Pagi tadi, masa aku tengah melampiaskan nafsu terhadap fesbuk (hamboih!!), tetiba ada sorang kawan lama aku ni PM kat inbox aku. Aku namakan dia Datin Seri la eh (Aku memang suka bagi nama samaran kat orang kan Haha!).
So Datin Seri ni ialah kawan aku masa degree kat uitm dulu.
Dan takde la rapat mana pon dengan aku. Masa kat itm dulu pon, setakat bertegur sapa masa terserempak,
Hai! Awak nak pergi mana. Nak pergi kelas la. Kan kita kat kelas ni.
Pastu terus blah. Haha!
Pastu elok habis degree, terus tak contact dah langsung-langsung.
Setakat ada dalam friendlist FB saje lah. Huhu!
Pastu pagi tadi tup tup dapat mesej kat FB dari Datin Seri ni.
Tanjat gegirl taw..
Datin Seri mintak no fone aku. So aku pon bagi lah.
Tak sampai lima minit lepas tu, dia call.
Huihhh double tanjat-tanjat gegirl taw.. Haha!
So kita pon borak-borak la.
Rupanya nak kawen dah si Datin Seri ni. Hamboiiii dari suara dia je aku dah tahu, dia mesti dah tak sabar sabar nak tawen kannnn... Mesti eksaited gilosssss..
Aku dulu pon camtu jugak.
3 hari lagi nak kawen, lama nya rasa hoiiii!
Sehari lagi nak kawen, lagi la rasa lamaaaaa!
Berjanggut tunggu! Kekekeke..
*ke aku sorang je rasa camni? Haha!*
So masa calling-calling tu Datin Seri ni jemput la aku ke majlis dia. Aku bagi alamat, nanti dia pos kad. InsyaAllah, kalau senang aku datang ye, Datin Seri.. =)
Tapi tujuan utama dia call, bukannya untuk menjemput pon, itu mukoddimah perbualan saje. Heheh.
Tujuan utamanya ialah,
Datin Seri: Jiji, aku nak tanya sikit ni.
Aku: Apa dia?
Datin Seri: Aku baca belog kau. Hehehehe..
Aku: Erkkk...Hihihi.. Dah tu kenapa?
Datin Seri: Kan kau ada post pasal Felda Residence Hot Spring Sungkai tu kan. Best tak tempat tu?
Aku: Hamboiiii..nak honeymoon lettew..
Datin Seri: Hihik takdelah.. Best tak tempat tu?
Aku: Best la jugak. Eh kau pergi la tempat sejuk-sejukkkk.. Boring la kau nih. Honeymoon pergi tempat air panas buat ape. Sejukkkk la besttttt.. Huhu.
Datin Seri: Haha! Sengal kau eh.. Ok cameron dengan hotspring tu, mana lagi best?
Aku: Errrr...Cameron best jugak. Tapi takkan kau nak lepak kat taman makan strawbery je kan. Kau mesti memanjang lepak kat bilik je. Percaya la cakap aku. Haha.
Datin Seri: Sengal la Jijiiii! Haha! Emm..jacuzzi kat hotspring tu kan, terlindung tak? Orang boleh nampak tak kita mandi-mandi? *dengan nada malu-malu kucik*
Aku: Jeng jeng jengggg... Haha! Tak nampak la.. Villa dia ada tembok plus banyak pokok. Takkan nampak punya. Eiii eiii eiiii bestnya... Eheheheh..
Datin Seri: Ko ni kannnn.. Haha! K la Jiji. Thanks taw. Nanti datang kenduri aku bawak budak tembam tu sekali (Baby Haikal).
Aku: Okay...nanti aku suruh dia gosok-gosok perut kau k..
Datin Seri: Eishhh! Pandai ko ehhh.. K la bye!
Hihihik malu-malu pulak bakal pengantin kita ni.
Mesti dalam hati tengah selonggok taman berbunga-bunga.
By the way, rupanya Datin Seri ni pon baca belog gegirl ek..
Terharu gegirl. Haha apakahhhh..
Aku seronok dengar suara Datin Seri. Happyyyyyyy sangat bunyinya.
Teringat masa aku nak kawen dulu. Sama lah happynya.
Rupa dah macam orang overdose ke hape, happyyy je manjang.
Cuma happy aku dulu ada campur gatal sikit-sikit. Kah kah kah.
Akhir kata, all the best Datin Seri!
Semoga semua persiapan lancar dan dipermudahkan ok.
Dan proses honeymoon pon 'mudah'. Haha!
Tahniah taw! Am happy for you! =)
Ni entry lama aku pasal Felda Residence Hot Spring Sungkai tu:
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
2 comments:
tanjat gegirl tau! hahahha suka nak lompat2 ja rasa. huhu. lawak la kak jiji ni. hihi. btw, sy silent reader blog akk. comeynyaaaaaaa bby haikal. gewwamm sgt2. mcm nk lambung tinggi2. haha. mcm la larat kn. :)
Nurul,
Silent reader? Tetanjat gegirl lagi. Haha! Thanks nurul. Keep supporting!
Post a Comment