Belajar Melalui Bermain Hanya Untuk Anak-Anak Lembap?






Malam tadi, I received this message from someone —
.
"Hi, nk tanya. Betul ke awk hantar Haikal kat playschool? Nape eh? Setahu saya playschool ni sekolah untuk anak-anak lembap atau yg lambat pick up atau yg ada learning disabilities. Sbb xtvt dia main je kan. Xde belajar akademik. Ke Haikal mmg ada learning disabilities? Anak saya belajar kat tadika biasa tak sampai 6 bulan dah boleh baca dah belajar matematik sifir apa sume. Bermain tu mmg lah penting, tapi kat sekolah sekarang dah ada kbat apa semua, so nak xnak akademik jauh lebih penting rasanya."
.
Wah. 
Menggelegak tiba-tiba baca mesej ni. ðŸ˜‚
Dan tiba-tiba teringat one of my favourite quotes daripada salah seorang mentor saya —
.
"All parents love their children and only want the best for their children. But without the right parenting mindset and knowledge, parents' love can eventually destroy the children."

Yes, kita semua sayang anak-anak. 
Kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak. 
Tapi tak semua benar-benar tahu HAK DAN FITRAH anak-anak. 
Tak semua benar-benar mendalami KEPERLUAN EMOSI anak-anak. 
Kebanyakan kita hanya ikut-ikut orang, ikut-ikut trend, dan ikut-ikut keturunan, tanpa peduli ia betul atau salah, tanpa peduli ia menyokong fitrah anak atau tidak!
.
Please, dear parents.
Have the right mindset.
Seek for the right knowledge.
Jangan hanya mengikut, jangan hanya mengakur, dan jangan hanya percaya.
Lebih-lebih lagi bila you are a parent, yang dah ada tanggungjawab ke atas another human-being.
.
Kbat tak kbat, pedulikan lah!
Anak-anak berhak bebas hidup di atas potensi, kebolehan dan kepintaran mereka sendiri,
yang bukan dipaksa-paksa,
yang bukan dibanding-banding,
yang bukan disogok-sogok,
yang bukan diada-adakan,
yang bukan diperjudi-judikan,
semata-mata untuk dapat nombor 1 dalam kelas,
semata-mata untuk dijulang sebagai pelajar terbaik,
semata-mata untuk dapat kerja bergaji besar supaya boleh sara kita bila tua. ðŸ˜‘

Education / Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) is MORE THAN THAT. 
Yang tak boleh diukur hanya di atas kertas peperiksaan semata-mata.

Yes of course, akademik penting.
Tapi tanpa perkembangan emosi yang baik (yang hanya boleh dibentuk melalui BERMAIN), pencapaian akademik takkan kemana!
.
Tolong—
Tolong jangan ketepikan hak anak-anak untuk bermain. 
Tolong jangan ketepikan keperluan emosi mereka. 
Tolong jangan ketepikan jeritan suara mereka. 
Tolong jangan bunuh diri semulajadi mereka, semata-mata nak tengok mereka “cemerlang akademik”.

Haikal ada learning disabilities?
Saya rasa semua orang ada.
.
“If you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid.”
-Albert Einstein
.
Semua orang ada ability dan disability.
And that what makes us unique.
That what makes us —
US.

Anak-anak kita bukan robot yang lahirnya semua sama.
Mereka adalah khalifah yang masing-masing mempunyai peranan berbeza-beza satu hari nanti.
So embrace their differences.
Embrace their abilities –
and disabilities.
.
Accept the fact that—
our children need PLAY as much as they need food and water.
.
Menurut kajian, kebanyakan anak-anak pemegang kad “OKU lemah pembelajaran” tidak dapat pendedahan yang sebetulnya ketika 6-8 tahun yang pertama. 
Dan salah satunya ialah—
hak bermain. 
Manakala anak-anak yang dapat hak bermain yang cukup sepanjang tempoh 6 tahun pertama tersebut, dikatakan lebih berdayasaing dan bekebolehan dalam banyak segi termasuklah akademik. 
.
Dan ini 9 perkara yang anak-anak akan dapat dengan hanya BERMAIN, dan takkan dapat dari pembelajaran formal dalam classroom.
.
1. Play stimulates imagination & creativity. Bila bermain, anak akan terdedah dengan pelbagai tools, dan bukan hanya kertas dan pensel. Dari situ mereka membina, mencipta, membentuk, memikir, memerah kreativiti dan imaginasi.
.
2. Bermain menggalakkan anak-anak bercakap dan bergaul. Bila bermain, automatically akan wujud hubungan dan interaksi 2 hala atau berkumpulan. Dari situ, anak mula develop kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Gaduh-gaduh tu biasa lahhh. Dari gaduh tu lah wujud pula emotional stimulation!


3. Bermain menggalakkan anak bergerak & improve physical strength. Bila bermain, anak tak dipaksa duduk diam dalam tempoh yang lama seperti dalam kelas. They are allowed to move around, dance, jump, etc. Melalui pergerakan-pergerakan ini, ketahanan badan dan ransangan saraf akan terbentuk. Dan kita pun tahu, perkembangan otak adalah sangat berkait rapat dengan body movement!
.
4. Play gives different emotional exposures and helps children manage those emotions. Bila bermain, anak akan terdedah dengan suasana berebut, bersaing, berkongsi, berkumpulan, berlumba, bergaduh, dan berpeluang menikmati macam-macam emosi! This is how they learn to manage their own emotions, dan dalam masa yang sama mereka belajar mengenali dan mengendali emosi orang lain.
.
5. Play teaches the kids to embrace differences. Sebab masa bermain, anak-anak terdedah dengan pelbagai ragam, karakter, bahasa, budaya, saiz, dan bau manusia. So anak akan lebih terbuka dalam menerima perbezaan pada orang lain, dan belajar menyayangi semua orang tanpa syarat.
.
6. Play boosts self-esteem and self-worth. Because it brings out the best in a child. Anak-anak akan jadi diri sendiri ketika bermain. They are allowed to practice their own ability and embrace other people abilities. Anak akan lebih berkeyakinan diri dan tak cepat down dengan kelebihan orang lain.
.
7. Play releases stress, trauma and fear. Bermain akan neutralize child’s emotions dan rationalize child’s brain.
.
8. Bermain ajar anak tentang berkongsi, bertoleransi, leadership dan empathy.
.
9. Play improves thinking & problem-solving skills. Sebab bila bermain, anak akan terdedah dengan banyak isu. Contohnya, mainan tak cukup, berebut, warna tak sama, saiz tak sama, mainan rosak, masalah teamwork, accidents, ruang sempit, macam-macam. Isu-isu sebegini lah sebenarnya yang akan stimulate anak-anak untuk berfikir di luar kotak dan develop their problem-solving & surviving skills.
.
So please.
Don’t underestimate the power of PLAY.
Don’t deny the children’s right to play.

Have the right mindset. 
Have the right knowledge. 
Do some readings.
Do some readings.
Do some readings. 
.
Kalau taknak baca research berat-berat pun, baca yang santai-santai, yang dalam bahasa mudah.
Contohnya majalah-majalah parenthood.

Atau read my two bestseller books #3Kertas3Krayon3PenselWarna & #WhySoSeriousParents
(Click here: https://goo.gl/CN7WEo
)
InsyaAllah akan dapat buka mata dan minda.
.
Childhood anak-anak kita sekali sahaja.
Use it, or lose it.
Bantu, atau bantut.
They deserved nothing but the best from us.
.
Let’s straighten our mindset and nawaitu.
Dan semoga Allah redha dan permudahkan perjalanan kita dan anak-anak.