Ye. Kegianan memasuki contest masih belom berakhir.
Keh keh keh.
Cuma sekarang aku dah malas sikit nak memburu contest segala. So aku join mana yang nampak depan mata je. Contoh kalau aku jenjalan kat shopping komplek pastu terpandang contest form, aku akan setop dulu baca form tersebut.
Ye, orang tengok memang macam kurang waras je perangai. Orang masuk shopping komplek nak beli barang, kau boleh siap melangut baca borang contest pulak.
Dan lepas khatam borang tersebut, aku akan pikir (sempat lagi nak pikir), sama ada aku perlu masuk contest tu atau pon tak. Kalau hadiah best, wajib masuk. Macam kompom menang bahaha. Kalau hadiahnya setakat voucher KFC 5 hinggit, Hello laki aku boleh belanja dinner plate 10 pinggan la, terus abaikan from tersebut dan berlalu begitu saje dengan perasaan takabbur tertanam di dalam sanubari.
Tapi lately, keinginan aku untuk join contest tu macam dah kureng sikit la. Sebab rasa macam, ape pekdahnya?? Tapi kalau hadiah vas vas vasss huihhhh terus kaluit nak join. Haha. Tapi kalau contest yang kerek, siap suruh beli produk RM100 ke atas la. Siap suruh like page kat FB. Ehhh tak kuasa pulok saya.
Aku suka yang mudah nak join dan mudah nak menang. Semuanya mudah. Sebab aku memang dari kecik memang type yang tak suka struggle. Semua nak jalan mudah. Bunyi macam manusia tak berguna je kan. Heheh.
Bebaru ni, aku menang contest Dumex Dugro.
Bebaru ni, aku menang contest Dumex Dugro.
Dapat voucher Courts sewibu winggit. Wooo!!
Cehhh tak payah nak Woooo!! sangat la.
Voucher seribu hinggit untuk shopping kat Courts tu, sikit je kot...
Lain la kalau kau dapat voucher seribu hinggit untuk shopping kat kedai serbaneka Pak Dollah kat depan simpang akak jual burger sana tu.
Seribu hinggit shopping kat kedai serbaneka. Mau separuh kedai aku beli kang. Dah macam rupa rompak kedai pon iya kot.
Tapi kalau seribu hinggit kat Courts, alahaiiii.. lampu liplap tu pon belom tentu ko mampu. Huhu.
Tapi dah menang, syukur je la kan. Takkan nak tengokkkk je voucher tu kan. Mesti la nak guna.
Memula aku ingat nak belikan smartfone untuk laki aku.
Sesaje la hadiah kan. Maklum la laki aku tu kan pakai fone stok campak longkang je. Itu pon fone lama aku. Kang orang ingat aku ni bini tak berhati perut pulak (megan fox kan), biorrr je laki pakai fone gitu. Dah tu laki aku yang nak pakai fone tu. Aku dah cakap jangan jangan jangan. Tapi dia nak nak nak jugak. Haha drama sangat.
Aku pon dah skodeng-skodeng katalog Courts, ada la beberapa smartfone yang menawan kolbu. Yang cantik, smart, kaler putih, skrin besar, trendy. Ehh macam cari smartfone untuk diri sendiri je. Haha.
Tapi tetiba laki aku cakap, dia taknak smartfone. Dia tetappppp nak pakai fone stok campak longkang tu. Ha ko tengokkkkkkk. Aku tak bersalah langsung dalam hal ni. Aku nak bagi dah, tapi dia yang taknak. Huhu.
So kitorang pon tak tau nak beli ape dengan voucher tu. Nak beli perabot, hamboiiii rumah kau besar mana lah sangat nak lungguk perabot bebanyak. Nak beli washing machine, dah dua ketul pulak washing machine kang. Terus boleh bukak kedai dobi tak pepasal. Nak beli tibi, alahaiiiii untuk pengetahuan korang, rumah aku memang jarang giler bukak tibi. Kalau bukak pon time berita. Itu pon, bila Pak Najib cakap, masing-masing buat tak tahu. Haha. Politik politik politik. Boringggggg. So memang most of the time, rumah aku memang senyap. Takde bunyi tibi. Tak payah letak sign TOLONG SENYAP *angkat jari telunjuk* sebab memang dah semulajadi senyap.
Ada sesetengah orang dia suka ada bunyi-bunyi sikit kan. Tak kisah la tibi ke radio ke. Senyap sikit, takut. Tapi bukan kat rumah aku, kitorang lagi suka senyap. Sampai nak berborak pon kena berbisik. Eh dah kenapa berbisik? Macam tak waras pulok? Keh keh keh
Kesimpulannya, eh dah kesimpulan? Kitorang pon tak tahu la nak buat ape dengan voucher tu. Nak kena tawaf Courts tujuhploh kali dulu kot baru dapat ilham nak beli apa. Huhu.
Oh sebenarnya kan. Aku join contest Dumex Dugro ni pon last minit.
Asalnya malas nak join sebab dah tau kalah. Ceyceyyyy.
Takdelah, sebab syarat dia kena ada bayi umur setahun. Baby Haikal kan mana cukup setahun lagi. So kompom kena rejek kalau masuk pon. Tapi satu hari tu aku dapat satu hidayah supaya masuk contest tu. Dalam hati, masuk je, kompom menang punya, sebab Baby Haikal hensem. Wahahahaha. Muntohhh!
Tak sangka memang dah rezeki Baby Haikal.
Eh kalau begitu aku belikan smartfone untuk Baby Haikal la. Senang nak tanya kabar dia kat taska nanti. Haha
Acaner semua?
2 comments:
Haha, memang baby Haikal boleh angkat tepon naty. komfem kawan 2dia jeles. haha. bertuah Haikal selalu menang contest. argh geram tengok pipi dia.
Tu la kan. Siap bawak smartfone pi skool. Barulah koooll.. Hahah
Post a Comment