Twelve Twelve Twelve

 Hari ni nombor 12.12.12 berada dimana-mana.
Kat FB berderetttttt...
Kat belog pon semua pasal doblas doblas doblas.
Oleh yang demikian, untuk tidak kelihatan loser, aku pon nakkk jugak letak doblas doblas doblas sebagai tajuk entry pada hari ini. Keh keh keh.
Tapi aku letak twelve twelve twelve la kasi englishhh sikit.
Kalau mak aku baca ni dia mesti bangga tahap max.
Hai Mamaaa!!! *lambai lambai*
"Mama mama, tengok ni Rajiah kira english, one two three four five six seben eight... Haaaa pejam mata pon boleh kira.. Terer kan??"

 Haha! Memang dasarrrr sangat perangai.
Kalau Mama baca kat ofis ni, mau dia hempok diri sendiri dengan mesin fotostat. Tak boleh terimaaaaaaa haha!
Apa-apa pon, memang cantik tarikh hari ni.
Ada ke yang kawen hari ni? Mesti tok kadi-tok kadi semua dapat job baikkkkk punya kan? Ramai yang nak dinikahkan almaklumlahhhh.. 
Err tok mudim pon sama ke? Kot ada yang kawen mat saleh ke. Heheh

Aku dulu pon nyaris nak pilih tarikh 10.10.10 untuk tarikh nikah.
Tapi lama sangattttt nak tunggunya. Aku kan gatal sikit-sikit.
Tu yang zas zas zasss jugak kawen 12.6.10. Tak sempat tunggu bulan seploh.
Walaupon tarikh susah nak ingat tapi lantakkannnn..janji aku kawen. 
Bahah!
Masa aku tengah pilih-pilih tok kadi dulu, diorang cakap kalau nak tarikh 10.10.10, kena book setahun sebelom lagi! Hamikkkkkk engko!
Kalau kau baru kapel 11.12.12, pastu nak ajak kawen esoknya 12.12.12 memang tak dapat derrrr.. Tok kadi bizi. Jadual penuh. Sila book untuk 13.13.13 la pulak ye. Kalendar mana kau ikut aku pon tak tahu lah. Nasib munggg.

Hari ni takde pape yang menarik pon bagi aku.
Semuanya seperti biasa saje.
Hubby pergi kerja, aku pergi lab, Baby Haikal pergi sekolah.
Tapi mood aku baik sikit hari ni.
Happy sikit-sikit.
Sebab semalam ada sorang reader mesej aku kat FB. Selama ni dia silent reader je, tapi baru semalam dia add aku kat FB nak berkenalan. Yang bestnya, ahkak tu dari sabah okayyyyyy!! Huhu! Dah la kelakar giler akak tu. Boleh buat lawak antarabangsa sambil mesej tu. Terbahak-bahak aku.
Hubby cakap, elok la tu ada kawan kat sabah. Nanti kita nak kesana senang.
Akakkk!! Sipadan satuhhh!! 
Hamboih boleh order order pulak. Hihi.
Tak dapat sipadan pon, dapat jimmy palikat pon jadilah.
-___-

Disebabkan takde apa-apa yang menarik pon yang berlaku dalam hidup aku ni, hari ni aku nak cerita pasal rutin aku sebagai stewwwwdewnt. Stuuuuudewnt. 
Ok student. -..-

Selalunya aku cerita pasal family, pasal pergi shopping, pergi makan, tengok wayang, pasal masakan etc etc. Itu aku sebagai isteri dan ibu. 
Wah terasa sungguh ladyhhh bila sebut aku seorang isteri dan ibu. Hihi!
Ke aku sorang je rasa gitu. Ok foinnnn...

Namun begitu, aku jugak seorang student. Ye, saya masih belajar. Dah tua-tua pon belajar lagi. Nasib badannnn... Huhu!

Ramai jugak yang tanya, phd aku pasal apa, research aku pasal apa, kenapa hari-hari pergi lab kerja sana ke. Kerja sebagai lab assistant ke atau lab cleaner.
So kesimpulannya, persoalan kita pada hari ni ialah,
"Mung gi lab hari-hari, jadoh mende mung buak dekak lab nung?"
Dok pahang, nasib mung!
Heheh.

Kalau ikut etika kajian saintifik atau scientific research ethics (ewah!), sesuatu research tu tak patut diwar-warkan sebelom ianya benar-benar berhasil. Kira macam kau belom start lagi research tu tetiba kau dah bagitau orang kampung, saya nak buat kajian untuk ayam-ayam dikampung kita ni supaya boleh bertelurkan telur emas. Dan seploh peratus dari keuntungan itu nanti kita dermakan kepada rakyat gaza. Dan doploh peratus lagi untuk lembaga pengarah cemara holding yang akan bertapak di Amareka. Lapan belaih peratus lagi untuk pelaburan hartanah teraju holdings.
Sebijik macam drama melayu. Haha!
Tah hape-hape holding semua keluar, pakai kereta besar-besar, ceo ni bercinta ngan ceo ni pastu clash, kapel pulak dengan dato' syarikat holding bapak kau punya, pastu masuk bilik mesyuarat duduk sebelah boss. Dialog mesti, macam mana bisnes syarikat kita di canada? 

Ohhhhh melayuuuuu...
Kenapa bila cerita cinta, mesti nak ceo ceo. Apa orang miskin tak bercinta ke?
Cinta orang miskin lebih bahagia kottttt...
Macam aku heheh.

Hamboi jauh kau lari topik kan.
Ok basically, memang tak boleh war-warkan research sebelom ianya berjaya. Tapi kalau war-warkan research tu sebagai cadangan boleh la. Untuk minta pendapat atau persetujuan pihak tertentu.
So aku tak boleh nak bagi detail-detail sangat pasal research aku ni. Sebab ada sorang co-supervisor aku tu, dia cerita kaw-kaw punya pasal research dia kat sorang kawan dia ni. Sekali kawan dia tu curi idea dia dan buat research tu senyap-senyap. Dan bila co-supervisor aku tu nak buat, tak boleh sebab orang lain dah ada finding pasal benda tu. Last-last kawan dia dulu yang dapat Dr (PhD) disebabkan idea co-supervisor aku tu. So co-supervisor aku terpaksa la cari idea lain untuk phd dia. Sadis kan?
Itu kawan makan kawan namanya. 

Cey ceyyy tetiba kena letak gambar. Hihi!

Sebenarnya research aku pasal camane nak rawat air buangan dari kilang kelapa sawit dengan menggunakan lumut. Ha tu je lah.
Nak complicated sikit, Utilization of Chlorella vulgaris and Botryococcus Sudeticus Culture in treating Palm Oil Mill Effluent. Wah gitu.
Teknologi ni sebenarnya dah ada. Tapi masih boleh diperbaharui supaya lebih mudah, murah, cepat, tangkas, pintas, pantas, as as assss. Heh.

Aku kat lab, takde buat apa pon sebenarnya.
Setakat tunjuk muka je. Haha. 
Tanya kabar lumut-lumut sekalian. Kalau dia lapar, bagi makan.
Kalau sakit bagi antibiotik. 
Kalau mati, innalillah..

 Ni tengah buat-buat bizi je ni. 
Boss takde, so tak payah pakai labcoat. Tak payah pakai gloves.
Nak bogel pon boleh.
Memang heaven la kalau boss takde.

 Boleh bergosip sambil buat ketupat. Astaghfirullahalazimmm.. Heheh.
 
 Boleh makan dalam lab.
Aku memang suka snack yang masam-masam. Sebab bila ngantuk, pekena benda ni terus macam tanjat-tanjat gitu. Kecik besor kecik besor mata tahan masam. Pastu terus tak ngantuk dah. Haha!

 Boleh main semunyik-semunyik jugak ngan labmates.
 Auuu Auuu Auuuchakk! pfftt..

 Semua label pon aku tulis Jiji. Sampai ada sekali tu, bigboss (main supervisor) aku datang buat spotcheck, dia tanya,
"Nama awak Jiji ke? Yang saya duk panggil awak Adlil Adlil. Nama awak apa sebenarnya?" 
Kahkah
Suka hati la Proffff.. Kat hollywood orang panggil saya megan fox je.


 Ni kalau bigboss buat lawatan tergempar. Complete labcoat dengan gloves. Completeeee!!


 Dan secara tiba-tiba bertukar menjadi arbok. 
Cakap kepit-kepit. Depan bigboss memang begitu. -__-

 Tapi hakikatnya.... -____-

Ok bigboss dah chowww..


 Aku pon sambung zzzzzz... Haha!


 Ehhh seriously ni bukan aku.
Tak tahu sape. Kak Limah kot.


Ni experimental set up aku kat lab.
Saje nak show off sebab semua wiring/gas piping tu hubby yang buat. Sanggup dia amik cuti sehari tolong aku kat lab.
Mana nak cari suami macam ni. Mana nak carikkkkk!!
Kalau dibagi faizal tahir pon aku tetap pilih hubby.
Ceyyy bodek baik punyaaa haha!
Malam ni dominos ke kenny rodgers bang? ;P


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

9 comments:

RieNa said...

gelak terkekeh2 baca entry kamu ni jiji. kelakar. hahaha! mmg bagus utk menceriakan hari. all da best jiji! hati2 naik jambatan pp.

p/s : kalau nk mkn KR kat sunway carnival bgtau, bleh kriena lalu sambil lambai2. hahaha

atie said...

sy pon ex-usm!! degree je la...master kt lain. hehehe xmampu eden nk truskan kt usm tu. apex sgt! ngeee T___T

ADLIL RAJIAH said...

Kak Riena,

hari2 saya melalui jambatan penang tu kak. nak terjun jambatan pon ada kengkadang haha. kak, satu hari nanti kita jumpa nak?? dating jom. saya takde BFF la kat penang ni.;P

Atie,
kenapanya dengan usm ittew?? huhu. saya selama 2 tahun duk buat phd ni, tak sampai doploh kali masuk usm. Haha! sebabnya, research collaborate dengan jabatan perikanan. so labworks semua buat kat lab perikanan. so tak boleh nak komen sangat pasal apex universiti tu. huhu. Btw, takpelah at least usm dah bagi awak degree kannnn.. :))

RieNa said...

boleh aje. insya Allah. ada rezeki nanti kita jumpa k. k riena kat uitm ptg pauh ni saja.

ADLIL RAJIAH said...

Kak Riena,
Hahhh??? seriousleyhhh??? saya selalu je pergi jusco perda tu. adik saya si Raidoo tu pon study kat uitm situ. so permatang pauh tu amcam rumah kedua jugak lah. kehkeh. okeh semangat bersemangat nak jumpa kak riena. heheh

RieNa said...

kalau adik ji rajin mai library insyaallah jumpa kriena,slalu jg kaunter IT kat library. yeyeah! selamat bertemu nanti!

ADLIL RAJIAH said...

Kak Riena,
okayyyyyhhhh!!! akan ku beritahu kepada beliau. :))

princess said...

nak jimmy palikat meh ke sepangar. Hihihi

Una Caramella said...

sy pun keje lab jugak kak. biology lab assistant, ngehehe.. sorry nyampuk, *jenjalan bace blog*