Showing posts with label bangla. Show all posts
Showing posts with label bangla. Show all posts

Bittersweet being a pregnant lady..

Betul orang kata, u'll really feel u're pregnant at the end of second trimester (5-6months).
Sebabnya, perut dah noticeable kan. 
Kalau sebelum ni, asyik "terlupa" je tengah pregnant.
So berjalan pon laju-laju, naik turun tangga pon laju-laju.
Sampai ada sekali tu aku kena tegur, 
"Jiji, boleh tak kau jangan berlari-lari bila turun tangga tu? Chuak aku nengok!"
Aku yang pregnant, orang lain pulak tolong chuakkan. Hehe.

Tapi bila perut dah besar ni, sampai nak tengok kaki sendiri pon payah, mula lah langkah berjalan pon makin perlahan. Slowmo je kan.
Pastu badan pulak, selalu lenguh-lenguh je.
Duduk/berdiri lama sikit, mula lah rasa fatigue.
Bercakap laju sikit, mula lah rasa mengah.
Paling tak leh blah, bila nak pakai seat belt masa driving, terpaksa tarik panjangggggg je. Padahal sebelum preggy dulu aku tarik tak sampai 30 cm pon. (tolong la percaya)
So atas faktor-faktor camni la, aku mula realize OH AKU PREGNANT. heh


Tapi bila perut dah besar ni, orang-orang di sekeliling pon macam prihatin je.
Contoh, bila nak masuk public washroom.
Walaupon ramai yang tengah beratur, bila aku masuk je, otomatik semua orang dengan baik hatinya akan back off bagi laluan dengan pandangan masing-masing macam
KE TEPI KE TEPI ADA DUGONG NAK BUANG AIR. T_T


Bila nak isi minyak kereta kat petrol station pulak, aku keluar je dari kereta, dua-tiga pekerja bangla tetiba prihatin gila nak tolong isikan minyak. Kot ye pon, takkan sampai 2-3 orang. Kau takut aku terberanak kat situ ke hape??

Ada satu hari tu aku teringin nak makan nasi kandar. Pastu pegi la kat satu kedai mamak ni. Dah habis pilih lauk, tetiba bhaiya tu cakap, SAYA BAGI KAKAK SATU IKAN KARI FREE YE. KASI ITU ANAK DALAM PURUT. 
waaahhhhhh!!!! Manyak baik ini bhaiya! Ini lah pengalaman paling "hitam manis" yang pernah saya lalui bersama bhaiya bangla. =D


Yang paling buat aku tersengih-sengih bila aku berjalan kat tempat awam/shopping complex, ramai yang concern and tanya DAH BERAPA BULAN? pastu diorang akan cakap TAKE CARE!.
Awww sebelum ni tak pernah pulak strangers begitu caring kat aku. Baru aku perasan, rakyat Malaysia ni semuanya baik-baik belaka, semuanya prihatin. Tapi masa aku pregnant je la kot.. ;)



Dulu, bila orang cakap pengalaman paling miracle ialah masa pregnant, aku tak percaya. Tapi sekarang, bila dah rasa sendiri, OHHHH BETUL-BETUL MIRACLE LAHHH!!


Sila tulis di bawah garisan..heheh

Selalunya, kita menulis di atas garisan kan? 
Contohnya macam ni..

 Ni kalau dalam buku


Ni kalau dalam borang


Which means, kalau kertas/buku/borang tu ada garisan, kita akan menulis berpandukan garisan/underline. Tapi aku mula garu kepala bila tengok Birth and Citizenship Certificate salah seorang buruh kat site hubby kerja (Penang Second Bridge).
Dan beliau ialah seorang bangla.



Oh kat Bangla, diorang tulis di BAWAH GARISAN!

p/s: Aku sengaja guna underline dalam entry ni, agak-agak belog kat Bangla diorang guna aboveline la kot eh? Heheh