Tudung Sepet

 Hubby kan. Sekarang suka betul nak puji-puji cara aku pakai tudung.
Dia cakap cantik la, sopan la, ayu la.
Padahal aku memang dah ayu sejak azali. *Hakhhhtuiii!*
Semuanya gara-gara aku baru tukar style pakai tudung.

Ok sebenarnya camni. Aku suka baca satu belog ni.
BELOG SEPET
Korang mesti tau kan belog ni. Feymes kottt. Kalau tak tau, meh aku nak tanya, kau duduk gua mana? Ekekekekeke.

Haa aku tiru tudung dia tu lah.
 
Sepet, engko jangan marah ahkak (ahkak la sangat!) amik gambar ko nih. Pastu slamber tepek sebelah-sebelah macam nak lawan sape lagi cantik. Haha.

Walaupon korang tengok kedua-duanya adalah sepet dalam gambar diatas, namun yang bernama Sepet adalah yang belah kiri tu ye. Yang belah kanan tu namanya megan fox. Wah gitteww!

Dan hari tu, Sepet ada buat tutorial cara nak pakai tudung style camni.
Agaknya sebab dah ramai sangat yang adore cara dia pakai tudung tu kan. Termasuk lah aku. Well, aku bukannya takde personaliti sendiri tapi sesaje nak cuba sesuatu yang baru. Eeeeeiiii geli bulu keti ai. Hihik

Kalau korang pon antara orang yang takde personaliti kah kah kah, korang boleh tiru style tudung Sepet kat sini: TUTORIAL TUDUNG SEPET

Sekali aku try, terus rasa macam nak try bertubi-tubi lepas tu.


Rasa sangat selesa dan kemas. Elokkkk je tudung tu terletak atas kepala walau kau berjalan sambil headbanging laju-laju pon. (Orang gila pon tak headbanging sambil jalan. hmm tak lama dah tu...)

Selalunya lepas sejam dua jam gitu mesti tudung aku dah selebet. Setiap jam nak masuk toilet betulkan tudung. Tapi kini tidak lagi. Saya kelihatan lebih anggun dan berseri. Kulit pon tak menggelupas. *tetiba*

Sebenarnya style camni untuk shawl je. Sebab Sepet tu memang pakai shawllll je manjang. Tapi ada sekali tu aku try style yang sama tapi untuk tudung empat segi. Yang macam tudung bawal tu kan. Ikan bawal goreng pon sodap. Ehh?

Cuma bezanya, tudung empat segi tu kau kena lipat jadi segi tiga dulu.
Pastu ko lilitttt la sama macam style Sepet tu, dan akhirnya jadi gini..

Aku pon memula pelikkkk je tengok ape jenis perangai tah tudung aku jadi gitu pulak. Tapi lelama rasa macam eh cantik jugak la. Hahahaha. Perasan di luar tabi'i sungguh.

Jadi kesimpulannya, aku nak ucap tengkiu kat Sepet.
Kerana engko, hubungan kami suami isteri semakin intim.
Bahahaha!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

6 comments:

Amalina Ali said...

HAHAHAHAHAAAA.... Hadoi lah kak. lawak sungguh kamu.

*salam perkenalan. :)

Hazwani said...

lucu baca entry ni.:D aku pun pernah jugak test cara sepet pakai shawl.memang selesa habess.

Rina277 said...

eh awak buat kita gelak beso lerr..padahal baru arini baca entry awak ni..kita dapat tau dari blog artis fofular cik sepet tu lerr..mmg btol la entry awak ni sempoi n sgt kelakar..kipidup cik megan fox..huhuhuuu...

mizzura said...

lawak tol statement last!

Unknown said...

Wahh..skang u plak wat tutorial pakai style tu utk tudung bawal..i x pakai shawllll..huhu

Unknown said...
This comment has been removed by the author.