5 Teguran Daripada Anak-Anak, yang Buat Saya Sentap Dan Bertekad Untuk Menjadi Lebih Baik.

Assalamualaikum!
Hari ni, 9 Ramadhan, 
alhamdulillah saya diberikan hidayah untuk update blog. ;D

I wanna share something yang ringan-ringan geli-geli sahaja hari ni.
Something casual.

Tapi mohon beri tumpuan sepenuhnya kerana walaupun geli-geli,
 tapi sebenarnya blogpost ini sarat dengan manfaat.
Especially untuk orang-orang tua yang selalu acah layak masuk syurga macam kita ni.
Padahal kala jengking ulor sawa semua dah standby dalam kubur nuh.
-_____-


Saya selalu ditanya soalan-soalan seperti ini;

"Kenapa Jiji suka berkawan dengan budak-budak?"
"Tak penat ke layan karenah budak-budak yang banyak mulut?"
"Tak rasa diri macam tak matang ke bila bergaul dengan budak-budak?"

MasyaAllah my dear sisturs and brothurs..
Ya habibi ya maulana ya ukhti jamilah..
Heheh.

Pernahkah anda cuba spend sedikit masa untuk berbual dengan anak-anak,
dan have an intense conversation with them?
Terutama dengan anak-anak yang belum akhil baligh.
Mereka ni masih pure dan sebenarnya bukan banyak mulut yang sia-sia tau.
Bukan macam mulut kita orang dewasa.
Banyak mulut tapi suka cakap benda sampah. -..-

Anak-anak kalau kita perhatikan betul-betul percakapan mereka,
mereka sebenarnya bercakap dengan hati.
Tak percaya?
Nanti saya buktikan dalam contoh-contoh di bawah.

Saya cukup suka berbual tentang perkara serius and having deep conversation dengan anak-anak,
sebab mereka ni sebenarnya seperti pembaris.
Apa yang keluar dari mulut diorang kadang-kadang mampu meluruskan mana yang bengkok,
dengan serta-merta.
Macam tetiba je rasa insofff terus astaghfirullah astagfirullahh 800juta kali.
;D
Saya bagi 5 contoh perbualan saya dengan anak-anak jiran yang rapat dengan saya.
Sebelum tu, just to let u know that anak-anak ini bukan rapat dengan saya sebab saya jaga mereka,
tapi sebab diorang memang suka datang rumah saya semata-mata untuk berbual.
They just need someone to talk to and to be their listener.
And "unfortunately" somehow saya lah orang yang terpilih itu. ;D

Jenuh jugak la kengkadang nak melayan 10 mulut serentak.
Tu yang kengkadang diorang datang rumah bagi salam,
saya buat-buat macam takde kat rumah sambil tahan nafas menyorok belakang langsir. -___-
Tapi kalau diorang datang bawak KFC ke jajan ke,
belum bagi salam saya dah jemput masuk bahah.

Okay let me share the top 5 conversations with them,
yang paling buat saya terkesan dan tersentap lalu terdesak untuk berubah menjadi lebih baik.
Heheh.



Conversation 1
(With Akma, 9 y.o.)

Akma: Kenapa saya tak pernah nampak pun Acik Jiji masak?
Me: Acik jarang masak. Sebab sibuk dengan macam-macam urusan lain.
Akma: Hmm.. Kesian Haikal bila dia besar nanti.
Me: Aikk. Kenapa pulak?
Akma: Ye lah. Nanti Haikal penat balik dari sekolah, perut lapar, pergi dapur, buka tudung saji, takde makanan pun. Kesian.
Me: Erk! Hmm..



Conversation 2
(With Adam, 8 y.o.)

Adam: Acik Jiji jangan la marah Haikal kuat-kuat macam tu. Nanti orang dengar.
Me: Hmm. Habis tu siapa suruh dia buat perangai.
Adam: Tapi acik tak boleh marah dia depan orang. Malu la dia.
Me: Acik bukan tinggikan suara pun. Cakap baik-baik je kan.
Adam: Ye la. Tapi acik cakap kuat. Orang dengar jelas yang acik tengah marah Haikal. Acik buat macam ni, Haikal takkan dengar pun apa acik cakap. 
Me: Kenapa pulak?
Adam: Sebab dia lebih fokus menahan malu daripada dengar apa yang acik cakap. 
Me: Erk!
Adam: Nanti bila Haikal dah besar mesti dia marah acik kuat-kuat depan orang ramai.

Ya Allah!
T___________T



Conversation 3
(With Ikhwan, 9 y.o.)

Ikhwan: Kenapa acik pakai baju macam ni?
Me: Kenapa pulak? Ok apa. Tshirt lengan panjang dengan seluar jeans. Tutup aurat kan?
Ikhwan: Acik confident ke nak solat pakai macam ni?
Me: Laa. Kalau nak solat kang pakai la telekung. 
Ikhwan: Kalau acik tak yakin nak solat dengan pakaian macam ni, maksudnya acik tak tutup aurat dengan sempurna.
Me: *pangggggg! Adussss..*
Ikhwan: Sebenarnya acik pakai jubah lagi comel.
Me: Aikk. Nak mengorat acik ke apa ni?
Ikhwan: Takde lah. Acik kan dah kawen. Perempuan mana boleh kawen empat.
Me: Bahahah. Ok lawak. ;D



Conversation 4
(With Khalid, 7 y.o.)

Khalid: Acik Jiji dah semayang?
Me: Belum. Ada kerja sikit.
Khalid: Acik syirik.
Me: Eh kenapa pulak? Tak baik cakap acik camtu.
Khalid: Ustazah kata, sengaja lambatkan semayang maksudnya menyekutukan Allah.
Me: Bukan acik menyekutukan Allah. Acik cuma ada kerja sikit. Kejap lagi acik semayang ok?
Khalid: Acik menyekutukan Allah dengan kerja. Acik lebih pentingkan kerja berbanding Allah. Syirik la tu.

Gahhhhh!!
*capai telekung capai sejadah*



Conversation 5
(With Hanisah, 8 y.o.)

Hanisah: Kenapa acik macam bad mood je ni?
Me: Acik sakit perut.
Hanisah: Kenapa?
Me: Tadi acik beli nasi lemak, nasi dia macam dah basi.
Hanisah: Ooo.. Kenapa acik tak bau dulu..
Me: Dah lapar sangat. Dah la basi, pastu tak sedap, sambal seciput, takde timun, telur kecik. Menyesal beli!
Hanisah: Acik tak baik cakap macam tu. Itu kan rezeki. Acik kufur dengan nikmat Allah. Malaikat kat bahu kiri acik tengah tulis.

Okkkk.
Malaikat, boleh padam balik tak?
Saya tak sengaja.
-______-



Hmm bila teringat balik conversations ni,
mesti kemurungan sambil capai tasbih. Hahah.
Sebenarnya ada banyak lagi contoh saya nak bagi.
Tapi kang jadi macam teks ucapan hari raya perdana menteri pulekk.

If you guys have the opportunity to mingle around dengan anak-anak macam ni,
silakan buat sekerap mungkin.
Dia akan jadi macam upacara brainstorming mingguan. ;D

In fact, you are actually helping the children to develop their communication skills dan asah the way they deliver their thoughts.
Tapi jangan la terlalu kerap pulak ye. Still kena keep the gap.
Kalau takde gap pun parah jugak.
Rasa nak baling kasut je bila diorang buka mulut.
;D

Semoga blogpost hari ni sedikit sebanyak menceriakan hari korang ok!
Biasa lah puasa kan.
Menahan lapar dan dahaga lah katakan.
Shiannnn dia. :D

Selamat berpuasa, semua!