Mira & Faiz's Wedding

Sebenarnya Mira dan Faiz ni ialah kawan Along.
Dari kecik lagi, aku dan Along memang tersangat rapat sampai semua kawan dia, kawan aku.
Tapi kawan aku, bukan kawan Along.
Sebab aku tak berapa nak ada kawan sob sob.
So terpaksa mengaku kawan Along ialah kawan ku jua.
Nasib baik diorang menerima aku kerana aku juga handsome seperti mereka. ;D

Faiz ialah antara kawan baik Along masa zaman diorang belajar dulu. 
Ada beberapa lagi yang aku kenal, Amin, Padil, Jibam, dan lain-lain.
Memang pelik-pelik nama diorang ni.
Yang Faiz tu tak silap aku Along panggil dia Kunik. -_____-
Dah elokkkk mak bapak dia bagi nama Faiz, kenapa Kunik jadinya?

Dulu, kalau Along nak lepak mana-mana dengan kengkawan dia.
Mesti Along bawak aku. Tak tahu la apa motif.
Tapi aku suka je. Sebab diorang ni fun gila.
Tak kuat sentap macam pompuan kahkah.

Pastu bila diorang tak ingat nama aku, diorang just panggil,
"Adik Acheed! Adik Acheed sini jap!"
-______-

Aku yang sentap.
Sampai hati yuolls tak ingat nama aiyolls.
:D

Aku ingat lagi masa tahun 2008 tak silap,
Along and kengkawan dia ada buat surprise birthday untuk aku kat Alamanda Putrajaya.
Masa tu bulan puasa.
So Along gather dengan kengkawan dia nak buka puasa sama-sama.
Masa tu Along dah couple dengan Laili (bini dia lah sekarang).
Tapi still Along ajak aku sekali lepak ngan kengkawan dia.
Forever alone sangat adik engko ni Acheed.. Kahkah.
Eh tapi masa tu aku pon ada boypreng.
Tapi boypreng masa tu boring, so tak payah ajak. ;D

Masa tu ada jugak si Faiz (Kunik) dengan makwe dia (Mira).
So time tu la aku kenal Mira.
Sekali bila kenal, rupanya Mira tu ialah senior aku masa pengakap sekolah dulu.
Aku dah la suka ponteng pengakap. Asik asikkk kena denda.  -_____-
Nyampah tau bila jumpa balik orang-orang yang mengingatkan kepada perkara-perkara hitam masa lampau. ;D

Tapi kengkawan Along memang fun ah semuanya.
Kengkawan dia masa childhood, masa sekolah menengah, masa diploma, semua fun!
Orang-orang yang positif dan bila lepak ngan diorang mesti happyyyyy je manjang.

Dan sekarang, kebanyakannya pon dah kawen, dah ada anak.
Tapi kitorang still keep in touch.
Dan ada antara mereka yang baca blog ni. Awww!
Hai kawan-kawan Along. *lambai-lambai*

Ok berbalik kepada wedding Mira dan Faiz.
 Wedding diorang berlangsung kat Pejabat Polis Selangor.

Grand gila dewan diaaaaa.
Ni first time aku attend wedding kat sini.
Terus rasa nak tabik hormat kekanan hormat.
Dewan polis kan. -..-


 Kitorang datang-datang je terus makan. Tak payah di suruh.
Along siap bertambah. Mentang-mentang makan free kan. 
Kemain dia. -..-

Aqilah dengan hidung cendawan butangnya. :D

 

Yang budak dua orang ni, sibuk solat atas red carpet.
Korang ingat tu sejadah ke hape??


Adan yang baru sambut birthday yang ke-81 pada malam sebelumnya. Kahkah.


 Maigadddd Aqilah dan makngah diaaa!!
Sama-sama comelllll!!! Maigad maigad!!!
 *muntah tujupulutuju bakul*


Habis makan, kitorang pusing-pusing cari pengantin, nak amik gambar kan.
Tapi pengantin lesap. Diorang masuk bilik jap.
Berehat sebentar katanya.
Kitorang pon apa lagiiiiii.....


 
Kemain fefeeling pengantin baru memasing.
Yang berjanggut tu lagi melampau. Anak-anak hilang terus. -..-

Nasib mak bapak pengantin tak datang menyapa,
"Encik boleh bangun tak encik? Encik tolong bangun sekarang sebelum kerusi tu terbelah dua encik. Perut macam burger bakar ada hati nak duduk atas ni ye encik? Kau bangun sekarang!"

Ok ok saya bangun.
;D


Kebetulan decorations kat pelamin tu cantikkkk sangat.
Secantik yang pakai baju biru tu uhuk uhuk. ;D
Tu yang over betul mak-mak sekalian bergambar.
Padahal yang bapak-bapak dah bising dah ajak balik kahkah.


Bebaru ni aku ada tengok beberapa gambar Faiz & Mira dari PhotoFavor.
Diorang ada buat photobooth tau masa wedding diorang.

Aku rasa cool sangat buat wedding photo style photobooth camni.
Pastu tetamu-tetamu pon boleh menggila join photobooth ni,
pastu gambar tu terus diorang print out so tetamu boleh simpan gambar sendiri sebagai souvenir!
Cool kannnnn.

Korang pon boleh dapatkan photobooth fun macam ni dari PhotoFavor.
Selain dari majlis wedding pon boleh.
Photobooth ni sangat santai dan universal, apa-apa event pon sesuai kottt. Kemonnn..

Diorang tengah jalankan macam-macam promo tau sekarang, diskaun sampai 30%!!!
Korang boleh tengok sini: http://www.photofavor.my/promotion/

Ataupon korang nak contact sendiri photographers dia,
Facebook PhotoFavor

0 comments: