Last week dengan tak semena-mena kitorang pergi coti-coti Langkawi.
Kenapa dengan tak semena-mena? Sebab tak plan langsung, main bedal je pergi.
Entah apa yang nak dibuat kat Langkawi tu pon aku tak tahu. Walau dah berapa kali tah aku jejak kaki kat Langkawi, masih tak tahu nak buat apa di sana. Hak hak hak.
So kita bedalkan saje.
Hari ni terpikir nak pergi, esoknya terus tak semena-mena beli tiket feri, terus tak semena-mena chiao ke Langkawi.
Kitorang decide naik feri dari Penang saje. Sebab malas nak drive ke jeti Kuala Kedah/Perlis.
Tapi kalau korang senang mabuk laut, memang tak recommended la naik feri dari Penang. 3 hours terhuyung hayang atas feri hoiii. Boleh meroyan hoiii. Kalau dari jeti Kuala Kedah/Perlis, hanya perlu mabuk-mabuk dalam sejam lebih saje.
Tapi nasib baik kitorang ni jenis yang dapat je pekena aircond, dapat kusyen landing baik punya, memang tidur mampoih la. Sedar-sedar je ehhhh Langkawi di depan mata.

Mood Baby Haikal tak berapa baik pagi tu.
Sebab biasanya dia bangun pukul 9-10 pagi, tapi hari tu terpaksa bangun pukul 5.30 pagi! Hamik kau. Aku tetap mandikan jugak budak ni dengan air sejuk. Sekali jirus, mencicit meronta-ronta meminta tolon. Heheh.

Telinga gua ada empat. Engko mampu?
Masuk feri, terus membuto. Kau tengok Baby Haikal, kemain tido atas paknya. Dia kan skandal baru bapak dia tu. Bukan setakat katil kat rumah je boleh berkepit dengan Papa, tapi di mana jua okay. Di mana jua! Ceytt!
Lepas bermabuk-mabukan dia atas feri, sampailah kitorang ke Langkawi ni.
Terus sewa kereta. Terus ke tempat penginapan.
Kitorang stay kat Mali Perdana Resort.
Memang recommended tempat nih.
Dah la affordable (tapi kalau korang pergi waktu peak season, harga boleh melambong sampai 5 kali ganda). So kalau nak ke Langkawi, pergi la waktu hari-hari biasa okayyy.
Lepas tu, resort ni betoi-betoi tepi Pantai Cenang! Tak sampai doploh langkah kot jarak bilik dengan pantai.
Kau pernah tidur sambil dengar bunyi ombak? Hoi heaven yang amat tahu!
Kau pernah tidur sambil dengar bunyi ombak? Hoi heaven yang amat tahu!
Bukak-bukak pintu bilik je, terus ahhhhh...pantaiiiii..!
So senang nak mandi pantai, boleh bilas-bilas di bilik saje.
Selain affordable, dekat dengan pantai, korang jugak dapat reach macam-macam tempat within walking distance saje. Underwater World, McDonalds, Coco Valley (borong cekelat), The Zone (borong pinggan mangkok), Night Market, tempat-tempat makan feyems kat Langkawi, Mini Market. So boleh lah minimize penggunaan kereta juga. Paling penting, ATM Bank Islam & Maybank juga within walking distance. So no excuse untuk tidak melompongkan akaun masing-masing. Heh
Lepas check in bilik, test golek-golek atas katil barang seminit dua, dan kitorang pon zasss ke destinasi pertama Underwater World. Tak perlu naik kereta, lenggang mak jemah sudahhh.
Baby Haikal batak-batak ubi bila tengok makhluk-makhluk kat Underwater World ni. Asikkkk meronta nak dilepaskan, taknak kena dukung.
Ni ape daa aku pon tak paham tetiba ada backdrop salji-salji bagai. Kata underwater?
Jap, cer korang ushar makhluk yang macam beruk ke hape tah dalam gambar atas ni.
Scary siot muka dia. Macam muka orang.
Dah la dia suka tenungggggg orang lelama. Aku nampak je makhluk ni, terus terkejut, terus pandang tempat lain bebuat tak nampak. Pastu dan-dan hubby bisik kat aku, "Sayang perasan tak muka menatang tu, macam muka orang la kan? Macam pakcik tua."
Arghhhh stress makcik! Takut lagi menakutkan.
Cer ko zoom kalau beran. Hihihihi.
Sepanjang kat Langkawi, kitorang makan kat macam-macam tempat. Kat Pantai Cenang ni memang banyak tempat makan best. Kalau korang gugel "tempat makan best kat Langkawi", yang keluar mesti mostly area Pantai Cenang.
Dan harganya agak mahal la sikit tapi masih affordable.
Untung kau yang, kecik-kecik dah makan ikan bakar. Mama dulu, makan ubi bakar je. Masa tu hidup susah. Malaysia belum merdeka. Puiii bohong.
Paling indah bila pepagi kau bukak pintu bilik, terpampang scenery macam nih.
Sampai hubby cakap, kita pindah sini je la! Kah kah kah
Hubby siap bangun pepagi lepas subuh, terus transform kain pelekat kepada swimming trunk, terus terjun pantai. Pepagi subuh engko, air sejuk gilo engko, serius kecut telor engko.
Tu la akibat tak tahan benor tengok pantai.
Siap dengan rainbow, bunyi ombak manja-manja segala. Perghhhh..
Disebabkan pantai depan bilik jugak la kitorang asik delay-delay je program nak berjalan ronda Langkawi. Selalunya bila matahari dah tinggi, bila dah perasan kulit dah separa niger, baru nak insaf keluar dari pantai.
Ada satu hari tu, dah tengahari baru kitorang gerak pegi cable car. Kalau dah tengahari tu pempaham je lah. Mesti orang dah beratur panjang punya. Dah tu engko tak reti nak gerak awal-awal pagi kan. Kan dah padan muka kannnnn. So kalau korang nak pegi cable car, sila pegi awal pagi. Kalau boleh, kau kena terpacak depan godola sebelom azan subuh. Kompom jadi orang pertama. Enjin cable car pon belom start lagi.
Nasib baik waktu tu, Baby Haikal tengah syiok membuto, takdelah duk meragam waktu tengah beratur tu.
Tapi naik je atas gondola, terus celik budak ni.
Waktu kitorang pergi tu memang sedap-sedap je cuacanya.
Tak panas, tak sejuk. Walaupon kabus tebal je manjang. Tapi takdelah sejuk tahap gigil-gigil. Aku takut jugak sejuk sangat sebab terlupa bawak sweater Baby Haikal, tertinggal dalam kereta. Nyanyukkkkk sangat kau mak jemah.
Tapi malangnya, kitorang tak dapat merasa naik skybridge, sebab under maintenance.
Pulakkkkk!!!!
BTW, aku dah pernah naik skybridge ni waktu dia baru launched dulu. Dah lama dah la kan. Tapi hubby belom pernah naik. So meroyan jugak la laki aku tu kejap. Opkos la motip utama engko naik cable car adalah untuk naik skybridge tu kan. Dah tu dah sampai puncak, terus terkulat-kulat tak tahu nak buat apa sebab skybridge tutup. pfffffttt..
Dah tu dah tutup nak buat cemana kan.
Tercongokkkkk je lah kitorang kat puncak tu sambil feeling-feeling kabus yang lalu lalang di situ.
Budak ni memang dah tak suka dipegang. Kalau dukung, mesti meronta-ronta minta lepas. Mak mertua aku cakap budak nak belajar berdiri/berjalan memang begitu. Haihhhh..
Aku bukannya takmo bagi lepas, tapi kang kalau lepas, hah jadi macam dalam gambar kat atas ni lah. Sibuk nak main dengan lopak air. Pastu masuk mulut. Ishhhhh!
bersambung...
0 comments:
Post a Comment