Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Soal Jawab mak-mak.

Aku ada terima beberapa soalan dari readers.
Kebanyakannya isu mak-mak lah.
So aku akan jawab kat sini sekali harung.
Ada yang aku sempat jawab kat FB/email.
Tapi kalau dah 3-4 orang tanya soalan yang sama, tak stress engko?
Rasa nak fotostat je fesbuk kalau boleh. Huhu.
Tapi yang aku pelik ada sesetengah soalan tu sangat menguji minda terlampau lampau. Haha. Sepatutnya sebelom korang tanya tu, korang kena faham. Aku ni anak baru sorang. Anak yang sorang tu pon baru setahun lebih.
Ni ada yang tanya, umur berapa sesuai nak masukkan anak kat sekolah agama la. 
Camane kalau anak taknak tidur bilik asing la. 
Adoiiiiii....lawak antarabangsa je la korang ni.
Aku terjun jambatan tahu la!!
Kalau tanya ustaz Azhar Idrus pun, kompom dia tarik-tarik janggut nak menjawab. 
Soalan susah kotttt..

So aku jawab mana yang munasabah je la ye.


Soalan 1: Camane nak breastfeed anak kat tempat awam??
Atau dengan kata lain yang canggih sikit, NIP (nursing in public). Atau kata lain yang lebih universal, menetek. Universal sangat kan. Haha.
Sebenarnya senang je nak breastfeed anak in public. Aku pon selalu buat. Contoh kalau macam pergi tesco ke kan. Nak beli barang dapur ke. Atau nak jenjalan ke. Jarang la aku pam siap-siap dalam botol. Selalunya kalau Baby Haikal nak nenen, aku hulur je lah kuih pau heheh. Kengkadang sambil makan KFC pon aku nenenkan Baby Haikal. Nak malu ape?
Pakcik meja sebelah bukan kenal kau pon. Kuikui.

 Masa ni baru habis pantang. Gemok hoi!

Tapi aku ada tips untuk memudahkan korang menetek anak tanpa segan silu.
Satu, pakai nursing cover. Banyak jual kat kedai. Takpon, kau amik je shawl yang labuh-labuh sikit, jadikan penutup masa breastfeed anak tu.
Tapi aku jarang lah nak tutup-tutup masa breastfeed. Sebab Baby Haikal cepat rimas. Aku yang tengok pon rimas. Huhu!

So aku buat tips nombor dua. Iaitu, pakai baju longgar dan labuh. Baju ye, bukan tudung. Kalau kau pakai tudung labuh sekalipon, yang nak selak ialah baju, bukan selak tudung. Bila baju longgar dan labuh, senang korang nak adjust-adjust supaya boleh breastfeed tanpa menampakkan "6 packs" kahkah.
Kat kedai ada je jual nursing blouse tu kan. Tapi aku tak pernah beli pon, sebab yang aku jumpa semuanya mahal nak mamfff. Aku kan miskin. Pastu dah la harga mahal, design dia dah macam fesyen zaman batu je aku tengok. Blouse nenek aku lagi up to date kot. Hihik.
Tapi tak tahu la kalau kat tempat korang ada yang cecantik kan.
Kat tempat aku memang semua hampassss.


Ok tips yang ketiga ialah, sambil korang breastfeed anak tu, lagi bagus kalau husband korang duduk sebelah korang. Duduk rapat-rapat. Nak berpeluk cium kat situ pon boleh kahkah. Sebabnya, aku perasan kalau hubby duduk kat sebelah waktu aku breastfeed Baby Haikal in public, orang macam tak terdorong sangat untuk menghalakan mata masing-masing merenung tajam ke arah tetek aku. Hak hak hak.
Cuba kalau aku sorang, semua orang la nak tertoleh-toleh nak tengok Baby Haikal menetek. Tumbuk tahu la!

So kesimpulannya, senang je nak breastfeed in public. Kalau rasa insecure, cari je nursing room. Dah banyak dah mall yang provide nursing room sekarang. Cuma aku je malas nak cari. Tapi kalau breastfeed depan orang, aurat tetap kena jaga ye kawan-kawan.
Walaupun kau tengah menetek anak dan bukan tengah buat tiger show, tapi pempaham je la lelaki kannnnn... Heheh.


Soalan 2: Anak banyak ruam atau nappy rash. Camane nak buat?

Masa Baby Haikal 3-4 bulan dulu selalu jugak naik merah-merah. Especially kat celah kangkang.
Biasa lah kulit baby tak tolerate lagi.Kengkadang kena najis sendiri pon boleh merah, kena susu ibu pon boleh merah. So budak kecik memang kena selalu bersihkan dia.
Tukar pampers kerap pon takpe. Asalkan kulit dia sentiasa kering.
Masa Baby Haikal ruam-ruam dulu, mak mertua aku suggest guna bedak cina hijau ni. Macam gambar bawah ni.


Bagus la jugak. Lepas 2-3 hari, ruam akan kering.
Tapi ada sekali tu, kawan aku suggest guna tepung ubi. Dia kata tepung ubi ialah ubat ruam yang palingggg mujarab. Amboi kompiden sangat dia tu. Hihi. Aku macam memula malas nak percaya. Biasa la orang muda zaman sekarang mana nak percaya petua turun temurun ni semua please lahhhh.. Hamboih huhu!
Sampai la satu hari tu, Baby Haikal naik ruam lagi. Aku pon chuak-chuak ubi la kan. Masa tu baru terfikir suggestion kawan aku tu. Terus zasss cari tepung ubi. Dah la tengah chuak-chuak ubi, cari tepung ubi pulak. Memang pakej mustika sangat.


Dah jumpa tepung ubi, terus try kat Baby Haikal. Dannnnnn memang miracle sungguh tepung ubi ni rupanya. Pagi aku bubuh, petang tu dah surut ruam. Terima kasih nenek moyang kerana menemukan petua ini. Saya memang percaya 100% petua orang dulu-dulu! *tetiba percaya terus haha*


Soalan 3: Anak baru lahir kena demam kuning/jaundice.

Baby Haikal pon masa lahir ada jaundice. Mengikut petua orang lama, (tetiba guna petua orang lama jugak kan haha!) mandikan baby tu dengan air rebusan daun inai untuk hilangkan jaundice dia.
So masa aku dalam pantang tu, Mama mandikan Baby Haikal 3 hari 3 malam berturut-turut dengan air inai. Alhamdulillah lepas tu, turun banyak jaundice dia.

Kau bayangkan budak sebesar ini boleh keluar dari perut aku? Mengerikannnn.. Haha!

Selain dari tu, kalau anak jaundice, si ibu tak boleh makan jamu lagi ye.
Nanti susu kau panas, badan anak pun makin panas.
So kalau nak badan anak cepat sejuk, kau minum la root beer ke, vanilla coke ke. Ehh?? =P


Soalan 4: Ibu yang demam/batuk/selesema boleh menyusukan anak ke? 
Anak tak berjangkit ke?

Aku pernah tanya soalan camni kat pakar kanak-kanak masa check up Baby Haikal dulu. Tipikal la kalau kita demam ke batuk ke mesti rasa macam kesian nak breastfeed anak kan? Rasa macam nak pass kuman kat dia pulak. Tapi sebenarnya tanggapan tu salah sama sekali ye puan-puan. Bila kita sakit, badan kita akan produce antibody kan. So kalau kita breastfeed anak waktu sakit, sebenarnya kita tengah pass antibody kat anak kita. Baby kan mana ada natibody lagi. So kira kita ni sangat bermurah hati sebab bagi antibody kita kat anak. Terus boleh dapat award ibu paling baik abad ini. Bagitu.

So tak payah risau sangat nak breastfeed kalau tengah sakit. Malahan, sila sengaja bagi diri masing-masing sakit sekerap mungkin, supaya lebih banyak antibody anak kau dapat. Hihik. Fakta baru cipta tadi, dalam google pon belom tubik lagi. Haha!


Soalan 5: Baby taknak minum susu dari botol. Camane nak buat?

Biasanya baby kalau dia taknak minum dari botol adalah sebab dia keliru puting. Aku rasa normal kot baby keliru-keliru ni. Macam kalau korang dah biasa minum kopi pakai cawan, tetiba kena minum pakai cerek. Kan keliru tu? Eh..macam takde kena mengena je kan? Hihi.
Tapi memang biasalah, puting botol tu manusia yang buat, puting ibu tu Tuhan buat. Takkan sama punya. Ilmu manusia ibarat setitis air di lautan je kot. Haaa kan dah keluar pasal air laut pulak tetiba. Haha!
Tapi point dia, tak kira lah puting mahal mana pun korang beli tu, takkan comparable dengan puting ibu ok. So korang kena usaha lebih sikit la cari puting yang macam mana yang anak korang boleh terima.
Puting botol ada banyak jenis kan. Mengikut bentuk panjang pendek gemuk kurus, tahap softness, water flowrate, semua-semua tu berbeza.
Macam Baby Haikal, dia sesuai dengan puting NUK. Macam gambar bawah ni.


Soalan 6: Nipple luka sebab baby gigit. Camane nak breastfeed? 

Oooo..itu kacang saje. Suruh la dia nenen dekat bapaknya pulak. Hak hak hak.
Errr..tak kelakar ke? -..-
Alaaa kan ada jual nipple shield kat kedai. Pakai je la nipple shield tu.
Sementara nak tunggu luka sembuh tu kan. So baby korang still boleh nenen melalui nipple shield. Takde masalah lah.


Bukan tetek aku harap maklum. Haha!

Dan untuk luka kat nipple tu, korang boleh sapu krim Angle Baby ni.
 Aku pakai jenama ni, sebab tu aku recommend yang ni. Haha. Jenama lain aku dok tahu.
Tapi kalau luka kecik seco'et je, sapu susu sendiri je kat luka tu. Lagi mujarab apa.


Soalan 7: Baby dah setahun, gigi dah banyak, tapi taknak makan. 

Masa Baby Haikal genap setahun dulu kan, dia pun kurang makan. Sebabnya? Dia nak makan benda yang dia boleh pegang sahaja. Macam bubur/nasi kan susah nak pegang. So kalau benda yang dia senang pegang macam ayam goreng ke, kentang ke, pisang ke, dia makan banyak lah.
So mak-mak yang melalui tahap ni kena kreatif sikit lah. Korang buat je camane-camane pon supaya makanan tu anak boleh pegang dan makan sendiri. Buat la homemade chicken finger ke, fish ball ke, nasi impit ke, ketupat ke, lemang dan rendang ke, dodol ke, ehhh macam nak raya pulak.
Nanti kalau aku ada masa, aku share resepi yang aku pernah buat untuk Baby Haikal ok.

Lagi satu, aku ada dapat satu tips dari teacher Baby Haikal. Train anak ko camni: everytime korang makan lunch ke dinner ke, letak anak korang duduk sekali dengan korang kat meja makan. Walaupon dia tak makan, at least dia tengok korang makan. So lama-lama dia akan faham, kalau duduk kat meja makan, maksudnya masa makan. So dia akan terbiasa dengan rutin tu dan akan makan dengan sendirinya. Tapi make sure, masa makan adalah tetap. Jangan sekejap kau makan pukul 3 kejap pukul 8 kejap pukul 4 kejap pukul 12. Ingat PLKN ke ape makan 6 kali sehari? Tahu la dulu kokurikulum JPA3. Cey cey ceyyyy haha!


Soalan 8: Kenapa dah senyap pasal contest? Dah tak join atau asik kalahhhh je sekarang?

Aku rasa soalan ni paling lawak antarabangsa. Haha! Yang sebenarnya... aku pun sedih nak berkongsi hal ini. *air mata bertakung* Aku memang dah lama tak join contest. *hingus mengalir* Aku betul-betul kesal. *Air mata dan hingus bergabung*
Eeeeeuwhhhhh!! Haha.

Ya, aku memang dah lama tak join contest dah. Sebab tu lah dah takde berita pasal contest lagi. Aku rasa cukup la dulu kot. Lagi pun sekarang aku rasa macam takde masaaaaaa sangat. Padahal semua orang ada 24 jam kan? Tapi aku rasa macam aku ada 24 saat je! Amboi melampau kan 24 saat je. Menipu sangat lettew haha.
Biasalah dah masuk tahun akhir pangajian. So semua macam kelam kabut tetiba. Nak kena buat write up banyakkkkkkk gila. Tu la dulu ko rilek sangat kan. Sekarang padan muka kahkah. -___-

So takpelah. Kita ketepikan dulu mana yang tak penting. Nasib baik blog penting *tetiba*.
Ada tu siap whatsapp aku camni, "Jiji! Jiji! Johnson ada contest. Ko masuk tau!"
-_________-
Derrrr.....kenapa suruh aku pulak yang masuk??
Apakah kalau aku menang, aku akan share hadiah dengan kau?
Mestilah tak, kan? Haha!
So lepas ni, korang je la masuk. Aku jadi tukang sorak je ok? Hihi.

Kalau korang nak tahu apa contest yang tengah berlangsung sekarang, korang boleh check out THIS LINK.
Korang masuk je dulu, menang ke kalah tu toksah fikir.
Rezeki masing-masing dah tertulis di Luh Mahfuz kan.
Kalau korang yakin, mesti dapat. Pastu dah dapat, bagi aku 10%. Tak banyak pon 10% tu. Kira halal la. Haha!


Soalan 9: Tips menang contest. 

Adoiiiii...tips untuk menang contest ni aku rasa macam tak mampu nak jawab. Sebab macam tak layak kot. Kalau korang nak tips, korang tanya orang-orang ni:

Wan Steddy 

Korang pi blog-blog ni,  korang kipas-kipas sikit tuan rumah blog tu, lepas tu mintak tips. Haha! Diorang ni antara pengontest tegar jugak lah. Setakat nak menang 2-3 ribu cash tu, ibarat melepaskan kentut di tangga je lah. Sebab dah selalu sangat. Yang yumie tu, pernah menang RM49k. Yang zamzarina tu pernah menang RM30k dari Jacobs dan RM20k dari johnsons. Aku kalau baca pasal kemenangan diorang, rasa macam dunia gelap seketika. Pitam. Haha!
 Kalau korang baca entry blog diorang mesti korang akan tanya camni pulak, kenapa asik entry pasal menang contestttt je?? Boring plisss.. cuba la buat entry kalah pulak. kahkah.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Sejuk perut ibu mengandung

Semalam aku dapat surat dari Asia Brands. Ingatkan satu kompeni dengan Ayam Brands yang buat sardin tu. Rupanya tak. Ayam Brands buat sardin kan, tapi Asia Brands buat pakaian dalam wanita rupanya. Walaupon nama kompeni nyaris nak sama tapi produk mereka ternyata jauhhhh bezanya. Sardin dengan bra sumpah takde persamaan langsung ok. -______-"
Dan ohhh rupanya aku menang voucher Audrey RM100 dari Asia Brands tu. Syukurrrrr... Contest apetah namanya aku tak ingat dah. Malas pulak nak recall balik.
So hari ni kena pergi Audrey outlet untuk redeem voucher tu. Seratus hinggit nak beli apa eh? Aku macam nak beli korset lah. Cey cey ceyyyy heheh! Kantoi perut dah kelepet kelepet letteww kahkah!
Anak baru sorang perut dah kelepet kelepet. Apakahhh??
Kalau anak dah empat lima orang nanti camane? Sah sah la perut jadi kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet kelepet ok dah dah. Memang tiada kesudahannya tu.
Yang aku peliknya, perut laki aku yang tak pernah mengandung mahupon beranak tu pon turut sama bertambah kekelepetannya. Huhu! Bila aku tegur, hubby jawab,
"Papa nak teman Mama. Kang Mama perut kelepet sorang kesian pulak." 

Okkkkkkk... -_____________________-

Tapikan. Nanti kalau pakai korset, pinggang je ramping. Tapi bila tengok bontot besar, peha rhinosorus, lengan goyang-goyang, dagu dua. Camane?
Ok so tak payah beli korset.
Sila beli spenda nenek dan bra saiz 38D sekarang. Haha!

Dah alang-alang nak pergi Audrey, kena singgah Courts jugak. Courts kat atas Audrey tu je. Naik je eskeletor depan Audrey tu, pastu berdiri selama beberapa minit tetiba dah sampai depan Courts. Magis bukan? Haha! *lawak kurang upaya ke hape ni??*
Kena pergi Courts sebab nak beli grill babikiu. Bukan grill keselamatan rumah mahupon fire drill ye. Tapi grill yang orang buat panggang-panggang tu. BBQ ayam satuhhh. Huiiii dap dap dap dappp!
Sebelom ada yang tanya aku apa motip beli grill tu, meh aku nak jawab dulu,
"Itu pon menang contest juga harap maklom". -..-
Ok serius poyo gila jawab begitu. Huhu!

Eh aku sebenarnya bukan nak cerita pasal bra saiz 38D mahupon grill ayam panggang dap dap dap. Tapi aku nak cerita pasal pojaan korang ni la. Si Baby Haikal.

Last week aku cuti seminggu. Sempena?
Sempena syok sendiri memandai isytihar cuti. Kehkeh..
Sesaje je aku cuti. Nak spend time dengan Baby Haikal. Sebab macam dah kurang kasih sayang je budak tu aku nengok. Lebih-lebih lagi kasih sayang belaian manja dari ibunya yang saling tak tumpah mirip-mirip seperti.... ok takmo cakap. Hahaha!

So selama seminggu tu aku entertain la Baby Haikal to the max.
Tengok Barney sama-sama. Dan aku jadi Barney la ofkos..
Sebab hubby pernah cakap, "Mama sesuai sangat jadi Barney." -..-
Memula tu aku rasa bangga sikit-sikit tapi lama-lama rasa macam nak baling pasu je. Dah tu macam kong ajo je bunyi ayat dia tu kan.
Papa, Mama jadi macam Barney sebab lahirkan anak Papa tau. *okk kesiannn haha!*

Selain Barney, kitorang tengok Upin Ipin. Baby Haikal jadi upin, aku jadi opah. -..-
Kalau tengok Hi-5 pulak, aku tukang menari-nari, Baby Haikal tukang tengok je.
Ko nampak tak kat situ siapa entertain siapa sebenarnya. Huhu!

Tapi Baby Haikal sekarang semakin good boy tau.
Mana-mana aku pergi, dia ikuttttt je. Dia suka observe apa aku buat.
Aku sidai baju, dia tengok. Aku masak, dia tengok. Aku menyapu, dia tengok.
Sampailah satu hari tu kan. Aku saje la pakaikan Baby Haikal kasut supaya dia boleh main bola kat porch kereta. Tapi tetiba ni yang dia buat.

Mak-mak yang ada anak dara, sila pay attention sekarang. Ni lah dia contoh bakal menantu terbaik abad ini. Kalau nak masuk meminang sangat dialu-alukan. Sila sediakan juga wang hantaran yang setimpal. Ehh??

Cuba bagitau aku, mak mana yang tak menangis patbelaih baldi sebab terlalu kegembiraan tengok anak dia tetiba menyapu? Ringan tulang sungguh. Haha!
Walaupon tinggi Baby Haikal separuh dari tinggi penyapu tu, dia tetap sibukkk nak menyapu. Walaupon entah kemana-mana halanya habuk yang disapu tu kan. Takpe aku tetap nak nangis patbelaih baldi jugak. Huhu.
Rasa macam nak pergi ketuk rumah jiran-jiran nak bagitau kabar gembira ini.
"Huiiii.. Anak aku menyapu! Anak aku menyapu! Anak aku menyapuuuuu!!!!"
*separuh crazy terus*

Pastu ada satu malam tu pulak, aku tengah sibuk masak, tetiba Baby Haikal pon sibukkk nak amik periuk dan senduk.

Masak wayar earphone pon boleh. 
Wayar earphone masak 3 rasa. Haha!


 Hamboiii siap lipat kaki dan letak tangan begitu. 
Penat mengacau ke yang? Lambat lagi nak empuk wayar earphone tuuuu..? Kihkih.

Paling lawak bila aku datang dekat-dekat, Baby Haikal hala senduk tu ke mulut aku nak suruh aku rasa. Haha! Hamboiiii dap dap dap nya engko masak yanggg. Dagu kena kedepan sikit la camni. Muahaha!




Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

How Maybank2u has served you.

 I've been under Maybank's patronage since I was a little child.
Not knowing that Maybank is pretty something in my life.
But as time went by, I began to realize.
Maybank has eased hardships and difficulties, facilitated transactions and has made practically everything possible.

I loved travelling when I was single.
The new experiences gained really opened my eyes, enriched my heart and broadened my mind.  
Thanks Maybank, because of you, I'm just a "click" away from the world.



People say that I'm a thoughtful person.
I love surprises!!
I love planning surprises on birthday of my loved ones.
I love making people excited and touched on their special day. 
I love watching happy tears rolling down their cheeks and making that moment memorable. 
And let their special day remain in their hearts forever. 
The big secret is, Maybank has always been my ‘accomplice’ in making those surprises!

 
 Eventually I suddenly fell in love with a man,
Hopefully the first and the last man to fill the emptiness in my heart.
We began to travel deep into each others' soul and to love each other more day by day.
Our love story is just like a fantasy.
Every single day has been filled with happiness and smiles.


 
 Until one day, he made my heart bloom like a rose.
He proposed to me to be his wife.
He knelt down and put a gold ring with diamonds on my finger.
Oh God I felt like floating on cloud nine!
And he told me to keep the gold ring properly, as a symbol of our love, and as a good investment for our future.
Then I knew Maybank must be ‘accomplice’ too!


We got married a year after.
And I felt grateful that my husband adapted really well with my family and vice versa.
After getting married, we began to realize that we have a really huge family now and onwards!
Which means, I have to memorize a dozen more of birth dates. :P

 

Luckily my husband shares the same hobby and interest as mine.
We love traveling!!


After a year of marriage, we began to expect a new bundle of joy in our life.


And that expectation means, our monthly expenses will double up in nine months time.
So we must have to start saving for the delivery expenses and also the baby needs.
Fortunately, Maybank never leaves us alone.
Maybank enables me to deliver the baby at the best hospital with the best technology without worries and risks.
All I have to do is, sit back, relax and cherish every single moment of being an expectant mother while it lasts.


 And thank God, everything went very smooth and easy.
I'm a proud mother now!

 
 

Currently I'm totally happy and contented with my growing family. 
We're truly blessed!
 Although the expenses begins to grow too, but we still manage to enjoy a happy life and serve our baby with sufficient love and care.


And now, I definitely sure that Maybank has financially helped me so much in managing and strategizing finances
Maybank has helped bring smile and laughter to every single person in my life. 
Everyone can live life to the fullest with Maybank!

Dear Maybank,
I thank you.


p/s: Peeps, let's join this Be a Maybank2u Star Contest. Contest ends 31 December 2012! So hurry up! It's simple! Let them know how Maybank2u has served you with their products and services. Simply create your ad based on the template given in the Maybank2u Facebook Application and be in the running to win RM5,000!
You will also be rewarded with 15 Facebook Credits just by simply submitting your story to them. Click here to participate! That's not all! If you have a blog, you can also write a blog post on how Maybank2u has served you with its products and services and the blogger with the best post will stand a chance to win one of three (3) units of the Asus Nexus 7 tablet.
LET'S JOIN NOW!

Istanbul Aku Datang

 Mesti dah ramai yang dah tengok movie ni kan.
Aku baru tengok semalam. Terasa loser sikit-sikit.
Tu pon sebab menang contest Secret Recipe. So dapat movie pass.
Kalau tak, ingat aku kuasa sangat nak tengok movie bersama si kecik tapi lasak itu?

Aku mahupon hubby, dua-dua jenis yang tak suka tengok movie sebenarnya.
Masa bercinta dulu lain la. Apa lagi yang kau boleh buat waktu dating kan.
Makan movie makan movie makan movie je la. Boring.
Tapi bila dah kawen, masing-masing tak kuasa dah jejak kaki kat wayang. Banyakkkkk lagi benda best yang boleh dibuat kannn.. Dah kawen kannn.. Wakaka!



So sebelom movie pass yang dimenangi tu tamat validitynya, moh la kita pergi tengok wayang. Kitorang pergi GSC Sunway Carnival. 
Situ je la pon wayang yang best kat Seberang Perai ni kan. Haha.
Kitorang sampai pukul 3.20pm. Tetiba tengok next show Istanbul Aku Datang pukul 3.35pm. Ok cantik tunggu 15 minit saje.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, Baby Haikal dah panas vontot duduk dalam stroller. Meronta-ronta nak turun. Maklom la budak dah boleh jalan. Nak berlagak berjalan di tempat awam la tu. Hihi.
Paling lama dia boleh bertahan dalam stroller adalah dalam kiraan seminit dua je. Lepas tu, dia pulak yang sibuk tolak stroller. Haihhh..

Masa baru sampai. Mood tengah good boy.

 Beberapa saat kemudian, nak turun dari stroller.
Tapi masih jalan pimpin tangan.




Beberapa saat kemudian, terus lupa diri.
Berjalan sampai ke hujung sana sambil gelak sengsorang.
Walaupon bila toleh belakang dah tak nampak aku, dia tetap teruskan perjalanan dia sampai ke mana-mana tah perginya.


Masa ni dah lupa diri tahap max! Dia betul-betul pergi jauhhhh dari aku.


Siap nak bergaul dengan abang-abang kawasan.


Hai dik..sorang je? Takde awek ke? Kesiannnnn..


Ok dah 3.35pm. Masa untuk nonton.


Bila aku letak balik atas stroller, emo terus budak tu. Haha.

Masa nak masuk tu, kitorang dilayan macam VIP. Siap masuk gate lain. Padahal duduk dalam bilik panggung biasa tu jugak. Perlu ke masuk pintu lain. Haha. Siap dilayan oleh 3 orang staf GSC.
Aku terbengap kejap. Dalam surat tu takde pulak cakap "anda akan dilayan macam raja oleh staf kami" ke hape kan.
So aku fikir, oh maybe sebab aku ada baby kot. Satu-satunya orang yang bawak baby tengok movie cerita cinta ialah aku. Mungkin diorang rasa macam, mak jenis apakah pompuan ni? Jadi perlu dieskot dengan teliti sampai ke tempat duduk. Haha.
Walaupon aku tahu ada sebab lain diorang layan aku macam tu.
Well, Megan Fox kannnnn... Wakaka! Hempok jangan tak hempok.

Starting cerita, Baby Haikal tekun. Aku lagilah tekun. Huhu. 
Hubby? Ada Lisa Surihani bhai.. maunya tak tekun? TEKUNtutttt sangat. Mencik aku tengok hubby over-tekun bila part Lisa Surihani. Pfft.

Selain daripada itu, perlu dinyatakan disini bahawa tengok wayang bersama anak kecil adalah sangat disaster okay.. Haha!
Nak-nak pulak anak yang tengah sakan berjalan.
Macam Baby Haikal. Memanjang nak berjalannnnnn je.
Aku teringat dulu-dulu kalau aku tengah tengok wayang. Tengah concentrate layan syahdu ke hape kan. Tetiba dengar suara baby gelak-gelak la. Suara baby nanges-nanges la.
Hoi annoying sungguh hoiiiii...

Dan sekarang, baby itu adalah baby aku.
Maka rasakannnn!!! Haha.
Meratapilah kau bila kena kejar anak kesana kesini. Sebab sepanjang tengok movie tu, Baby Haikal boleh pergi berjalan, tegur orang atas, tegur orang sebelah. pfffttt....
Kapel atas kitorang dah la tengah peluk-peluk tetiba Baby Haikal tepuk tangan awek dia. Tak ke potong setim tu? Haha.
Saya faham perasaan kalian berdua. Minta maaf banyak-banyak. Esok engko ada anak, sila rasakan. Celah mana kau nak berpeluk nanti aku pon tak tahu lah. Huhu..

Bila cerita dah nyaris-nyaris nak habis, Baby Haikal dah berjalan sampai ke seat baris belakang sekali. Kitorang duduk baris tengah. Dah berapa ramai orang yang dia tegur aku pon tak tahu lah. Mesti ramai gila orang annoyed dengan engko yang..
Nasib lah... Mama tetap nak tengok Beto Kusyairi. Jangan ganggu. Haha.

Habis movie, kitorang balik. Mesti dalam panggung tadi kecoh ramai yang complain pasal gangguan makhluk halus. Haha
Haikal.. Haikal.. Scary okay pergi tegur-tegur orang sesuka hati dalam gelap pulak tu.
Nasib bukan cerita hantu. Kalau tidak..
Tanjat tanjat boboy gegirl semua.

So komen aku tentang Istanbul Aku Datang.
Cerita yang tipikal tapi comel.
Ending cerita dah boleh agak. Takde apa idea yang baru pon. Cuma best dan unik sebab kat Istanbul. Itu je. Lisa Surihani memang best. Tomok dan Aizat boooooo booooo boooo! Sila jangan berlakon lagi tolonglah! Heheh.

Teori baru lepas tengok cerita ni: Semakin tak hensem pelakon itu, semakin mantap dan best lakonan dia.
 Beto Kusyairi I love youuuu! Hihihihihihi..
Pelakon lain yang i love you jugak, zahiril adzim, johan ashaari, merlin. Ehh?


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh