16 September yang ke-25

Halloooo uollls!
16 September lepas uolls buat ape?
Kan ke cuti sampai dua hari Ahad Senin, sempena Hari Malaysia tu kan.
So uolls buat ape je?
Merenung jalur gemilang sambil meleleh air mata mengenangkan jasa pahlawan-pahlawan negara?
Membelek buku teks sejarah tingkatan 3 sebab nak tahu apa punca sebenarnya kita menymbut Hari Malaysia nih? 
Atau, meyertai skuad perbarisan peringkat kampung berkawad sambil menyanyikan lagu sekolah? Eh silap, lagu Negaraku?
Atau mungkin ada yang melangut saje depan tibi sambil menghayati cerita peristiwa Bukit Kepong sambil kunyah kuaci cicah sambal belacan?
Bagusssss. Patriotik sangat uolls.
Boleh dapat anugerah Dol Said sekarang.

Tapi untuk aku, ia bukan sekadar Hari Malaysia semata-mata.
Sebab pada hari yang sama, genaplah 25 tahun selepas kali pertama aku buka mata melihat Malaysia! Keluar je dari rahim Mama, buka mata, pastu terus WAHHHH SAYA KAT MALAYSIA.
*perasaan bangga terpalit di jiwa*
Dah tu.. macam sebelom tu engko kat Amareka je. Padahal baru keluar dari perut mak.
Kengkonon nak bagi nampak macam hari kelahiran aku sangat berkait rapat dengan Hari Malaysia la kengkonon. Puiiih.

So 16 September tahun ni jatuh pada hari Ahad. Tapi sebab Ahad memang dah cuti, makanya hari Malaysia tadi terjatuh jugak pada hari Senin. Dah dua kali pulak jatuhnya.
Makanya, aku adalah orang yang sangat gumbira. Sebab kengkonon nak isytiharkan birthday sendiri pon terjatuh dua hari. Takmo sehari je. Nak jugak terjatuh pada hari Senin. hak hak hak.

BTW, birthday aku kali ni takde ape yang grand pon.
Aku mejalani kehidupan seperti biasa saje.
Malam sebelom birthday aku tu, aku & hubby mengemas barang-barang lama. Mostly barang-barang masa bujang lah. So masa mengemas tu macam-macam harta karun la kitorang jumpa.
Paling takleh blah bila terjumpa kad/surat masa zaman bercinta dulu.
Masing-masing takmo ngaku sape yang tulis.
Gugur-gugur bulu ketiak aku bila baca balik kad-kad tu semua.
Kehadapan abam hensem yang jauh dimata dekat di hati.
Kah kah kah.
Dan malam tu kitorang tido pukul 2 pagi, asik duk terkekek-kekek baca kad-kad tu semua.

Esoknya ialah hari jadi aku a.k.a hari tidur sedunia, so tengahari baru kitorang bangun, sebab dah tak larat nak tidur. Tidur sampai tak larat, kau pernah?
So bangun tidur, hubby bisik..
Happy birthday, Mama..
Dan tetiba fone ringing. Along call dari Key Ell & Mama call dari Manila. Dua-dua pon nak wish birthday. Dengan efek air liur basi mengering di tepi bibir, aku pon layankan je borak ngan diorang. Rasa kelat-kelat je bila bercakap masa baru bangun tido. Kah kah kah

Tak lama lepas tu hubbypulak tanya,
"Mama nak hadiah apa birthday ni"

Aku jawab simple,
"I just wanna spend time the whole day with u & Haikal. Tolonglah. No laptop, no facebook, no TV. Kita having good quality time sesama k."

Since sebelom ni hubby asik biziiiiiii je manjang.
Aku pon sibuk ngan hal akuuuuu je.
So walaupon hari-hari bersemuka, tapi masing-masing duk buat hal sendiri.
That's why aku request gitu untuk seharian birthday aku tu.
So kitorang memang spend time sama-sama to the max la.
Walau setakat keluar jenjalan.
Keluar makan-makan.
Lepak-lepak.





Dan itu saje.
Seriously itu saje.

Banyak kali jugak hubby tanya aku nak hadiah apa.
Tapi aku tetap jawab nak spend time dengan family.
Dan last sekali ditanya, aku pon minta hubby belikan aku telekong baru.
Tapi hubby cakap,  
"Laaaa kalau nak request telekong, hari-hari biasa pon Papa boleh belikan. For your birthday, nak apa?"

"Bagi Mama, having u & Haikal beside me pon dah worth langit dan bumi! So cukup lah itu saje."

Aku pon tak paham kenapa aku tetiba dah tak bernafsu sangat nak sambut birthday kali ni. Macam simptom orang tua pon ade. Haha

The following day, hubby bagitau aku, dia amik cuti straight seminggu sebagai hadiah hari jadi aku.
He said, "Since Mama nak spend time dengan family, lets go somewhere nak? Langkawi? Kita seronok-seronok kat sana. Ok tak?"

So aku ponnnn, WOOOOHOOOOOO!!!
So tomorrow kitorang akan ke Langkaweyyyyhh!
Weeeeehooooo!!

Laki aku ni suka buat plan last-last minit taw.
Cuba kalau dia dah bagitau awal-awal nak amik coti seminggu.
Maunya aku dah book sesiap untuk vacation ke Krabi ke Phuket ke. Ewah!
Ni dah last-last minit begini, ke Langkawi saje lah.
Ingat nak ke Cameron, tapi tak best la pulak pegi tempat sesejuk waktu tengah "red flag" nih.
Ehhhh terbagitau pulok!??

Oh selain itu, aku pon ada hadiah untuk diri sendiri sempena birthday.
Aku menang 2 contest lagi. Kih kih kih
Eh dah lama aku tak update pasal contest kan?
Lately ada la jugak menang beberapa contest kecil-kecilan.
Setakat menang GSC movie tickets from KoolFever.
Dengan hamper worth RM200 from Kao Malaysia.
Dua-dua pon belom pakai lagi.
So boleh considered as birthday gift untuk diri sendiri la tu kan.

Itu saje la update sempena Hari Malaysia aku tahun ni.
Sangat sederhana tapi bahagia.
Bagi aku, segala yang baik segala yang nikmat segala yang membahagiakan yang hadir dalam hidup aku sekarang, itulah hadiah yang maha indah dari Allah untuk aku.
Alhamdulillah.

2 comments:

yaNa said...

alhamduillah..
selamat hari lahir sis..
moga kalian sekeluarga berbahagia hendaknya..amen..

gie langkawi ek..cekelet daim satu beg! erk..tetiba terorder plak.. ;)

zawani badri said...

blessed birthday :)