Pengantin Baru - Haziqah & Luqman.

Amboi dia tuuuu. Mentang-mentang pengantin baru.
Honeymoon je keroje! ;D
Bukan la nak jeles ke apa.
Tapi ada la jugak sikit macam jelly-jelly. -_____-

Well, Haziqah & Luqman ni bukanlah baru kawen semalam ke dua hari lepas ke apa.
Diorang ni dah kawen dua bulan lepas pon.
So macam takde la baru sangat kan kahkah.
Tapi kenapa sampai sekarang korang masih berhoneymoon??
Tak boleh ke duduk rumah diam-diam?? *jelly lagi*

Haziqah ni sebenarnya kawan aku masa Form 2. Kelas 2 Gigih.
Tapi takdela gigih mana pon aku belajar masa tu. -..-
Masa Form 2, aku budak baru. Baru pindah dari Ganu ke Shah Alam.
Muka memang kampung gila. Pakai tudung letak plastik kat dalam kahkah.

So masa Form 2 tu adalah tahun tak berapa best bagi aku.
Sebab culture shock yang teramat.
Mahu tak culture shock? Dulu masa Form 1 kat Ganu, semua pon muka kampung.
Semua pon pakai plastik dalam tudung. ;D
Tetiba masuk sekolah kat Shah Alam, semua pon orang kaya-kaya.
Semua pon pakai pinafore (skirt tu kan).
Sebab kat Ganu memang takde la sekolah pakai pinafore, kecuali sekolah cina.

So sebab terlalu terkejut dengan suasana, aku jadi terkejut budaya (culture shock?).
Aku jadi pendiam. Pastu pergi sekolah asik fikir nak balik je.
Sampai-sampai sekolah, baru je duduk dah buat kira-kira berapa jam lagi nak balik. -..-

Masa Form 2 tu, first day masuk sekolah, aku dapat tempat duduk paling belakang.
Sebelah Diyana & Nina. Dua-dua pon gojes. -___-
Depan aku ada Amnie dan Haziqah.

Haa nampak nama Haziqah situ? Kan sama nama dengan tajuk entry tadi.
So camtu la aku dan Haziqah kenal.
Tapi masa sekolah kitorang takde la rapat mana. Kawan-kawan camtu je la.
Lepas habis sekolah pon takde nak contact-contact ke apa.
Bertahun-tahun jugak lost contact.
Tapi masa aku buat masters kat Ganu, tetiba terserempak dengan Haziqah kat kedai makan.
Tetiba macam komfius, eh aku kat Ganu ke kat Shah Alam ni?? -..-
Nasib baik dia still kenal aku. Rupanya dia tengah study degree kat universiti sebelah je.
Bapak keciknya duniaaa.

So since tu, kitorang keep in touch balik.
Masa 2010, Haziqah ada datang wedding aku. Dan dia la yang paling lama stay kat majlis tu. Pastu semua gambar pon ada muka dia kahkahkah.


Weekend dua minggu lepas, Haziqah & suami ada turun Penang. Saje jalan-jalan katanya.
Cakap je la honeymoon kan.
Pengantin baru kan. Kat rumah sendiri pon HONEYMOON apa. ;D
So dah alang-alang kat Penang, diorang singgah la rumah kitorang.
Sempat la minum-minum petang. Borak-borak kejap.



Masa diorang datang ni, aku macam tak berapa sihat.
Asik terbersin-bersin. Nyampah betul lah.
Nasib dalam gambar tak nampak hidung merah.
Cantik flawless je muka ai. *kentut*

Thanks Haziqah & Luqman sudi turun rumah kitorang.
Sorry kalau layanan tak berapa baik. T__T
Selamat berhoneymoon lah korang berdua.
Honeymoon puas-puas selagi belum ada anak.
Kang dah ada anak, bila berjalan asyik nak kena mencari tandas awam je pulak.
Tukar pampers anak kan. -..-

Tapi tapi tapiiiiiii
Cepat-cepat dapat baby jugak tau. ;D

Oh lagi satu lupa nak habaq.
Haziqah ni blogger jugak tau.
Pergi visit blog dia: http://www.auniez.com/
=)

3 comments:

syawalsimpsons said...

wahh seronoknyer honeybulan ni...teringin nak honeybulan lagi ni..tapi kena la bawa handbag bergerak dua kiri kanan ni

Rizziela said...

masa ni yg syok berjalan kan :D

Unknown said...

luqman pun ade blog jugak..
luqmanmaat.com...heheheh