Mana pergi semua ubat ketiiiiiiiii

Sejak kebelakangan ni, aku dan hubby ada satu rutin baru.
Setiap pagi, kitorang akan memulakan hari dengan treasure hunt.
 Treasure hunt itu akan diatur oleh Baby Haikal pada malam sebelumnya.
Menarik kan??

Setiap pagi kitorang bangun, bersiap-siap seperti biasa, dan tak lama lepas tu treasure hunt pon akan bermula. Ditambah pula dengan tebiat kitorang yang dasar bangun lambat ni, memang lebih seronok, lebih cemas dan lebih gelojoh la treasure hunt itu.

Ok aku bagi korang sedikit gambaran.

Pagi pertama.
Kitorang bangun, mandi, pakai baju, bla bla bla...
Dan bila nak spray deodoran, nak tepek moisturizer di muka, 
tetiba tengok deodoran dan moisturizer takde depan cermin. 
Maka itu adalah isyarat bahawa treasure hunt sudah bermula kahkah.
Sorang cari dalam almari, sorang cari bawah sofa.
Sorang cari bawah tilam, sorang cari dalam handbag.
Last-last...
 
Jumpa dalam kotak pantyliners. -..-
Siap dan disusun cantik-cantik oleh "penganjur" treasure hunt. Pfft.


Pagi kedua.
Macam biasa, bangun, mandi, pakai baju, bla bla bla...
Tetiba nak spray keti, sekali lagi tengok takde depan cermin..
Treasure hunt lah lagiiiiiiiiii

Bertempiaran lah aku dan hubby cari ubat keti masing-masing.
Dan akhirnya.......


 Elokkk tersusun atas tangga dalam bilik setor.
Tahniah sekali lagi, anda berjaya. -..-
Terima kasih Haikal. Terima kasih.


Malam tu, aku perhatiiiiii je Baby Haikal.

"Hmmm..kat mana ye nak letak ubat keti ni. Letak dalam peti ais pon ok kot.."

Haa Haa Haa Haikaaaaalllllllllllllllll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
D;

4 comments:

Sally Samsaiman said...

hahaha...ni boleh buat bangun pagi takkan mengantuk...sebab dah kena start treasure hunt !

AyuArjuna BiGoshh said...

hahahah, hebat betul penganjur amazing race hahaha

dari sisi hidupku said...

hahaha haikal, boleh kurus megan foz and pejal tahir. haha. ada je perangai dia ye. biasalah budak sedang membesarkan.Layankan aje.

Teenz Abu Bakar said...

hahahhaa...

Haikal sangat comel!~

Okay la tu Jijie die letak kat dlm kotak dan atas tangga...

Asal jangan letak dalam tong sampah sudah...=p