Selipar jepun abang kawasan

 Semuanya bermula masa aku solat kat Masjid Ubudiah, Kuala Kangsor hari tu.
Masa aku nak pergi amik wudhu' kan, tetiba ada sorang mak ni dengan anak dia sebaya Baby Haikal lah kot. Kan kalau naik tangga masjid kena tanggalkan selipar/kasut kan. So mak budak tu tanggalkan selipar dan letak kat tepi, budak tu pon ikut la mak dia tanggalkan selipar.
Aku tersengih-sengih tengok.
Apa masalah tengok orang tanggalkan selipar pon nak tersengih kan? 
Bukan tanggal seluar pon. Ngeheh.

Aku sengih sebab budak tu pakai selipar jepun. 
Ok korang jangan rasa pelik dulu, bagi aku explain. 
Cuba korang bayangkan selipar jepun sekarang. Bukan yang comel-comel ada kartun-kartun tu taw. Selipar jepun yang biasa, yang bodoh-bodoh tu. Yang orang jual tiga hinggit sepasang tu, yang ada kaler hijau dengan kaler biru. 
Dah bayangkan? 
Ok sekarang bayangkan selipar jepun tu, tapi saiz kaki baby.
Camane?? Comel tak?
 
Ohhhh makkkk gaddddd comel nak mampoih ok.
Aku nyaris nak meraung tengok selipar jepun budak tu. Seriously comel tahap hempuk kepala dengan pasu. Tak boleh terima hoiiii. Comel sangat. Saiz dia separuh dari saiz selipar jepun biasa. Pastu warna biru. Pastu macam ada kesan buruk-buruk sikit. Tapi saiz kaki baby. Hihi! Cool kot baby pakai benda yang macam lusuh-lusuh, buruk-buruk. Abang kawasan sangat. Haha!

Aku nak amik gambar, tapi masa tu aku tengah basah-basah baru lepas amik wudhu' kan.
So aku target nak amik gambar lepas solat lah.
Tak tenang aku masa solat sebab asikkk terbayang selipar jepun budak tu. Huhu!
Mengalahkan terbayang muka pakwe ok.

Habis je solat, lipat telekung pakai tudung semua, terus zassssss keluar cari selipar jepun tadi. Henpon dah standby kat tangan nak amik gambar. Kahkah.

Tapi....sobs..selipar tu...sobs..dah takde..sobs..sobs..sobri..

Dalam kereta terus gosok-gosok hubby. Sambil suara anje-anje suruh dia cari selipar jepun camtu untuk Baby Haikal.
Dan aku macam nak nak nakkkkkk sangat selipar tu. 
Nak yang tahap kalau tak dapat, mati mata tak tertutup. 
Amboiii melampau. Haha!

So hubby pon macam terpaksa akur dalam kepasrahan. 
Mana-mana dia pergi, aku akan kirim selipar jepun baby. 
Pergi pasar malam ke, pergi Tesco ke, pergi Jusco ke, pergi uptown ke. 
Semuaaaaaa tempat hubby cari. 
Bukan sebab dia nak, tapi sebab bini yang megan foshhh sangat tu asik duk berzikir selipar jepun selipar jepun selipar jepun kat telinga dia hari-hari kan. 
Mahu tak stress mamat tu? Tak pepasal hidup dibayangi selipar jepun. Kahkah.
Nak pergi kerja pon aku pesan, 

"Kot-kot terjumpa selipar jepun baby kat site jambatan tu, bawak balik ok."

Betapa aku betul-betul nak selipar jepun tu.
Walaupon bukan untuk aku, tapi untuk Baby Haikal.
Kalau Baby Haikal taknak pakai pun takpe. 
Aku frame tepek kat bilik tidur. Haha!

Susah kot nak jumpa selipar jepun baby.
Kalau ada pun yang ranggi-ranggi, Ben10 la, Upin Ipin la, Angry Bird la.
Aku taknak yang camtu. Tak comel.
Aku nak yang buruk-buruk bodoh-bodoh tu.
 -..-

Lepas beberapa bulan mencari, ada sekali tu hubby pergi pasar malam.
Tetiba dia call,

Hubby: Sayang, Papa jumpa selipar jepun.
Aku: Apaa???? Kat manaaa?? Beliiii!!!
Hubby: Kat pasar. 6 hinggit sepasang. Tapi dia takdelah bodoh-bodoh sangat. Colourful la jugak.
Aku: Alaaa..nak yang bodoh-bodoh. T_T
Hubby: Alaa dia macam imitation selipar Fipper tu. Tapi boleh tahan bodoh jugak la. Haha! Papa beli je lah eh. 6 hinggit je pun. Nanti sayang tengok.
Aku: ........ *hampa*


Hubby balik, terus tunjuk aku.

Aku macam, wahhhhh ok jugak nih. Comelll! 
*tak berapa eksaited sangatlah tapi*

Terus sarung kat Baby Haikal.

 
Hahahahahha!
Bila Baby Haikal dah pakai, baru aku macam joget-joget keliling rumah.
Suka suka suka!!!
Walaupon tak sebodoh yang aku nak kahkah, tapi takpelah. 
Yang ni pon homeyyy jugok. 
Akhirnyaaaaaaa...tercapai cita-cita. Haha!

 Korang tak rasa cool ke baby pakai selipar jepun?
Aku rasa coolzzzz gila kot. Macam orang tuo nak poie masojid. Haha!


 Ni kaki hubby. 
Ingat dia pon coolzzz la tu amik gambar ngan selipar comel? -..-


Tapikan Baby Haikal belum reti lagi pakai selipar jepun.
Sebab dia macam ada terselit celah jari tu kan. So asik tertanggal-tanggal je sebab kepit tak kuat. Biasa kan selipar/kasut baby semua yang jenis sarung je. Mana ada yang selit celah jari kan.
So untuk bagi Baby Haikal reti pakai, hubby telah modified sikit selipar tu. Huhu!


Letak getah di belakang. Kahkah


 Dah letak getah barulah happily ever after budak ni berjalan kesana kesini.
Tak tanggal-tanggal dah.


Ingat sweet la letak sebelah-sebelah gitu? Huhu!
 Yang kuning tu selipar aku. Mama bawak masa jaga aku dalam pantang. 
Mama suruh pakai selipar dalam rumah takut sejuk. 
Dah la berstokin, pakai selipar pulak, padahal kat luar panas terik. Pfft. 
Begitulah peliknya fasa berpantang kahkah.
Oh selipar kuning tu Mama beli kat Manila. 
Apakah jauh betul nak beli selipar jepun kan? Haha!


Siap ada peta Filipina di situ. 
Aku macam apakahhhh selipar JEPUN ada peta FILIPINA??
Ini sangat membingungkan.

Eh tetiba macam dah panjang sangat pulak aku taip ni kan?
Ok bye!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

6 comments:

erin said...

a'ah baby pakai selipar jepun serius comel..

izzain said...

jijy!!!! sekarang aku plak rs nak meroyan suh laki g beli.. adoiii.. kenapa aku terbaca entri ini.. kenapa!! uwaaa nk selipar jepun nk selipar jepun.. p/s: tlg kasi belikan bleh.. hihihi

dari sisi hidupku said...

haha. comel plak haikal pakai selipar jepun. untung le bapaknya teror nak modify barang.

NorrShakor said...

kih!kih! barulah nampak cam abg kawasan..

aiShah_sOfeaTJ@katoJie said...
This comment has been removed by the author.
aiShah_sOfeaTJ@katoJie said...

mmg comel jiji oit! ai beli kat pasar batu nam sebab kiut sgt walopong xdok anok. stenby utk anak2 buah yg balek kampong wat pakai masa masuk bilik mandi / toilet.balik Ganu la baru jumpa slipar jepung bodoh2 tu weh. hi hi :D