Family vacay at Grand Lexis Port Dickson - Day 1 & 2

Ok sambung lagi cerita Grand Lexis.
Tak habis-habis. -___-

Memandangkan check in time dia 4pm, so kitorang takde la gerak dari Penang pagi-pagi sangat.
Pukul 11 camtu baru gerak.
Tengok google maps, estimated time dalam 4 jam setengah je Penang-Port Dickson.
Tapi disebabkan kitorang banyak kali stop.
Nak makan lah. Nak membuang lah. Nak tukar diapers lah.
Pastu hubby pulak drive rilek-rilek je.
Kelajuan kereta ibarat macam kau stuck kat belakang forklift atas jalan raya. :D



Maka sampai PD pukul 5 lebih.
Dari estimate 4 jam setengah, terus jadi 6 jam perjalanan.
Fuh. Boleh tahan jetlag jugak lah. ;D

Sampai-sampai terus check in macam biasa, amik kunci segala.
Nasib bilik dekattttt je dengan tempat check in.
Tak payah nak cari parking dua kali.

Haikal macam biasa lah.
Asal awek, dia memang rajin layan. -..-

Masa kitorang sampai tu, ramai tourist dari Singapore. Berbas-bas.
Mungkin ada event ke hape tak tahu lah.
Tapi semua pon bila nampak Haikal je
"Picture picture! Picture please."

Tapi kat aku, diorang cakap
"You sana sikit."

Pffffftttttt!

Amboi dia tu.
Dia tak tahu dia tengah cakap dengan siapa.
;D


Masuk bilik macam biasa lah. Semua jakun.
Selfie sana-sini. Lompat-lompat katil. Mengeround satu bilik sambil jerit-jerit
"Omaigod ada ironing board! Omaigod ada kitchen! Omaigod ada jamban!"

Macam lah rumah kau takde jamban.
-..-

Tapi perangai duduk hotel memang camni kan.
Excited tahap overdose air tebu.

Ni contoh. Overdose air tebu. -____-

Laki aku ni kan.
Depan orang kemain sopan. Malu-malu. Lemah lembut.
Tapi depan aku.

.....

Nak buat camane. Dah jodoh.
Haha!

Ni korang baru tengok perangai dia lompat-lompat atas katil.
Belum tengok perangai dia dalam pool lagi.
Kejap-kejap,
"Mama, jom lumba lari dalam air."
"Mama, siapa boleh buat lompat bintang dalam air dia menang."
"Mama, jom lawan tahan gelak dalam air."

-_______-

Yang lumba lari dalam pool tu paling tak boleh blah.
Bila aku menang je, disqualified.

"Mana aci. Mama hayun tangan."
"Mana aci, perut mama terlebih. Sebab tu laju."

Pfft.
Haku libas jugak orang tua ni kang. -..-

 
First day tu, takde aktiviti sangat.
Sampai pon dah petang kan.
Malam tu, mandi pool setengah jam. Pastu layan Mr Arrogant final episode.
Pastu tidur sampai lebam.


Esoknya, bangun tidur like a boss.
 Buka mata, amik wudhuk, solat, buat coffee, switch on tivi, naik katil, silang kaki.
Amboi.

Bila lapar, 
"Eh jom buffet breakfast."

Amboi.

Tengok muka Haikal.
Fresh dari katil. Basuh muka pon belum. Gosok gigi pon belum. 
Buka-buka mata je, honey star dan tembikai depan mata. :D



Oh ada satu insiden lawak masa kitorang breakfast ni.
Masa tu Haikal tengah main-main sudu. Pastu tetiba sudu tu terjatuh.
Pastu ada sorang mamat pelayan tu baik hati tolong amikkan sudu Haikal dan gantikan dengan yang baru. Mamat tu aku tak pasti la india ke bangla ke apa kan.
Tapi bila dia bagi je sudu kat Haikal, Haikal jawab,
"Asyehh (terima kasih), Papa."

Bahahaha!!!

Aku gelak kaw-kaw masa tu.
Tapi aku tengok hubby diam je.
Terus sepanjang hari tu hubby taknak kawan aku.
Aku dah minta maaf pon, dia still
"Taknak kawan. Siapa suruh gelak tadi. Padan muka. Takde orang nak kawan mama."

Derrrr.....??
Masalahnya salah aku ke kan.
Dah Haikal yang pergi cakap Terima kasih Papa. Kahkah.

  Ok dah. Tak paham takpe.

Lepas breakfast, kitorang pergi jalan-jalan sekitar Grand Lexis.
 Tengok-tengok apa yang menarik.
Malas nak cerita lebih-lebih. Sebab dah banyak cerita kat Entry review Grand Lexis semalam.
So kali ni korang layan gambar je.
Bila ada anak kecik ni, asal terserempak dengan playground je mesti stuck situ.
Confirm tak kemana-mana dah. Main playground je lah kita.


Tapi nampaknya macam mak bapak yang lagi enjoy dari anak. -..-


Bila dah peluh-peluh main playground, moh la kita balik bilik.
Terjun timeee!!!

Nampak tak kaki aku buat "split" dalam air tu. kahkah.
Dalam air semua boleh buat kan.
Atas darat je seksa sikit. ;P


Petang sikit lepas asar, kitorang pergi pantai.
Untuk pengetahuan, Grand Lexis ni takde private beach tau.
So korang kena pergi Glory Beach Resort punya beach. 
Walking distance je pon. Dekat je.

Kan aku dah cakap. Haikal memang macam tu. -..-


Love you mr arrogant. 
Muntahhhh. ;D







Kat pantai, aktivitinya melayan Haikal main pasir je lah.

By the way, korang tahu tak, bawak budak-budak main pasir adalah sangat bagus tau.
Seriously this is a fact.
Aku pernah jumpa pakar child psychiatrist. Dia cakap, sentuhan dengan pasir, ombak, buih, atau rumput, dapat stimulate motor skills and brain development budak tu.
In fact kalau kita nak tahu budak tu ada masalah atau tidak, tengok cara dia interact dengan pasir.
Kalau dia takut, geli atau tak boleh sentuh, maka yes ada masalah.
Gitu.
Just sharing ok.
So sila kerapkan bawak anak main pasir.
Pasir pantai la bagus. Bersih sikit kan.
Kalau banding dengan pasir longgok yang jiran sebelah rumah guna buat renovate dapur tu.
Taik kucing banyak. ;D


Seronok sangat, sampai selipar sebelah mana pergi entah.


Dah lecak-lecak main ombak semua, tetiba datang kat aku mintak nenen. 
-____-

Nasib baik aku rockstar. *tetiba*


Bersambung.....

3 comments:

Rizziela said...

oo..anak saya sangat geli dengan pasir..apalah masalah dia kan

ADLIL RAJIAH said...

Rizziela,
Better pergi check. Tahu awal, dapat overcome awal. :))

Cikwa said...

anak sy memula geli gak kaki dia cecah pasir..la nih manjang aje nk ke pantai main pasir..memula je kot..lama2 ok laa..