Showing posts with label Rare. Show all posts
Showing posts with label Rare. Show all posts

Smart spenda??

 
Aku nyaris-nyaris tersalah faham. 
Haha.


Cicak ekor dua!!

Bebaru ni, kitorang terjumpa makhluk aneh dalam bilik air rumah kitorang.
Cicak ekor bercabang dua engko! Aku serius engko!


Malam-malam aku tercari-cari la jugak cicak ni, tapi tak pernah jumpa pulak. 
Asik asik asik terjumpa waktu siang je.
Aku syak, cicak ni bertukar jadi cicakman la memalam. 
Dia mesti pergi lawan profesor klon ke ape kan. Hehek.

Ok tak??

Spotted kat Seremban.


Bar & Restaurant bergerak

First time kitorang ternampak bendealah nih.
Bar & Restaurant versi Hummer panjang.
Hubby la kemain eksaited suruh aku amik gambar.
Rare sangat gamaknya.

Bagi aku,
Apa yang rare sangat nya?
Macam bas ekspres diubah suai menjadi sebuah restoran je. -___-"
*buta seni sungguh hak hak hak*

Peta cinta

Sekali lagi, Baby Haikal telah melukis peta di atas cadar tilam.
Haihhhh..

Selalunya mengeluhhhh la aku bila Baby Haikal pee pee sampai tembus kat tilam.
Bukan sebab pampers dah penuh ke hape.
Tapi selalunya sebab pampers tak center.
Maklom la budak tengah lasak. Haihh.
Tapi kali ni, bila notice pee pee Baby Haikal tembus kena cadar, aku boleh tersenyum pulak.
Cer korang tengok ni.

 Amaaazing ehh..
Kah kah kah..

Kalau aku jemur cadar ni esok, mau jiran-jiran pikir lain nih.
Dah la malam ni malam jumaat.
Nak-nak pulak bentuknya gittewww... ;P
Haha

Ape yang penting?? Kerjaaasama!

Ada satu malam tu, tengah santai-santai dengan family, tetiba mata aku terpaku kat satu sudut rumah. Bila aku teliti betul-betul, rupanya ada satu perlawanan sengit tengah berlangsung antara dua makhluk iaitu Super Semut dan Raksasa Baja Hitam.
Selama ni aku duk tengok Otromen je melawan Raksasa.
Tapi kali ni aku tengok liveeee depan mata!

Sekawan SuperSemut sedang berhabis-habisan menumpaskan seekor raksasa bagak besau yang cuba menawan empayar mereka.
Aku cakap pon dah macam pembaca berita dah nih.
So korang boleh saksikan paparan yang saya sediakan yang bakal menyusul selepas ini.

Seriously bizarreeeeee!
Siap ada background song lagi. 
Untuk makluman, suara-buluh-perindu & bunyi gitar tersebut dimainkan oleh Hubby ye. 
Kih kih kih



Oh tali pusat!


***Scene 1***

Aku: Mama, tali pusat baby yang dah tercabut nanti nak buat ape? Tanam eh?
Mama: Kalau ikut petua orang Philippines (my mom is a Filipino), jangan tanam terus.
Aku: Dah tu buat ape? Buat lauk? =P
Mama: Simpan je sampai kering. Bukannya berbau pon.
Aku: Simpan sampai bila?
Mama: Sampai anak yang last. Kumpul semua tali pusat (dari anak first sampai anak last) then tanam sekali. Orang kata, supaya nanti ikatan adik-beradik rapat.
Aku: Hoh gitu? Tapi memang berkesan ke?
Mama: Heheh. What do u think?
Aku: Betul la kot. Tengok kitorang adik-beradik rapat je. 
Mama: Ehehehehe..Entah. Mama ikut orang je. Kuasa Allah jugak yang menentukan. =)



***Scene 2***

Aku: Mak, tali pusat anak-anak dulu, camne mak uruskan ye?
MIL: Mak simpan sampai kering.
Aku: Untuk?
MIL: Nanti kalau anak-anak degil, rendam tali pusat dalam air, kasi diorang minum.
Aku: *tahan muntah* erkkk ye ke Mak?
MIL: Hahaha..tapi mak tak pernah buat pon. Mak rendam je dalam air, pastu acah-acah nak kasi diorang minum kalau degil. Tapi takde la kasi minum betul-betul. Geli lah. Ehehe.
Aku: *phewww!*



***Scene 3***

Hubby's friend: Fify, nanti tali pusat anak tu, ko jangan buang. Simpan je.
Hubby: Kenapa?
Hubby's friend: Nanti kalau anak kau tak dengar cakap, kau kasi dia minum air tali pusat!
Hubby: Hahhhh???!! Ye ke?
Hubby's friend: Iye..Mak aku dulu memang selalu buat camtu..
Hubby: *cekik diri sendiri* Bluekkkkk!


Kenapa crowded sangat ni??

Macam biasa, petang-petang ramai la yang suka nak berlemuih-lemuih dalam crowd kat bazar Ramadan. Kitorang pon sama.
Tapi hari tu, crowded lain macam sikit.
Rammmmmaaaaaiiiiiiii sangat!

Rupa-rupanya sebab ada world's second tallest man in the world.
Tapi sejak bila dia datang Malaysia eh?

Gambar-gambar ni hubby amik pakai zoom lens je.
Tak kuasa nak pergi dekat-dekat say hello-hello.
Sebab it was too crowded. Boleh sesak napas wooo..

Bila tengok TV and dengar orang lain borak-borak, oh baru kitorang tau rupanya mamat ni dah beberapa hari sampai kat Malaysia. Dia buat macam Asia Tour ke hape tah.
Sambil mengutip sumbangan la. 
Sebab he actually suffers from an orthopaedic problem that afflicted his right leg after he underwent surgery for a hip-bone fracture. 
So sape-sape kat situ yang nak amik gambar ngan dia, kena la hulur 10 hinggit doploh hinggit.
Sebab tu je la cara dia nak sara hidup.

Tapi kan..
I wonder how he travels from one country to another.
Naik ape eh? Ke dia ada private jet? Muat ke?


By the way, these are some info about him yang aku baca kat banner dia..

Name: Ijaz Ahmed
Age: 28 y.o.
Height: 256cm
Weight: 130kg
Shoes size: 22 inches
Born in Bhaker, Punjab-Pakistan
Siblings: 6 brothers & 4 sisters (All normal in height & weight)
Marital status: Single (sila mengorat)
Fav. sport: Cricket & Baseball


Sila tulis di bawah garisan..heheh

Selalunya, kita menulis di atas garisan kan? 
Contohnya macam ni..

 Ni kalau dalam buku


Ni kalau dalam borang


Which means, kalau kertas/buku/borang tu ada garisan, kita akan menulis berpandukan garisan/underline. Tapi aku mula garu kepala bila tengok Birth and Citizenship Certificate salah seorang buruh kat site hubby kerja (Penang Second Bridge).
Dan beliau ialah seorang bangla.



Oh kat Bangla, diorang tulis di BAWAH GARISAN!

p/s: Aku sengaja guna underline dalam entry ni, agak-agak belog kat Bangla diorang guna aboveline la kot eh? Heheh


Gajus ke Jangguih??

Korang mesti suka makan kacang gajus kan?
Orang kampung aku panggil Cashew Nut. Heh


Selalu orang letak dalam kuih-kuih raya atau coklat.
Tapi ade gak yang makan gitu je.
Kalau korang pernah tengok gajus ni dalam bentuk kacang, pernah ke tengok buahnya? Pokoknya?


Since duk Penang ni, kitorang kerap makan pucuk Jangguih (pucuk gajus) sebagai ulam. Aku pon tak paham la apsal oghang utagha panggil "Jangguih", dah macam terbalik dari perkataan "Gajus".
Tapi biaq pi la hak tu.
Sebab aku sebenarnya nak citer pasal laki aku yang asik duk wonder camne la buah gajus & pokoknya.
Selama ni dia tau kacang gajus je.
Dan yang terbaru, pucuk gajus la. Heh.

Lain pulak dengan aku, yang dah sebati sangat dengan pokok gajus ni, since pokok tu la "playground" kitorang masa kecik-kecik duk kat Ganu dulu.

Aku & Along and our big "playground".


Bila aku tunjuk hubby gambar nih, dia pon 
OOOOOO~ BESAR RUPANYA POKOK GAJUS NI! -.-

And masa balik umah MIL bulan Mei lepas, MIL showed him some benih gajus.
Tanpa segan silu, hubby pon cilok barang 2-3 ketul untuk ditanam kat Penang nanti.
Dengan harapan dapat tengok buah gajus. -_____-"


Berkat kesabaran beliau menanam dan menyiram benih gajus itu saban hari, maka pokok itu mula menampakkan hasil...  -____-"


Hubby was sooooo excited masa dia tengok first pucuk yang tumbuh.
Tengok la, dia siap nak snap picture pokok tu setiap jam! 
Tiap-tiap hari mengadap pokok tu, belek-belek, cari buah ke bang oiiii. -..-"
Aku dah beranak 14, baru kuar buah gamaknya..

p/s: Kengkadang aku rasa bertuah jugak sempat membesar kat kawasan sub-urban (taknak gak sebut KAMPONG). At least dapat kenal pokok gajus. =P

LADYbirds - Are they female/male?

Masa balik rumah MIL recently, I noticed a couple of ladybirds tengah intimate.
Pastu aku wonder, eh what are these LADIES-birds doing? =P
Diorang ni bukan sama-sama pompuan ke?
Haaaaa diorang ni L*sbo kotttt!


Hamboiiii bukan main lagi hangpa berdua ehhh!

Agaknya sape la yang cipta nama LADYbird ni eh?
Malu la yang jantan, tak pepasal jadi maknyah.
Atau memang ada nama lain untuk male ladybird, yang aku tak pernah tau?
Atau the name "lady+bird" actually indicates a combination of male & female sex organs, means a ladybird got two sex organs, mungkin?

Errrr..ish tak puas hati betul la dengan nama ladybird tu. =P


Kereta Star Trek!

Korang ingat lagi tak cerita Star Trek masa tahun 1990-an dulu?
Alaaa cerita bebudak tuu..


Ni antara pelakonnya. Skemaaaaa je uniform. kih kih kih


Tapi aku paling suka watak ni.
Worf, Son of Mogh (lakonan Michael Dorn)
Trademark dia tang dahi kerut-kerut tu la.
Asal nampak benda kerut-kerut je, mesti ingat Worf Star Trek ni!


Baru-baru ni, aku pi jenjalan kat Autocity.
Aku jumpa kereta Worf Star Trek!!!
Tak caya??
Tengok nih...


Kereta dah sama kerut-kerut cam dahi dia.



Aku ingat kaya sangat la dia (Worf) ni.
Tapi takkan pakai Myvi je kotttt..
Setakat tambah sirip-sirip, orang still boleh recognize Myvi le wei..


Hehehehehehehehe.. ;)

p/s: Kalo aku bagi korang kereta ni, korang sanggup ke nak bawak?