, kena hati-hati. Ok?
Haikal: Ok. Lepas ni Haikal hati-hati.
Mama: Good boy.


Haa nampak tak beza dia?
Anak-anak cuma perlukan perhatian dan simpati kita SEKEJAP saje untuk meredakan perasaan mereka.



2. Jangan menyalahkan anak terlalu cepat,
sebaliknya diam dan bagi ruang kepada dia untuk berfikir.

Ok contoh,

Situasi 1:

Haikal: Mama, robot Haikal hilang.
Mama: Hah tu lah. Letak barang merata. Lepas main tak reti kemas. Kan dah banyak mainan hilang. Tak reti-reti lagi?
Haikal: *nangis*


Situasi 2:

Haikal: Mama, robot Haikal hilang.
 Mama: Oh ye? *pandang anak dengan penuh simpati*
Haikal: Tadi Haikal main kat luar. Pastu hilang.
Mama: Hmm..
Haikal: Dah tiga kali robot Haikal hilang. Kesian Haikal.
Mama: Oh ye?
Haikal: Lepas ni Haikal taknak main robot kat luar dah. Nanti hilang lagi.
Mama: Haa macam tu la anak mama. :)


Kadang-kadang kita terlalu terburu-buru menyalahkan anak tapi sebenarnya tak memberi apa-apa pengajaran pun kat dia.
So mulai sekarang, ibu bapa kena latih diri,
supaya respon kepada masalah anak dengan lebih rasional.
Bagi mereka masa dan peluang untuk berfikir dan cari solution mereka sendiri.
Anak-anak sebenarnya lebih bijak dari apa yang kita sangka,
KALAU KITA SELALU BAGI MEREKA RUANG UNTUK BERFIKIR.



3. Jangan menidakkan atau membangkang perasaan mereka, 
sebaliknya bantu mereka mengenali perasaan itu.

Ok contoh,

Situasi 1:

Haikal: Mama, turtle Haikal mati. *nangis*
Mama: Alah apa yang sedih sangat? Itu kan turtle je.
Haikal: *nangis lagi*
Mama: Ye ye. Nanti mama beli turtle baru la. Apa susah.
Haikal: *mengamuk baling-baling barang*
Mama: Eh mama tak faham lah dengan perangai kamu nih!!! ^%^&#^$*#


Situasi 2:

Haikal: Mama, turtle Haikal mati. *nangis*
Mama: Haa?? Ye ke? Terkejutnya mama.
 Haikal: Tadi Haikal nak bagi turtle makan. Tapi dia dah mati.
Mama: Alahai sedihnya mama dengar.
Haikal: Semalam Haikal baru main dengan dia. *nangis lagi*
Mama: Seronok betul Haikal main dengan turtle kan.
Haikal: Haikal bagi dia makan hari-hari.
Mama: Hmm mama faham. Haikal betul-betul sayangkan turtle tu. Tapi dia dah mati. Nanti kita cari turtle baru k?
Haikal: Ok mama.

Daripada menyalahkan anak kerana meratapi dan sedih dengan benda-benda remeh,
bantu dia untuk "kenal" perasaan yang sedang dia alami itu.
Describe perasaan tersebut macam,
terkejut, sedih, seronok, sayang, etc.
Supaya anak itu yakin, bahawa kita juga merasai apa yang dia rasa.



4. Explain secara fantasi supaya anak mudah visualize
dan bukan explain secara complicated atau "ikut lojik".

Contoh,

Situasi 1:

Haikal: Mama, Haikal nak cornflakes!
Mama: Takde. Dah habis.
Haikal: Nak jugak! Nak cornflakes! Nakkkkk!!!!
Mama: Mama dah kata tadi. Dah habis! Nah, makan biskut ni.
Haikal: Taknakkkkkkk!!! Nak cornflakes!!
Mama: Hah. Malas mama nak layan perangai kamu nih.


Situasi 2:

Haikal: Mama, Haikal nak cornflakes!
Mama: Eh kan semalam Haikal dah habiskan cornflakes tu. Ingat tak semalam? Haikal makan cornflakes dengan milo? Pastu Haikal makan banyak-banyak sampai habis. Kan?
Haikal: Nak cornflakessss!!
Mama: Mama tahu Haikal suka sangat cornflakes. Petang ni Haikal teman mama pergi cari kat kedai ok? Tapi petang nanti lah. Sekarang kedai tutup. Kita makan biskut ni dulu, petang nanti kita cari cornflakes. Boleh?
Haikal: Ok... Haikal makan biskut dulu. Petang ni Haikal teman mama cari cornflakes.
Mama: Good boy.


Ini masalah paling kerap ibu bapa hadapi.
Bila anak tak dapat apa yang diorang nak, mula lah mengamuk sampai out of control. T__T
Dan bila kita respon mengikut lojik-akal bahawa benda tu "dah takde", atau "dah habis", atau "tak boleh", atau "merbahaya" dan sebagainya,
anak akan makin mengamuk dan mengamuk dan mengamuk.

Sebabnya?
Mereka TAK NAMPAK apa masalah dengan benda yang diminta itu.

So kita ibu bapa kena bijak memberi respon dalam bentuk visualization atau gambaran.
Explain dan bagi gambaran satu per satu supaya anak boleh picture in their minds,
dan faham mesej yang kita sampaikan.




Phewww. Habis pun.
Nasib buku bagi 4 tips je.
Kalau patploh tips?
-______-

Aku sendiri pun tengah belajar untuk biasakan diri amalkan 4 tips ni.
Dan apa yang aku realize so far, 
dengan mengamalkan tips sebegini,
dalam tak sedar, kita juga sebenarnya sedang melatih diri untuk menjadi ibu bapa yang lebih penyabar, lebih penyayang dan lebih mengenali anak.

=)


Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
- See more at: http://www.kiemiftah.com/2011/02/anak-itu-adalah-fitrah-jangan.html#sthash.JLxXtyba.dpuf
Dalam Al-Qur'an Allah berfirman,
"Ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu adalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah (menguruskan mereka dengan baik) adalah pahala yang besar."
(Surah Al-Anfal, Ayat 28)
rman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
- See more at: http://www.kiemiftah.com/2011/02/anak-itu-adalah-fitrah-jangan.html#sthash.JLxXtyba.dpuf
Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
- See more at: http://www.kiemiftah.com/2011/02/anak-itu-adalah-fitrah-jangan.html#sthash.JLxXtyba.dpuf
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ - See more at: http://www.kiemiftah.com/2011/02/anak-itu-adalah-fitrah-jangan.html#sthash.JLxXtyba.dpuf
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. - See more at: http://www.kiemiftah.com/2011/02/anak-itu-adalah-fitrah-jangan.html#sthash.JLxXtyba.dpuf

23 comments:

Unknown said...

Bagus tips

Dilah said...

thanks kak sharing this tips.. sgt bagus.. sy pun selalu gunakan kekdah explain kat anak bila dia nak sesuatu, tp jgn menipu kan.. bg sebab yg betul dan apa yg perlu kita/anak buat.. so anak akan mudah paham..

tp bab kawal emosi pun kadang2 saya failed jugak.. huhu.. kena banyakkan bersabar lagi ni..

diNda said...

Thanks kak jiji..kesemua empat2 tips betul2 kene atas lobang idung gua..mih3..nak share kat fb la..semenjak baca2 kat blog kak jiji,sy pun sedar diri sy dh semakin tahu nk control anak2 acane..cuma malas nk baca direct dr buku..kak jiji tulis kat blog lg senang..hahahha..tolong baca lg n hapdet dlm blog ye..keh3..jgn marah nti kene juaiii...

Unknown said...

thanks sbb berkongsi tips mendidik anak ni...bagus sgt2...sy antara peminat yg suka membaca blog jiji ni...

Unknown said...

Salam jiji,

Nak share boleh tak?salah satu bhan bacaan yg berkemungkinan boleh jd virul lagi...hihihihi

mamamursyid said...

Sy pun sdg kawal emosi amarah ni.. Huh susah betol nak jadi baik bila anak buat sesuatu yang menaikkan darah..huhu.. Kena istighfar banyak2 masa tgh marah.. Tapi bila tgh marah tu... Istighfar pon x ingat dah.. Setan dok berjoget suruh marah lagi

Baiduri said...

Bez n3 ni....tq sharing siap bg contoh....A+++...

Teacher Basariah said...

Well done!(^_^)

shidasanmil said...

Ai yg xde ank lg pun menarik nk blajor ni...thumbs up jiji...

Aziela said...

Nk mintak izin utk share

mrs.ecam said...

salam jiji...thanks sharing...slame ni bnyk buat yg dlm situasi 1...hukhekhukhek...lps ni kne blajar buat 4 tips dlm situasi 2 tu....insya ALLAH....chayokkkk!!!!

Fai Nardir said...

thanks kak for sharing.. tips yg sangat berguna untuk ibu muda macam fai ni. inshaaallah Fai akan cuba apply tips ni..

Unknown said...

entry yg sgt bagus...sbg panduan bg umi gak....thanks for sharing this...loveeee :)

Unknown said...

thanks for the tips.. tkt sgt bile ank m'amuk..tkt kite jd lost n mrh2 die.. pdhl ank kecik lg,bkn tau ape pon kn..

Unknown said...

Tqvm...:-)...dgn ilmu ni dpt mmberi sdkt gmbRan utk.bermain dgn emosi anak dgn.lbh bijak...kesiannnyeeee....kalo mrh anak msti mnyesal xsudah...baik guna psikologi cmni...tq

cahaya kejayaan said...

Bagus2.. betul2.. kalau kita bagi perhatian kat diorg, biasanya diorg kurang mengamuk dan bila kita explain diorg faham.. dan beri ruang utk diorg berfikir pun bagus.. sebab kdg2 sy pun suka tya soalan yg bg diorg berfikir, pastu jawapan diorg kadang kelakar tp itulah imaginasi kanak-kanak..

sy baru mengikuti blog ni.. :)

Cahaya Hati said...

Alhamdulillah.. saya dipertemukan jodoh dgn blog jiji.. tips yg sgt berguna untuk semua ibu bapa... semoga jiji, haikal serta keluarga jiji dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa diberi keberkatan dalan kehidupan dan bahagian dunia dan akhirat...
teruskan men sharing tips2 yg sgt menarik ini... chaiyok2... syukran2 ye jiji...feeling blessed n loveeeeddd... :)

Unknown said...

Huhu.. sungguh. Hebat betul penangan anak mengamuk bila makanan yg dia nak tu dah habis. Kita explain2 pun still mengamuk juga..memang menguji kesabaran sungguh.

Anyway thnx utk 4 tips yg berguna ni. Ibu kena jadi lebih sabar dan kena lebih banyak bersabar dan jgn cepat melatah.hehe

eag@wancha said...

bagus tips ni tapi nk buat paling penting kesabaran.. part sabar menyabar ni kene tgk situasi la jgk. kekadng aku pun terkejut aku boleh sabar gila dn kdg2 terkejut sbb meroyan cam org gila marahkn anak. kedua2 situasi anak2 ikut je arahan tp bila aku reda setelah mengganas rasa nyesal gila wat anak cmtu. lepas anak nangis aku pulak la nangis. nthlah...

Unknown said...

Thanks for sharing peringatan untuk diri sendiri yang selalu lemah kawal perasaan

Unknown said...

Thanks for sharing peringatan untuk diri sendiri yang selalu lemah kawal perasaan

Unknown said...

terimakasih tips yang sangat bagus

Unknown said...

saya punya trik untuk melatih kesabaran sejak dini, yaitu dengan media puzle yang bermanfaat dagi perkembangan sensor motorik otak anak dan juga bisa melatih kesabaran dalam menyeslesaikan masalah, ingin tahu lebih lengkap silahkan klik diisini semoga bermanfaat