Semalam ke dua hari lepas tah aku pon dah lupa.
Aku dapat email dari seorang reader belog ni.
Email dia lebih kurang begini.
"Salam Kak Jiji, Saya nak melahirkan rasa kagum saya dengan kak jiji
sebab saya tak percaya kak Jiji baru 25. Saya 24 and baru 2nd sem
master dan kadang2 rasa stress ya ampun nak berhenti pun ada. Padahal
bukannya dah kahwin ada laki dengan anak nak jaga kat rumah. Saya kagum
Kak Jiji baru 25, tengah buat phd, dah kahwin and ada anak. and I wonder
how Kak Jiji mampu buat semua (being a mother. a wife and and a student)
at a very young age. and you make it look like easy bila baca blog
Kak Jiji. Saya harap Kak Jiji tak berhenti tulis blog and inspire others,
kalau org lain tak terinspire pun, saya anggap Kak Jiji sebagai motivasi
saya untuk terus belajar (dan berkahwin cepat2 hahaha). Terima Kasih
Kak Jiji "
Hamboi email dia!!
Aku rasa macam dia salah orang pon ada.
Mungkin dia nak hantar kat Kak Jiji lain tapi terhantar kat Kak Jiji yang tak seberapa ini. Cey ceyyy haha! Pujian melangit ok. Terkerinting bulu hidung aku bila membacanya.
Tewhawuuuuu...
*muka pandang awan, mata berkaca, hidung kembang-kembang, bulu hidung kerinting*
Oh lupa aku nak bagitau nama empunya diri. Nama si penghantar email ni ialah Wani. Ni nama sebenar ok. Nasib baik dia benarkan aku expose nama sebenar dia. Kalau macam readers sebelom ni malu-malu tenuk nak aku expose nama kat sini, tu yang terpaksa aku bagi nama Mengkudu la,Sup Tulang la, Jeruk Pisang la. Nasib engko lahhhh.. haha!
Ok tapi kali ni nama dia Wani. Nama betul.
Oh dia ada belog jugak. Hah korang boleh tengok SINI.
By the way, sebelom-sebelom ni kalau aku online peshbuk, kengkadang ada readers belog yang tegur aku kat chatbox tu kan. Dan ada jugak yang cakap benda yang sama macam email Wani ni.
So aku rasa baik aku buat belog entry. Bukan sebab nak menambahkan lagi kekerintingan bulu hidung, tapi sebab aku ada sesuatu yang nak dikongsikan.
To be frank, aku rasa memang aku tak layak langsung menerima puji-pujian begitu. Sebab yang aku lalui bukan semuanya manis, indah, kelakar, gelak-gelak seperti yang korang bayangkan bila baca belog.
Dah aku bagitau banyak kali yang belog ni adalah tempat aku release stress. Aku nak aku rasa happy bila bukak belog.
Dan lama-lama aku sedar, ramai yang turut sama happy bila baca belog ni. Aku tak paksa pon korang rasa happy bila baca belog ni, sebab memang aku menulis syok sendiri je. Haha!
Tapi kalau korang happy, aku pon double-happy lah!
Aku memang kalau boleh, taknak cerita yang sedih-sedih kat sini. Sebab itu akan mempengaruhi mood aku jugak. Nampak sangat tulis belog baca sendiri je. Wakaka! Loser sangat disitu.
Ada beberapa perkara yang aku nak share dengan Wani dan orang-orang yang pernah sependapat dengannya. Bunyi macam wasiat ke hape ni. Huhu.
Pertama, ramai yang kagum sangat bila aku bagitau umur aku. Bila aku cakap aku umur 25, semua macam huiyooooo 25 dah buat PhD huiyooo! Tak payah nak huiyo sangat la. -..-
Walaupon di kalangan PhD students kat USM tu, aku yang paling muda, aku nak bagitau korang satu benda. Aku takde pengalaman kerja langsung. Kerja part-time takyah kira la. I mean kerja betul-betul dibawah bidang environment.
Aku habis sekolah terus buat matrik (setahun), pastu terus buat degree (3tahun), pastu terus buat master (setahun), pastu sekarang tengah buat PhD (almost 2 tahun setakat ni). Gap between levels tu, aku tak break langsung, takde pengalaman kerja langsung.
Sekarang korang nampak kan. Aku rasa SESIAPA PUN kalau buat macam aku, by 25 y.o. pon boleh buat PhD. Nak heran ape sangat?
Kebanyakan orang yang buat PhD dah tua-tua, sebabnya diorang kerja dulu between study levels tu. So beza aku dengan diorang ialah, diorang ada pengalaman kerja tapi lambat nak capai tahap PhD tu. Aku pulak cepat buat PhD tapi takde pengalaman kerja. So sama je kot.
Aku tak nafikan pengalaman kerja tu penting. Tapi setiap orang ada pendapat sendiri kan. Dan setiap orang kenal diri masing-masing.
Bagi aku, selagi momentum belajar masih ada, aku nak belajar setinggi mana yang mampu, lepas tu baru kerja. Kalau dapat duduk rumah goyang kaki saje, oh itu memang impian setiap insan. Haha!
Tapi ada sesetengah orang lagi suka kerja kejap, pastu belajar lagi. Pastu kerja lagi, dan sambung belajar kemudian. Mungkin nak rasa pegang gaji, nak tolong mak bapak ke hape kan. So depends on individu jugak lah.
Yang keduanya, Wani ada cakap dalam email tadi, dia rasa macam nak berenti belajar sebab tekanan sangat.
Ni aku nak bagitau, aku hari-hari pon rasa macam tu. Hahaha!
Tapi kalau duk pikir nak berenti nak berenti nak berenti je kan. Berenti je la terus, yang duk pikirrr nak berenti tapi dah dua tahun jugak aku buat PhD. Huhu!
Aku ada pergi kursus tahun lepas kot tak ingat dah bila. Kursus Stress Management. Postgraduate School yang organize.
So prof tu kata, yang student duk pikir nak berenti ni, sebenarnya bukan sebab dah tak minat nak belajar, tapi sebab bebanan kerja tu banyak. Otak duk pikioooo je manjang. Tu sebab datang stress, terus otak merajuk suruh berenti belajar. Padahal dalam lubuk sanubari nun jauh disana, masih tersimpan hasrat untuk habiskan belajar.
Betul kannnnnnn....
Kesimpulannya, pepandai engko lah nak manage stress tu camane.
Kalau nak ikut aku punya stress management, sila la buat belog. Haha!
Yang ketiganya, Wani kata, dia kagum sebab dalam masa yang sama, aku ada anak dan suami untuk dijaga. Sebenarnya aku tak jaga diorang pon, pepandailah diorang jaga diri sendiri. hihihik. Kalau mak aku baca ni, mau kena hempok pasu tidak syak lagi.
Aku nak bagitau something yang ramai orang-orang single tak tahu. Sebenarnya orang yang dah kawen, dah ada anak lagi kuat, rajin dan multitasking daripada korang. Sebab?
Dah terpaksa. Wakakaka!
Seriously bagi aku, anak dan suami adalah kekuatan aku. Berbanding masa aku single dulu, semua benda pon selowwww je aku buat. Takde nafsu langsung nak belajar rajin-rajin, nak buat kerja rumah. Tapi bila dah ada suami dan anak, asik rajinnnnn je manjang. Hamboih!
Kalau malam jumaat laaaaaagi rajin. Eheheheheh!
So kalau nampak orang anak lapan pon masih tekun buat PhD, jangan heran sangat. Kerana mereka lebih mampu dan kuat. Kompiden habis cakap macam anak dah sebelas. Haha!
So itu saje lah kot yang aku nak bagitau.
Lepas ni tak payah kagum sangat.
Kalau nak chat ngan aku kat peshbuk, sila cakap camni,
"Elehhhhh umur 25 baru buat PhD, aku dah kerja 8 tahun dah."
-_____-"
p/s: Wani, kalau aku yang ada masalah severe asthma dan kurang pendengaran (hearing impairment) ni pon boleh sampai ke tahap ni. Apatah lagi awak yang jauhhhh lebih normal tu, pasti lebih kuat dan boleh pergi lebih jauhhhh dari aku! Kuatkan semangat ok?
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
6 comments:
nice :)
aku setuju part dh kawin lg semangat tu sbb b4 dis kite sorang2 je.jatuh bgn sorang2.ade family pon xkan nak bgtau depan2 kat muke mak ayah yg kite mls stadi.mau nak kene hempuk dgn pasu mcm mak kau kan sis? hehehe
dh ade somi.kite tau laki kite bole dgr masalah kite dn xkan hempuk kite dgn pasu kalo kite ckp mls belaja.
hahaha
dan die ade dkt setiap jatuh bgn kite.kire mcm pembakar semangat la
xde la sorang2 mcm mase ank dara dlu huuu.to wani.
cpt2 kawin.syiok ouh hahaha
nk add akak kt fb la :)
ahaha,
smlm balik kelas master duk feeling2 nangis bawah bantal sebelum tdo sbb stress assignments byk gilaa! siap tdo 12 jam xnak bgun2. skali bangun pagi nie baca blog entry akak, trus nangis lagi sbb terharu! :') terima kasih akak, terima kasih Allah sbb berikan kekuatan melalui a total stranger :)
akak mmg kagum ngan ko jiji..
akak umur 25yrs x abis degree lg..
kawen? tunang pon blum lg ms tue..apatah lg nak beranak..
keep gud job dik..
gud luck!
semoga baby cepat sembuh jiji...
Post a Comment