Apakah ini?
Penyanyi indie melamar kumpulan nasyid?
Bunyi pelik namun inilah yang berlaku pada minggu lepas.
Majlis Azlan Typewriter dan Raihan berlangsung dengan gilang gemilang di kediaman pengantin lelaki.
Lapan belaih lagi gambar sekitar majlis dengan membaca entri sepenuhnya.
Bajet Abang Nara sangat. Huhu!
Actually bukan Azlan typewriter sangatlah walauponnn..
Sebenarnya Azlan kawan aku masa degree dulu je walauponnn..
Nak publisiti lebih letak la typewriter sebelah. Tipu sikit-sikit. Hihi!
Dan Raihan ialah kekasih hati dia yang dah pun jadi bini dia.
Walaupon nama sama macam kumpulan nasyid tapi percayalah Raihan yang ni lagi cantik meletops dari Raihan yang korang kenal tu. Heheh.
Alhamdulillahhh dah selamat mereka menjadi suami istewi...
Aku kan. Sebenarnya kan. Rasa sedih sikit-sikit bila cakap pasal wedding kawan-kawan. Sebabnya, banyak yang aku tak dapat attend. Aku kan duduk ceruk dunia sikit. Tu la kawen lagi dengan tukang buat jambatan. *tetiba*
Kalau kawen dengan tukang buat kapal terobang ke helikofter ke dapat jugak merasa naik jet peribadi di ulangtahun perkahwinan kelak. -___-
Kalau kawen dengan tukang buat kapal terobang ke helikofter ke dapat jugak merasa naik jet peribadi di ulangtahun perkahwinan kelak. -___-
Bukan apa. Masa aku kawen dulu, ramai kengkawan yang datang meriahkan majlis aku. Rasa besttttt sangat kengkawan sudi datang. Siap ada yang datang dari terengganu & sarawak lagi. Masa tu aku ialah orang pertama kawen la dikalangan rakan sebaya kengkonon. Aku kan kawen awal. Miang terlebih. Sebab tu ramai kengkawan datang. Semua pon seronok nak tengok aku kawen. Aku lagi la seronok. Tak sabar nak tunggu malam. Wakaka!
Tapi lepas dua tahun aku kawen, giliran kengkawan pulak yang bertalu-talu hantar kad jemputan. Tapi kebanyakannya aku tak dapat attend pon. Aku berasa sungguh kecik hati.
Yang pengantin tu aku tak tahu la kecik hati ke tak aku tak datang. Takde efek pon. Haha!
Tapi aku rasa terkilannnn sangat.
Nak nak pulak bila tengok gambar kengkawan lama reunion kat kenduri si polan tu. Rasa macam tersentap sentap gitu. *lap air mata*
Nak buat camane, dah la duduk ceruk ceruk. Ada anak kecik pulak, lagiiiii la susah nak travel travel ni. Grrrrrr...
So apa yang aku boleh buat ialah, everytime aku balik rumah Mama (Shah Alam) atau rumah Mak (Puncak Alam), aku akan tengok invitation kengkawan yang bertarikh sama dengan waktu aku balik kampung tu.
So sambil balik kampung, sambil pi kenduri la senang cakap.
So last weekend aku sempat pergi dua kenduri.
Satu kenduri kawan masa degree, satu kawan masa sekolah.
Kali ni aku nak update pasal kenduri Azlan dulu, kawan masa degree.
Kenduri dia bapak jauh. Kat Gombak sanun.
Tapi sebab Lan (Azlan) & An (Raihan) ni adalah somebody jugak lah. Kahkah.
So wajib pergi!
Aku sampai je, ngam ngam diorang tengah bersanding.
Baby Haikal pon ngam ngam baru bangun tidur.
So timing dah baekkk punya lah.
Lan nampak aku terus tergelak-gelak atas pelamin. Gelak tahap terbahak pulak tu.
Apetah yang lawak sangat. Tak paham aku. -___-
Aku terkesima kejap tengok An. Glowing habis.
Aku rasa macam nak masuk minang pon ada. Ehh?
Tengok Lan pon terkesima jugak.
Lan sangatttttt.....
Jambu. Haha!
Rambut belah tepi pelissss.. Macam nobita sikit-sikit. Ang ang ang. Haha!
Kesian Lan kena bahan dengan laki aku masa makan beradab tu.
Sebab mamat ni sebenarnya macho habis ok.
Naik motor besar. Rambut pacak. Pakai RayBan.
Memang yummmsss lah kalau awek tengok.
Tapi masa wedding tetiba rambut belah tepi. Mesti la gegirl tanjat. Kahkah
Tapi mereka tetap berseri-seri! Lan dah jadi suami An. An dah jadi istewi Lan.
Alhamdulillahhh.. Kawen jugak korang.
Selepas percintaan yang sekian lama.
Penat aku jadi godmother korang. Haha!
Masa tengah makan, jumpa pulak dengan Dayat & Krun.
Coursemate aku masa degree jugak nih.
Aku rasa macam kekok sikit masa tu.
Dulu, kitorang sama-sama anak dara. Sama-sama kurus kerengga.
Dulu, kitorang sama-sama anak dara. Sama-sama kurus kerengga.
Tapi sekarang, kenapa aku dah dukung anak dan ukur lilit pinggang dah sama level dengan tetek. Tapi mereka maintain kerengga.
Tidakkkkkkk!!!! Ok ni semua salah laki aku. *tetiba*
Dan masa pengantin tengah makan beradab tu, kitorang pergi kacau.
Lan tanya Dayat & Krun, "Eh korang bila lagi. Aku dah selamat."
Tapi kat aku, Lan cakap camni,
"Jiji semangatnya anak ko. Sama gemok macam ko."
Sumpah tak kelakar langsung. Terus aku macam, ok la aku nak balik dah bye. Sentap tahap moksha bak hang. Haha!
Sebenarnya ada lagi dua pasang pengantin kat kenduri tu.
Kira triple wedding la nih. Meriah!
Lan kata,"Jiji, ko dulu double wedding kan? Hamikkk aku triple wedding! Nak kalahkan ko punya pasal."
Ok Lan. Ko menang.. -___-
Ni Lan menjawab soalan aku, kenapa tak pakai tengkolok. Kihkih.
Takpe Lan ko tetap ensem angat dengan rambut belah tepi. -..-
Aku tak faham kenapa aku nampak gemok dalam gambar ni. Sumpah tak faham.
*statement mintak hempok sirih junjung haha!*
Ni aku cilok gambar kat FB Krun. Muka Baby Haikal dalam ni toya habis.
Aku siap kepit tangan dia begitu sebab asikkkk nak tarik tudung Krun je. Kesian Krun. Minah tu dah la sibuk nak announce birthday dia sama dengan birthday Baby Haikal. Last-last tudung kena tarik sebagai balasan. Haha! Nasib engkolah Krun.
Mungkin Baby Haikal tak boleh terima ko sama tinggi dengan dia. Ehh??
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
2 comments:
yay..jiji gumuks..jiji gumuks. wahahaha
#balasbalikayatawakkatakakdulu
weh, apsal lalan xpakai tengkolok?
Kak is,
ye saya gemok. tapi dalam gambar je. kalau tengok real, kerengga pon bunuh diri. Haha sangatttt! entah la lan tu. nak tiru nobita. kahkah. tapi Raihan cantik sangatttt kan?
Post a Comment