Dermoid Cyst - Setiap Wanita Perlu Aware!

Ini adalah kisah benar dari seorang pembaca blog ni berdasarkan pengalamannya sendiri.
Saya yakin masih ramai wanita yang tak tahu apa itu Dermoid Cyst.
Termasuk lah saya sendiri. -..-

Mungkin kalau buat survey tanya orang awam tentang maksud Dermoid Cyst, ramai yang tak tahu.
Mungkin ramai yang ingat itu ialah jenama kasut ke apa,
takpun jenama instant shawl yang baru launched kat IG.
;D

Oh perempuan..
Tahu nak cantikkkkk je.
Sihat tak sihat, belakang kira.
Janji cantik stok boleh selfie setiap masa stok boleh update IG letak hashtag #nofilter.
Hari-hari telan bahan kimia ke, facial foam ada genetik babi ke, lantakkk!

Kan?
;D

Jadi hari ni,
saya nak mengajak kita semua untuk lebih kenal dan lebih tahu satu disease yang quite common di kalangan wanita.

Dermoid Cyst.
Bunyi dah canggih macam jenama jam tangan yang boleh predict masa depan,
tapi ia sebenarnya adalah sesuatu yang sangat mengerikan.

Jom baca perkongsian tentang Dermoid Cyst kat bawah ni,
yang ditulis sendiri oleh penghidapnya,
dan diamanahkan kepada saya untuk kongsikan di blog ni.

Baca ye. 


Assalamualaikum readers Kak Jiji..

Saya rasa saya perlu share pasal disease yang selalu orang ingat untuk “warga emas” sahaja.
Iaitu Dermoid Cyst.

Saya bujang, baru 23 tahun dan menghidap Dermoid Cyst,
dan dah buat operation buang ketumbuhan dalam ovari. 
Meh saya nak cerita pengalaman yang saya lalui dari A sampai Z.

Untuk pengetahun korang semua, 
ketumbuham boleh jadi kat mana-mana saja, pada bila-bila masa dan pada umur berapa-berapa pun.
Macam saya, “dermoid cyst” ni dah ada sejak saya lahir
TAPI pada umur 23 tahun baru saya tahu. 
Sebab?? 
Baru ada kesedaran nak buat medical check-up dan barulah dapat discover.

Yang lebih mengerikan adalah,
dermoid cyst ni dalam dia boleh ada gigi, rambut, lendir lemak dan minyak. 
So jangan nanti bila korang pergi buat check-up dan doktor kata nampak gigi dan rambut,
terus korang kata kena sihir!
Hmm orang melayu tak habis-habis dengan sihir.
Sabar.. Bawa mengucap..
Kerana sihir itu sebenarnya ialah dermoid cyst. Heheh.

Mula-mula saya dapat tahu pasal cyst ni ketika saya buat practical kat private hospital area KL. 
Saya medical student. Dan saya dah lama ada masalah Hemoglobin (Hb) rendah
Dan bila nak derma darah asyik tak lepas je. 
Hb asyik 8 tak pon 7 which is known as Anemia. 
Mula-mula takde la kisah sangat sebab pakcik google cakap normal kalau anak dara Hb 8. 
Tapi lama-lama jadi tak sedap hati. Masa tengah duduk lepak-lepak dengan Radiologist, 
tetiba dia kata why not buat blood test sebab dah lama sangat anemic macam ni, ia mungkin Chronic Anemia. 
So ok. Set date, dan buat la blood test.

Lepas buat blood test, result Hb still 8, doktor tanya monthly period heavy ke? 
Berapa hari? Senggugut teruk tak? 
My answers are yes heavy period, around 10 days cycle, 
5 days heavy blood and period pain yang teruk.

Lepas tu doktor buat ultrasound abdomen pelvis, 
dan confirm saya ada dermoid cyst dalam ovari kanan. Dan cyst tu dah besar almost 8cm!! 

Cuba bayangkan, umur baru 23 dapat tahu ada ketumbuhan dalam ovari. 
Heyy rasa macam kena rempuh lori treller 28 gerabak, luluh jantung weii!!! 
Tu belum lagi fikir pasal nanti nak pregnant in the future! *oh cryyyyyy*
Macam mana bila dah kawin nanti? 
Suami tinggalkan tak kalau dapat tahu saya hanya berovari sebelah?? 
Orang lain ovari dua belah, aku ada sebelah je omg cryyy.

Haa memang perasaan tu Allah je yang tahu. 
Walaupun saya medical student, tetap rasa terhempap bila menghadapi sendiri benda ni.
Padahal hari-hari je kitorang berdepan dengan macam-macam kes yang lagi teruk. 
Tapi bila jadi kat diri sendiri, baru kita tahu perasaannya, 
baru kita teruji untuk control own emotion. 
Bukan senang, walaupun family dan kawan-kawan ramai bagi support.

 Dan bila kita sakit ni la kita akan tenang dan bersungguh-sungguh mengadu pada Allah. 
Dan alhamdullilah saya berjaya kawal perasaan, kawal nafsu, kawal akal.

A week after, pergi buat MRI pula.
Buat MRI sebab nak tengok content dalam cyst tu apa. 
Dan Radiologist detect dalam tu ada lemak dan rambut!
Masa tu dah tekad kuatkan hati lapangkan dada.  

So saya kena refer pula kat gynae. Gynae tu tanya bila nak buat operation? Dah ready ke? 
Gynae tu kata dia akan cuba sehabis mungkin untuk selamatkan ovari saya. 
Saya cuma mampu senyum.

So saya pun admitted dan terus kena buat blood transfusion.
 HB saya low. Anaesthesia tak gembira kalau HB patient low. 
At least kena naik to 9 or 10.

1st buat blood transfusion, sumpah sakit giler!! 
Tapi tak pe lah sakit penghapus dosa.. 
Ayat klise nak sedapkan hati sendiri hahahaha.

Lepas tu bermula la episod yang mengerikan iaitu operation.
Actually procedure ni namanya Laparoscopy. Bunyinya macam lapar kan?
Yes, sebab dia tebuk tiga lubang kat perut. Hadudududuuu..
 Tapi lepas tebuk 3 lubang, suddenly gynae tu kata dia terpaksa tebuk lubang keempat.
Sebab cyst saya besar. *pasrahhhhh*

Maka saya pun pasrah badan saya dikerjakan dan ketumbuhan pada ovari dibuang.
Hmm.
So begitulah serba sikit perjalanan saya secara ringkas.

Ramai yang tanya, apa fungsi ubat atau supplement kecutkan cyst?
Boleh ke consume itu je kalau taknak undergo operation?

Ok ni pada pandangan jujur saya ye, 
kalau dalam cyst tu ialah lemak, minyak dan lendir, yesss MAYBE cyst boleh kecut.
Tapi kalau dalam tu ialah rambut, atau gigi. 
Benda-benda ni celah mananya nak mengecut?
Takkan kecut punya bhai..
Silakan redha dan ikutlah nasihat doktor pakar.

Saya sendiri tak ambil langsung apa-apa supplement qu puteh barulah puteh ke apa-apa jenis collagen ke saya tak ambil dan jangan terlalu percayakan sesuatu produk hanya kerana ia viral atau popular.
Last-last benda tu melesapkan duit je, cyst nya tak jugak lesap.

So itu saje perkongsian dari saya.
Terima kasih Jiji sudi feature cerita saya dalam blog dia.
Semoga dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada wanita diluar sana tentang cyst.

p/s : Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh email saya di shahidatulnabila@yahoo.com
Insyaallah kalau saya boleh jawab, saya jawab k?  :) 



Fuh!
Such a good sharing kan?
Especially yang dalam cyst rupanya ada gigi dan rambut tu omgg ngeri!!
Sumpah saya ingat dah kena sihir jin afrik ke apa tadi.
;D

Thank you, awak!
Such a strong young lady you are!

 Ok saya nak share sikit 10 common symptoms dermoid cyst untuk rujukan kita semua:
1) Kitaran haid tak menentu.
2) Kitaran haid yang panjang.
3) Hilang selera makan.
4) Weight loss yang strange.
5) Sentiasa pening, pucat, pengsan dan muntah-muntah
6) Sakit ketika melalukan hubungan seks
7) Abdominal bloating or swelling
8) Sakit di pangkal punggung
9) Breast tenderness
10) Demam dan pernafasan laju


So, if you have most of these symptoms, cepat-cepat lah pergi consult doctor k.

Bukan cepat-cepat pergi toko jamu dan pesan 50 juta kotak Qu Puteh ye. -____-
Nak ikhtiar pun biar kena dengan cara.
Jangan nanti sudah terlambat, na'uzubillahi min zalik.

8 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

thank u so much...easy to me to tell my girlfriend...selalu sgt die ambik suplement yang ape entah....

Cik Ecah said...

good sharing acik jiji! :)

WaRdaTul HuMaiRa' said...

Good sharing. Tq. :) tapi nk tny, dari mana dtgnya rmbut atau gigi yg terdpt dlm sys tu ye? Dari produk kosmetik kah? Atau produk2 kecantikan atau supplement yg seseorang tu ambilkah?

Narshifa said...

Info yang bermanfaat untuk wanita!

Jom baca info tentang simpanan emas pula di http://narshifagold2u.blogspot.com/2015/05/kenapa-untung-simpan-emas.html

RadinAden said...

Ada satu lagi cyst yg common tapi sebenarnya mengganggu hormon dan kesuburan wanita. Endometriosis.

Unknown said...

Its look like you are doing so much of R&D for these Site content, I really appreciate you very much.
free vps server hosting linux

Unknown said...

Hey, I'm sharing Asia's first golfing website.
free vps server hosting linux