5 Cara Mudah untuk Tingkatkan Creative & Logical Thinking Anak-Anak


Yeayyy finally got time to share something dengan korang hari ni!
Hari hari tau saya cuba nak duduk diam-diam depan laptop nih.
Mesti adaaaaa je distractions yang mengganggu. Hantu betoi. -___-

Ada some of you yang pernah jumpa Haikal dan mereka ni selalunya akan tanya saya,
"Pandainya Haikal bercakap. Macam mana Jiji buat?"

Macam mana saya buat?
Saya bercakap dengan dia lah. Sekian terima kasih. ;D

Ok gurau.
Basically ramai yang perasan, percakapan Haikal macam lebih matang dari usianya (he is 4++ y.o),
dan most of the time jawapan atau respond yang dia bagi adalah beyond expectation.
Haa kau jangan berani nak berdebat dengan Haikal.
Nanti kalah, itu satu hal.
Boleh gila juga memikiorkan respond yang dia bagi nanti. ;D

And if you look at Haikal's drawing,
you'll get heart attack.
Dan mungkin brain attack juga. Huhu!
Saya sebagai ibu yang melahirkan dia ni pun, cannot brain tatkala memikiorkan anak saya punya pemikiran.
Rasa macam, dia ni 4 tahun ke 40 tahun ni??
Tapi takkan 40 tahun belum sunat lagi?
Eh ok yang tu takde kena mengena. ;D

So hari ni saya nak share 5 perkara yang saya buat dengan Haikal sepanjang 4 tahun lebih ni,
yang mungkin menjadikan Haikal seperti apa yang korang tengok hari ni. ;D
Ia bukan magik ok.
Semua anak boleh jadi bijak, jika ibu bapa pun bijak.
Gicuu.




 1) Kerap tanya soalan yang buat anak berfikir (creative questioning)

Instead of tanya, "Kereta ni warna apa?",
better tanya,"Kenapa kereta ni ada 4 tayar? Kalau ada dua tayar je apa jadi?"

Atau,
"Macam mana kereta ni boleh bergerak, walaupun dia takde kaki?"

Atau,
"Kenapa burung boleh terbang tinggi? Manusia tak boleh terbang pun?"

At first, memang anak-anak akan jawab mengarut-ngarut atau tak jawab langsung.
Biarkan.
Give them time to digest soalan tu. ;D

Lama-lama bila dah biasa ditanya begitu, diorang akan tetiba bagi jawapan yang mindblown gila.
Sama ada boleh buat korang gelak guling-guling atau stress berguling-guling. Haha!

Dan jawapan yang diberi sebenarnya adalah related dengan experience-experience yang mereka pernah alami dalam hidup sebelum ni.
So jangan takut untuk beri anak banyak pendedahan tentang banyak perkara (refer point seterusnya).
And ask creative questions.
Banyakkan how and why.
Dan soalan mesti dalam bentuk yang imaginable, supaya anak boleh bayangkan.



2) Buat unusual routines / activities. 
Give them new experiences.

Contohnya, kalau kita jarang masak bersama anak, cuba spend satu hari untuk masak bersama mereka.
Kalau tak pernah masuk hutan, bawa mereka masuk hutan.
Let them experience new environment.
Kadang-kadang bukan anak yang taknak masuk hutan, tapi mak bapak yang paranoid takut pacat.
Padahal pacat tu pijak sekali je dah penyek. -____-

Ataupun bawa anak visit rumah anak-anak yatim atau rumah orang-orang tua.
Semuaaaa pengalaman baru ni akan membuka minda anak-anak,
dan membuatkan mereka lebih aktif berfikir secara tidak langsung.




3) Galakkan anak berimaginasi

Saya selalu ajak Haikal berimaginasi.
Contohnya,
"Cuba Haikal bayangkan kita sekarang dekat negara yang ada salji. Sejukkkk."

Atau,
"Macam mana kalau tetiba rumah kita banjir?"
"Macam mana kalau atas bumi ni takde air?"
"Cuba bayangkan kita sekarang tengah naik helikopter. Macam mana rasa dia?"
"Cuba bayangkan kita sekarang tengah dalam submarine. Wooo!"

Dan dari imaginasi tersebut, tanya anak, apa yang dia nampak, apa yang dia dengar, apa yang dia buat, etc.
For sure akan ada benda-benda mengarut yang dia fikirkan nanti.
BIARKAN.
Jangan intellectualize imaginasi anak.
Biarkan otak mereka ligat berfikir.

Biar dia exercise otak sampai sado.
Badan sado, otak kuruih pun tak guna. ;D



 

4) Berlakon jadi orang lain atau benda lain.

Yang ni favourite saya dan Haikal.
Kitorang suka main switch role.
Mama jadi Haikal, Haikal jadi mama.

Dari situ, kita boleh nampak macam mana diri kita di mata anak-anak.
They will imitate sejibikkkk dan sejujurnya macam kita.
Cara marah, cara cekak pinggang, cara buat muka, cara gelak, cara bercakap, SEMUA!
So dari situ, kau akan nampak betapa buruknya rupa dan percakapan kau sebenarnya. ;D

Selain dari tu, boleh jugak berlakon jadi benda lain.
Contohnya, berlakon jadi kucing ke, helikopter ke, etc.
In fact, Haikal pernah berlakon jadi lipas.
Dia memang sajeeeeeee! -____-




5) Free Writing and Free Drawing.

This is how saya tanam minat menulis dan melukis pada Haikal.
Tak perlu beli buku yang ada step by step cara lukis gajah atau step by step cara tulis huruf A.
Tak payah.

Korang cuma perlukan sebatang pensil dan sekeping kertas kosong.
Dah ada pensil dan kertas, pergi bawa anak keluar.
Pergi pantai ke, pergi taman ke, pergi shopping complex pun boleh.
Bagi dia tengok dunia sekeliling, dunia luar.
Dan jangan lupa bawa pensil dan kertas kosong tadi, biarkan anak tulis atau lukis atau conteng apa saje yang mereka nampak atau dengar.
BIAR.
Jangan bagi apa-apa rule atau instruction.

Or maybe masa tengah duduk-duduk, pasangkan muzik.
Dan bagi anak lukis atau conteng mengikut irama muzik yang didengar.
You will be surprised bila tengok hasilnya nanti!

Mula-mula mungkin anak takkan tulis atau lukis apa-apa.
Atau mungkin setitik dua je dia conteng.
TAKPE.
Teruskan beri galakan.

Macam ni la saya buat kat Haikal sejak hari pertama dia mula pegang pensil.
Dari situ dia mula tulis apa yang dia nampak, macam signboard, nombor plat kereta, nama-nama hotel, etc.
Dan dia mula lukis pokok, bangunan, kereta, logo kereta.
Walaupun ofkos la buruk dan kadang-kadang kita tak faham sepatah haram.


 Tapi as he grows up, Haikal mula berkongsi dengan saya yang sebenarnya dia sedang relatekan setiap apa yang dia nampak atau dengar, ke dalam lukisan tu,
dan lukisan tu rupanya boleh digabung-gabung menjadi sebuah cerita!

Ahmayyyyyy zing!

Kadang-kadang buku-buku mewarna atau buku yang ada guide melukis/menulis yang kita beli tu, akan meletakkan terlalu banyak peraturan terhadap minda anak,
sampai menyekat kebebasan mereka untuk berfikir.
Setuju?

So practice free-writing dan free-drawing juga dari semasa ke semasa.




Sekian 5 cara yang saya rasa sangat powerful dalam membentuk cara pemikiran anak-anak,
dan melatih mereka untuk matang dalam berfikir sesuatu perkara.
Kadang-kadang kita ibu bapa ni yang rasa terlalu pandai sampai terlalu menyekat pemikiran anak-anak.
Terlalu memaksa anak-anak berfikir di dalam kotak sahaja. Kan?

So lepas ni,
JANGAN.

Semoga kita mampu menjadi ibu bapa yang cool,
supaya anak-anak akan jadi dua kali lebih cool.
:D


********************************************************************************************
Have you registered for our Haikal's Outdoor Playgroup?
Hey ada special promo tau!

http://saatakukaupilih.blogspot.my/2016/03/haikals-outdoor-playgroup-2016-haikalopg.html  

HAIKAL'S OUTDOOR PLAYGROUP 2016 - #HaikalOPG

Hello, everyone!
Adakah korang masih ingat bendealah Haikal's Outdoor Playgroup ni?
Setelah lama menyepi sebab sibuk dengan talk dan seminar sahaja,
now #HaikalOPG 2016 is here!
Akhirnyaaaa.
;D

Sebelum saya reveal beberapa benda best dan modul terbaru #HaiklaOPG untuk musim 2016 ni,
let's throwback beberapa gambar, video dan liputan media sepanjang #HaikalOPG 2014 dan 2015.
Ambik feel rindu-rindu dulu..



 2014 dan 2015 adalah kenangan terindah untuk para peserta dan team#HaikalOPG.
Selain dapat mencetuskan kegembiraan dan senyuman di wajah ibu bapa dan anak-anak,
team #HaikalOPG juga dapat sokongan dan liputan meluas dari media tempatan.
Alhamdulillah! :)

 #HaikalOPG dalam UTUSAN, 2014. KLIK SINI.


#HaikalOPG in Safiyya TV9. KLIK VIDEO.


Aaaahhh..rindunya!! -____-


Jadi bagi merawat kerinduan dan kegersangan ini (bahah),
we are making a comeback pada tahun ini yeayy!

To be frank, team #HaikalOPG mengambil masa yang sangat lama untuk merangka modul bagi tahun ini,
sebab kitorang nak buat macam-macam kelainan, penambahbaikan dan kejutan vavavaaa!



 This is #HaikalOPG 2016.

Konsep kitorang untuk tahun ni ialah,
FAMILY -- PROJECT -- PLAY

 Ada apa dengan konsep baru ni??

1) FAMILY
Kami percaya, a family that plays together, stays together.
Jadi setiap modul yang kami bawakan setiap sesi, adalah merupakan AKTIVITI KELUARGA.
It's a parent-child activity.
Parents perlu involve sepanjang playgroup berjalan.
Bukan setakat tengok anak main, pastu ambik gambar anak, post kat IG. -..-
This will be worth it, sebab secara tak langsung parents akan dapat peluang mencapai quality time yang baik bersama anak-anak menjelang setiap hujung minggu!

2) PROJECT
Wowowo yang ni benda yang paling eksaited saya nak cerita!
Project yang kami rangkakan untuk #HaikalOPG kali ni adalah bukan calang-calang ye.
Balang-balang kuih raya pun bukan.
Ia adalah projek atau modul yang cukup padat dan akan menyentuh setiap aspek perkembangan anak-anak, iaitu fizikal, mental, kognitif, brain coordination, kreativiti, teamwork, semua-semua lah.
Setiap minggu adalah projek yang berlainan, dan tiada projek yang berulang.
Dan anak anda juga akan bawa pulang projek yang dicipta pada setiap sesi playgroup nanti!

3) PLAY
Seperti musim yang sebelum-sebelum ni, awareness of PLAY adalah misi utama kami.
Kerana anak-anak hanya akan dapat mencapai tahap pemahaman dan EQ (emotional quotient) yang tinggi, HANYA DENGAN BERMAIN.
Dan menurut kajian, BERMAIN adalah jalan utama dan jalan yang paling berkesan dalam proses pembelajaran. Haa!
All the movements, music, role playing, crafting, woodwork, sand play, bubble play yang kami terapkan dalam modul #HaikalOPG kali ni akan sangat membantu development anak-anak anda secara menyeluruh, termasuk keperluan emosi mereka.


Ini antara teaser aktiviti-aktiviti dalam #HaikalOPG 2016.
Aktiviti adalah berlainan pada setiap minggu tau!
Dan projek kita adalah menggunakan paper, fabric and wood, dan lain-lain.
Haaa siap ada kerja kayu engkauuu.
Siap sedia lah nak sinsing lengan baju, pegang hammer, gergaji, sesiku L, apa semua. ;D
Dan mungkin ada aktiviti baking juga, woot woot!!





 3 kemahiran / skills yang anak-anak korang kompom akan dapat melalui modul #HaikalOPG 2016:

1) Powerful IMAGINATION skills 

 #HaikalOPG menggalakkan kanak-kanak membawa pengalaman mereka sebagai satu situasi dalam sesuatu permainan.  Mereka berimaginasi dan berkomunikasi dengan diri sendiri atau orang lain, tentang apa yang mereka mainkan. 
  Mereka juga mampu berfikir untuk menggunakan peralatan yang diberi, dengan fungsi yang berbeza-beza dan “beyond logic”. Contohnya, kereta boleh terbang, lori boleh jadi keretapi, sikat digunakan sebagai mikrofon, dan sebagainya.   Imaginasi mereka tidak terbatas dan tidak terhad kepada satu fungsi sesuatu permainan. Let them imagine!

2) Good COMMUNICATION skills 

#HaikalOPG melibatkan “peer-group”, secara berkumpulan.  Apabila sekumpulan kanak-kanak bermain di dalam satu ruang, dan alat permainan dikongsi bersama, ini secara tidak langsung memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi serta berkongsi idea-idea dan isu-isu kompleks sesama mereka. 
 Dan kebiasaannya, kanak-kanak tidak menggunakan bahasa pertuturan sebagai medium komunikasi, sebaliknya membuat “play-symbols” atau aksi-aksi tertentu yang mereka fahami. Maka, bermain sebenarnya adalah “shared language” yang dikuasai oleh kanak-kanak, sebagai permulaan bagi “communication skill” mereka.


3) Efficient PROBLEM-SOLVING skills 

Dalam #HaikalOPG, kanak-kanak akan mengalami beberapa keadaan yang mencabar seperti perlu berkongsi alatan permainan yang terhad, perlu menentukan giliran bermain, atau perlu membuat sesuatu binaan atau projek secara berkumpulan dan sebagainya. Cabaran-cabaran ini akan melatih kanak-kanak untuk berfikir dan melontarkan idea-idea tentang bagaimana untuk mengatasi cabaran tersebut.


Dan ini pula 3 awareness atau parenting skills yang parents kompom dapat melalui pengalaman #HaikalOPG 2016, bukan setakat reti duduk tepi main henpon. -____-

1) Know how to MANAGE RISKS while playing with kids
2) Know how to ENRICH ENVIRONMENT to enhance quality play.
3) Gain more AWARENESS and parenthood-childhood KNOWLEDGE through play and our indirect sharing session.


Kat mana lokasi baru #HaikalOPG 2016 ni??
Kali ni, we are collaborating with Space at Bebundo, Seksyen 11, Shah Alam!
Sebab diorang punya outdoor area sangat cantikkkk dan selesa yeayyy.

 Best kannnn?


And here is the map!



Okay tentang tarikh setiap sesi pula.
#HaikalOPG 2016 akan ada 6 sesi semuanya pada setiap Ahad, sepanjang bulan March dan April 2016.
Boleh refer poster di bawah untuk tarikh-tarikh sesi tersebut.
Again, please note that aktiviti pada setiap sesi adalah berbeza-beza dan tidak berulang.
So register untuk semua sesi adalah highly recommended!
Gicuu. ;D




Okay tentang yuran!
We promise to give affordable price dan setanding dengan high-class service, activities dan facilities yang kami provide untuk #HaikalOPG 2016!

So this is our rate, per parent-child pair:

1 session (any date): 
RM190

3 sessions:
RM510 (RM170 x 3) **

All sessions (6 sessions): 
RM900 (RM150 x 6) **


**Anda akan menerima 7 buah PARENTING E-BOOK PERCUMA, jika mendaftar untuk 3 atau 6 SESI #HaikalOPG. Dan kami juga menerima bayaran secara ansuran. 


EVERY SESSION IS LIMITED TO 20 KIDS ONLY ye!
So cepat decide tarikh, dan daftar okayyy.

Tapi sekarang, kitorang ada SPECIAL PROMO HARGA RUNTUH selama 2 hari 





Last but not least,
Acik Jiji dan seluruh team #HaikalOPG 2016 dah sesabor nak jumpa korang di setiap sesi nanti.
Mesti besttttttt!
Thank you in advance for your endless support!

 Don't forget to follow us:

FB Page: Haikal's Outdoor Playgroup
Instagram: @haikalopg

Email: haikal_opg@yahoo.com