Calon menantu?

 Hamboiiiiii...Makin ramai pulak rival aku ni.
Dah la tetiap hari nak kena tahan jeles bila tengok Baby Haikal berpelukan dengan Papa dia. Semalam pulak, masa amik Baby Haikal kat nursery. Ada sorang budak pompuan ni datang kat aku. Datang-datang je, tarik-tarik baju aku. Aku dah pelik la kan. Apa peramah sangat budak nih.


Tetiba teacher dia cakap.
"Puan, itu Damia. Tua dua bulan je dari Haikal. Dia la yang paling rapat dengan Haikal kat sini. Hari-hari sebut aikal aikal aikal."

Ooooo...jadi ini la punca ko suka pergi sekolah ye yang? Ada awek rupanya.
Jadi aku pon cepat-cepat amik gambar budak tu. Nak tunjuk kat hubby. Haha.


Hubby tengok gambar tu, dia cakap,
"Comelnyaaa! Pandai anak Papa pilih. nanti Papa ajar cara-cara ngorat awek k. Jangan tanya Mama kamu. Dia tu ape pon tak reti."

APAKAHHHH?????
Sila ulang lagi sekaliiiii!!!
Telinga dah berasappp ni!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

2 comments:

mama ieqa said...

betul, cumel la aweks haikal tu.. ehhehee

Nurul said...

hahahahaha lwaknya bby haikal ada aweks..