Penang 2nd bridge at night & Tips cover perut "burger".

Amboi tajuk dia.
Bridge dengan perut burger kan jauh beza tu.
-_____-

Sebenarnya hari ni takde apa sangat nak cerita.
Cuma ada berita baik untuk korang yang asyik tanya penang second bridge dah buka ke belum.
Korang kan balik-balik takde soalan lain nak tanya.
Macam la bridge tu aku punya. -..-

So berita baiknya ialah, bridge tu...
belum bukak lagi.
Hahaha tak kelakar pon.

Tapi hampir la. Hampir.
Orang Penang cakap, almost there. ;D
Padahal dari tahun lepas lagi asyik almost je jawapannya.
Tapi sampai sekarang pon tak buka-buka juga bridge tu.
Almost ke thermos ni?? -..-

Tapi yang paling latest aku dengar, diorang nak open to public awal mac ni.
Tak tahu laaaa.

Bebaru ni aku naik lagi bridge tu buat kali kedua.
Masa first time aku pergi dulu waktu siang kan. (BACA SINI)
Tapi kali ni kita pergi malam.
Sebab aku tengok dari jauh diorang buka lampu bridge. Ya Allah cantiknyaaaa.
Siap ada LED light warna warni kat tepi bridge tau.
Macam lampu raya tu. :D

Tu yang merayu jugak kat hubby nak naik waktu malam.
Nak tengok lampu raya.
Padahal kat Giant banyak jual. -..-

Yang macam bahu ultraman ni ialah tol plaza dia.
Belah kiri untuk motor, belah kanan untuk kereta.
Belah bawah untuk bot. Untuk kapal selam bawah lagi. :D


Cantik kannnnn.

Mengancam betul lighting dia. Atas bawah tepi semuaaaa menyala.
Tak sabar nak raya. *tetiba*

Masa kitorang lalu ni, memang dah clear betul jalan dia. Macam dah ready untuk dilalui.
Masa first time pergi dulu, kemain bersepah berlubang-lubang lagi. Nampak la "belum siap" dia tu kan.
Tapi hari tu pergi, wahhhh dah siap betul! Semua clear dan semua dah berfungsi!
Lampu, jalan, toll gate semua nampak dah ready.
Telefon kecemasan je aku tak sempat try hari tu. ;D

Aku tak faham kenapa diorang tak buka lagi bridge ni.
Pak guard yang jaga pon kemain garang dia tak bagi orang awam masuk.
Masa kitorang nak masuk tu, lamaaa pakguard tu tengok muka aku.
Macam taknak bagi masuk sungguh.
Ke muka aku ni macam ada potensi nak curi lampu raya? -..-

Tapi hubby kata, ada lagi sipi-sipi kerja yang belum siap.
Mostly the final inspections la.
Kau ingat buat bridge ni main papapapapappp dah siapppp.
-______-

Masa kat atas bridge tu, hubby tanya

Hubby: Mama bangga tak lalu bridge ni? Air basuh tangan papa ni tau.
Aku: Air tangan lah! Air basuh tangan tengkorokmu.
Hubby: Alah kan tak jauh bunyi tu. Air basuh kaki baru jauh.
Aku: Whateverrrr. Tapi bukan air tangan papa sorang je. Kan ramai lagi yang terlibat.
Hubby: Tu tengok signboard tu. Papa yang pasang tu. Ni bridge transmission dari darat nak ke laut ni, papa jugak yang buat. *muka bangga*
Aku: Helloooo papa yang bancuh simen ke? Papa bawak buldoza?
Hubby: Takde la. Itu kerja bangla.
Aku: Habis kerja papa apa?
Hubby: Tengok je lah.
Aku: Haaa so yang buat bridge ni bangla la. Bukan papa. Setakat tukang tengok je, Haikal pon boleh.
Hubby: Nak papa campak dalam laut atau mama nak terjun sendiri?

-___________-



Tapi since kawen dengan orang construction ni aku mula faham perasaan diorang bila selesainya sesuatu projek.
Ye la kan.
Dulu hutannnnn je. Tetiba dah jadi highway.
Bukan senang rupanya buat jalan.
Dulu aku ingat senang. Bancuh batu, bancuh simen, bancuh cat, taburrrr!!!
Siap.
Ingat buat kopi nak bancuh-bancuh?? :D

Dulu hubby kat projek LEKAS highway.
Tapi sampai sekarang dia still ingat spot-spot mana yang dia buat.
Everytime kitorang lalu LEKAS nak balik Kuala Pilah, mula la dia recall satu-satu,
"Kat point ni dulu, kitorang kena navigate sungai. Pastu masa tengah navigate tu, banyak ikan timbul lompat-lompat. Kitorang tangkap pakai tangan je. Balik rumah goreng."

-..-

Walaupon kerja construction ni aku tengok sangat tough.
Sebab diorang kena kejar deadline, so kena kerja tak tentu masa, siang ke malam ke hujan ke panas terik ke.
Tapi aku yakin, kerja macam tu pasti ada ganjaran disisi Allah.
Kan Allah dah janji, siapa yang memudahkan perjalanan orang lain, besar pahala.
Alih ranting kayu kat tengah jalan pon dapat pahala. Inikan pulak buat jalan!
InsyaAllah takkan sia-sia titik peluh hubby. =)

Malam keesokannya, kitorang pergi McD makan burger.
Kan dah takde kena mengena terus dengan bridge tadi. ;D
 Tapi aku tetap nak masukkan jugak dalam entry ni. 
Sebab aku pakai baju sama. So bila letak satu entry takde la nampak sangat aku malas basuh baju bahahaha.

Ok tak kelakar. -..-



Kitorang pergi McD pukul 10 malam semata-mata nak makan Double Prosperity Burger.
DOUBLE prosperity burger pukul 10 malam ye tuan puan. -..-
Kalau sebelum ni perut je berlapis. Pasni bontot pulak berlapis.
Nenek umur 80 tahun pon tak berlapis bontot.
Punya la barai kau makan burger malam-malam buta. -____-

Tapi takpe.
Sebab aku ada petua.
Petua yang diturunkan khasss oleh mak mertua.
Mak pernah pesan kat aku,
"Rajiah kalau nak makan banyak mak tak kisah. Tapi pakai la baju longgar-longgar. Yang tak nampak perut. So orang tak tahu la kita kuat makan."

Memula aku dengar tu, aku macam tak pasti.
Ini petua atau...
perli? ;D


Dua hari lepas, aku upload gambar ni kat Facebook. 
Kemain korang gelakkan aku kannnn.
Siap ada sorang kawan aku tu buat meme.

Asyrul, kau siap! ;D


Ni gambar selepas makan DOUBLE prosperity burger.
Berkesan tak petua Mak? Kahkah.

By the way, ramai pulak yang tegur kenapa aku asyik pakai jubah.
Siap tuduh aku tengah pregnant. -..-
Tak baik tau main tuduh-tuduh.
Dosa. ;D

Sebenarnya aku sekarang memang dalam proses transformasi.
Bukan pusat transformasi luar bandar ye. -..-
Transformasi ke arah pemakaian yang lebih sempurna.
Tapi macam aku cakap tadi,
DALAM PROSES lagi.
Masih dalam usaha tegarkan diri.

Kan ada hadis cakap,
"Pakaian harian wanita adalah pakaian solatnya."

Tapi bukanlah maksud kena pakai telekung pergi McD tau.
Kang ada pulak yang pakai telekung lycra exclusive gred AAA pergi McD kahkah.

Maksud hadis tu, jadikan aurat ketika solat sebagai benchmark untuk seorang wanita tu tahu sama ada dia betul-betul menutup aurat atau tidak bila berpakaian.
Kalau kita tak yakin untuk solat dalam pakaian tu, maksudnya tak tutup aurat dengan sempurna la.

Aku pon belum sempurna.
Nampak macam tutup aurat, tapi sebenarnya TAK.
Pakai tudung tutup dada-lah-konon. Tapi seluar ketat, lengan ketat, kaki nampak, tudung jarang.
Jadahnya???
T____T

So sekarang aku tengah berusaha lagi ke arah tu.
Bukan senang nak buat sesuatu perubahan.
Rasa janggal bila nak buat benda yang kita tak biasa buat. Kan?
Tapi aku harap Allah permudahkanlah.
Nak cekalkan hati tu yang payah tu. -____-
Sebab kalau nak tunggu sampai seru, jangan harap la.
Silap-silap Izrail yang seru-seru dulu.
Mampoih.
So nak taknak KENA perbaiki diri.

Nak masuk syurga, kena buat cara LAYAK masuk syurga la kan.
Sama macam nak mintak kerja. Nak jadi pramugari, kena ada gaya pramugari.
Kalau perut dah macam burger, baik tak payahhh. Kau berambus dan pergi register ahli sumo sekarang!
T____T

So jom kita sama-sama usaha k.
Bukan usaha nak register ahli sumo tau. Tapi usaha nak masuk syurga.
:D

6 comments:

YanaHime said...

Pecah perut gelak tgk meme tu ^_^

Unknown said...

best ja bc blog ne..
mama haikal sweet...
haikal super dooper comeiiii :)

Anonymous said...

azam, visi dan misi kita samaaa.. hehehe..insyaAllah... niat nak cari redha Allah, Allah akan permudahkan.. :) aminnn...

RieNa said...

stokin tu stokin tuuu..bila nak pakai??? *muka marah

sama2lah kita,moga istiqamah. amin.

dari sisi hidupku said...

yeah we are in the same mission. Tapi, nak berubah 100% tu memey kena kuatkan diri untuk istiqamah.

Myvitrd said...

wah tak sabar nak lalu juga bila balik umah mertua nanti.. untung org tu dah rasmi dulu.. hehehe