Kadang-kadang..
aku hairan bila tengok cara manusia menilai manusia yang lain.
Hukuman berat adalah..
bagi orang yang baik, tak pernah buat salah, kalau pernah pon sekali dua je.
Hukuman ringan atau takde hukuman langsung..
bagi orang yang selaluuuu sangat buat salah.
Hari-hari ulang salah yang sama pun takpe.
Seolah-olah dimaafkan begitu sahaja.
Contoh macam ni..
Ali seorang pekerja yang baik. Rajin. Bertanggungjawab.
Kerja sentiasa siap dalam tempoh ditetapkan.
Hasil kerja selalu tiptop.
Tak pernah kecewakan boss.
Satu hari, Ali sakit kepala. Sampai tak boleh fokus kerja.
Jadi Ali ambil MC sehari.
Maka kerja Ali delay sehari, hasil kerja pun kurang memuaskan.
Cuma sekali tu je.
Tapi Ali terus kena marah. Boss tengking, kutuk, hina Ali.
Sehinggakan boss terus hilang kepercayaan terhadap Ali.
Abu pula seorang pekerja yang so-so je.
Kat office, layan Fesbuk memanjang.
Kerja pon so-so, dah dekat deadline baru kelam-kabut nak buat.
Selalu je submit lambat.
Dua hari lepas, semalam, hari ni, esok, lusa, tulat.
Abu tetap sama.
SENTIASA tak komited dalam kerja.
SENTIASA hantar report lambat.
SENTIASA tak berguna.
Tapi boss, tak pernah sekali pun marah Abu.
Sebab nak pandang pun tak hingin. Haha.
Abu terlalu tak berguna.
Tapi hidup Abu bahagia je.
Tak pernah dimarah, dikutuk, dihina, mahupun dicaci oleh boss.
Kesimpulannya,
Ali stress dan malu teruk bila dimarahi boss, walaupon Ali jarang buat salah.
Abu bahagiaaaaa saje hipupnya, tak pernah dimarahi boss, walaupun sentiasa mengulangi kesalahan yang sama setiap hari setiap masa.
Korang rasa..
adil ke macam tu?
Ok contoh lain..
Ali seorang pelajar yang baik.
Tak pernah ponteng kelas.
Selalu datang kelas seawal mungkin.
Satu hari, Ali sakit kepala, Ali ambil MC sehari.
Jadi kelas pada hari tu, Ali tak dapat hadir.
Kebetulan pada hari tu juga, ada pembentangan berkumpulan.
Markah akan diambil untuk penilaian tahunan.
So groupmates Ali bengang. Sebab Ali takde.
Pembentangan mereka terganggu. Markah mereka terjejas.
Esoknya Ali kena maki teruk oleh groupmatesnya.
Padahal cuma sekali tu je Ali ponteng kelas. Kebetulan kepala sakit.
Tapi mulai saat tu, mereka bukan groupmates lagi.
Abu pula seorang pelajar yang tah hape-hape.
Selalu ponteng. Selalu datang kelas lambat.
Walaupun ada hal penting.
Pembentangan ke, test ke, exam ke.
Abu tak ambil peduli.
Abu tetap datang lambat dan selalu jugak ponteng.
Semua orang pun dah masak sangat dengan perangai Abu.
Kawan-kawan, cikgu-cikgu, semua dah faham perangai Abu.
So hari-hari Abu datang kelas lambat ke, ponteng ke.
Takde siapa kisah pun. Takde siapa marah pun.
Walau tak datang pembentangan sekalipun, takpe.
Groupmates pasti akan back up, sebab dah tahu sangat, Abu mesti ponteng.
Dan sampai bila-bila pun, groupmates masih groupmates.
Kawan tetap kawan. Semua seperti biasa.
Kesimpulannya,
Ali sekali je buat salah, itu pon kebetulan, tapi terus putus kawan.
Abu berkali-kali buat salah, tapi kawan dah faham, so takpelah. Takde isu langsung.
So korang rasa..
adil ke macam tu?
Eh korang jangan salah faham pulak.
Ni takde kena mengena dengan sesiapa pon.
General je.
Jugak takde kena mengena dengan aku.
Aku bukan Ali.
Sebab aku ialah Abu.
Yang kesian tengok Ali.
Hahaha!
Kan aku dah cakap tadi, ni contoh je. -___-
Tapi..
makin banyak kan kita nampak senario macam ni sekarang?
Boleh dikatakan kat mana-mana disekeliling kita, pasti ada.
Yang baik, dimarah, dikutuk, dipandang hina, dihukum.
Yang tak baik dan ternyata tak berguna, dipandang biasa je dan tak dihukum.
Malah, diterima baik dalam masyarakat.
Contoh paling dekat, politik la. Haha!
Kenapa politik??
Ye la..
Sekarang kan every single-single thing that happens, the reason must be politics.
:D
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
0 comments:
Post a Comment