Cik Siti Haikal

Mungkin ada yang dah tengok gambar-gambar Cik Siti Haikal ni kat FB.
Tapi aku nak up jugak kat sini sebagai koleksi gambar Baby Haikal dalam belog.


Mungkin korang tertanya-tanya kenapa Baby Haikal dibuli sampai tahap macam ni sekali. Pakai tudung?? Dengan telinga terkeluar??
 Apa fesyen yang nak diketengahkan sebenarnya di sini?

Semuanya bermula bila Baby Haikal taknak lelap mata pada satu malam tu. Walau dah pukul 1 pagi, tetap buntang lagi matanya. Mujurlah malam tu, Raidoo tidur rumah aku. So aku lungguk je la si debab ni kat Raidoo, sebab aku nak tido. Heheh.
So akibat kebosanan melanda, plus Raidoo dah tak tahu nak buat apa supaya budak ni tidur, so Raidoo merasakan bahawa membuli Baby Haikal memang sewajarnya dilakukan. Hak hak hak.
Kesian ko yang. Tu la sape suruh tak tidur...
Kan dah kena denda tutup aurat. HAHA

2 comments:

MizzTina said...

alololo..comel, mata bulat..haishh

Umialya said...

comelkan!!