Satu hari di Aloq Setaq

Abah (Bapak mertua ku yang disayangi dicintai selalu. Bah, belanja cendol bakar satuhh) ialah orang utara.
Orang Perlis lah sebenarnya.
So saudara-mara dia bersepah la kat utara tanah air ni.
Kat Penang ada. Kat Perlis ada. Kat Kedah ada.

So macam kalau raya ke kan, kitorang takdelah sunyi sangat kat Penang ni.
Sesekali ada jugak terlajak-terlajak beraya sampai Wang Kelian Kap Kun Kap sana. -__-

Rumah fevret kategori saudara-mara belah Abah setakat ni ialah rumah Pakcik kat Alor Setar.
Memang fevret sekali ah.
Korang tengok pemandangan depan rumah Pakcik.

Best kan?
Mana nak dapat sawah padi terbentang luas betul-betul depan pintu rumah camni?
Rumah Pakcik je ada ok.

Oh sebelum tu, Pakcik ni ialah bapak saudara kitorang.
Kat Alor Setar ni dia duduk bersama Makcik.
Bila ada Pakcik, mestilah ada Makcik kan. -..-
Bila ada Makcik, mestilah ada anak-anak.
Begitulah salasilah keluarga mereka serba sedikit. :D

Dua minggu lepas, kitorang pergi Alor Setar lagi sebab ada wedding.
Kebetulan, Pakcik dan Makcik pon invited.
So yeayyy jom pergi sama-sama omomomo.

Awal-awal dah deal dengan diorang pukul berapa nak jumpa semua.
Makcik siap amik cuti half day sebab nak layan anak buah dia yang gojes versi plus-size ni.
By the way, walaupon rumah diorang depan sawah padi, Pakcik dan Makcik tak pulak pilih pembajak sawah atau orang-orang sebagai kerjaya mereka.
Pakcik bekerja sebagai polis dan Makcik pula bekerja sebagai kakitangan sekolah.
Kan dah takde kena-mengena terus dengan sawah padi tadi. -..-
 
Aku suka betul bila Haikal close dengan nature camni. Bukan selalu dapat rasa camni kan.
Haikal dapat tengok sawah, tengok sungai.
Haikal dapat tengok ayam, ayam dapat tengok Haikal. ;D

Kitorang sampai-sampai je rumah Makcik hari tu, lepak-lepak kejap pastu terus pergi wedding.
Kitorang pergi sekali la satu kereta. Tak jauh pon rumah pengantin tu ngan rumah Pakcik. 
Eh aku ni, kejap rumah Makcik kejap rumah Pakcik. 
Rumah siapa sebenarnya ni? -..- 

 Ok ni rumah pengantin. *tetiba*

 Yang tudung hijau tu Makcik. Yang baju putih paling kanan tu Pakcik.
Yang tudung maroon tu, entah. Plus size mana tah. Tapi hensem gila kan? -..-


 Yang ni takde lah hensem mana. ;D


 
Tengok muka Haikal. Tahu kenapa herot-herot camtu?
Dia tengah nyanyi lagu ABC ok. Dia punya herot kalah Amy Search pewwit. -..-
Makcik suka gila bila Haikal nyanyi lagu ABC.
Sampai kesudah suruh Haikal ulang.
Masuk kereta, "Haikal, camane lagu ABC?"
Dah sampai rumah, "Haikal, camane lagu ABC?"
Sambil kejar ayam, "Haikal, lagu ABC satuhhh."
Kahkah.

Kalau korang tanya aku, ni wedding siapa. 
Macam complicated sikit nak cerita sebenarnya. 
Tapi aku try explain sedaya upaya ok.

Camni cerita dia.
Hubby kata, yang dia kenal ialah pengantin perempuan. Nama Suraya. Suraya ni ialah anak kepada kawan Abah. Mak Suraya namanya Kak Milah. Hubby kata, dulu-dulu masa nak naik bas pergi sekolah mesti terserempak dengan Kak Milah. Pastu mesti diorang macam,
"Eh Kak Milah, nak kemana? Eh Alang (hubby), nak kemana?"
Hari-hari terserempak pon tanya soalan sama. -___-

Tapi aku macam musykil sikit kenapa hubby panggil mak Suraya tu "Kak".
Padahal Suraya tu baya-baya hubby je kot.
Selamber kau panggil mak orang tu "Kak"??
Setelah berfikir panjang, aku rasa tak salah kalau kau nak bahasakan diri sendiri "Kak" kepada kawan-kawan Haikal nanti. 
Hello Kak Rajiah. Masak apa hari ni? 
Gitteww.. :D

Pastu apa kena-mengena Makcik dan Pakcik dengan si pengantin? 
Ok camni.
Masa Makcik masih di zaman daranya (Ewah!), makcik ni jenis suka berjalan. 
So kalau cuti-cuti dia suka lepak rumah Abah. 
Eh aku dah bagitahu belum, Makcik ialah adik Abah sebenarnya? 
Ok lupa nak cakap awal-awal tadi. -..-
 Haa tapi camtu la relationship Abah dan Makcik. Adik beradik.
So bila dah makcik selalu lepak rumah Abah, dia kenal la jugak dengan Kak Milah ni.
Pastu sama-sama duk Alor Setar pulak.
So dia punya rapat tu jadi makin rapat pat pat pat la.
Bila makcik dah kawen dengan pakcik, pakcik pon join la rapat sekali dengan keluarga pengantin.
Camtu.

So apa kena-mengena pulak aku dengan pengantin?
Derrr..?
Sama-sama cantik kottt ;D

Makcik ngan pakcik ni muka lek-lek je, tapi diorang ni boleh tahan lawak jugak sebenarnya.
Buat lawak, tapi muka rilek. Kau rasa serba salah tak nak gelak? :D
Tapi anak-anak diorang lagi kelakar tak payah cakap la. 
Terutama yang last tu, asyikkk nak samakan aku dengan minyak kelapa dara. 
Tahu lah iolls ni dara SANGAT. -..-

Ni lah parents pengantin perempuan. Belah kiri Kak Milah, belah kanan Cik Zainol. 
Tak tahu lah betul ke tak aku eja ni.
Mereka ni tabah-tabah orangnya. Kenapa aku cakap tabah?
Dua-dua ada sakit kuat tau, tapi diorang tetap ceria di hari perkahwinan anak mereka. 
Takmo la cerita detail kat sini. Kang saya termenitik. T___T
Semoga mereka terus kuat dan tabah. 
Dan insyaAllah dengan kesakitan yang dialami, terhapus dosa-dosa lampau dan mudah perjalanan ke Jannah kelak. Amin.

Ok habis cerita wedding.
Balik kerumah Pakcik di sawah bendang semula.
Sampai je rumah pakcik, Haikal macam biasa la berkeliaran ikut suka hati dia.
Kejap tengok bird. Kejap tengok flower. Kejap tengok ayam. Kejap tengok fish.

Ni Haikal tengah intai ayam. Pakcik ada bela ayam belanda.
Aku rasa dalam 15 minit jugak Haikal terpacak situ.
Aku risau jugak apa yang kusyuk sangat ditengok tu kan.
Mana tahu ayam tu tengah bersenggama ke. Kan dah mencemari pemikiran kanak-kanak. ;D

Bila Pakcik tengok Haikal berdiri lama kat tepi reban tu, pakcik cakap nak buka reban supaya ayam lepas. Senang sikit Haikal nak tengok.
Aku dah warning Pakcik. Jangan pakcik jangan.
Kang cedera ayam-ayam pakcik. 
Haikal tu cepat geram tengok benda pelik-pelik ni. -..-

Tapi pakcik kata takpe. Budak-budak biasalah tu.
Pakcik, Haikal ni luar biasa pakcik. Pakcik tak caya tengok lah.

Mencicit sampai melintas ke seberang jalan ayam tu dikejar Haikal.
Kan saya dah cakap, jangan pakcik jangan. -___-
Nasib ayam tu lari lagi laju dari Haikal. 
Kalau tak habis la menatang bawah dagu ayam tu Haikal pulas. ;D

Habis kejar ayam, Haikal sibuk nak naik "Otorbike" (motorbike) pulak.

Kaklong (anak sulung pakcik) la yang rajin melayan. 
Kemain dia bawak Haikal round satu kampung.
Terpacak-pacak rambut Haikal kena angin.
Kaklong ni boleh tahan jugak kuat gelak tau. Aku buat lawak samar-samar ubi pon dia boleh gelak barai. 
Aku pulak yang rasa bersalah tak gelak. ;D

Korang tengok. Anak-anak pakcik ni umur belasan tahun, tapi bila bergambar ngan aku seperti tiada perbezaan pon kan. Macam sebaya je kan. Kannnnnn?? *kentut*

Aktiviti wajib bila pergi rumah makcik. Memancing.
Dah depan rumah ada sungai kan.
Nasib aku tak bawak bikini, kalau tak dah terjun dah. 
Nak pinjam makcik punya, lain saiz pulak. ;D

Aktiviti lain, bergoyang-goyang di atas hammock seperti berikut.

Amboi dia tuuu.
Haikal naik hammock tak payah susah-susah nak buaikan.
Angin lalu je dah terbuai sendiri. Dah tu ringan sangat. -..-


 Eh yang ni laaaaaaagi ringan. ;D


Hubby amik gambar ni, pastu dia suruh aku upload kat FB dengan caption,
"Menuju jalan kebenaran."
Kahkah geli sangat. Dah kenapa kena caption gitu kan.
Letak la 
"Masjid Kampung Lahar Budi" ke. 
"Jambatan usang kek dopan rumah makcik den" ke.
"Komuncup banyak lokek kek kain baju den ni haa. Padi pon banyak boleh potik buek nasi." ke.

Dah kenapa loghat nogoghi pulak tetiba. -____-

Cey ceyyy kemain poyo masing-masing.
Setakat gambar menuju jalan kebenaran je pon kan. Haha!

Yesss. Habis jugak entry ni.
Berpeluh-peluh update. -..-

Sorry kalau penulisan kali ni macam kelam kabut sikit.
Aku tak berapa sihat kebelakangan ni.
Asyik pening-pening. Jalan pon ketepi-tepi je.
Berdiri lama sikit rasa nak muntah.
Main lari-lari dengan Haikal sikit rasa nak pitam.
Adakah saya sebenarnya sedang....

Ok kita biarkan statement tu jadi kontroversi. Kahkahkah!!!
*saje cari pasal*

Kenapa kena ada anak yatim atas dunia ni?? (Misi Rumah Permata Kasih, 1 Januari 2014)

1 Januari 2014 kitorang nak pergi Rumah Permata Kasih.


Rumah ni kat Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, Penang.
Tak jauh pon dari rumah kitorang. Dalam 30 minit drive camtu la.

Kat rumah ni ada anak yatim, anak orang miskin dan asnaf zakat.
Dia ada dua rumah.
Asing budak sekolah menengah dan kanak-kanak bawah 12 tahun.
So rumah yang kitorang nak pergi ni yang untuk budak-budak 12 tahun ke bawah.
Tapi Puan Subiha (owner) kata,
dia akan cuba kumpulkan semua sekali anak-anak yatim (umur 6-16 tahun) masa kitorang datang nanti.

Ini first time aku nak bawak hubby dan Haikal sekali.
Sebelum-sebelum ni aku pergi sorang je.
Setakat borak-borak sikit dengan Puan Subiha dan staf-staf kat sana.
Tak pernah pon jumpa dan beramah mesra dengan budak-budak tu semua.
So ini first time nak jumpa mereka insyaAllah.


Kengkadang kita ni, bila sebut anak yatim, anak orang miskin, kita kesian. Kita simpati.
Mula rasa nak hulur duit, hulur makanan, hulur pakaian terpakai dan sebagainya.
Kita rasa macam dah cukup baik bila kita bagi harta.
Tapi lepas hulur RM100 (contoh), terus hilang rasa simpati.
Macam,
"Ok lah tu, aku dah bagi duit RM100 pon dah kira bagus. Dah dapat pahala. Cukuplah."

Memang lah bagus dan dapat ganjaran di sisi Allah,
tapi sejauh mana hati kita ni mendalami kehidupan diorang.
Simpati tu sejauh mana?
Kalau setakat bagi duit, pastu terus hilang rasa simpati dan berasa selesa semula.
Takde lah simpati sangat nama dia tu.

Pernah tak sambil-sambil kita duduk lepak-lepak kat Starbucks, layan facebook kat smartfone mahal, menikmati hidangan minum petang ala orang putih,
pernah tak terdetik dalam hati,
macam mana ye keadaan anak-anak yatim dan asnaf pada ketika ini?
Dah makan ke diorang?
Sihat ke diorang?
Aku cukup selesa kat sini, diorang kat sana selesa ke?


Tak terfikir ke diorang mana mak bapak diorang pergi? Kenapa diorang takde mak bapak?
Tak terfikir ke diorang camane bestnya ada kasih sayang seorang ibu dan bapa? 
Cukup ke kasih sayang penjaga yang hanya dua tiga orang tu untuk 30 orang budak dalam rumah?
Selesa ke diorang duduk rumah tu ramai-ramai. Dengan macam-macam perangai dalam rumah tu?
Berapa duit belanja diorang sehari? Diorang pergi sekolah naik apa?
Waktu rehat kat sekolah diorang makan apa? Ada duit belanja ke?
Cukup ke diorang makan kalau hari-hari biasa yang bukan bulan puasa dan musim raya?
Lena ke tidur malam diorang dengan berlapik tilam nipis, tidur bersusun ramai-ramai?
Kalau diorang dimarah, diherdik, ada ke orang yang membela diorang? Pujuk diorang?
Kalau birthday, ada ke mak ayah yang sudi bawak diorang jalan-jalan makan luar, belikan kek hari jadi dan hadiah smartfone dan sebagainya?

Mungkin sebelum ni kita pernah derma RM200 sebagai contoh.
Lama mana bertahan RM200 tu sedangkan menurut Puan Subiha, belanja makan harian untuk 30 orang di Rumah Permata Kasih tu sahaja dah mencecah RM7000 sebulan.
Itu pon kadang-kadang tengahari makan keropok lekor sahaja.
T___T

So sebenarnya hulur wang ringgit je memang lah sedikit sebanyak membantu, tapi itu belum memadai.
Cuba sekali sekala kita berkongsi perasaan dengan mereka.
Fikir sekejap, kalau aku di tempat di mereka. Macam mana?
Benda-benda ni macam terapi untuk kita tau sebenarnya.
Buat kita rasa cukup secukup cukupnya.
Kadang-kadang kita ni dah lebih dari cukup, tapi still rasa sempit, still rasa "miskin".
So pergi. Tengok dan alami keadaan mereka.

Kadang-kadang bila aku rasa macam hopeless, macam tertekan dengan hidup,
atau rasa macam dah terlalu jauh tersasar.
Aku call Puan Subiha, pergi jumpa dia kat rumah permata kasih. Borak-borak.
Pernah la jugak jumpa beberapa orang budak dan penjaga kat situ.
Tengok diorang balik dari sekolah, sama-sama susun kasut sebelum masuk rumah.
Pastu masing-masing beratur amik makanan. Amik sorang sikit.
Duduk makan ramai-ramai.

Pastu aku tengok kat dinding rumah ada jadual bertugas.
Setiap hari setiap anak ada tugasan. Ada yang kena basuh baju, ada yang kena sidai baju, sapu lantai, basuh pinggan, tolong masak dan sebagainya..
Kamonnn takkan korang tak terkesan langsung tengok benda-benda camtu.
Budak-budak umur 6-7 tahun kena buat itu semua. Bayangkan.
Anak-anak kita yang baya-baya gitu, ada buat kerja-kerja camtu kat rumah? 
Punya untung anak-anak kita. Ada mak ayah. Ada bibik.
Dilayan macam raja.

Betapa manja, mewah, selesanya hidup kita berbanding diorang.
Sedangkan mereka, SEUMUR HIDUP, kena hidup dalam keadaan yang penuh disiplin dan peraturan.
Takde pilihan.

Everytime aku tengok keadaan diorang, tengok wajah-wajah dorang,
rasa terubat semua kusut-kusut dalam otak. Rasa tenteram semula.
Baru sedar, betapa budak umur 7-8 tahun pon boleh tolerate dengan dugaan hidup, takkan kau yang rezeki melimpah ruah ni sikit-sikit nak stress, sikit-sikit tension nak pergi holiday. Nak cari ketenangan kononya.
Manja melampau.
T______T

Bila kita dapat tengok sendiri camane kehidupan diorang, camane attitude diorang, camane tahap kesabaran dan toleransi diorang, kita akan dapat satu perasaan yang susah nak describe.

Dengan keluarga sendiri pon takkan dapat rasa perasaan tu. Seriously.
Macam ada satu daya yang buat kita berfikir dengan mata hati.
Amboi -..-

Sebab tu somehow aku rasa kita perlukan anak-anak yatim camni untuk motivate kita from time to time. Sebab manusia ni selalu lagho.
Hari ni insaf, tapi 2 bulan lepas tu lagho balik.
Biasalah tu. -..-

So insyaAllah, 1/1/2014 ni kitorang nak ke Rumah Permata Kasih tu.
Haikal pon dah dua tahun. Dah boleh cakap sikit-sikit.
So hopefully dia boleh mingle dengan budak-budak kat sana.

InsyaAllah jugak kitorang akan bawak beberapa barang keperluan macam beras, gula, milo, sabun, berus gigi, syampu, detergent, alat tulis dan sebagainya.

So aku nak mengajak readers blog yang tercinta (uhuk uhuk geli bulu tengkuk) untuk sama-sama bagi sumbangan.
Kalau sudi, sila email aku (fatadramonas@yahoo.com).
Atau PM kat Facebook pon boleh.

Aku suggest korang bagi dalam bentuk wang ringgit, senang nanti aku dan hubby yang pergi beli barang. Sebab hari tu dah call Puan Subiha tanya apa barang yang dah habis.
Plus sekarang diorang tengah pulun buat jualan sana sini untuk kutip dana nak beli persiapan sekolah budak-budak tu.
Besar betul pahala penjaga-penjaga anak yatim ni kan?
Padahal tu bukan anak-anak diorang pon.
Kita yang biasa-biasa ni, kalau tengok anak orang lain buat endah tak endah je.
Perut anak sendiriii je la yang penting.
T____T

By the way, kalau korang nak bagi sumbangan dalam bentuk barang pon boleh je.
Contoh macam pensil warna ke, buku tulis ke, water colours ke.
Takpon baju-baju sekolah anak yang dah tak muat tapi masih elok. Boleh bagi.
Nanti aku tolong pass kat diorang.
Cuma takut barang-barang tu tak sempat sampai sebelum 1hb ni.
Tapi kalau barang korang tu sampai lewat pon, boleh je aku drop by hari-hari lain pon.
Dekat je pon rumah tu. =)

So siapa nak bagi sumbangan cepat-cepat email aku.
Takpon PM aku kat Facebook.
Paling lewat hari selasa tau (31 Dec 2013).

Jangan malu. Nak bagi RM1 je pon takpe.
Bagi diorang, besar nilai seringgit tu.
Nak bagi sebatang pensil pon takde masalah.
Selagi anak yatim tu menulis dan dapat manfaat dari pensil yang korang bagi tu,
tercatat pahala korang. InsyaAllah.
Dan korang pon pasti akan dapat ganjaran dari Allah sepertimana yang dijanjikan.

Janji Allah korang..
Bukan janji manusia.
Kalau dah nama manusia, tak payah janji-janji lah. Geli.
 -____-

“Sesungguhnya memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu adalah amat baik bagimu.” (QS Al Baqarah,2:220)

“Dan (kamu pun diwajibkan) supaya menguruskan (hak dan keperluan) anak-anak yatim dengan adil.” 
(QS An Nisaa,4:127)

“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk menjaganya)….” 
(QS Al An’am,6:521)

Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” Ketika mensabdakan hadis ini Rasulullah saw. berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.   

So korang.
Sebenarnya Allah ciptakan anak-anak yatim ni bersebab.
Kita tengok macam diorang yang sedang diuji Allah, hidup susah, takde mak ayah, dan sebagainya.
Tapi sebenarnya, dengan kehadiran diorang ni, kita yang sedang diuji.
Anak-anak yatim dah sah-sah la dapat tempat di syurga.
Yang kita ni? -..-

“ Bersedekahlah walaupun dengan sebutir kurma, kerana hal itu dapat menutup dari kelaparan dan dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. 
(HR Ibn Al-Mubarak)

So berlapang dada lah korang.
Rileks dengan dugaan yang tengah menimpa korang sekarang ni.
Bersedekah dan luangkan sikit masa untuk intai-intai anak asnaf dan yatim yang berdekatan.
Check dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kalau nak tahu rumah anak yatim terdekat.
Bila dah tahu, jangan buat-buat tak tahu. Sekali-sekala, pergi sana.
Korang akan dapat satu ketenteraman yang susah nak ungkap dengan perkataan.
Try lah. Nanti korang faham apa yang aku cuba sampaikan kat sini.

Oh lagi satu,
kalau ada orang-orang penang yang nak join kitorang, jom lah.
1 Januari 2014. 10.30 pagi.
Rumah Permata Kasih, Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh.
Okeng?

p/s: payah kan nak tengok aku buat entry emo-emo geli-geli camni?
-..-

Dani Dana Takoyaki with Nodie The Toothpick.

Lepas wedding Udin & Dahlia kat Bukit Jelutong hari tu,
kitorang pergi dating ngan Nodie kat Plaza Masalam, Shah Alam.
Tapi bebudak Niners tak panggil Plaza Masalam, diorang pangil Shah Alam Mall.
Aku pon tak paham kenapa.
Dulu masa aku baru pindah Shah Alam,
aku bajet diorang panggil Shah Alam Mall sebab itu lah satu-satunya Mall yang ada kat Shah Alam ni. -____-
Mohon jangan gelakkan aku.

Kitorang janji pukul 4 petang jumpa kat Dani Dana Takoyaki.
Nodie la beria sangat ajak aku makan situ.
Padahal kitorang tak biasa sangat makan makanan jepun korea ni.
Tapi sebab ada orang tu nak belanja, plus Nodie cakap makanan kat situ sedap gila kalau kau tak try, kau akan menyesal tujuh keturunan.
Ok itu aku gebang. :D

Oh lupa nak bagitahu.
Nodie ni budak Niners jugak. Kiranya kitorang satu sekolah la dulu.
Tapi kat sekolah dulu kitorang tak pernah berkawan pon. Lagipon dia ni junior.
Tapi Nodie ni familiar je bagi aku. Aku selalu nampak dia lepak bilik guru, lepak bilik pengawas.
Mana nak layan murid bermasalah macam aku ni kahkah.
Korang pon tahu kan aku kat sekolah dulu camane.
Pepagi datang sekolah, lepak basuh jamban sudah. -______-

So ni kali pertama la kitorang jumpa bertentang mata. Berbicara dari mata turun ke hati. Dari hati cinta bersemi. Ok geli.
 Kalau Nodie baca ni mesti dia wassapp aku gambar shit bermata dua. -..-

Tepat jam 4 petang aku, hubby dengan Haikal sampai Plaza Masalam.
Kebetulan Nodie pon baru sampai, kitorang bertembung kat Level 2.
Jodoh kuat bhai. Sampai pon nak sama-sama. -..-

Tapi minah tu jalan laju nak mampos. Sampai tak perasan aku kat depan mata dia.
Maksudnya aku takde la gemok mana pon sebenarnya. :D

Dah lama-lama sikit baru dia perasan. So kitorang sama-sama gerak ke level bawah sekali.
Sebab Dani Dana Takoyaki tu kat situ.

Ok ni lah kiosknya.
Masa baru sampai tu aku tengok ramainya orang!! Maka hati pon terdetik,
 "Kompom sedap makan sini. Aku nak order sepuluh pinggan."

Sampai-sampai je terus duduk.
Dah la Nodie ni jalan memang laju gila tak tahu nak cakap ah.
Aku tak pasti dia jalan ke terbang sebenarnya. -..-

Comel tak boyfriend Nodie sebelah tu? :D


Disebabkan aku ngan hubby tak biasa makan makanan jepun korea, maka terpaksa Nodie explain satu per satu menu yang ada.
Pastu bila dia dah habis explain, aku belek-belek la page depan-depan nak decide nak makan apa kan.

Sekali,
"Nodie, yang ni kau cakap camane tadi? Ada udang eh? Pedas tak?"

Pastu belek-belek lagi,
 "Eh yang ni ada apa? Cheese eh?"

Last-last bila Nodie tanya nak order apa,
"Errr kau rasa mana sedap? Kau order kan ah."

Terus minah tu buat muka. Kahkahkah. 
Lepas berejam belek-belek menu,
Nodie pon dah lama tunggu macam dah keluar asap sikit-sikit kat hidung dia,
 last-last aku order je dua benda ni..

 Takoyaki biasa.

Takoyaki Tempura Udon.

Memang kitorang makan light-light je.
Satu, sebab baru balik keduri Udin. Nasi minyak hujan panas pon tak hadam lagi.
Dua, sebab dah petang so minum petang je lah konon.
Tiga, sebab ni first time jumpa Nodie so jangan tunjuk sangat true colour perangai pelahap kau tu.
;D

Nodie makan Korean Ramen.
Kau tengok. 3 kali cubaan baru dapat amik gambar budak ni sharp dan tak vibrate.
Itu pon dia buat muka stok ternampak megan fox di depan mata. :P
Dah la dia ni makan lambat gila tau. Mana taknya, mulut banyak. 
Pastu sikit-sikit nak tunjuk carrot bentuk bunga la apa la.
Aku dah macam, boleh tak kau makan je carrot tu diam-diam?
Nanti lepas makan kita pergi giant beli carrot buat bunga banyak-banyak ye. -___-

 Actually Haikal masa tu tak ok sangat.
Dia nak berjalan. Biasalah budak jarang masuk mall.
Gitu la.
So terpaksa hubby layan dia tawaf satu mall. Sempat Haikal paw papa dia satu toy.

Pastu datang balik kat meja, Aunty Nodie tolong bukakan toy baru dia tu. 
Kejap. Macam tak kena pulak panggil Nodie "Aunty Nodie".
Uncle Nodie kot baru ok. ;D

Ok jangan kacau dia. Biar dia berangan dengan kereta baru situ.


 
Dan papa dia dah boleh makan dengan aman.


Tengok Haikal bagi muka macam mana kat Uncle Nodie. ;D


Dalam 5.30 camtu, Haikal macam dah start cranky.
So aku minta diri la nak balik.
Sekali Nodie pon cakap dia nak balik.
Aku ingatkan dia nak stay situ tolong basuh pinggan ke apa kan. ;D


Korang tengok. Kurus gila kan minah ni?
Aku rasa kalau letak toothpick kat sebelah dia, memang orang tak boleh beza la.
Kembar seiras terus.
 Entah-entah berat Nodie sama je macam Haikal.
Meh mama dukung meh. -..-

Tak sangka Aunty Nodie ni pandai layan budak-budak rupanya.
Tetiba "Aunty" kan. Kahkah.

Masa nak berpisah tu, Nodie sibuk nak kiss Haikal.
Tapi bila aku suruh dia kiss aku, taknak pulak dia. 
Aku pon tak tahu kenapa. Bahah.

Walaupon dapat jumpa sekejap je tapi ok lah.
At least boleh la kenal-kenal sikit.
Aku kan tak dikenali langsung kat sekolah dulu.
Lepas 9 tahun habis sekolah baru kengkawan sekolah start nak kenal. -___-

Korang yang duduk Klang Valley tu try la pergi Dani Dana Takoyaki ni.
Serious not bad food dia.
Takoyaki yang aku order tu memang terbaik.
Besar-besar pulak tu.
Sebelum ni aku makan takoyaki haluih-haluih je, ada la besar ibu jari kaki aku je. -..-
Saje la tu nak cakap ibu jari kaki aku kurus kahkah.

Tapi hari tu makan Takoyaki kat sini, 4 ketul je pon dah puas.
Ada banyak lagi makanan sedap-sedap kat sini ok.
Sila bendung airliur masing-masing seraya mengscroll down.


Dah la harga memang affordable gila.
Eh memang la affordable bila ada orang belanja. Haha!
 Pastu semua pon halal tau.
Tak payah sibuk-sibuk nak tanya takoyaki tu sembelih ke tak. -..-

 Dani Dana Takoyaki ni ada 4 branch tau.
Yang aku pergi ni kat Plaza Masalam, Seksyen 9 Shah Alam. Level bawah sekali.

3 lagi branch kat sini:
  • Lot.G22, Ground Floor, Giant Hypermarket Kemuning Utama, Seksyen 33, Shah Alam Selangor.  
  • L1-K09 Level 1, The Mines,Jalan Dulang, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor 
  • CP-G-12 Ground Floor,Space U8, Persiaran Pasak Bumi, Taman Bukit Jelutong,Seksyen U8, 40150 Shah Alam, Selangor.
Kalau nak tahu lebih lanjut, atau nak ngorat Nodie (HAHA),
pergi Like page ni

Facebook: Dani Dana Takoyaki

Sebenarnya Dani Dana Takoyaki ni milik Cikgu Rokiah.
Cikgu kat sekolah kitorang dulu. Kitorang panggil dia Cikgu Rok. Memang rock pon.
Tapi dia cikgu akaun, aku budak sains tulen, so dia tak ajar aku.
Alhamdulillah. ;D

Sebab dengar-dengar dia macam baca blog ni jugak.
Sebab tu entry kali kena buat lebih sopan dan lebih beradab daripada biasa. Heheh.

Assalamualaikum cikgu. Hehe.
Cikgu apa kabar? Cikgu dah makan? Hehe.
Eh mesti la dah makan kan. Kan ke cikgu ada kedai makan. Hehe.
Kirim salam cikgu rosliyah eh. *tetiba*
;P