A Picture An Hour

Sebagai seorang suri di rumah, (taknak jugak sebut surirumah kahkah),
saya banyak dapat feedback begini:

"Apa je yang kau buat sepanjang hari?"
"Duduk rumah pun penat ke?"
"Untung la duduk rumah je, boleh layan drama TV sepanjang hari."
"Bestnya setiap hari boleh bangun lambat, boleh tidur bila-bila masa."

-______-

Dan saya yakin,
semua surirumah di dunia, selalu jugak dapat feedback camni.
Kan?

Jadi hari ini, saya ingin mewakili anda semua heheh,
untuk membuktikan kepada masyarakat,
bahawa surirumah JUGA BEKERJA.
Surirumah JUGA SIBUK.
Surirumah JUGA PENAT.
Surirumah JUGA BUKAN ROBOT ATAU ORANG SURUHAN.
Surirumah JUGA LAYAK MEMILIKI TEMPAT ISTIMEWA DI MATA MASYARAKAT.

Don't easily judge or simply make assumptions, if you never experience being a housewife.
If you think being a housewife is easy, got nothing to do,
just being lazy, eat, watch TV, and sleep all day long,
you are totally WRONG.

Yes, we have TV at home, but we don't really have time to watch it.
Yes, we make up the bed, but we don't really have time to sleep.
Yes, we prepare delicious dish, but to feed our spouse and kids, and we are always the last one to eat.
Yes, we just stay at home, don't need to be in hurry to go anywhere, don't have to face heavy traffic in the morning,
but we start our duty everyday earlier than you.

Kami di rumah, adalah tak sama sepertimana kamu di rumah.
Jika rumah adalah tempat berehat bagi kamu, tapi rumah adalah tempat bekerja bagi kami.
Tiada istilah hari minggu atau hujung minggu dalam rutin kerja kami.
Off day atau MC, kami masih di tempat kerja kami,
buat kerja tanpa fikir sekelumit pun tentang gaji bulanan.

Kerana kami suri di rumah,
membuat semua ini demi kebajikan keluarga, demi rumah suami kami, 
demi harta suami kami, demi kehormatan suami kami, dan demi anak suami kami.
REDHA ALLAH, REDHA SUAMI dan REDHA ANAK, 
adalah gaji bulanan kami.

Bagi kami, suami dan anak adalah majikan.
Kami menjaga kebajikan mereka, dan meletakkan diri kami di tempat paling terakhir.

Walau apa pun keadaannya,
kami bangga menjadi suri di rumah.
Fullstop.
Jika anda tak boleh menghormati kami, 
sekurang-kurangnya jangan berburuk sangka.
Like really. 
Like seriously. 
Like whatever you're saying rosly.
;D

So here is my "A Picture An Hour" story,
to briefly illustrate my daily routine.
Saya yakin, surirumah yang lain juga mempunyai story-line yang lebih kurang sama.
Di mana jawatan yang disandangnya adalah IBU,
dan major duty nya adalah menjaga kebajikan seisi rumah, anak dan suami.
:)



6 AM

 



7 AM




8AM




9 AM




10 AM




11AM




12 PM




1 PM




2 PM




3 PM




4 PM




5 PM




6 PM





7 PM





8 PM





9 PM




10 PM





11 PM




 12 AM




p/s: Entry ini juga mewakili Mr. Mama - Mr. Mama di luar sana,
yang sanggup membuang ego mereka demi keluarga.
Kudos Daddies!!

Pangkor Birthday

Ok finally cerita Pangkor.
Sebenarnya since masa baru pindah Perak lagi aku teringin nak pergi Pangkor.
Padahal bukan tak pernah pergi. Cuma saje. Rindu pantai.
Being an Orang Ganu, saya dan pantai memang tak boleh dipisahkan.
Like aur and cliff. 
Like rythm and song.
Heheh.

So masa birthday saya last two weeks,
konon-konon hubby wanted to plan a pantai vacation to surprise me.
Lagipun kitorang dah lamaaaaa gila tak tengok pantai.
Padahal masa duduk Penang dulu, HARI-HARI.

Dan sebenarnya kami berdua ada persamaan yang ketara.
We both LOVE pantai. And hate crowd.
Saya ni memang la sebab sejak azali orang kampung.
Tapi hubby yang orang Damansara hari-hari hari raya tu pun tak suka crowd memang aku tak paham. -..-

Dari zaman bercinta sampai sekarang, 
kitorang TAK PERNAH pergi karnival jom heboh, pergi autoshow, pergi meet & greet session with emma maembong, 
pergi motoGP, pergi pertandingan mancing, pergi pesta layang-layang, pergi pameran pertanian, etc.
TAK PERNAH.
Walaauuuupun event tu kat sebelah rumah,
memang kitorang takkan pergi.
Sanggup duduk rumah kunci pintu kunyah popcorn. 
-____-

In fact, shopping mall yang mega-mega tu pun kitorang tak suka pergi.
Almost 4 tahun duduk Penang, 2 kali je kitorang jejak kaki ke Queensbay Mall.
Itupon masuk kejap je tumpang toilet.
Kahkah. 

Betapa kitorang sangat tak serasi dengan keserabutan dan urbanisasi. 
Cewah kau dah kenapa macam bagus sangat hari ni?
First day period?
-____-

Ok back to Pangkor story.
Beberapa minggu sebelum 16 september tu, saya tengok hubby macam serba tak keruan.
Asyik tengok phone la.
Banyak diam dari bercakap la. 
Stress sangat pasal kerja agaknya.
Sampaiiii la lagi 4 hari nak birthday, hubby tiba-tiba bersuara,

"Mama, papa tak reti la buat semua ni."
"Buat apa?"
"Nak plan vacation, nak book-book apa semua. Leceh la."
"Vacation untuk apa?"
"Untuk surprise mama la."

BAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Oh tergelak, maafkan saya.
So..
Surprise tak jadi la ni ye?
;D

Saya tahu sangat hubby tak biasa buat benda-benda ni.
Sebab sebelum ni memang semuaaaa family vacation, saya yang handle from A to Z.
Dari booking accommodation transport, cari tempat makan, plan activities, 
packing dari baju paling luar ke baju paling dalam, sampai la nak check in check out hotel pun saya.
So tugas hubby cuma,
"Nah credit card."
-___-

Nak plan benda ni memang banyak benda nak kena fikir kan.
Especially bila dah berkeluarga dan ada anak kecik.
Barang bertambah dan banyak benda nak kena consider.
Jangan dilupakan juga dua ahli keluarga tambahan yang wajib turut serta.
Power rangers dan ultraman. -..-

So pergi Pangkor kali ni ibarat,
aku yang yang plan surprise untuk diri sendiri dan keluarga.
-_____-


Ini bukan first time Haikal naik boat.
Well, Haikal kan orang Penang. Ofkos dah banyak kali naik boat.
So masa naik hari tu, Haikal biasa-biasa je.
Cuma tak habis-habis,
"Mama, B is for boat kan mama? Mama, B is for boat kan mama?"

Ye ye betul.
Dan CD is for cer diam.
-_____-

Kat Pangkor, kitorang stay kat Teluk Nipah.
Spot pantai paling happening la kat Pangkor ni.
Nak makan, nak beli-beli apa semua within walking distance je.

Kitorang stay sana tak lama pun.
3 hari 2 malam je.
Tu pun ada orang kata,
"Kau nak buat kat pangkor sampai 3 hari?? Lama gilaaa kot. Nanti mesti bosan."

Kitorang senyum je.
Tahukah mereka bahawa,
kitorang boleh duduk tengok pantai selama-lamanya tanpa sekelumit pun rasa kebosanan.
Walaupun kulit dah tanned gila dan rambut dah gerutu macam Bob Marley sekalipon,
eh pedulik hape.

First day, kitorang lepak kat teluk nipah je.
Tapi maybe because there is too much chalet and resort kat situ,
so like pantai dia pun so-so je bagi aku.
Terlalu banyak aktiviti air, terlalu ramai orang dan terlalu banyak gerai.
So like serabut gila seserabut rambut bob marley. ;D

Kitorang tak suka pantai yang meriah.
Macam dah hilang suasana dan bunyi pantai tu sendiri.
Kitorang suka pantai yang sunyi.
Yang memang bunyi ombak semata.
Ye, crowd. Itu lah masalah kitorang. -..-



So second day, terus kitorang sewa kereta dan pergi jauhhh untuk cari pantai yang sunyi.
Sampai ke hutan lipur dia kitorang pergi.
Dan saya baru tahu, Pangkor ada hutan lipur kahkah.
Dan ada pantai yang biruuuu yang tenang yang sunyi yang ahhh terus rasa nak baring.



Tapi untuk sampai ke tempat ni,
 kena cekal hati sikit la, sebab jalan raya dia ya rabbiiii.
Dah macam fear factor dah kahkah.
Aku pun dah macam, Ya Allah andainya hari ini hari terakhir ku....
;D

Tapi kami berjaya mengatasi cabaran fear factor tersebut,
dan hasilnya memang pergh!



Saya appreciate vacation kali ni,
walaupun betul, pangkor tak secantik pulau-pulau yang lain.
Dan walaupun saya sendiri dah terlalu terbiasa dengan pulau-pulau terengganu yang ofkos jauh lebih cantik.
Saya tetap appreciate Pangkor.

Pangkor sebenarnya cantik.
Tapi MUNGKIN sebab ia terlalu dekat dengan mainland,
maka terlalu banyak pembangunan,
maka kebinasaan dia lebih ketara,
maka ia tak sedara pulau-pulau dara yang lain.
T____T

Tapi masa kat pangkor hari tu,
saya TERRRRlanjur cakap camni kat hubby,
"Nothing can beat terengganu islands. I miss terengganu."

Tapi eventually I realized, I was not suppose to say that.
Siapa saya nak judge Pangkor?
Allah jadikan semuanya cantik.
Yang burukkan dia, ialah kita.
Kan?
Saya pernah terbaca dalam satu buku,
Rasulullah sangat tak suka orang yang judge anything berkaitan dengan rezeki dan ciptaan Allah.

Macam makanan,
walau tak sedap, walau sikit, walau pelik, walau hampeh mana pun makanan tu,
we are not suppose to complain.
We are not suppose to judge.
Sebab ianya rezeki. Allah yang bagi.
Kufurnya kita kalau complain.

Sama la dengan ciptaan-ciptaan Allah yang lain yang kita lihat.
Bila kita kata,
 tak cantik, boring, busuk, kotor, hodoh etc.
Kita sebenarnya merendah-rendahkan penciptanya. 
So kena biasakan diri, bila nampak ciptaan Allah yang patutnya disyukuri bukan dikomplen,
sebut Subhanallah Alhamdulillah.
Itu yang nabi ajar pun kan. =)

Latih diri, no matter how bad things may seem,
there's always something beautiful about it.
Try to see the positive part of it.

Bak kata Prof Muhaya,
The first thing on our mind,
and the first thing we speak out from our mouth,
is a reflection of our heart, and who we really are.
If we always think bad, talk bad,
that means WE are bad.


Ni kenangan paling majestic kat Pangkor.
Sebab dapat share lempeng pisang dengan burung paling majestic kat Malaysia.
;D

Masa first day masa baru sampai tu, 
masa tengah beratur beli lempeng pisang inti kelapa,
saya tengok banyaknya burung enggang terbang-terbang kat langit.
Tetiba terdetik dalam hati, 
kalau la burung tu datang dekat, saya nak share lempeng ni dengan dia.
Tapi macam takde harapan, sebab burung-burung tu semua terbang tinggi-tinggi.
Hinggap pun tinggi-tinggi je.

Tapi bila second day, masa kitorang lepak pantai yang sunyi tu,
tiba-tiba dua ekor burung enggang yang datang entah dari mana,
tetiba bertenggek kat sebelah saya.
MasyaAllah rasa nak nangis. Hahah.
Terus aku capai lempeng pisang (ye, hari-hari aku beli lempeng sebab sedap) dan acah-acah hulur kat hornbill tu,
dan AMAGADD DIA MAKAN!
Siap mintak lagi!
:D

So separuh lempeng dia makan, dan separuh lagi saya makan.
BFF sangat. Kahkah.
Alhamdulillah Allah tunaikan kehendak saya walau hanya terbisik di dalam hati.
Best birthday ever mungkin?
:D



Ni bila dah malam. Semua dah melepek.
Sambil tunggu ikan bakar pun boleh tertidur.
Nasib mulut tak ternganga. ;D



Last day tu, sebenarnya hubby nak cari kek tapi tak ketemu.
Mungkin orang Pangkor celebrate birthday guna ikan bakar, kot.
;D

So takpe.
Aiskrim pun baguih jugak. Heheh.



Alhamdulillah, kami happy dengan vacation kali ni.
Walaupun sekejap, tapi worth it.
It is good bila we can go for private and intimate vacation like this once in a while.
Dapat spend time together.
Reminiscing memories.
To me, it's more than just a birthday gift.
Apa yang Allah bagi,
melalui kasih sayang keluarga, suami dan anak,
itu dah lebih dari cukup.

Dan kepada suami tersayang,
terima kasih.
Tak tahu nak cakap camane.
Sebab makin lama saya kawen dengan mamat ni,
makin saya rasa kecil,
makin saya rasa tertunduk,
makin saya rasa hormat,
makin saya rasa..
 memang syurga itu selayaknya di bawah tapak kakinya.
Bagi saya, dia tak pernah gagal menjadi suami yang terbaik.

Hafify Zulhaimy Hashim,
mama sayang papa.
Mama tak tahu apa yang ada pada mama sampai layak bersuamikan orang sebaik papa.
Hari-hari mama doakan syurga untuk papa.
Hari-hari.
InsyaAllah.

I love you.

Geli kerongkong.
;D