Showing posts with label Mother's Day. Show all posts
Showing posts with label Mother's Day. Show all posts

Mother's Day gift recycle. Hihi!

Tak habis-habis pulak cerita Mother's Day kau kan? Haha!
Ok ok. Aku janji ni last okkk. -_______-

Sebenarnya aku nak cerita pasal hadiah yang aku bagi Mama masa Mother's Day hari tu. Walaupon hadiah recycle je padahal. Huhu!
 Tapi sebab dah amik gambar, so haruslah kita letakkan di sini.
Nanti basi pulak duduk dalam camera lama-lama. Padahal ada motipppp kahkah.

Memang hadiah recycle je pon aku bagi.
Ingat tak video yang aku buat sempena birthday Mama hari tu? KLIK SINI.
Sebenarnya aku print out banyak gambar tau untuk shoot video tu.
So lepas video tu siap, takkan nak buang je semua gambar tu kan. Lain la kalau boleh buat masak 3 rasa ke, singgang lada hitam ke,
memang dah lama la aku buat.
Haha! Makang sokmo mung! Walruhhh! (read: walrus)

Oleh yang demikian, aku buat la sebagai hadiah untuk Mother's Day pulak.
Guna bahan-bahan terpakai je walaupon. Jimat..haha!
Bijok sungguh mung walruh! :D


 Ni la hadiahnya. Walaupon rupa macam daun kesum pon ada kan.
Takpe. I buat ikhlas. Pi mampuih kat hang la rupa daun kesum pon. Kahkah.


Yang penting mommy i sukaaaa. =)



Penat tau. Patbelas hari patbelas malam aku duk gentel kertas nak buat daun kesum eh bunga ros tu. Hubby tengok pon geleng-geleng kepala je.
Ye la patbelas malam tak dapat, ko bayangkan! Lama kot. ;P
 Dan akhirnya siap jugak hadiah yang tak seberapa ni.
Hubby pon banyak bantu sebenarnya. Korang tengok ranting-ranting tu, kuasa aku nak masuk hutan menebas ranting tu semua?? Mestilah kerja hubby tu. Dia yang sanggup keluar rumah, bawak parang, tebas ranting, walaupon depan rumah je pokoknya. Haha!
Dah tebas, siap sapu varnish kasi kilat.
Ishh memang susah la nak cari suami baik camnih.
Tak silap aku, dalam rumah ni, ada sorang je suami camtu.
Mana nak dapat dua tiga bhaiiii. Susah bhai. Ada sorang ni je. -..-

Dan akhirnya, siaplah jugak pokok itu. Dan berjaya la jugak aku tengok senyuman seorang ibu, bila dapat hadiah dari anaknya. Huhu. Walaupon takde nilai wang ringgit pon hadiah tu kan. Setakat ranting, choiiii. Hihi! Tapi aku faham hati ibu. As long as dia tahu anak dia sayang dia, itu dah memadai.
Aku bukan la bagus sangat.
Ada je aku buat perkara keji terhadap ibu. Tipu lah kalau takde langsung.
Tapi yang sudah tu sudah la.
Sekarang aku dah jadi ibu, dan aku dah faham ibu.

Ada sesetengah orang tu aku tengok, anak baru sorang dua, tapi celebrate mother's day kemain rancak lagi. Hadiah macam-macam. Pergi vacation segala.
Tapi mak kat kampung, yang dah beranak tujuh lapan kali tu, ko setakat wish gitu je. Pui. Patutnya masa hari ibu la kita ingat kat ibu kita lebih dari ingat kat diri sendiri. Walaupon diri sendiri pon dah jadi ibu jugak. Ni kemainnnn celebrate mother's day. Tapi mak sendiri pon tak ingat.
Kan aku dah emosi ni. Belom habis lagi ni.
Yang paling tak tahan tu, dia boleh pergi up status "Selamat Hari Ibu" kat FB je.
Padahal mak dia memang tak layan FB pon.
Derrrr..pergi wish mak orang lain buat hapeeee.
Bukan mak orang tu reply cakap terima kasih pon. ;D
Aku bukan nak salahkan orang celebrate mother's day. Aku pon celebrate kot. Memang pada hari tersebut semua manusia yang bergelar ibu, akan ada rasa syok di dalam hati. Rasa macam, Wah aku ialah seorang ibu. Vangga gila vavas. Normal la. Tapi jangan sampai tahap lupakan siapa yang berhempas pulas lahirkan kau sebelom kau ada peluang untuk bergelar ibu nih.
Phewwwww!

Ok setakat itu saje emosi saya.
Sekian terima kasih. Hihi!

Oh hari tu kan, masa aku nak wish Mama mother's day kan.
Memula macam potong stim jugak ah. Aku baru nak susun ayat jiwang-jiwang sikit kan. Kasi Mama high sikit kan. Haha!
Sekali Mama jawab camni je,
"Thanks anak. Mama nak tido. Jetlag."

Terus aku rasa macam nak amik playar buat cabut bulu hidung je.
Stress ok. Haha!

Sebab a day before mother's day tu, Mama baru balik dari Los Angeles.
Honeymoon dengan Daddy. Dua minggu okkkk.
Nangis aku tengok gambar-gambar diorang kat FB.
Aku honeymoon pon 3 hari 2 malam je. -______-"
Tapi diorang melampau honeymoon sampai dua minggu.
Dah la Daddy pulak hari-hari mintak skype. Pastu excited cerita,

"Hari ni ayah pergi Grand Canyon. Esok nak balik San Fransisco bla bla bla.. Kat sini sejukkk. Beku tahi hidung ayah."

Ye baiklah. Begitu detail sekali penceritaan wahai ayah.
Silakan berseronok. -..-
Ada sekali tu kan, aku saje tak balas mesej Daddy tau.
Sebab malas nak skype. Haha! Durhaka sungguh.
Pastu tetiba Daddy mesej camni,
"Kamu tengah tidur ke? Ayah banyak benda nak cerita ni. Ayah sampai tak boleh tidur sebab excited sangat nak cerita."

Oh my father.
Boleh tak sekaliiiii je, perangai tu jangan comel sangat? Haha!

Ok lah, sebelom aku mengakhiri entry ni, nah beberapa gambar honeymoon Mama & Daddy. Amboiiiii kemain peluk-peluk dikhalayak ramai.
Mencik ah!


Eh ni Nasir Saadon ke, Kuch Kuch Ho Ta Hai nih?? Kompius lah! ;D



Kepada ibu-ibu sekalian, Selamat Hari Ibu.

Cerita ahad, 2 minggu lepaih

Sebenarnya nak tulis tajuk "Cerita Mother's Day"
Pastu pikir-pikir Mother's Day dah 2 minggu berlalu.
Kang nampak sangat macam 
hek elehhhh cerita basi! Pergi taruk longkang lagi bagus laaa!
(Amboiii garangnya uolls.. Tatuit)

So kita tulis je la "Cerita Ahad 2 minggu lepas". Macam kaver-kaver la sikit kan.
Padahal sama je maksud dia kahkah.

Mother's Day hari tu adalah hari yang penuh bagi aku.
Penuh??
Penuh perut? Itu hari-hari pon penuh bhai.. Haha!

Penuh di sini bermaksud, hari yang sangat terisi dengan perkara-perkara indah yang kelak membuatkan daku tersenyum pabila mengenangkannya kembali tatkala sedang menghadap cermin sambil memasang gigi palsu di hari tua kelak.
Tengokkkk...maksud penuh pon dah penuh satu perenggan penuh.
Derrr........??

Mader's day hari tu, awal pagi lagi aku dah mula jadi ibu.
Hari-hari lain pon jadi ibu jugak, tapi takdelah seawal tu. Haha!

Pastu bangun-bangun je, terus bahagia dapat ucapan hari ibu dari orang-orang tersayang.
Padahal anak sorang je kan. Pastu yang wish ialah beberapa orang?
So macam, eh sejak bila aku jadi ibu korang ni? Hihi!
Mak mertua iolls pon wish tauu. Aww!
Walaupon aku tak pernah melahirkan mak mertuaku kahkah, tapi beliau tetap anggap aku ialah ibu kepada cucunya. Walaupon statement ni aku yang cipta sendiri. Baru tadi cipta.
Oh seronoknya puji diri sendiri haha!

 Tatkala kuih tat mengenangkan diri yang sudah jadi ibu ni, aku banyak fikir pasal Haikal sepanjang hari tu. Sebab kehadiran dia lah aku ni layak bergelar ibu.

Walaupon perangai kengkadang macam ibu tiri je haha.
 So aku cakap kat hubby,

"Hari ni ialah hari kasih ibu untuk Haikal. Mama nak entertain dia sepanjang hari. Mama nak dia tahu, Mama sayangggggggg dia sampai mati. Haikal lah yang buat Mama layak dipanggil ibu." 
Wah poyo terkentut-kentut sangat ayat kau kannn. 

 Hubby angguk-angguk tanda setuju.
Tapi rupanya dia angguk-angguk sebab tengah tengok Gwiyomi Nora Danish.
Pfffftttt! Kameha mehaaa!!!! ;O

So sepanjang hari tu, penuh dengan aktiviti entertain Haikal sahaja.
Pergi makan-makan. Pergi Batu Feringghi.
Eh korang tau, kat Feringghi ada satu pantai tu nama dia Miami Beach. Aku nyaris-nyaris nak connect Facebook, nak check in, 
"at Miami Beach with Hafify Zulhaimy." 
Kahkahkah!

Pastu kan, masa lepak kat Miami Beach tu kan, tetiba macam
eh ehhhh megan fox pon lepak sini rupanya!


Tuuuuu Megan fox! Nampak tak? Alaa yang baju merah tuuuu. 
O.O
Ohhemmmjiiiii terkesima sekarangggg
-_____-"
 
Anak main pasir, mak tayang kaki. Haha!
Haikal sibuk buat piling kat pasir tu.  Nak buat jambatan agaknya. -..-

Sebelom sampai sini, kitorang singgah petronas pastu sebelah petronas tu ada McD. Dalam keadaan separa sedar aku masuk McD tu, terus amik straw, sudu, piring sos banyak-banyak. Pastu masukkan dalam handbag. Pastu bila dah keluar McD baru aku macam, eh apa aku buat ni? Pastu dalam keadaan separa sedar lagi, tetiba je dah sampai pantai, pastu terus bagi Haikal main. 
Dengan harapan korang tak nampak motif sebenar aku amik straw sudu tu banyak-banyak. 
Hahaha!

Oh ibu.. damailah engkau di sana. Eh eh lagu untuk orang mati pulak. :D
Maaflah. Emosi tak keruan tengok pompuan atas ni gojes sangat. Berdebar rasa.
 ............
Hempok lesung batu, mahu?? Haha!


Masa ni aku tengah marah Haikal tau. 
Nampak tak muka aku tengah berkerut dalam kegorjesan itu?
Dalam amarah pon boleh pegang kipas di tangan? Fesyen kegorjesan apakah ini? 
Hihi!

Masa ni Haikal ngada sangat tau. Dah la main pasir simbah kat seluar aku. Pfft.
Ye la kan. Paparazi dimana-mana. So kena la jaga kegorjesan setiap masa.
Lesunggggg batuuuuu sini kau! :D
Pastu, boleh pulak Haikal taknak duduk atas pasir. Bukan setakat duduk, pijak pasir pon taknak. Pffttt! Anak raja ke hape engko ni? 
Anak megan fox tu memanglah, tak dapat dinafikan lagi.  
Lesung batuuuu bunuh dia sekarang! ;D
 
 Asal aku letak je Haikal atas pasir, dia buat muka geli-geli tau.
Ahhh menyampss nya perangaiiiii.
Kalau bukan hari ibu, dah lama aku bogelkan pastu biar je dia geli geleman dengan pasir satu body. Gerammmm okkkkk!
Kejadah hape geli dengan pasir kan?!
Lepas kena marah dengan aku tu kan, terus pi ngadu kat apaknya.

Pastu terus hubby cakap,
"Takpe takpe, kita geng. Tak payah geng dengan mama tu. Seppp!"
 Ohhh..camni la sekarangggg. Hari ni hari ibu okkk. Sob sob.

Pastu sampai kesudah mereka berdua melupakan aku. T_T


Ni nama dia tahap kegorjesan melampaui batasan. Korang jangan tengok lama-lama, kang 3 malam berturut-turut ia menghantui tidurmu. Kahkahkah. 


Tetiba hubby dengan Haikal pon nak join menghantui tidurmu. 
Habislah koranggg. :D



Kalau muka camni maksdunya dah bosan. Huhu!

Pastu kitorang bawak Haikal pergi padang pulak. Main ball.
Dia tu kan asik nak main balllll je kerja. Boring. Sebab asikk nak main dengan apaknya je. Dah tu maknya? Lepak tepi-tepi je, sambil kunyah Tora Datang Lagi nambelas bungkus. 
Sambil kunyah tu, monolog dalam hati, ish boringnya boringnya boringnyaaaa!
Haha!


 
Ni gaya excited nak main ball.

Ni gaya nak fire. Macam otomen. Fireeeee!!! Eiiiyargghhh!!
Serious ada bunyi eiiyargh tu sekali ok. 

Dah puas main ball, main bubbles pulak.

 Hai abang bubble... *kenyit-kenyit mata*
Pandai abang buat bubbles. Bulat-bulat je.
Saya nak bubble dua boleh? Nak bentuk love-love. Awww!
Gatal tahap mintak kaki di dahi. Hihi.

Eh dah habis gambar rupanya.
Maka tamatlah entry kita pada hari ini.
Takde gambar, terus tak tahu nak bebel apa dah. Heh.

Kepada Ashraf Haikal anak kesayangan mama, mama yang gojes eh eh.
Mama sayang Haikal.
Terima kasih sebab hadir dalam hidup Mama, mengisi hari-hari Mama. 
Nak harapkan Papa kamu tu isi hari mama, asik isi dengan Kenny Rodgers je. 
Boring je papa kamu tu. Hahahaha!

Err..Papa, nak kirim quater meal black pepper sauce satu. Side dish spaghetti selambak, muffin cokelat 3 ketul. Pastu erm erm apa lagi eh? Oh popia basah 5 hinggit!

Mama sayang Papa jugak.
Tetiba. :D

Hari Emak

Memang best jadi mak.
Tetiap bulan Mei mesti ade satu hari untuk mak. =)
Semua orang akan kepoh nak wish mak memasing.
Semua orang akan bergelandang kat Jusco nak beli hadiah untuk mak.
Sebab ade sale kan? Cer kalau hari biasa takde sale?
Kuasa kau nak beli hadiah untuk mak?
Harus mak yang beli hadiah untuk diri sendiri je. Cehh

Well, ni first time aku sambut Hari Mak yang sebetulnya.
Last year's mother's day, aku pregnen lagi. So belom betul-betul mak.
Maksudnya, ni first time aku betul-betul merasai erti Mother's Day.
Bila dengar ucapan-ucapan orang untuk mak memasing kat tibi, radio, FB, twiter segala, baru aku faham ape perasaan seorang mak bila mendengar ayat-ayat istimewa dari anak memasing.
Bila baca ungkapan-ungkapan mother's day kat majalah, kat kedai-kedai kat mall, tersenyum sendiri aku dibuatnya.
Satu perasaan yang kau tak boleh nak describe.
Sesiapa yang bergelar mak, pasti akan faham.
Tahun ni, mother's day betul-betul mendalam impaknya kepada diri ku. Hah kau!
Ayat sasterawanono negaro! =P

Sejak aku jadi mak, aku faham sefaham-fahamnya kenapa kita perlu hargai sehargai-hargainya insan yang telah melahirkan kita ke dunia ni.
Seriously, everyday. Perlu kita ingat kat mak!
Aku pernah terbaca somewhere, 
Walau sesaat mak rindukan kita (kerana kita dah lama tak tanya kabar mak), kita telah berdosa ibarat dah melukakan hatinya.
Kau tahu, kita sebagai anak, tak pernah sesaat pon kita terlepas dari hati/fikiran mak. Sebab mak sentiasa ingat anaknya.
Tapi kita, selaluuuuu lupa kat mak.
Yang ade dalam hati, cuma boypreng boypreng boypreng.
It happens to me too.
Semanjak jadi mak, setiap saat pikir anak aku lapar ke haus ke sihat ke sakit ke happy ke sedih ke. Dalam toilet tengah buat bisnes pong, pikir anak!
Tapi sebelom jadi mak dulu, ade kau pikir mak kau dah makan ke, mak kau sakit ke, ade?
Kalau ade pong, sekali seminggu la paling kuat.
Takde keje kau nak ingat mak kau setiap saat. Kan?

Sekarang, aku banyak menyesal menyesal menyesal bila cakap pasal mak.
Banyaknya jasa Mama kat aku.
Kengkadang aku terfikir, kalau la ade peluang aku nak reverse balik, aku nak layan Mama macam permaisuri.
Macam yang Mama layan aku masa kecik dulu.
Dalam sehari berapa kali Mama kiss aku, tapi sekarang aku kiss Mama sekali seminggu je. Dalam sehari berapa kali Mama pelok aku, tapi sekarang aku pelok Mama sekali sebulan je. Dalam sehari berapa kali Mama belai aku, cakap I LOVE U kat aku, tapi aku susah benor nak cakap I LOVE YOU kat Mama. Kalau cakap pon, tak ikhlas.
Tu belom lagi Mama mandikan aku, basuh kencing berak, berjaga malam bila aku sakit, menangis bila aku menangis, tidur ngan aku bila takut nak tidur sengsorang.
Tooooooooooo much to say!
*damn menyesal*

 Dan kepada kengkawan, especially yang belom jadi mak, maybe korang tak berapa faham lagi.
Korang masih ade peluang, nak jadi anak mak 24 jam. Nak bersama mak.
Sebelom kau sendiri yang jadi mak, pastu menyesal tak sudah. Macam aku.
Tapi seriously, bila mother's day kau tak payah la berebut-rebut sape bagi hadiah kat mak yang paling mahal.
Bcoz satu pelukan, satu ciuman seorang anak tu saaaaangat mendalam buat mak, kau tahu?
Cakap lah yang kau sayang mak.
Banyakkan berbual dengan mak.
Banyakkan tanya kabar mak.
 Maksud aku, setiap hari. Bukan mother's day je.
Bcoz seriously, tu je yang paling berharga dalam hidup seorang mak. Iaitu anaknya!
Bukan rantai habib jewel lapan belaih juta, tak perlu!
Tapi kalau nak bagi, aih dialu-alukan. =P

Last Sunday, pepagi buta lagi, aku belom bangun tido, hubby bisik kat telinga aku, 
"Happy Mother's Day, sayang.."

Tersenyum aku, sambil jawab,
"Thank u.. Abang dah call Mak (MIL)? Call & wish dia sekarang plisss."

You see. Aku nak hubby sayang mak dia lebih.
Dalam ape keadaan sekali pon.

So Ahad hari tu, aku takde la celebrate sakan sangat.
Sebab lebih fikirkan Mama sempena mother's day berbanding fikirkan diri sendiri yang jugak dah jadi mak.

Hubby ada tanya aku, "Sayang nak hadiah ape?"
Aku jawab,"Nak tidur 24 jam."
Kah kah kah perfect gift for a lazy mother like me. =P
Tapi petang tu, setelah penat tidur, (see! aku tidur sampai penat! Tak pernah dibuat orang.) hubby ajak jenjalan. Makan makan. Lepak lepak.
Itu saje lah aktiviti nya.

Aku sebenarnya tak mengharapkan ape-ape.
Sebab Allah bagi hadiah Baby Haikal, dah cukup terindah untuk aku.
Terima kasih Allah, bagi aku peluang untuk bergelar ibu.



 Baby Haikal yang sibuk berkompang.
Pantang jumpa meja je, nak berkompang.


Untuk hubby, thank u jugak.
Tanpa hubby, tak mungkin aku boleh jadi mak kan? ;P

 Blur la pulokkk.



Happy Mother's Day, to all mothers in the universe.
Mak hayam pon bolehhh.
Untuk bapak hayam, kau punya next month lah.

Celebrate Parents' Day with Ogawa

Ahad lepas, I was invited to Ogawa Heart Delights Event sempena Parents' Day.
Sebenarnya, beberapa minggu lepas aku ada join contest ogawa kat FB.
Dah addicted pulak aku mengjoin contest semenjak menang ipad harittewww.. Hekhek. By the way, contest ogawa kat FB tu senang je.
Just kena buat satu "message for parents" in 130 letters, in English and, in the most creative way lah.
Aku membantai la tulis ape jadah tah aku pon dah tak ingat.
Haha nampak sangat not from the heart. =P
During the contest period tu, aku tengok ade more than 1000 participants!
And "message for parents" yang diorang submit semuanya ayat power bombastic meletop-letop kebabom!!
Dalam hati aku, hmm dah kompom kalah la tu.
So aku dah taknak amik tau dah pasal contest tu.
Sambil berkata pada diri,"Vocab & grammar kau dah la terabur harem zadey" *down*
So aku terus unlike semula FB ogawa. Bahaha.

Tapi lepas beberapa hari, tuah ayam nampak di kaki, tuah Adlil Rajiah Mohd Nasir ogawa yang nampak. Kah kah kah
Aku dapat call from ogawa representative:

Ogawa: May I speak to Cik Adlil Rajiah? *pewwit CIK pewwittt*
Aku: Yes speaking.
Ogawa: I'm calling from Ogawa. I'd like to inform u that u're one of our finalists for Ogawa Heart Delights Contest. Congrats!
Aku: What? what? whatttt? Tapi saya dah unlike FB ogawa. -___-"
Ogawa: It's ok. U're still selected for the final round.
Aku: Oh ada final round rupanya. Ingatkan dah menang. *dasar tak sabar haha*
Ogawa: Indeed u're already the winner. But u have to go for the final round to detemine ur prize either 1st, 2nd, 3rd or 4th prize.
Aku: O ok. So how many of finalists will u have?
Ogawa: Four.
Aku: Just four? *dalam hati, baik takyah ada final round bagai. Haih*
Ogawa: Yes. Just four. Means, u're amongst the top 4! From more than a thousand contestants who had participate.
Aku: *berasa vangga sebentar* Ok, so tell me about the event tu.
Ogawa: The event will be held in penang (Queensbay Mall) at 2pm. Please be punctual. All the finalists will be asked some questions by the Ogawa's ambassador (Jack Lim). So u need to answer them spontaneously in the most creative way. And u'll be given 3 minutes to answer the questions.
Aku: Okayyyy..Ada soalan bocor tak?
Ogawa: Haha. Please wait until the event ok.
Aku: *boring la kau* Baiklah saya akan hadir.. -..-"

So Ahad lepas, pukol 1.45pm kitorang dah terpacak kat Queensbay Mall.
Terus ke central atrium, the event venue. Terus register.
Masa register tetiba aku nerbess tahap cipan kena letrik.
Sebab baru aku tahu I was the only malay amongst the finalists!
Yang lain semua chinese. And most of them were older than me.
Hmm..terus aku ajak hubby balik. Kunun dah give up la. Taknak compete dah.
Tapi hubby keras jugak suruh aku teruskan. For the sake of experience.
Hubby said,"Alaaa..rilek-rilek je. U're already the winner kan. Kalau takleh jawab soalan pon, kompom dapat hadiah yang last. Hadiah jugak kannnn.."

My bro (Adan) pon join sekaki.
Siap pakai baju sekolah bcoz lepas event ni kitorang terus hantar dia balik MCKK.


 Baby Haikal as the future Ogawa's Ambassador. Hahaha


Pukul 2.30pm, ogawa's representative bagi briefing sikit about the event.
Masa ni, lagi sekali aku down. 
Sebab the other contestants brought along their parents & siblings. 
Ramai parents & siblings kerumun-kerumun bagi support except mine. :'(
Dah la semua chinese. Kalau ade makcik pakcik Malay yang tercongok kat situ, boleh aku menumpang kasih. Haha
Maklom la ni kan contest sempena Parents' Day.
And all the questions were asked pon memang related to parents.

 Briefing by Eric, the Ogawa's representative.


Dalam pukul 3pm camtu, was the arrival of Ogawa's Ambassador, Jack Lim.
Time ni ramai yang berebut-rebut nak salam nak otograf segala.
Padahal aku tak kenal pong sapekah Jack Lim. Kah kah kah
Mungkin di kalangan Chinese, beliau ibarat Aaron Aziz la kot. -..-"

 Kau tengok la aku sorang je Malay kat situ.. :(
Rasa macam nak pakai topeng pon ade.


Lepas Jack Lim kenal-kenal dengan all the finalists, agenda pon bermula.
Jack Lim uji sorang demi sorang.
Aku makin nervous bila semua finalists bajet touching & emotional bila jawab soalan berkenaan parents diorang.
 Plus, parents diorang depan mata pon bantai mengalirkan air mata.

Hubby siap cakap, "Sayang pon bantai nanges la. Baru nampak telus dari hati."
Kah kah kah.
Aku pikir, dah la depan kalayak, memang tak la aku boleh drama nanges bagai.
Lagipon parents aku takde depan mata. So celah mana nak feel nya?
Until my name was called and I was the last one to be tested.


Jack Lim: Hi Puan Rajiah. *shakes hand* So u're married? Have kids?
Aku: Yes. Married and got one kid. 
Jack Lim: How old is he or she?
Aku: He's 6 months old.
Jack Lim: I see. So whom do u come with? Are your parents around?
Aku: Unfortunately no. They're not able to come bcoz they stay in Shah Alam.
Jack Lim: Why oh whyyyy.. But never mind. U can ask ur parents to check out our FB later and watch u in the pics/video ok?
Aku: Sure I will. 
Jack Lim: So here is the question. Please listen carefully. If u were given a chance to express  ur feelings or gratitude towards ur parents, what would u say? Please share with us.

Jawapan aku, sila tengok video ni.. ;P

Thanks Adan tolong record video ni. Hihi.

My answer was..
After I got married and became a parent, I began to realize how loving the parents can be. I began to understand why do parents cry over their children's pain or disappointment. Actually, there's no word in the universe can really describe how thankful I am, how grateful I am, to have my mom & dad as parents in life. In fact, if I try to name every single thing in the universe, they're still  not enough, not comparable to my parents' sacrifice, love, hugs, kisses and every single thing they've done for me & my siblings. All I can say is I LOVE U, MAMA & AYAH and WILL ALWAYS LOVE U FOREVER.

It was reallyyyy unbelievable that I was touched and cried spontaneously after the Jack Lim's question. Masa aku jawab soalan tu, I was so damn telus. 
Haha


 Muka emo. Takmo senyum walau kamera beratur depan muka. 
Malu malu maluuuuu!
Dalam hati, "Apsal kau nanges tadiiiii!!! Dush Dush Dush!"


Tak lama lepas tu, was the prize-giving ceremony and unfortunately I didn't win the 1st prize. Walaupon jawapan dah telus. Kah kah kah.

 So I just won this head massager by Ogawa. 
Boleh la urut kepala bila tension baca journals sok. :P


Tak pon urut kepala budak ni kalau dia buat perangai. Kih kih kih


So itu la pengalaman pertama aku masuk final round contest bagai ape tah.
Tak kuasa haih.
Tapi agak rugi sebab tak invite Mama & Daddy sekali.
Kalau depa ada depan mata masa tu, gamaknya aku dah berlari peluk depa kot. Huhu
Tapi takpe lah at least I have Adan.
Maybe dia faham perasaan aku masa bagi speech tu bcoz we share the same parents kan. :)

p/s: Actually there's something really bad bad bad happened during the event. But not to be mentioned here. Maklom la pilihanraya dah dekat kannn.. Kang kena buang negeri pulak aku. ;)
Sump*h cin* k*t Pen*ng mem*ng r*cist giler n*k m*mposss!