Sesekali aku dengari suara-suara mereka
Macam langau bahasanya
Sikit pon tak kufahami
Ku tajamkan lagi pendengaran ini
Macam kicauan burung pulak bunyinya
Tak langsung ku mengerti
Lantas aku merendah diri
Keyakinan ku kian luntur
Tuhan, inikah tuah ku
Tuhan, inikah hikmah ku
Ku adu pada teman taulan
Mereka sibuk mengejar impian
Ku adu pada sang guru
Mereka tak dapat putuskan apa-apa
Ku adu pada si kekasih hati
Hanya belaian dan pujukan yang menenangkan jiwa
Ku adu pada pokok
Hanya lambaian yang menyindir
Ku adu pada ombak
Hanya deruan yang menggentarkan rasa
Ku adu pada bulan
Hanya.. kosong..
Ku tatap wajah kecil dalam dakapan
Apakah nanti kau akan faham
Apakah nanti kau akan mampu
Apakah nanti kau akan kuat
Dengan setiap liku duka hidupmu kelak
Sedangkan ibumu juga hampir patah lumpuh
Sedangkan ibumu juga tak pernah faham perih dunia
Sedangkan ibumu juga menumpahkan air mata
Aku bersyukur
Wajah kecil itu sedikit sebanyak
Memberiku kekuatan
Meredakan sesak dadaku
Melapangkan sesak otakku
Mengingatkan aku kepada Maha Pencipta
Alhamdulillah
Engkau telah menciptakan sesuatu yang amat indah untukku
Di saat aku mengharungi dugaan dunia-Mu
Maka ku adu pada-Mu
Berikan aku kekuatan jasad
Berikan aku kekentalan nurani
Berikan aku ketaqwaan hakiki
Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu hikmah setiap ketentuan itu
Janganlah kau palingkan imanku terhadap-Mu
Kerana aku adalah hamba yang sentiasa menagih simpati-Mu
Kerana aku adalah hamba yang sentiasa menagih simpati-Mu
0 comments:
Post a Comment