Tahun baru kereta baru. Amboiiii proffff...

Ni rentetan cerita Kereta Daddy yang aku pernah publish beberapa bulan lalu.
Yang tengah blur-blur ubi tu, sila baca sana dulu, kang datang sini balik.
Halau ni halau.. Hihi.

Lepas kitorang balik dari Bukit Merah hari tu kan. Baru je sampai rumah dalam pukul 4 petang gitu. Luggage pon tak unpacked lagi. Baju pon tak tukar lagi. Spenda pon.
*Betapa clearrrrr sungguh deskripsi yang diberi haha!*

Tetiba je ada kereta pon pon kat depan rumah. Siapakah??
Ada tetamu pulak tetiba. Dah raya ke hape?
Sekali selak langsir, wahhhh mercedes??? Apakah ini...
Ni mesti ada YB nak masuk minang aku. *tersenyum malu-malu*

Tetiba ada orang bagi salam, "Assalamualaikummmmmm..."
Buka je pintu, rupanya Daddy!!!
Ok sekarang aku dah faham. Daddy beli kereta lagi rupanya. -____-

Sebelom ni memang aku dah tahu pon Daddy beli merc. Tapi aku tak sempat tengok lagi sebab tak balik Key Ell pon. Lagipon aku membayangkan kereta Daddy mesti macam ni....

So nak heran apa sangat kannnn.. kehkeh.

Aku takdelah excited sangat walaupon adik badik semua dah naik kereta baru Daddy. Aku sorang je belom. Terasa seperti dianaktirikan tiba-tiba.T_T
Tapi takpelah. Aku tak teringin pon nak naik. Setakat mercedes, teksi mercedes pon dah banyak sekarang. *pujuk hati yang luka*

Tapi rupanya Daddy tak pernah abaikan anak kesayangan dia  ni ok.
Anak mirip megan fox siapa tak sayang kannnn.. Haha!  
*kalau adik badik aku baca ni, mahu kena hempok pasu lapanploh tan.*

Daddy drive straight away from Shah Alam to Penang semata-mata nak jenguk aku ok. Walaupon niat sebenar dia nak hantar adik-adik balik asrama, sorang kat MCKK sorang kat UiTM Penang, tapi takpe. Itu belakang cerita, kita simpan je dalam hati. Sekarang kita anggap je Daddy datang sebab nak jenguk aku sebab dah rindu sangat sangat. Amboiii!
*nampak tak betapa aku kurang kasih sayang sangat dah ni huhu*



Hubby terus excited nampak merc Daddy. Siap request nak amik gambar pastu nak print out besar-besar tepek kat bilik tidur, bilik mandi, bilik jamban. 
Law of Attraction katanya.... *foinnnn*

Daddy ada offer kitorang untuk test drive. Siap bagi konci lagi.
Tapi takde siapa yang berani. Kahkah.
Aku tengok kunci je pon aku dah garu kepala. 
Ini kunci atauuuu..... alat pengesan masa hadapan? 
Nak tekan mana satu pon tak tahu. -____-
Tu baru tengok kunci, bila masuk dalam kereta, terus rasa macam eh kita nak pergi angkasa lepas ke ni?  Banyak sangat button dalam tu. Terasa seperti naik kapal angkasa la kan. Tak caya tanya sheikh muzapar. Haha! Jakun ok. Aku kan orang kampung je. Begini lah jadinya.


Daddy: Eh kamu pakai macam ni je nak amik gambar dengan kereta canggih?
Aku: Alaaa baru nampak macam orang kaya. Orang kaya kan selalu pakai boxer je drive kereta canggih. Huhu!


Daddy singgah rumah kitorang tak lama pon. 2 jam gitu je. 
Pastu terus nak balik Shah Alam dah.

Aku: Eh ayah nak balik dah? Taknak rehat tidur-tidur dulu?
Daddy: Takpe lah. Bawak kereta canggih ni tak penat langsung. Ni ayah dah tak sabar nak drive lagi.

Amboiiiiiiiiiiiiii...berlagak sangat jawab gitu. Haha!


Petang tu Daddy gerak balik Shah Alam, malam tu terus mesej aku,
"Bila kamu nak upload gambar kereta canggih? Ayah nak set cover photo FB ni"

T___________________________T
 

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

8 comments:

ct cheery said...

PERGHH.. sophisticated lah daddy ko..huahuahaua..nak tompang leh?

anna hashim said...

hahhhaaaa..lawaklah daddy akak..yg x menahan..ada FB tu.......hehheheee

ADLIL RAJIAH said...

ct cheery,
daddy je. anaknya orang kampung je. pakai kereta kodok je. -____-

anna hashim,
haa dia memang macam tu. cepat terpengaruh dgn budaya barat. *tetiba* haha!

NorrShakor said...

ala,statement sentap mmg gitu..orang kampung la, dianaktirikan la..hakikatnya jiji la paling manja,anggun,yg baik2 saja lah..kan haikal kan?

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

hu3...comel la ayah akak...

Zura said...

zura nk jdk mak tiri jiji boleh..??

Cikwa said...

puiyooo..canggih la kete itu..!!

ADLIL RAJIAH said...

mamafarah,
kahkahkah..nampaknya makcik ni semakin menganali mama saya. haha!

zura lee,
amboiiii koooooo.... haha!