7 Strategi Supaya Anak Duduk Diam Dan Fokus Masa Makan




"Saya terpaksa bagi anak gajet waktu makan sebab dia tak duduk diam!”
.
Sounds familiar? ðŸ˜‰
.
Saya terima BANYAK mesej macam ni especially from parents yang ada anak below 3yo. Terus teringat zaman struggle nak bagi Haikal makan masa dia kecik2 dulu. Dia punya bergelut tu, macam kat medan perang ðŸ’†
.
Kejap anak nak berlari, kejap nak panjat kerusi, kejap nak panjat meja, kejap nak lompat2, kejap nak menari pusing2, kejap nak terbalikkan cawan, kejap nak celup muka dalam nasi. Huiiiiii!
.
Itu tak masuk lagi bab picky-eater, bab taknak makan kalau takde youtube kat depan muka, bab anak muntahkan balik makanan yang dah masuk mulut, bab kena kutip 80% makanan yang bersepah kat lantai, bab anak nak berak time makan. ðŸ˜‘
.
I feel you, guys.
I feel you.
.
Hanya orang yang sabar tahap langit ketujuh sahaja yang berjaya mengharunginya. Itu pun setelah gagal 796254814 kali. ðŸ˜†
.
So kalau korang nak cari jodoh, atau nak tahu bakal pasangan korang tu penyabar atau tak, test suruh dia bagi makan kat anak buah korang yang umur 2 tahun. Kalau dia lulus, upgrade next level –- bagi makan kat 3 orang anak buah dalam range umur 2-5 tahun serentak.
.
Nescaya dia akan baling mangkuk yang berisi kentang putar dan broccoli itu ke muka korang lalu pospon tarikh kawen. ðŸ˜‚
.
Walaupun saya dah melepasi fasa “berperang nak bagi anak makan” ni, tapi setiap momen dan pergolakan yang berlaku masih segar dalam ingatan hahah. And I guess, momen2 itu lah antara penyumbang terbesar yang menjadikan saya ibu yang lebih tenang dan sabar hari ni. ðŸ˜Œ
.
So sebab ramai yang bagi soalan tentang topik ni, saya nak kongsikan 7 Strategi yang saya belajar dari Occupational Therapist, yang dah terbukti membantu saya menang setiap kali berperang dengan anak di meja makan. ðŸ˜…
.
1. MAKAN BERJADUAL
.
Ye, memang bosan bila bercakap tentang jadual. Tapi percaya atau tak, ini adalah senjata yang paling berkesan sebenarnya.
.
Cuba jarakkan mealtime anak setiap 3 jam, dan selama gap 3 jam tu jangan bagi apa2 makanan atau snack – kecuali air. 
.
When I say JADUAL, I’m not talking about a specific time of the day, tapi INTERVAL. Ini penting untuk set awareness tentang waktu makan pada anak. Supaya anak tak makan secara random atau bila2 lapar je, makan. Kaedah ni juga akan pastikan anak LAPAR dan FOKUS MAKAN bila tiba waktu makan. 
.
2. GET THEM INVOLVED
.
Bila anak dah besar sikit, libatkan anak dalam persiapan meja makan. Mungkin boleh suruh dia susun pinggan atau cawan. I did this before, dan mula2 memang challenging sebab anak tak biasa. 
.
Haikal pernah terpecahkan cawan, pernah keluarkan pinggan yang salah, dan macam2 mistake dia buat. Tapi things surely get better in time. Bila kita libatkan anak macam ni, dia akan lebih mentally ready untuk MAKAN.
.
3. TEMPOH MAKAN 10-30 MINIT SAHAJA
.
Anak suka main dan tak duduk diam masa makan adalah sebab dia rasa dia ada seluruh masa dalam dunia. 
.
So how to teach them about sense of time?
SLOWLY HADKAN MASA MAKAN. 
.
Bila dah ready nak makan, tunjuk jam dinding dan cakap pada anak—
.
“Kita boleh makan sampai jarum panjang tunjuk nombor 6 sahaja, okay? So we have to eat quickly, sebab kita ada 20 minit sahaja. Lepas nombor 6, no more food.”
.
Itu contoh. 
.
Mula2 mungkin anak tak faham konsep masa dan tak tahu berapa cepat jarum jam tu bergerak, but it’s ok. Konsisten hadkan masa dan lama2 they’ll get it. Strategi ni sangat helpful especially bila kita tengah rushing pagi2 nak pergi kerja atau nak kejar masa.
.
4.  PASTIKAN ANAK DUDUK DENGAN BETUL
.
I hear this a lot from Occupational Therapist. Pastikan anak SELESA di meja makan. Pastikan kerusi tu tak terlalu besar atau terlalu rendah, dan pastikan anak tak terlalu jauh dari meja makan. 
.
Can you imagine makan dalam keadaan permukaan meja satu level dengan muka? ðŸ˜‘
.
So pastikan bontot anak tekap di kerusi, siku di atas permukaan meja, dan kaki tidak tergantung. Letak la apa2 kat bawah kaki dia. Atau gunakan booster seat yang boleh ikat di kerusi biasa. Ada banyak booster seat yang portable sekarang. Sila cari.
.
5. SENSORY ACTIVITY SEBELUM MAKAN
.
This is what we experience di pusat intervensi masa proses pemulihan Haikal dulu. Sensory activities sangat sangat sangat membantu untuk bagi anak tenang dan fokus dalam aktiviti seterusnya-- iaitu MAKAN. 
.
Ada banyakkk sensory activity yang sesuai mengikut umur. Yang paling mudah: melompat, merangkak, menari, anything involves body movements.
.
6.  SENSORY TOOLS DURING EATING
.
Bila anak tak duduk diam jugak waktu makan, gunakan senjata seterusnya – SENSORY TOOLS. Try google “Sensory Tools” atau "Sensory Toys", ada banyak pilihan. Try cari yang ada vibration. Vibration adalah one powerful treatment untuk beri anak duduk diam, alert dan focus.
.
Btw, sensory tools ni sebenarnya selalu digunakan untuk anak autistic/ADHD/ADD/Hyperactive, tapi untuk anak biasa pun, SANGAT MEMBANTU. 
.
7.  NO SCREEN TIME DURING MEALTIME. BIG NO!
.
Ini yang palinggg berbuih mulut bila bercakap dengan parents. ðŸ’† Saya sangat sangat sangat faham kenapa korang terpaksa bagi anak phone, TV, tablet masa makan. 
.
And yes, betul, ia sangat sangat sangat memudahkan. Tapi, tahukah anda itulah pencetus kepada masalah yang lebih besar dan kritikal kelak?
.
Satu, because you’re actually teaching a bad eating habit pada anak.
Dua, kau kejam because you’re actually hypnotising your child! 
.
Anak makan banyak bila menghadap screen, bukan sebab dia berselera, but because they’re hypnotised! 
.
Brain is conquered by the screen. Anak dah tak sedar dengan apa yang dia buat (makan), anak dah tak rasa kesedapan makanan tu, dan otak dia tak mampu trigger rasa kenyang, sebab dia sebenarnya dah "HILANG DALAM SCREEN".
.
And this will cause much bigger problems, contohnya masalah penghadaman, overeating, obesity, dannnnn KETAGIHAN SKRIN! 
.
Once anak dah mula minta screen setiap kali masa makan, it won't be easy to say no, anddd it will trigger severe tantrums. 
.
Maka tanya diri, inikah yang aku mahu? ðŸ˜Œ
.
So please, kalau betul sayang anak, jauhkan phone atau TV masa makan. Banyakkan berinteraksi dan eye-contact dengan dia.

Saya ada support group untuk bantu ibu bapa yang struggle dengan anak obses gajet ni. Klik link bawah ni untuk join:
https://www.facebook.com/groups/474255109766677/
.
I hope this longggg post dapat beri manfaat kepada anda semua, especially yang tengah struggle berperang nak bagi anak makan. Feel free to share this with your family & friends! ❤
.
Ada banyak lagi tips, formula, dan skill keibubapaan yang saya kongsikan dalam buku terbaru saya "Parents, Welcome To My World" yang bakal dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, 29 Mac - 7 April 2019. 
.
InsyaAllah saya akan turun padang buat sharing session, aktiviti bersama anak2, book signing, dan sesi bergambar. ðŸ˜Š
.
Dua lagi buku saya, "3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna" dan "Why So Serious, Parents?" pun akan ada di PBAKL nanti. Siapa dapatkan ketiga-tiga buku saya masa PBAKL nanti akan dapat POTONGAN HARGA ISTIMEWA dan FREE 16 pages dari Haikal's Game Book tau! ðŸ˜Ž
.
Tapi kalau tak dapat datang ke PWTC, boleh preorder buku2 saya di link berikut --
.
(Semua preorders akan diproses pada 9 April 2019)
And of course, preorder pun akan dapat tandatangan dan free gift istimewa ❤
.
#ParentsWelcomeToMyWorld
#3Kertas3Krayon3PenselWarna
#WhySoSeriousParents