10 Cara Tanam Minat Membaca Pada Anak-Anak, Tanpa Dipaksa


Selalunya bila sebut "membaca", ramai yang nak anak membaca seawal mungkin.
Umur 3-4 tahun dah hantar ke kelas tuisyen membaca.
Kalau boleh, lahir-lahir je terus dah boleh baca.
-_____-

Sebenarnya salah mentaliti macam ni.
Cuba tengok generasi kita sekarang.
Begitu ramai yang tahu membaca, tapi berapa ramai yang MINAT membaca?
Tak berapa ramai. Kan?

Beli newspaper pun hanya untuk tengok gambar dan tajuk je.
Saya pun dulu beli newspaper untuk tengok jadual intisari rancangan je. -..-
Stress pulak bila tengok cerita TV3 clash dengan cerita hindustan kegemaran kat TV2.
Terus susah nak buat keputusan nak tengok cerita apa.
;D

Kadang-kadang ada jugak pembaca blog ni yang inbox saya, tanya macam-macam soalan.
Padahal semua yang ditanya itu saya dah tuliskan dengan jelas di dalam blog.
Tapi kenapa ditanya lagi?
SEBAB MALAS NAK BACA.
Kan?

Budaya melayu kita ni memang suka baca tajuk dan tengok gambar sahaja.
Nak tahu lebih, inbox je tanya. Nak orang jawab direct.
Siap suruh jawab dalam bentuk point form atau short form.
Punya la malas nak baca dalam susunan ayat yang betul.
Orang macam ni memang sesuai dibagi kasut tepat ke ubun-ubun.
-_____-


So, yang perlu ditekankan ialah MINAT membaca.
Bukan sekadar TAHU membaca, tapi tak minat membaca.

So lets change our mindset.
Terutama ibu bapa.

"Biar anak aku lambat boleh membaca, ASALKAN DIA MINAT MEMBACA,
dan membudayakan membaca dalam hidupnya sampai bila-bila."


Nak ajar anak membaca, itu mudah.
Tapi nak ajar anak supaya minat membaca, macam mana?

Jom tengok 10 tips yang kita boleh praktikkan dengan anak-anak,
agar mereka minat membaca tanpa perlu dipaksa-paksa.
:)



1) Pendedahan awal.

Ramai yang tertanya, awal tu bila?
2 tahun? 3 tahun? 4 tahun?
Tak.

Sejak dalam kandungan.
Haa!

Tapi macam mana nak ajar anak minat membaca masa dia masih dalam perut?
Ambik buku tekap kat perut masa tidur ke?
Atau telan seketul buku untuk tatapan anak di dalam perut?
-_____-

Ok islam pun menggalakkan kita baca Qur'an ketika mengandung. Kan?
Kuncinya, ialah ibu kena kerap membaca.
Selalu mangaji, selalu membaca bahan-bahan ilmiah,
dan berbual-bual dengan anak di dalam kandungan.

Deria pertama yang terbentuk masa anak dalam kandungan ialah deria pendengaran.
So tajamkan pendengaran bayi dengan banyakkan berbual dengannya.
Banyakkan membaca, mengaji dan menyanyi untuknya.
Percaya atau tidak, dia boleh dengar suara ibu dia.
So apa yang ibu cakapkan, apa yang ibu bacakan,
bacakan lah dengan jelas dan kuat.

At first, memang rasa macam orang gila la bila asyik duk bercakap dengan perut. ;D
Tapi pedulikkan perasaan tu.
Kita akan nampak kesan yang signifikan bila baby tu lahir nanti insyaAllah.



2) Instead of sepahkan mainan, sepahkan buku.

Dah banyak kali saya dengar tips ni.
Dan bila saya try sendiri kat Haikal, yes it works.

Selalunya kita akan sepahkan mainan, tapi buku tersimpan kemas dekat rak. Kan?
Apa kata try sekali-sekala sepahkan buku pula.
Ini secara tak langsung attract minat anak terhadap buku.
Tapi pilih buku yang sesuai la ye. Buku cerita kanak-kanak contohnya.
Jangan pergi sepahkan kamus ke muqaddam ke apa pulak.
Amboi amboi kot ye pun nak anak jadi al hafiz, terus lambak muqaddam depan TV.
;D

Haikal pun bukan jenis yang suka buku.
Tapi slowly bila saya sengaja sepahkan buku kat depan dia.
Dia mula tunjukkan minat.

Saya akan sepahkan buku dekat spot-spot yang dia selalu duduk.
So masa dia tengah lepak-lepak, tengah termenung,
slowly dia akan capai salah satu buku dan take a look.
Biarpun dia tak baca, biarpun sekadar tengok gambar.
Asalkan minat terhadap buku mula timbul.

Dan sekarang, Haikal sangat suka buku.
Tak perlu sepahkan pun, dia akan ambil sendiri di rak, dan minta saya bacakan. :)
 Setiap hari dia akan pilih sendiri buku dan,

"Mama, jom kita baca buku ni!"
"Mama, tolong bacakan Haikal cerita ni!"
"Mama, jom warnakan buku ni!"

Biarpun buku yang diambil tu buku yang sama berulang-ulang kali setiap hari.
Biarpun buku tu dia dah hafal jalan ceritanya.
Biar.
Janji dia minat.
Dan kita jangan padamkan minat itu.
Sebab dari buku yang dia minat tu lah kita boleh guna untuk slowly ajar dia membaca pula.



3) Kerap bawa anak ke kedai buku atau library. 

Walaupun taknak beli apa-apa di kedai buku,
walaupun taknak pinjam apa-apa buku dari library,
kerapkan bawa anak-anak ke tempat-tempat macam ni.
Biasakan mereka surrounded by books.

Lepak lama-lama kat kids section dengan diorang.
Bebaskan diorang untuk pilih buku sendiri.
Sit down dengan diorang kat situ.
Let them have time enjoy flipping books.



4) Bermain dengan buku.

How to play with books?
Sebenarnya buku bukan boleh guna untuk membaca je.
Tapi boleh guna untuk main juga!

Macam mana?
Tengok gambar di bawah.

 Buat tunnel.


 Buat tower.


Selain tu, boleh juga buat khemah, buat building, buat rumah, etc.
Sepahkan buku, and let the kids play with books.
Anak-anak mesti tahu nak buat apa.
Diorang ni lagi kreatif dari kita sebenarnya!

Cara macam ni, secara tak langsung akan attract anak terhadap buku.
Haikal selalunya lepas dah penat main buku atau tower yang dibina dah roboh,
tiba-tiba dia akan capai satu buku, baring satu tempat and mula flip buku tersebut.
:)



 5) Jadikan buku sebagai reward.

 Jadikan buku sebagai reward atau positive reinforcement bila anak achieve sesuatu.

Contoh,
"Sebab adik makan on time dan tak buang sayur hari ni,
ayah hadiahkan adik buku baru!"

Atau,
"Sebab Daniel tak kencing katil malam tadi, 
petang ni kita beli buku cerita baru, ok?"

Boleh juga bawa anak ke kedai buku dan suruh dia pilih sendiri buku kesukaannya.
Tapi kita parents kena guide la buku mana yang sesuai, buku mana yang tak sesuai.
Ok?

Kang dipilihnya majalah mangga ke apa.
Mampoihhh.
;D



6) Pastikan buku bersesuaian dengan usia anak.

Buku mahal tak semestinya sesuai.
Buku tebal, buku cantik, buku tahan lama, pun tak semestinya sesuai.


Ini antara jenis-jenis buku untuk peringkat umur tertentu, mengikut turutan.
Kalau untuk baby,
buku yang simple,
yang cuma 1-2 perkataan satu page,
yang gambar besar dan warna ceria,
fabric / cloth book supaya anak boleh pegang dan boleh basuh jika anak bawa masuk mulut.

Kalau umur setahun ke atas,
sensory book atau touch and feel book sangat sesuai.
Buku yang ada pelbagai tekstur/permukaan yang boleh disentuh.

 Pop-up book pun boleh. Buku yang bila buka keluar gambar 3D tu. 
Buku camni beli banyak pun takpe. Sebab mak bapak budak pun suka main. ;D

Bila anak dah besar sikit, dan dah mula banyak vocab,
find and seek book & rhyming book sangat sesuai.

Buku yang hanya ada gambar dan takde words pun sebenarnya bagus.
Kita sendiri yang create cerita berdasarkan gambar.

Macam Haikal, sekarang dia dah mula membaca simple words dan ayat-ayat pendek.
So buku-buku yang saya beli untuk dia, adalah seperti di bawah.
Short and simple sentence on each page.

 

Buku-buku Haikal kebanyakannya saya beli kat giant/tesco je.
Harga tak sampai RM10. Harga bukan ukuran.
Yang penting, sesuai dan mampu attract anak untuk membaca.



7) Make the story sounds interesting. 

Setiap kali bacakan anak buku.
Buat la intonasi yang sepatutnya according to the story.
Jangan nada flat je.
Layu bulu telinga anak yang mendengar. Tak stim langsung. ;D

Bila kita ceritakan dengan intonasi yang betul dan buat pelbagai gaya menarik,
anak akan lebih seronok, lebih faham dan mendalami cerita tersebut.
Kalau buku yang ada moral lesson, lebih baik.
Anak boleh belajar sesuatu. :)



8) Sambil baca, point to it. Say word by word.

Sambil baca buku kepada anak, tunjukkan perkataan yang dibaca menggunakan jari.
Dan jangan baca terlalu laju, sebutkan word by word dengan jelas.

Ini secara tak langsung boleh bagi anak lebih kenal susunan huruf dan bunyi perkataan tersebut.
Relatekan juga word dengan gambar, untuk anak faham maksud perkataan.

Saya selalu praktikkan method ni.
Mula-mula saya baca dan saya tunjuk.
Lepas tu, saya baca dan Haikal tunjuk.
Sekarang dia baca dan dia tunjuk.
Walaupun kadang-kadang perkataan yang disebut itu salah sebutannya.
;D

But it's totally fine.
Back to basic,
biar anak lambat membaca, janji dia minat membaca.
Kan?
:)



9) Luangkan 10 minit setiap hari untuk membaca bersama anak.

10 minit tu lama ke?
Kita make up sebelum nak pergi kerja pun 2 jam. ;D

Takkan 10 minit untuk anak pun nak berkira kan.
In fact, lebih dari 10 minit pun mampu sebenarnya.
Itupun kalau kita sanggup korbankan masa dengan smartphone lah.
Kan?
Ni nak berak pun bawak smartphone apebenda laaaa. -..-

So jadikan membaca untuk anak atau membaca bersama anak sebagai rutin harian.
Busy macam mana pun, luangkan 10 minit membaca jangan tinggal.

Boleh kan?



10) Use phonics (letter sound) instead of spelling (letter name).

Ok ini untuk anak-anak yang dah mula mahu membaca.
Saya pernah share cara saya ajar Haikal mula membaca di SINI.

Dan di bawah ni ialah video Haikal membaca menggunakan phonics dan spelling.



Saya pernah cuba kedua-dua method, phonics dan spelling.
Dua-dua pun work untuk Haikal. Alhamdulillah.
Tapi!
Phonics is faster, easier and less stress berbanding spelling method.
Betul tak tipu.
So kalau anak susah membaca atau mudah bosan, try phonics.
Ada banyak lagu-lagu phonics dekat internet.
Lagu-lagu pun boleh membantu untuk tambah minat anak.

A video posted by Adlil Rajiah (@rajiahnasir) on

Ada berlambak phonics flashcards kat pasaran.
Tapi yang ni yang paling efektif kat haikal.
Ladybird Phonics Flashcards.
Dia ada semuaaaa bunyi phonics dalam english.
Satu box RM22 je tak silap.
Boleh beli kat sini: @earlylearningshopmy



So itu lah 10 tips yang saya boleh kongsi,
yang saya dah buat dekat Haikal dan nampak keberkesanannya.

Harap lepas ni, anak-anak kita lebih membudayakan membaca dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam Islam pun galakkan kita membaca Al-Qur'an kan?
Salah satu cabang membaca jugak la tu. :) 

7 comments:

dorsett pink said...

good tips. tahniah

ainaez said...

Thanks for the tips!
ainaez.blogspot.com

Unknown said...

thanks for the info sis...

Unknown said...

Thanks jiji for info ni..Alhamdulilah anak skang dah umur 5 tahun..mmg kalo gi bandor tu...mesti diroang suka bile sebut nak gi POPULAR...ehehe..dah tau mama nak beli buku baru ..ada lagi tips yg belum di apply..leh appy jugak ni .thanks (",)

Unknown said...

Terima kasih, Jiji atas perkongsian.. Sangat bermanfaat.. :)

nini said...

Salam akak....

Means...ajar baby phonics dlu bru ajar words ke

Sufi said...

Terima kasih..tips sangat baik