Soalan korang

Fuh akhirnya sempat jugak buat entry ni.
Walaupon dalam kekalutan baru pindah rumah apa semua.
Ni pun baru lepas lap kipas nih. Peluh-peluh bulu keti pun tak kering lagi. ;D

Tiga minggu lepas kan aku ada suruh korang bagi soalan untuk aku jawab dalam satu entry kan.
So.. ni lah entry nya.

Sebenarnya aku terima banyak gila soalan.
Tapi kebanyakannya soalan nak mengusik aku je.
Contoh macam,  "Jiji masak apa hari ni?" -..-

Terima kasih banyak-banyak la di atas soalan yang paling bernas itu.
 So untuk entry ni, aku pilih 10 soalan je yang dirasakan sesuai untuk dijawab.
Aku hanya pilih soalan yang simple-simple je k.
Yang susah-susah, tak kuasa pulak saya. ;D

Oh untuk pengetahuan juga, semua soalan-soalan telah ditaip semula dan diringkaskan supaya senang korang nak faham. Macam ada satu email tu aku dapat lebih kurang camni,

"Kak GG, nk tny cket. Cane nk wat blog ek? Sy bawu lg. Bawu nk mula. Hrp kak GG blh ajr. 
Tingin nk wat blog cam kak GG."

-______-

Sejak bila nama aku jadi GG pun tak tahu. -..-
Dik, kalau bawu lagi, pergi kota bawu la.
Bawu-bawu bacang betul. ;D

So sebab tu ada sesetengah soalan aku kena taip semula.
Kalau tak, sawan korang baca kang.
Ok dah. Jom tengok soalan-soalan berikut.


1) Kak Ji, akak ada dedahkan Haikal dengan ipad tak? -Fatim

Ada. Tapi tak lebih 15 minit dalam satu masa.
Contoh kalau dia nak main puzzle kat ipad, saya akan bagi.
Tapi lepas 15 minit, saya ambil semula ipad tu. Kalau dia marah ke hape lantakkan.
Lama-lama dia akan patuh dan faham - main ipad hanya untuk 15 minit sahaja.
Dan bukan setiap hari saya bagi ipad. Mungkin dalam seminggu, bagi sekali dua camtu.

Kenapa?
Saya pernah kongsi pengalaman saya pernah tengok sendiri BAHANA ipad di ENTRY INI.



2) Saya tengah mengandung. Orang kata kalau baby kulit putih, senang kena alergik. Saya dan suami berkulit putih, so kami expect anak kami nanti pun kulit putih. Tu yang risau ni. Saya tengok Haikal pun putih. Dia banyak alergik tak? -Ain

Saya pernah terbaca satu artikel di blog seorang doktor. Tak ingat dah nama doktor tu.
Memang betul kulit gelap lebih "sihat" dari kulit cerah.
Entah macam mana doktor tu explain tapi lebih kurang camni la dia kata, melanin dalam kulit (yang buat tona kulit lebih gelap) bagi lebih protection kepada kulit dan tulang seseorang.
Tak tahu la fakta ni betul ke tak.

Tapi kalau nak kata budak kulit putih confirm alergik tak boleh jugak.
Sebab alergik ni ikut keturunan dan pemakanan si ibu jugak kalau tak silap.
Macam Haikal, masa baby dulu dia alergik susu lembu.
Dan sekarang Alhamdulillah dah tak alergik susu lembu.
Tapi alergik coklat pulak.
Tak faham aku budak sorang ni. -_____-

Tapi orang tua-tua kata, budak-budak ni alergik kejap je.
Bila besar hilang la.
Entah nya betul ke idok pun tak tahu.



3) Anak saya susah sangat nak gosok gigi. Camane nak buat ye? Lagi satu, boleh kongsi tips potty train? -Fatima

Hahaha. Haikal pun ada masalah malas nak gosok gigi.
Buat masa ni kitorang belikan dia toothbrush yang ada gambar superhero kesayangan dia.
Contohnya ultraman ke, boboiboy ke, etc.
Pastu nanti bila tiba masa nak gosok gigi, buat-buat macam terdengar ultraman panggil dari bilik air.
So macam,
"Eh eh mama terdengar ultraman panggil Haikal lah. Dia nak ajak gosok gigi kot."

Terus semangat Haikal pergi bilik air. Utraman panggil kannn. Kena la patuh. -..-
Untuk potty train, saya pernah share tips kat SINI.



4) Dik, awak memang pakai jubah je ke sekarang? Habis baju-baju lain awak buat apa? Sayangnya baju-baju lain kan? Ye la. Awak kan dah tutup aurat sekarang. -Norma

Kak, nak menutup aurat tak semestinya dengan berjubah.
Dan berjubah tak semestinya menutup aurat. -____-

Bukan hari-hari pun saya berjubah.
Macam kalau malam jumaat saya pakai spenda tersedut dalam bontot (g-string). Kahkah.
Ok gurau.

Baju-baju lain selain jubah, saya masih pakai.
Asalkan baju tu mampu TUTUP AURAT saya.
Tapi saya sendiri pun masih berusaha. Belum sempurna lagi.
Kadang-kadang terkandas jugak.
Biasalah plus-size kan, susah sikit nak pastikan semuanya terlindung. T__T

Kalau setakat berjubah terus rasa dah beriman tahap max, silap besar la tu.
Jubah tu pakaian je kak. Tak semestinya tutup aurat.
Kalau pakai jubah, tapi jenis kain jarang nampak bulu kaki kerinting. Tak guna jugak.
Tak setim langsung nampak bulu kaki. :D

Bagi saya, pakailah apa saje. Asalkan aurat terpelihara.
Pakai kain kapan pun ok. Tutup aurat jugak kan.
Cuma gerun sikit la. ;D
 


5) Saya ada baca dalam entry Utusan tu, betul ke Jiji tangguh PhD sebab nak jaga anak? Dah tahun 3 kan? Ruginya. Kenapa tak hantar anak kat taska je? -Lizza

Rugi???
Kau biar betul.
 Antara Phd dan anak, mana lebih penting? Ofkos lah anak.
Bila mati nanti, takde pun Phd tu tolong memberatkan neraca amalan.
Atau tolong jadi tunggangan titian sirat ke apa.
Tapi anak.
Anak penting.
Lebih-lebih lagi kita ni ibu.

In fact nabi pun pernah pesan kat sahabat -sahabat dia,
kalau nak kawen, jangan pilih perempuan untuk dibuat isteri sahaja,
tapi pilih perempuan yang layak jadi ibu kepada anak-anak kelak.
Kerana ibu itu adalah penentu masa hadapan anak. Penentu masa hadapan umat islam.

Maksudnya, menjadi ibu ni bukan main-main bhai.
Dah sakit-sakit beranak, tak salah rasanya kalau saya nak berikan 100% diri saya untuk Haikal buat masa ni.
Orang kata, umur 0-5 tahun adalah umur paling kritikal.
Paling baik jika boleh dapat didikan asas atau foundation dari ibu bapa itu sendiri.

Takde isu tak percaya taska ke apa.
Cuma saya rasa nak ambil peluang yang ada.
Allah dah bagi saya jadi ibu. Ofkos saya taknak sia-siakan peluang ni.
Mungkin bila Haikal dah sekolah nanti saya boleh fikirkan semula masa depan saya.
Terlalu lambat?
InsyaAllah Allah ada rancangan lebih baik untuk saya di masa hadapan. =)



6) Hubby Jiji garang tak? -Aizatul

Garang gilaaaaa.
Rasa nak tergelak bila dia marah. ;D
 Korang bayangkan shuib bila marah.
Haa sebijik! Kahkah.

Takde la. Suami saya bukan pemarah.
Tapi takut nak puji dia lebih-lebih kat sini.
Sebab dia ada lagi tiga kuota kosong. -_____-

 

7) Buat blog dapat duit ke? -Rien

Dapat.
Tu je jawapan heheh.



8) Anak saya dah 3 tahun lebih. Tapi masih tak boleh bercakap. Normal ke tu eh? -Saleh

Oh yang ni saya tak tahu lah nak jawab.
Tapi saya pernah dengar ibu bapa yang bawa anak diorang pergi speech therapy.
Yang tak bercakap terus boleh cakap.
Mungkin awak boleh try. Cuba google. =)



9) Camane nak attract orang baca blog kita? -Nadia

Emmm. Kalau saya, banyakkan buat entry yang orang akan baca.
Yang memberi manfaat.
Jangan asyik entry syok sendiriiii je.
Asyik buat luahan perasaan la.
Asyik letak gambar selfie la.
Nanti pembaca cepat muak.

"Lepas muka kau, muka kau lagi. Baling komputer ah camnii." detik hati si pembaca.
;D

So jangan.
Kalau nak orang baca, masa taip entry tu, fikirkan hati dan perasaan pembaca.
Pastu bahasa kena rileks dan mudah difahami.
Tak payah shortform canggih-canggih sangat. Aku baca pun nyampah. -..-
Lagi satu, tulis la sesuatu yang positif.
Yang negatif kurangkan.

Makin positif entry tu, makin banyak orang baca.
Makin negatif entry tu, ada jugak orang baca. Tapi orang-orang yang negatif sahaja.
So pilihlah nak orang jenis macam mana yang baca blog kita.



10) Saya suka baca blog jiji sebab selalu buat saya tergelak. Saya wonder perwatakan Jiji kat luar. Sama macam dalam blog tak? Ke garang?

Kahkah.
Kalau hubby baca soalan ni mesti dia gelak 3 hari 2 malam tak henti-henti. ;D
Aku takde la fun mana sebenarnya.
Boring jugak kengkadang. Kalau buat lawak pun, dalam hati je.
Takde la pelawak tahap pergi audition superspontan ke apa.

Aku sebenarnya pendiam. Pemalu. Sopan santun.
Paling sopan time makan.
Tak percaya, tanya mak mertua aku.
Aku menantu paling sopan makan. Sekali makan tiga kali tambah. Kahkah!

Pastu bila makan asyik tergigit cili.
Terus mendengus-dengus panggil mak suruh amikkan air.
Siap request air panas separuh, air sejuk separuh.
Cantik perangai. ;D

Tapi kalau dengan Haikal, aku garang.
Memang garang.
Kadang-kadang aku pun tak suka perangai aku.
Aku rasa ibu tak berguna sangat sebab suka marah-marah anak. -____-



Ok dah.
Itu sahaja 10 soalan yang terpilih.
Sekian terima kasih.

Sekarang aku nak pergi sambung lap kipas.
Bulu ketiak pun dah kering. :D

Dah hujung-hujung

Bulan ni last kitorang duduk Penang.
Bulan depan dah nak pindah.
Pindah kat mana?
Tak boleh bagitau. Rahsia.
Takut paparazi mengekori i. *kentut*

Bila dah hampir 4 tahun duduk Penang ni, dah mula rasa sayangggg sangat kat Penang.
Padahal sebelum tahu nak pindah, tak pernah pulak rasa sayang.
Tapi bila hubby kata bulan April pindah, terus tersayang tetiba. -___-

Rasa nak lempang diri sendiri cakap sayang-sayang.
Kau ingat ni malam pertama? :D

Tapi betul memang sayang.
Sayang suasana sini. Sayang jiran-jiran kat sini.
Sayang bhaiya car wash kat simpang empat depan sana.
Sayang Tesco sini sebab tesco ni je la kitorang hafal kedudukan barang-barang dia kahkah.
Sayang pantai yang tak sampai 10 minit pun dari rumah.
Sayang pasar malam tetiap malam jumaat, sebab ada nasi kerabu. Makcik tu selalu bagi keropok lebih heheh.
Sayang loghat utagha yang duk kojaq kojaq kojaq bakhang bakhang bakhang. Haha! 

Sayang semua semua lah!
Hmm.

Teringat masa mula-mula datang Penang dulu.
Bajet tourist habis masa tu. Berjalannnn aje keroje nya.
Biasa la, baru dua bulan kawen.
Haikal takde lagi. Dia pergi mana pun tak tahu. ;D

Mula-mula kawen biasa la.
Rumah masih terasa "kosong".
Tapi makin lama makin "terisi".
Nak-nak bila dah ada Haikal.
Sesak nafas terus duduk dalam rumah. Nak lari dari rumah je rasa. Kahkah.

Itu pun tup tup tup dahhh 4 tahun duduk Penang.
Dahhh 4 tahun kawen.
Itu pun anak satu je.
Ingatkan boleh la anak lapan ke kan. 
-_______-

Pastu tup tup tup dahhh nak pindah rumah.
Bukan la merungut ke apa.
Sebab aku suka je berpindah tempat baru. Boleh merasa suasana baru.
Tapi standard la kan. Bila dah lama duduk kat sesatu tempat, dah mula rasa serasi.
Hati mula terpaut. Dari mata turun ke hati. *kentut silent mode*

Hari tu aku ada borak-borak ngan hubby.
Rupanya dia pun sama, sayang nak tinggalkan tempat ni.
Siap bulan ni hubby amik cuti lamaaaaaaa konon-konon nak menikmati hari-hari penghujung sambil reminiscing the sweet moments in Penang yang telah dilalui bersama muntah nambelas baldi. -..-

So last weekend, kitorang pergi lepak kat pantai yang tak sampai 10 minit dari rumah tu.
Konon nak tengok pantai puas-puas sebab lepas ni rumah dah takde pantai. T_T



Tapi kali ni kitorang tak lepak kat port biasa.
Kita pergi port yang jauhhhhh dari orang ramai. Senang nak peluk-peluk. Kahkah!!
Sebenarnya dah lama dah usha satu port ni. Sebab dari jauh nampak cantikkkkk sangat.
Tapi sebab track nak ke sana agak horror sikit. Kena lalu hutan-hutan camtu.
Iolls tak biasa tau.
Nanti terkejut semua ular sawa dan pacat dalam hutan tu sebab tak biasa tengok megan fox secara live.
Terus nak patuk-patuk i. -____-

Tapi weekend lepas aku redah jugak.
Mengenangkan dah nak pindah kan. Kang kempunan.
Kalau ada pacat nak patuk, kita jolok je kemuncup dalam lubang hidung dia. :D


Haikal pon macam tahu-tahu je yang dia dah nak pindah lepas ni.
Kalau sebelum ni pergi pantai, dia mesti taknak main air.
Kalau tersentuh air laut sikit, terus buat muka geli sambil meraung-raung suruh lap.
Macam terpegang air loji ke apa entah. -____-

Tapi hari tu kitorang pergi, bukan setakat nak pegang air.
Terjerumus terus ke dalam laut. -..-

-_________-"

Hadoi la.
Kenapaaaaa la tak cakap awal-awal nak mandi.
Boleh mama standby spenda lebih dan join sekali. -..-


So Haikal sorang je la main air.
Aku ngan hubby tengok je sambil korek hidung. -..-
Menyesal tak bawak baju tukar.

 Eeeeiiii kenapa awak hensem sangat niiii.


Oh no wonder la.
Isteri awak pun hensem.

;D

Bila roda di tahap paling bawah.


So.
Dah berakhir pun pencarian MH370.
18 hari kita pulun berdoa moga ditemukan dengan kesudahan yang baik.
18 hari kita bertabah dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.
Tapi betul lah.
Allah MAHA TAHU.
Allah sebaik-baik perancang.

Dan kita yang kecik dan tak tahu apa-apa ni,
 BERSERAH dan REDHA.

Kata orang, hidup ni macam roda.
Kejap kat atas kejap kat bawah.

Sekejap best, sekejap tak best.
Sekejap gembira-gembira, sekejap sedih-sedih.
Ada yang buat kita senyum, ada yang buat kita menangis.
Ada benda yang kita suka, ada yang kita tak suka.

Macam roda lah.
Bila kat atas, kena angin je. Bestttt je.
Bila kat bawah, kena tahi lembu.
Lembu pun satu, berak sambil berjalan. -___-

Aku tertarik dengan satu quote,

"Bila nikmat datang kepada kita,
jangan lupa diri, jangan lupa dari mana ia datang,
kerana nikmat tu takkan selama-lamanya milik kita.
Dan bila musibah datang,
jangan pula bermuram durja, bersabarlah.
Kerana ia takkan lama."

Betul kan?
Duduk kat atas ke.
Duduk kat bawah ke.
Dua-dua tak lama.

Itu nama dia, hidup.
Hitam putih kehidupan. *tetiba*

Semalam aku tengok ceramah Azhar Idrus kat youtube.
Kebetulan malam tadi mata tak boleh lelap.
Seram-seram nak tutup mata bila fikir pasal MH370.
Dah la PM buat announcement tu pukul 10 malam kan.
Aku rasa satu malaysia pun tak boleh tido malam tadi.

Kalau kita yang takde kena mengena ni pon tak boleh tidur semalam,
ahli keluarga mangsa dah 18 hari tak tidur kot aku rasa.
CEO MAS pun mungkin tak tidur. -____-

So disebabkan seram sangat nak tidur semalam,
aku terpaksa cari benda untuk dilayankan.

Mula-mula aku tengok maharaja lawak.
Tapi entah kenapa aku langsung tak tergelak.
Shiro buat lawak pon aku macam -_____- *muka kelepet*
Entah kenapa aku rasa tak lawak langsung pulak malam tadi.
Padahal sebelum ni kalau tengok, mesti gelak terenjat-renjat macam duduk atas kerusi letrik. ;D

So tutup maharaja lawak.
Buka video Azhar Idrus.
Padahal takde beza pun maharaja lawak dengan Azhar Idrus. 
Ustak punya lawak tahap international jugak kottt. :D

Tapi memang silap besar la pergi layan Azhar Idrus.
Dari tak boleh tidur, terus tak boleh tidur sampai bila-bila.
Layan dia punya lawak, boleh barai hingga ke subuh esok.
Terima kasih banyok la ustak mung tunggu aku datang. -_____-

Tapi at least terisi la jugak masa aku malam tadi.
Daripada terbayang-bayang laut bergelora, lega la sikit bila layan ustak.

Tapi ada sesuatu yang aku nak share ngan korang tentang ceramah ustak yang aku tengok semalam.
Satu persoalan yang paling brilliant yang diutarakan kepada ustak dalam video tu,

Kenapa perlu ada musibah dalam hidup?
Bukan ke Allah tu Maha Penyayang Maha Mengasihani?
Kalau sayang dan kasihan, kenapa bagi musibah?
Bagi nikmat je tak boleh ke?

Aku macam, hmm.
Macam kena pulak dengan mood saya malam ni.
Ustak ni tahu-tahu aje dia. Faham-faham aje dia. Romentik pulak rasa. :D


Ada beberapa point yang aku sempat absorb tentang persoalan tersebut,

1) Ketahuilah, dalam 1 musibah yang diturunkan Allah, ada 1000 kasih sayangNya.

2) Tak percaya? Dalam pada kita dilanda masalah kewangan contohnya. Cuba bangun pagi tengok muka kat cermin.
Ada mata untuk melihat dunia. Ada hidung untuk bernafas. Ada telinga untuk mendengar. Ada kecantikan untuk disyukuri. Sebenarnya ada lebih dari 1000 nikmat yang Allah beri kepada kita kat muka sahaja. Tapi kita masih mahu meratapi musibah yang satu itu?

3) Tapi tengok muka je lah ye. Jangan tengok ke bawah ke bawah lagi. Nanti jumpa beberapa musibah lain.
Perut boroi. Selulit banyak. Dah tak jadi nak bersyukur. *kahkah yang ni lawak*

4) Allah turunkan musibah kerana Dia taknak orang-orang yang Dia sayang pergi terlalu jauh dariNya. Bila kita dah semakin jauh, Allah mula rindu doa kita, Allah mula rindu rintihan kita. Dan bila Allah bagi musibah, akan diampunkan dosa-dosa kita, akan menarik kita bertaubat, akan menarik kita kembali dekat denganNya.
Punya lah Allah sayangggggg kat kita. Dia taknak berjauhan dengan kita.

5) Allah kenal dan faham sangat perangai manusia macam kita. Dah Dia yang cipta kita kan?
Dia tahu betapa lalai nya kita. Dia tahu betapa pelupa nya kita. Dia tahu betapa lemah nya kita.
DIA TAHU. So jangan pernah malu untuk sentiasa kembali kepada Dia. Jangan malu mintak ampun.
Jangan malu menangis-nangis depan Dia. Jangan malu. Kerana Dia sentiasa terima kita SEADANYA.

:')

So sweet kan?

Aku pasti, isu MH370 ni adalah tanda Allah sayang Malaysia.
Sayang pemimpin-pemimpin kita.
Sayang kita semua.

Cukup-cukup lah degil kita taknak ikut perintah Dia.
Cukup lah.
Di saat roda kita di tahap paling bawah sekarang ni, 
Di saat jiwa-jiwa kita sedang merintih,
Di saat kita terumbang-ambing dilanda fitnah akhir zaman,
kembali lah semula kepadaNya.

Moga-moga belum terlambat untuk kita,
untuk merasai semula rindu dan kasih sayang, 
dari Allah Ya Maalikul Mulki Zul Jalaali Wal Ikraam,
Yang maha menguasai kerajaan yang agung dan sempurna.

Insyaa Allah.

Tanyalah

Tolong. Teruskan berdoa untuk MH370. 
Aku tak boleh bayangkan kalau aku salah seorang keluarga penumpang pesawat tersebut.
Sangat sangat sangat ngeri untuk dibayangkan.
Semalam baru je lambai-lambai kat tepi airport sambil tengok flight take off,
tetiba hari ni dapat berita flight hilang tak dapat kesan.
Korang rasa apa??

Aku rasa nak peluk suami, anak, mak ayah, adik beradik, dan semuaaaa orang-orang tersayang sekarang jugak.
Sebab baru realize yang kita semua sebenarnya akan berpisah dalam sekelip mata sahaja.
Tanpa tanda, tanpa amaran, apa-apa pon boleh berlaku.
Bila yang Maha Kuasa mengkehendaki akan sesuatu,
hanya berkata,  "Kun!"
Maka jadi lah ia.

Hari ni kita tengok orang yang kita sayang dengan wajah tersenyum,
tapi esok, mungkin wajah tu dah takde bersama kita.
Dan kita akan merindui wajah tu buat selama-lamanya!

T____T

Korang.. fahami dan hormati lah perasaan mereka yang terlibat dalam tragedi MH370 ni.
Sudah-sudah la tu share kebarangkalian-kebarangkalian apa semua kat FB.
Sama-sama kita berdoa dan berharap,
MH370 akan "muncul" semula dengan selamat,
dan semoga keluarga mangsa yang tengah berdebar-debar tak boleh tidur tunggu berita seterusnya, akan terus tabah dan redha.
InsyaAllah ada air mata gembira buat mereka dihujungnya nanti.
Sesungguhya Allah pemberi musibah dan Dia juga yang mendatangkan hikmah sesudahnya.

Hmm.. sebenarnya entry hari ni bukan nak cerita pasal MH370. -..-
Cuma termukaddimah jugak pasal MH370 sebab tak boleh imagine kalau jadi kat keluarga aku!! :'(
 Infact sekarang ni pon rasa macam nak duduk dekat-dekat je dengan hubby dan Haikal.
Bila terbangun tengah-tengah malam dan tengok hubby takde kat sebelah,
terus aku melompat cari hubby sambil jantung berdebar-debar.
Takut sangat kalau-kalau dah masa untuk kita berpisah buat selamanya.
Tapi Alhamdulillah. Jumpa hubby kat toilet. Lega.
Over betul. -_____-

Ok dah. Tak habis-habis pulak mukaddimah dia.
Sebenarnya aku nak bagitahu satu perkara ni.
Dalam satu dua minggu ni mungkin aku tak sempat nak update blog.
Sebab bakal sibuk dengan banyak hal.
So seminggu dua ni kalau takde apa-apa update kat blog ni, korang pergi la baca blog lain.
Kahkah.

Ok tak kelakar. Sorry. Sorry. -____-

Hari ni pon sebenarnya dah start serabut kepala nak uruskan banyak benda.
Rasa macam nak cabut kepala sekejap rendam dalam milo ais. *tetiba*

Dah la email korang banyak gila. Semua tak berjawab.
Aku sekarang kan, kalau dapat email, aku baca dulu sepintas lalu, 
kalau email tu macam penting, aku akan "set as unread".
Konon-konon bila ada masa kang baru reply.
Tapi harammmmm. Makin lama makin banyak pulak email yang unread. Pfft
Bila nak reply pon tak tahuuuu. -____-

Maka saya yang bijak ini (kofkofkof gelak jongang) mendapat satu idea.
Aku nak buka "ruang bertanya" untuk korang.
Korang boleh tanya apaaaaa saje kat ruangan komen di bawah entry ni,
dan aku akan compile semua soalan dan jawab dalam satu entry nanti.

Tanya la apa saje. Tentang apa saje.
Kalau boleh tanya benda yang significant la sikit. 
Benda yang semua orang pon boleh dapat input/manfaat.
Kalau setakat, "Jiji apa khabar?"
Itu tahun depan je la aku jawab. -..-

 Kalau korang tak reti nak komen kat entry ni, 
atau malu-malu tenuk nak tanya,
korang boleh PM atau tulis kat timeline Facebook Adlil Rajiah.
Jangan risau, semua "posts by others" kat timeline saya adalah private.
So post korang, aku je boleh baca. Ok?

Kot-kot la korang nak tanya soalan yang terlalu peribadi macam
"Jiji, kau pernah kentut dalam selimut tak? Aku baru je malam tadi terrr."

Contoh la kan. ;D
So takda hal, post je kat wall FB aku. Dijamin private and confidential.
Kita-kita je. Haha!

So korang nak tanya apa je, silakan.
Boleh komen kat bawah entry ni atau pergi Facebook saya. *kejap saya kejap aku, mana satu tah*
Asalkan jangan email. Kang aku jawab dengan "set as unread" sahaja. ;D

Ataupon, kalau korang ada cadangan ke kan.
Nak suruh aku buat entry pasal sesuatu topik ke.
Silakan. Boleh usulkan jugak.

Ni sebenarnya macam sesi beramah mesra bersama peminat la konon-konon.
Cuma malu la nak cakap direct. Kahkahkah!!

So sementara aku busy kejap seminggu dua ni,
aku bagi laluan kat korang untuk bertanya atau memberi cadangan. Ok?
Dan InsyaAllah aku akan jawab semua soalan dalam entry akan datang.
=)


p/s: Tolong. Jangan putus doa untuk mereka MH370. :'(

Cara meransang lima deria anak.

Perkara yang akan dibincangkan hari ni mungkin ada sikit similarities dengan entry sebelum ni.
Yang pasal aktiviti-aktiviti murah dan meransang minda tu.
Tapi entry ni lain sikit, sebab kita fokus kepada sense stimulation sahaja.
Iaitu ransangan deria.

Ok sebelum tu, terus terang aku cakap,
aku bukanlah doktor mahupon pakar kanak-kanak mahupon motivator keibubapaan ke apa.
Aku cuma seorang ibu biasa yang mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sama macam korang.
Aku tak pasti penerimaan korang terhadap entry-entry parenting dalam blog ni.
Tapi aku terima segala kritikan mahupon ke-tidakpercaya-an korang terhadap ilmu-ilmu parenting yang aku share kat sini.
Aku cuma nak berkongsi ilmu yang aku dapat dari sumber bacaan, dari pakar kanak-kanak dan dari pengalaman ibu-ibu lain. So terpulang kat korang nak percaya atau tak.
Aku tak rugi apa-apa pon. =)


So.
Jadah apanya ransangan deria ni sebeanarnya??
Perlu ke nak ransang lima deria seperti mata, telinga, hidung, lidah dan kulit?
Jawapannya, perlu.
SANGAT PERLU.

Ransangan deria adalah sangat penting.
Sebab deria adalah faktor utama yang menentukan sama ada penyampaian mesej ke otak melalui sistem saraf berlaku dengan baik atau tidak. Deria, saraf dan otak adalah sangat berhubung kait.
Jangan ingat susu anmum dan sel otak je saling berhubung. Mengarut tu semua.
Minum la susu anmum sampai kembung sekali pon, kalau tiada ransangan yang baik,
sel-sel otak takkan berkembang dengan baik.
Means, kelemahan pada sistem saraf, juga menyebabkan kelemahan pada otak.
Sistem saraf adalah antara sistem badan yang terpenting yang meliputi seluruh anggota badan dari hujung ke hujung.

Dan oleh sebab itu, IA PENTING.
Jangan ingat ferrari je penting dalam hidup.
-____________-


Ok jom tengok macam mana setiap satu deria ini boleh diransang pada peringkat awal.


1) Deria sentuhan

Ok ada banyakkkkk yang kita boleh explore dalam membuat ransangan terhadap deria sentuhan.
Dan organ badan yang terlibat adalah kulit, iaitu organ yang paling banyak dan luas meliputi seluruh anggota badan.
Ok secara asasnya, kulit kita ada lima reseptor iaitu pain, heat, cold, touch, and pressure.
So ransangan yang baik adalah apabila ia melibatkan kelima-lima reseptor kulit tadi.

Macam mana nak ransang kulit?
Dedahkan anak korang dengan pelbagai tekstur, permukaan dan keadaan seperti
keras dan lembut,
kering dan basah,
tajam dan tumpul,
panas dan sejuk,
halus dan kasar,
licin dan kesat,
dan sebagainya.

Macam untuk Haikal, aku lebih suka gunakan benda-benda semula jadi dan senang nak jumpa atau yang memang dah ada kat rumah.

Ni contohnya.

Bagi dia sentuh dan rasa sendiri perbezaan tekstur benda-benda tu.
Dan kau sebagai ibu, jangan la duk scroll facebook je kat sebelah. -..-
Explain kat anak tu,
"Ini halus. Ini kasar. Oh yang ni pulak lembut. Yang ni tajam."

Camtu.

 Biar dia rasa dan experience sendiri dengan tangan dia.

 Boleh jugak guna beras. 
Jangan risau. Beras ni korang still boleh basuh, jemur dan masak macam biasa.

Kalau sayang nak guna barang dapur, korang boleh guna apa sahaja di sekeliling yang korang rasa boleh meransang deria sentuhan anak.

Batu ni hubby jumpa kat site. 
Terus aku cuci dan suruh Haikal sentuh lama-lama. :D

Sekali lagi, sambil anak sentuh, mak kena explain.
Phone letak jauh, takpon baling dalam longkang. -___-

Untuk ransang reseptor panas dan sejuk, aku guna wap air panas dan ice cube.

Yang air panas ni, korang setakat lalu-lalukan tangan dia kat asap je.
Jangan pulak korang pergi rendam tangan anak dalam kopi tu.
Asalkan dia dapat rasa haba je.
Kalau anak korang tarik tangan cepat-cepat, maksudnya ransangan berlaku dengan baik. 
Korang boleh berbangga sambil gelak dalam hati. :D

Antara aktiviti-aktiviti lain yang boleh meransang deria sentuhan ialah seperti
Crayon Rubbing,

  
 


Find beads and furballs dalam beras,

Korang boleh jugak basahkan beras supaya ia lebih mencabar. :D

Masa aku pergi visit special school tu,
ada tiga kaedah yang diorang guna untuk meransang deria sentuhan kanak-kanak istimewa di sana, iaitu
- pijak rumput tanpa kasut/selipar
- golek-golek atas pasir pantai
- kejar dan tangkap bubbles.




2) Deria bau

Ok untuk deria bau ni senang je.
Guna apa sahaja benda yang ada bau.
Asalkan bukan kentut korang. -____-

Contohnya seperti bunga, rempah ratus, buah-buahan, makanan dan sebagainya.
Hati-hati kalau anak ada asthma atau allergic kepada pollen ke apa. Elakkan guna bunga.

Aku macam biasa, guna barang dapur. -_____-

Serai.

Daun limau purut.

Cinnamon.


3) Deria rasa

Deria rasa ofkos guna lidah.
Lidah kita ada beribu-ribu taste buds yang mempunyai fungsi tersendiri yang membezakan rasa manis, masam, masin, pahit, tawar, pedas, etc.

Untuk deria rasa ni, korang kena bijak sikit.
Bagi rasa yang mild-mild sudah.
Contoh nak bagi rasa manis, jangan korang pergi sumbat satu senduk gula pasir dalam mulut anak.
Itu bang ngang nama nya. -..-
Bagi dia rasa jus yang manis ke. Takpon bagi dia rasa seketul dua gula pasir.
Asalkan dia dapat rasa manis tu, dah memadai.

Macam pahit, korang boleh cubit sikit pucuk pegaga dan bagi dia rasa.
Jangan pulak korang pergi rebus tongkat ali, bagi dia minum. -_____-

Contoh untuk masam, korang boleh guna limau kasturi.
Atau apa-apa buah yang masam lah.


Aku perah dulu sebelum bagi Haikal rasa.
Sebab takut dia tertelan biji.

Muka tahan masam. Kahkah.


4) Deria pendengaran.

Untuk deria pendengaran ni, aku tak sempat nak capture gambar untuk korang visualize.
Tapi takpe. Sebab cara dia senang sangat.
Ada beberapa contoh.

Yang pertama, berbisik.
Korang cuba bisikkan sesuatu kat telinga anak, dan suruh dia ulang balik apa yang korang bisikkan.
Korang boleh buat game jugak supaya ia lebih menarik.
Game macam kita main masa camping pengakap dulu-dulu tu.

Orang first bisik,
"Mak masak ikan semilang salai masak lemak cili api."

Sampai kat orang kelapan, jadi
"Mak masak ikan salai, bapak makan mulut berapi."

Kumpulan aku kalah teruk. -_______-

Contoh lain, korang boleh bercakap disebalik pintu.
Berbual tanpa nampak pergerakan mulut.
Sorang dalam bilik dan sorang di luar bilik.
Kalau anak korang boleh respon perbualan dengan baik, tiptop lah pendengaran dia tu. =)

Sebenarnya banyak lagi yang boleh meransang deria pendengaran.
Macam bunyi music instruments, gitar, drum, piano, etc.
Tak pon bunyi-bunyi alam seperti guruh, hujan, bunyi ombak, bunyi haiwan, bunyi vehicles.
Banyakkan berbual dengan anak juga salah satu cara untuk meransang deria pendengaran.


5) Deria penglihatan.

Ok deria penglihatan takde benda sangat nak cerita.
Sebab semua yang aku cerita kat atas, juga meransang mata.
Ransangan penglihatan takkan berlaku bila seseorang itu buta sahaja.

Sebab tu mata sangat penting.
Dan kita sebagai mak bapak, kena bijak dalam "menjaga dan memelihara" mata anak.
Dedahkan kepada perkara-perkara elok sahaja.

Bila tengok drama-drama dan filem-filem sekarang, Ya Allahhh..
Korang bayangkan kalau anak-anak kita yang tengok macam mana?
Seks bebas, gangsterism, tumbuk menumbuk, bunuh membunuh.
Dan sedar atau tidak, sambil mereka tengok sambil mata mereka keep on sending message to their brains.
Message-message sebegitu ke yang kita nak diorang terapkan dalam otak??

Kamonnn..

Kalau kita takde kuasa untuk stopkan "violence" melalui media eletronik ni,
at least kita cuba elakkan.
Dan cuba attract anak kita untuk minatkan sesuatu yang lebih berfaedah dan
yang boleh mendorong kita ke syurga di akhirat kelak.
Ingat, deria mata adalah sangat berhubung kait dengan otak.
Negatif yang dilihat, negatif lah otaknya nanti.

Untuk pengetahuan juga, deria penglihatan berlaku dengan lebih baik terutama bila melibatkan warna, perbezaan saiz, bentuk dan jarak.

That's why ramai yang belikan tivi besar, HD, 3D dan sebagainya untuk anak-anak mereka tengok cartoon ke apa.
Secara saintifiknya, memang lah bagus. Mata teransang dengan baik.
Tapi MESTI CONTROL apa yang dia tengok kat tivi.
Pencahayaan, warna dan teknologi yang baik tak semestinya membawa message dan effect yang baik terhadap otak anak. Parents, sila hati-hati. Dan jangan lepas tangan.


Ok setakat tu sahaja entry hari ni.
Hopefully bermanfaat terutama kepada parents yang ada anak kecil macam saya. =)
Ingat, usaha ke arah kebaikan takkan merugikan kita dan pasti akan dipermudahkan oleh Allah.
InsyaAllah.

Selamat mencuba!