Hai. Nama saya Haikal.
Jangan risau.
Saya masih belum berbulu kaki mahupon berjambang. *tetiba*
Saya nak cerita sesuatu hari ni.
Kalau saya balik rumah Lola, saya selalu tidur di bilik MamaRai.
Bilik MamaRai best.
Apa yang best tah saya pon tak tahu.
Tapi bilik MamaRai ada timba.
Timba kecikkk je.
Saya suka main dengan timba tu.
Tapi mak saya yang hipopotamus tu, selalu tak bagi saya main dengan timba.
Apa masaalah tah dia tu.
Walaupon saya dah buat muka minta kesian camni..
pon Mama tak bagi main timba tu.
Tapi ada satu hari tu.
Mak saya tengah tidur krohh krohh..
Nampak tak kaki hipopotamus sedang tidur?
So saya senyap-senyap ambil timba tu dan main happily ever after.
Korang nak join tak??
Saya nak masuk ke hutan untuk mengutip kayu api.
Dan kumpul kayu api dalam timba sampai penuh.
Sepulangnya dari hutan, saya terus masak.
Sebab perut dah lapar kan, seharian dalam hutan mencari kayu api.
Tolonglah paham haha!
Selepas makan, saya ke hutan semula untuk mengutip kayu api lagi.
Tu je lah kerja saya hari-hari. Haha!
Tanpa saya sedari, saya telah sepah-sepahkan seluruh bilik MamaRai dengan kayu api (playing sticks), nasi (tisu) dan timba.
Saya tak sengaja pon.
Bila saya dah penat, saya kejutkan Mama untuk mintak nenen.
Tapi selalunya Mama akan memarahi saya sebelom bagi nenen.
Mama selalu merungut sebab dia yang kena kemaskan bilik MamaRai yang dah bersepah saya kerjakan.
Saya bukan taknak kemas, tapi saya dah penat.
Seharian saya berulang alik ke hutan mencari kayu api.
Tapi Mama tak pernah memahami kepenatan saya.
Itu je lah cerita saya pada hari ini.
Lupa pulak nak bagitahu.
Tajuk karangan saya ni ialah..
Perigi mencari timba.
Saya yang berlakon jadi perigi. Haha!
Dan mak saya berlakon jadi..ermm..
dia tak boleh jadi perigi. Sebab dia gemok.
So dia hanya boleh jadi hipopotamus je lah senang cerita.
Ok bye!
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
7 comments:
hahahaha...akak hilangkan rasa mengantuk sally !!
dh besar ni br nmpk iras muka papa dia...
haikal, tak baik tau ckp mama awk gemuk.. mama awk tu bajet megan fox tu..awk kene memahami..
tp ok kan mama awk kene kemas bilik tu sbb seharian tu awk ke hutan mencari kayu api sedangkan mama awk meleleh2 air liur atas katill..sian bakal menantu acik ni..
haikal..sian mama awak.. dia xnak gemuk sbb dia megan fox tapi ... lemak2 tu suka datang dan xnak pergi dia kata macam besh je beranak pinakkan anak2 lemak dalam badan mama awak.. hahahahah sori jiji.. hihih
Hoi hoi hoiiii!!! apa korang semua niiiiii. mentang-mentang haikal yang bercerita, terus masing-masing ambil kesempatan membahan megan fox di ruangna komen ni ye. Haha! sorang kata muka papa, sorang kata air liur meleleh, sorang kata banyak lemak. Oooooo biasaaaaaaa diaaaaaa!!! ;D
hahaha, sumpah kelakar cerita ni. mama haikal tu memang selalu je nak marah haikal kan.
kak, saya study at uitm penang ni, naty klo akak datang nak jumpa adik akak, bagi tau. boleh jupe haikal. haha. nampak motif nya di situ.
dari sisi hidupku,
oh ye ke. akak memang selaluuuuu je pi itm penang tu. ngorat pakgad kahkah.
Post a Comment