Seperti yang dijakunkan oleh segenap lapisan masyarakat, semalam ialah tarikh yang special i.e. 10/10/10.. Raaaamaaaai orang yang kawen semalam kan? Tapi aku terpaksa ignore semua jemputan kawen yang diterima, sebab aku duk jauh kat utara ni.. Tak kuasa la pulak nak terjah Keyy Eyll semata-mata nak pergi wedding. Sorry kawan-kawan dan Selamat Pengantin Baru! =)
So ada apa dengan 10/10/10?? Bagi aku biasa je.
Nak tunang, aku dah tunang. 14/06/09
Nak nikah, aku dah nikah. 12/6/10
Nak kawin, hari-hari aku kawin! =P
Seperti weekend-weekend yang lain, aku and hubby akan spend time bersama. So as yesterday adalah 10/10/10, hubby suggested pergi tempat yang sejuk, best nak pelok-pelok.. Kih kih kih..
Survey punya survey, we decided to go to..
Gunung Jerai, Kedah!
Gunung Jerai, Kedah!
Dalam perjalanan, kitorang singgah Tesco, beli bekalan makanan, jajanan, snackan dan kekacangan untuk dikunyahkan di Gunungan Jerai nanti. Heheh. Dan tetiba terserempak pulak dengan dua pupu aku kat Tesco tu. Aku pernah cerita pasal dua pupu aku ni kat SINI. Kitorang terjumpa kat Toilet pulak tu. Dia tengah basuh be*ak anak dia. Hihihi..
Sempat la snap beberapa gambar.. =)
MakNgah rinduuu kat Faris lah! Geraaammmm..
Tanpa membuang masa kitorang straight ke destinasi yang nak dituju-Gunung Jerai.
Perjalanan naik ke Gunung Jerai ni lebih kurang berpinar macam nak ke Fraser's Hill / Cameron Highland la jugak. Memang menduga kesabaran wey. Aku ni dah la cepat mabuk kalau jalan naik bukit/gunung. Asik nak muntah je! Sh*t!
Tapi berbaloiiiii sangat bila kau dah sampai kat Puncak Gunung Jerai tu.. Huhhh..
Tengoklah pemandangan dari puncak tu...
Nampak satu Kedah Jelapang Padi! Niceeee sangat...
Plus, udara nyaman, suhu masa tu 17-19 degree Celcius.
Memang stok pelok-pelok weyyy.. =D
Kitorang sampai-sampai je, sebelom apa-apa, tengok bilik dulu..
So ni lah bilik/rumah yang kitorang pilih.
Gambar agak kabur sebab, kabus banyak. Wuuuuu~~
Mind u, kat Kedah, Ahad ialah hari bekerja. Best sebab kitorang tak kena room rate untuk peak season i.e. weekend/public holiday/school holiday. Plus, tak ramai orang kat situ. Orang Kedah kerja kann.. so it was like, dunia ini kami yang punyaaaa!! Muahahaha!
Lepas puas "tengok" bilik, sesi bercinta/berasmara kat luar bilik pulak.. =P
Aku rasa bahagia sangat dapat spend time dengan hubby macam ni.. Rasa macam nak stopkan masa! Kami berdua sahaja. Semua yang indah-indah belaka. Ah aku bahagia! =)
Kawasan kat Puncak Gunung Jerai ni pon cantik.. Aku suka bunga-bunga kat situ. Aku sebenarnya bukanlah pencinta bunga bcoz aku alah dengan pollen kat bunga tu. In fact, sejak zaman bercinta lagi, aku dah warning hubby supaya jangan bagi aku bunga! =P
Tapi bunga-bungaan kat puncak gunung jerai tu betul-betul buat aku terpukauuuu... Aku tak perlu nak pi hidu dekat-dekat, sebab bau bunga-bunga kat situ macam terawang-awang. Maybe sebab angin kuat. =)
Pokok kat bawah ni yang aku paling aku suka. Bunga tergantung-gantung. Hihi..
Lepas aku buat gaya macam "talipon" tu, terus hubby namakan pokok tu Pokok Talipon. Haha
Okay dah puas tengok bunga???
Jom kita tengok pemandangan lain pulak..
Kat atas ni ialah executive houses. Betul-betul kat tepi lereng gunung tu. Kau bangun pagi, buka tingkap, kau nampak keindahan. Aku gerenti. Tapi kitorang tak mampu amik umah ni. Mahal nak mampuih! Haih.
I told u, aku ringan je okay! Ringan bukan bermaksud kau kurus, Jiji! Pft.
Sakan sangat, sampai putus selipar aku yang mahal-diimport-dari-Jepun tu. Heh.
Aku sebenarnya tengah sakit kaki, thats why malas nak pakai heels. Sekali putus daa.. =(
Ni la tempat kitorang pergi tu, Jerai Hill Resort.
Penat berjalan, mesti cepat lapar kan.. Jom terjah tempat makan pulak.. Nyum nyum!
Puncak Kedah Restaurant....
Bila tengok menu, muka perlu serius! Perlu! =P
Budak gelojoh, dah gigit separuh, baru nak baca doa makan! Hish!
Us!
Sekian laporan tentang aktiviti pada 10/10/10.. Haha
To hubby, thank you soooo much! U always know how to make me happy! =)
2 comments:
syok nyer, rase nak giiiiiiiiii
anonymous, mmg syok! :)
Post a Comment