Raya rumah Atok & Lola

Punya lah beria Mama susun kuih raya best-best di ruang tamu, last-last dihabiskan oleh anak sendiri. Siap anak tersebut mintak dibungkuskan kuih raya untuk dibuat kudapan di masa lapang. Hamboi muka tembok sangat.
Dan anak tersebut ialah aku rupanya. Hak hak hak


psstt..psssttt..mak saya tu kan, asik maaaaakan je kerja dia. Tu kat belakang tu, tak lain tak bukan tengah kuis-kuis balang tart nenas la tu.



Baby Haikal sedang beramas mesra dengan Daddy Lang yang baru balik kerja. Baju "chef" dia pon tak buka lagi.



Lola, jom main piano sambil choir lagu row row row your boat nak?


Gigih ajak Atok tengok upin ipin kegemaran Baby Haikal.
Tapi last-last dia sorang je yang boleh bertahan layan upin ipin lelama.

Muka tak boleh lagi serius ke yang?? Upin ipin je kottttt.


Like a boss sangat.


Lepas raya rumah Lola, hubby mimpi ape tah tetiba ajak jalan-jalan round Shah Alam. Padahal waktu tu dah pukul 12 tengah malam. Apa je pon ade kat Shah Alam tu.
So kitorang singgah i-city, eh bukan bukan. Dataran Shah Alam je padahal. Hehe


 Korang boleh abaikan je butang di bahagian perut yang dah terbukak-bukak tu. Tu memang trend megan fox sekarang. Ehek ehek akibat makan tart nenas sampai tersembul pusat ehek ehek.




Nak jugak amik gambar berbelakangkan "pokok i-city". Konon-konon-kononnn la kan. 
Kamon la, padahal gerai burger kat kawasan rumah aku tu pon dah pasang pokok ni okayyyy. Hari-hari abang burger tu rilekkk je feeling i-city sambil buat burger special cheese lebih tiga hinggit setengah. Tak kecoh pon nak letak profile picture kat FB sambil posing chak chak chak dengan pokok i-city. -___-"



3 comments:

cik chinta said...

tipah tetipu, mak aii...comey nye baby.

fifie said...

Leher baby haikal dah tenggelam dek lemak-lemak. Huhu. Cuteee

azieazah said...

Sejak budak putih gebu melepak tu lahir, asyik ler gambor dia jerrrr kan?
Jadi model blog la nampaknya dia, kan?
Nak cubit bleh?